RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
28 JAMADILAKHIR 1434 (KHAMIS) 9 MEI 2013
Saat dan detik saya menulis rencana ini, sejak semalam (kelmarin) air mata tidak kering.
Kerana disitulah Ramadhan 1432 saya mendapat rawatan dan temanku Ustaz Azizi Abdullah
meninggal dunia selepas itu. Hari ini bererti sudah 5 hari berlalu PRU13 dan keputusannya
sama-sama kita mengetahuinya. Keputusan tersebut sedikit sebanyak saya yakin mengundang
kesan yang mendalam keatas seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Sempena selepas
PRU13 saya berharap tajuk rencana ini PAS KEDAH - PR : UMPAMA KASTURI PUPUS WANGI,
CEMPAKA TIADA HARUM.
Saya kaku dan amat terharu dengan nasib yang dialami oleh PAS-PR
Kedah selepas 5 Mei 2013. Tetapi lebih dari itu saya dan keluarga berdukacita ketika saat ini
ingatan terbang melayang ke GH PP yang saya adalah pelanggan tetap dan pelangan setia.
Fikiran dan ingatan saya terus kekamar yang kini pemimpinku, temanku, kawanku mantan
menteri besar Kedah YB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak sedang bertarong dengan penyakit
kronik yang lama dialaminya.
Saya sekeluarga sentiasa berdoa untuk Ustaz Azizan dan kami amat harapkan seluroh kaum keluarga khususnya isteri-isteri dan anak-anak sebaik-baiknya menangani sakit dan penyakit dihadapi. Perasaan saya luluh apabila sah demi diatas
prinsip perubatan dan ikhtiar kedua-dua kaki ustaz terpaksa dipotong. Lebih sayu lagi bila
kaki tersebut disemadikan bersebelahan dengan makam Al Marhom Dato' Ustaz Fadzil Noor.
Kepada seluroh ahli PAS Kedah dan penyokong PAS dan PR, sesunggohnya doa-doa anda
adalah ubat dan penawar secara pjj, InshaAllah mudah-mudahan penguasa dilangit
mengAminkan doa dan permohonan kita. Amin.
Mungkin kesedihan saya dialami tidak sama dengan anda merasainya. Teman Ustaz di
Kent University ketika beliau belajar disana setahu seingat saya seperti AhPar Ulu Langat
YB Dr Che Rosli Che Mat anak Behor Mali Perlis, Prof Madya Zakariya Man Kolej Universiti
Insaniah KK juga anak Behor Mali Perlis. Dan sahabatnya terlebih dahulu mungkin dah 21 tahun meninggal dunia di Kota Bharu dimakamkan di Nilam Puri, iaitu Almarhom Ustaz Abu Bakar Hamzah Batu 5 Kuala Perlis dan yang lain-lain pasti kini sama-sama turut berduka. Hatta duka pilu kita menyaksikan bagaimana selepas PRU13, YAB Tok Guru Nik Aziz dengan kesihatan dan dimamah usia melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan dan Pesuroh Jaya PAS Negeri Kelantan. Dan pilunya apabila adindaku Sdr Datok Paduka Husham Musa disisih dari saf Exco baru diawah YAB Dato' Ustaz Ahmad Yaacob.
Semua-semua itu saya simpulkan dengan satu kalimat yang berat untuk saya membuat
penilaian.
Iaitu PAS KEDAH - PR : UMPAMA KASTURI PUPUS WANGI, CEMPAKA TIADA HARUM. Saya
maksudkan umpama kasturi pupus wangi adalah apabila umNO(Baru)bN dapat merampas
pemerentahan Negeri Kedah dari PAS - PR diatas beberapa sebab dan sebab itu menjadi
angkara seperti marahkan nyamok kelambu dibakar. Walaupun kita mempunyai bukti
penyelewengan sepanjang PRU13. Manakala cempaka tiada harum adalah PAS mengalami
keadaan mandom selepas kalah PRU13. Apalagi kesannya cukup-cukup mendalam dan
parah apabila mantan Menteri Besar Ustaz Azizan juga Pesurohjaya PAS Kedah sedang
menderita sakit. Pastilah PAS turut sakit dan berduka.
Saya berjanji dengan diri ini dan dengan anak bini tidak akan membuat huraian panjang
sehubungan dengan tajuk saya kali ini PAS KEDAH - PR : UMPAMA KASTURI PUPUS WANGI,
CEMPAKA TIADA HARUM. InshaAllah saya akan membuat ulusan sebaik keadaan Ustaz Azizan
pulih, InshaAllah.
InshaAllah kalau Allah izinkan kesihatan besok Sabtu 11 Mei 2013 saya akan ke GH PP u
ntuk mendapat rawatan di Kardiologi dan menziarahi Ustaz, InshaAllah. Segala doa
untukmu Ustaz. Petang semalam sekitar jam 6.30 petang saya menerima panggilan dari
sahabat lama iaitu Profesor Dr Razali Haji Nawawi, percakapan phoned tangisan sahaja
dapat kami persembahkan. InshaAllah minggu depan saya bertekad ditemani anak untuk
menziarahi Ustaz Razali, InshaAllah.
Sekadar cacatan duka dan info untukanda.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
28 JAMADILAKHIR 1434 (KHAMIS) 9 MEI 2013