RENCANA
OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
9
JAMADILAKHIR (SABTU) 20 APRIL 2013
UPU SUNGAI KARANGAN DAN UPU
KUALA SIDIM BERSAMA MENYERTAI PERARAKAN PADA 20 APRIL 2013.
PAS
Cawangan Sungai Karangan, melalui UPU Sungai Karangan dan UPU Kuala Sidim tidak
ketinggalan lebih dari 100 ahli dan penyokongnya terutama anak muda turut
bersama meraikan perarakan penamaan calun PRU13 untuk KaPar P.17 Padang Serai,
KaDun N.N 33 Merbau Pulas dan N.34 Lunas. Peserta sejak 7 pagi 20 April 2013
telah berada di UPU Sungai Karangan dan UPU Kuala Sidim. Ketua UPU Kuala Sidim
Ustaz Mohd Noor dan Ketua UPU Sungai Karangan Encik Abdul Ghani sendiri yang
mengetuai konvoi perarakan peserta berkereta dan bermotor. Matlamatnya memberi
sokongan moral kepada calun PR dan kepada PRitu sendiri. Peserta bertolak ke
Pekan Kulim bermula jam 7.30 pagi dan sampai ke point yang ditentukan untuk
peserta perarakan PR jam 8.10, kelihatan lebih dari seribu penyokong PR telah
berhimpun.
Ketika
kami sampai ketiga-tiga calun yang akan mewakili PR di penamaan calun PRU13
hari ini Sabtu 20 April 2013 ialah calun KaPar P.17 Padang Serai Saudara N.
Surendran, calun KaDun N.33 Merbau Pulas Datuk Ustazah Hajjah Ashah bin Haji
Ghazali dan calun N.34 Lunas Cikgu Azman. Saya tengok calun-calun cukup ceria
dan berkeyakinan dapat menjadi calun yang disahkan oleh Pegawai Pengurus
Pilihanraya untuk KaPar P.17 Padang Serai di Pejabat Tanah dan Daerah Kulim
nanti. Mereka berada ditengah-tengah kelompok penyokong PR dari PAS dan DHPP,
PKR dan DAP terdiri dari Melayu, Cina dan India. Diatas pernyataan PR ke
Putrajaya saya melihat dengan jelas penyokong PR cukup bersemangat dan konfiden
calun mereka berjaya pada penamaan calun, berjaya mendapat undi menang pada 5 Mei
2013 Ahad ini, InshaAllah.
Keletihan
dan keuzuran syaraai telah dapat diatasi dengan semangat kental sebaik mendapat
sokongan dari isteri dan anak-anak juga sahabathaandai. Walau berdepan dengan
macam-macam resiko diperhimpunan ramai. Keadaan panas terek dan berhimpit,
berjalan berarak dalam kumpulan ramai dengan keadaan kesihatan pasti tidak
berpihak kecuali mendapat pertolongan dan restumu Allah . Jatuh bangun atau
degup jantung meragam dan pertolongan pantas tidak memenuhi keperluan yang
tepat dengan penyakit dihadapi yang ianya bebas bertahap dan bersignal.
Alhamdulillah, saya dapat mengatasi ragam kesihatan dan saya sendiri menjadi
bengong dan amat bersyukur kehadzrat Allah. Dimana ketika bergerak dan berarak
dengan langkah 123, 123, 123 mengiringi calun, samasekali terlupa yang saya
sakit jantung.
Entahlah,
apakah peserta perarakan yang lain mempunyai minda dan lintas fikir serupaku?
Sejak selepas suboh, ingatan kencang dengan langkah 123, 123, 123,123, 123
berligar dan berputar dalam kepala. Ianya cetusan minda dan cetusan hati nurani
yang meruntun cukup kuat menonjol angka jumlah 123.
Detik
ini saya jauh melayang dengan apa yang saya nampak pada Khamis 18 April 2013
hampir sejam saya bersama teman saudara Idris Hamidin berkunjung ke Sik untuk
tengok kreatif ahli PAS disitu membina replika pesawat kapal terbang yang mampu
menerima penumpang sekadar 15 penumpang. Ketika itulah hatinuraniku namakan
replika tersebut PAS 123 to Putrajaya. Selepas 8 malam sampai dirumah dan
masokkan gambar yang diambil tadi kedalam laptop, anak kecilku Abdullah Fahmi
usia 5T6B protes dan marah pasai tak bawa dia bersama melihat kapal terbang PAS
tu. Dalam protes marahnya dekat aku abahnnya dengan tegas anakku berkata,
"Abah!!!! 123, 123, 123 PAS menang bN kalah Najib kalah". 'Adik cakap
apa ni abah tak peham'. "Apala abah ni tak tau, bukan bilang 123 tu. Tapi
dengan 123 baru dapat pi Putrajaya". Sebaik itu kata anak kecilku, aku
memeluk erat anakku semahu-mahunya kudakapnya dengan syahdu sayang. Rupa-rupanya
anak kecilku dah melerai pesawat di Sik PAS 123, mindaku dan anak kecilku
sependapat dihatinurani.
Sebaik
ditakdirkan Allah di hari penamaan perarakan calun, dalam kumpulan ramai itu,
teman-teman mempermudahkan diriku yang sakit ini berada disaf depan
bersebelahan mengiringi Saudara N. Surendran calun PR-PKR untuk P.17 Padang
Serai sebaik bersalaman berpelukan mengatakan sesuatu dengan kehendak Allah
jua. Ketika itulah ianya datang mengasak dan mendesak dimindaku angka 123 ke
Putrajaya ratus kali berdentum dalam minda kepalaku, macam nak pecah dibuatnya.
Kalau ada disisiku akan anakku Abdullah Fahmi dapatlah kmi berkongsi info besar
yang berligar Jauh melayang fikiranku sampai kerumah mengingatkan anak kecilku
Abdullah Fahmi dengan angka 123 baru boleh pi Putrajaya dengan pesawat kapal
terbang PAS 123. Didepan mataku terbayang pesawat PAS di Sik PAS 123.
Nyata
keletihan memerah otak minda bertarong, sedangkan semua peserta perarakan riuh
pikok pikong berbicara lintang pukang. Dengan semangat mereka yang kencang. Tak
renti renti seruan dan macam-macam lagi. Sedangkan diruku minda dikepala
bertarong sakan dengan angka yang aku bersepakat dengan hatinurani yang kudus
dengan anakku 5T6B Abdullah Fahmi. Kelu lidah dan minda memintas jangan apa
yang bersirat dikepalaku angka 123, 123, 123 adalah jumlah SERATUS DUA PULUH
TIGA kerusi dikapai PR dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 Ahad ke Putrajaya rupanya
PR. Mengatasi angka 123 dan dalam jumlahnya maka kesempatan aku mengambil
gambar yang sepanjang denga peristiwa perarakan tersebut yang mampu dirakamkan.
Sedangkan angka 123, 123, 123, 123 dan jumlah SERATUS DUA PULOH TIGA kerusi
Parlimen di capai PR, tak terdaya dan kelu untuk aku perkatakan kepada Saudara
N. Surendran.
Sebaik
pengumuman dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya untuk P. 17 Padang
Serai, rupa-rupanya kobra dan bini bertanding sebagai calun bebas dan di Batu
Kawan menjadi calun bN. NAJIbN umNO(Baru)bN tertipu dengan Gobala dan Gobala
dan bini kelentong NAJIbN di P.17 Padang Serai. Teman, marilah bersamaku
melangkah 123, 123, 123, 123, 123 yakni jumlah SERATUS DUA PULOH TIGA KE
Putrajaya.
Tengoklah
sekadar gambar-gambar dapat diambil seperti di bawag:-
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
9 JAMADILAKHIR (SABTU) 20 APRIL 2013