RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
26 REJAB 1434H (RABU) 5 JUN 2013
Rakyat negara juga pengundi pada PRU13 pada 5 Mei 2013 hari Ahad bulan lepas,
baik penyokong minoriti bN 47% yang dihetong bersekali pengundi import bN spesis dari
CIDB. Kepentingan pengundi CIDB samalah seperti pentingnya pemain import bola sepak dari
negara luar untuk menguat dan perkasa bolasepak pro negeri negeri mengikut keperluan
dan kemampuan.
Sekalipun umNO(Baru)bN tempang tampil tuboh kerajaan pusat di Putrajaya, tetapi bN dan
DS Najib Rosmah dalam keadaan terpinga-pinga tercungap ngap. Keheranan kerana mampu
menang dalam PRU13. Makanya DS Najib Rosmah terlerailah buat seketika penangan
perasaan panit dan takut keranamu undi awal dan ramuan herba lain yang disaji oleh SPR
menjadi value add nilai tambah undi kepada calun-calun umNO(Baru) dan bN tempang
diselamatkan dari menjadi pembangkang baru negara.
Sementelah penyokong majoriti 53% PR sejak pada hari keluar menanda undi, kini 5 Jun 2013
hari Rabu, kini genap sebulan cukup mereka pertikai dan tolak SPR. Mereka dukacita melihat
kelaku gelagat SPR yang mengidap sindrom penyakit gila babi dan gila sunggoh-sunggoh
mengidap penyakit gila, pada ketika mutakhir ini. SPR walau sejuta alasan disebar
dan ditebar kepada rakyat pengundi dan sentaro donia dimedia mempertahan dan
perkasakan diri. Mendakwa bahawasanya SPR telah dengan telus adil lagi saksama menjalan
tugas dan merealisasi sepenuhnya tanpa bias PRU13 pada 5 Mei 2013 Ahad yang lepas.
Jadinya respon dihari mengundi itu lagi 53% rakyat pengundi negara menafi, menolak
keputusan yang diistihar oleh Pengerusi SPR adalah auta semata-mata kerana ianya penuh
sarat dengan penipuan sakan untukmu menangkan umNO(Baru) dan bN tempang.
Rakyat khususnya PR bukan menolak keputusan, tetapi menolak penipuan perjalanan PRU13
yang pincang lagi terancang dikendali oleh SPR. Yang mana penipuan itulah mengakibatkan
keputusan hakiki pasti dinafi pasti dikhianati. Jadi rakyat pengundi pertikaikan keputusan oleh
SPR tersebut. Bila keputusan PRU13 yang dibuat oleh SPR dipertikai, jadinya kerajaan
umNO(Baru) bN tempang itu pun turut bersekali dipersoal dan dipertikaikan kesahehan.
Rakyat pengundi melihat betapa tempangnya SPR sekarang dalam mengurus perjalanan
PRU13.
Justeru diatas alasan dan bokti-bokti rakyat tengok kelih ketempangan tersebut,
makanya rakyat pengundi dari pelbagai etnik keturunan bangun bertaut tangan, mixed
matlamat tolak SPR. Rakyat majoriti dengan mengambil ketetapan dan sikap tolak keputusan
SPR bersekali dengan umNO(Baru)bN tempang angkara penyelewengan PRU13 dengan
berhimpun Blackout 505 berterusan rakyat anjorkan.
Rakyat menyaksikan betapa hebat SPR berperanan sebagai pemain utama penyerang macam
Almarhum Dato' Mokhtar Dahari dan Almarhom TS Dato' Abdul Ghani Minhat penyumbat gol
dengan tendengan kencang kegol lawan menewaskan pasokkan lawan. Makanya itulah tugas
dan peranan besar, berkobar-kobar dengan peloh meleleh sampai keketing, pemain utama
pasukan SPR yakni TS Aziz dan Datuk Wan Ahmad, beriya-ia bermuka.
Keduanya pemain profesional handalan mengelecek kiri kekanan, tolak tepi kepenjuru,
akhirnya pegang bola tidak lagi sepak tetapi baling kegol dan masok mengguna kekuatan
tenaga tangan dari jarak 30 ela. Pelek bin ajaib, walau pun begitu tidak faul, wisel tidak
ditiup dibunyikan. Perlawanan diteruskan dan keputusan dibuat diambil kira semua kesalahan
dinafi, itulah SPR mengendali PRU13 baru-baru ini, contoh yang saya angkat buat bandingan.
Sebaik dah sebulan selesai PRU13 berlalu didataran perdana, genap sebulan barulah PM
1Malaysia minoriti, secara resmi mengakui kelemahan kekurangan dan kepincangan
perjalanan pilihanraya tersebut berlaku walau diucap dalam bahasa belapik dan berlapis.
Diatas penipuan dan penyelewengan SPR dan umNO(Baru)bN tempang jadinya
DS Najib Rosmah tampil menuboh kerjaan minoriti di Putrajaya. Dalam nada yang sayu,
merayu dengan mendayu tewaskan Datuk CT K. DS Najib Rosmah tampil dengan belit macam
ular sawa mencekam rakyat dan lawan politiknya, bisa mematuk macam ular tedong selar,
dengan angkoh DS Najib paksa rakyat menerima keputusan tipu pincang tersebut demi untuk
kebaikkan kepada negara dimata donia. Haramjadah punya PM minoriti, rakyat pengundi
dapat menerima kekalahan, tetapi kekalahan kerana penipuan ianya tidak diizin dan dibiarkan
kali ini, cukuplah 8 kali yang lepas rakyat bersabar.
Keputusan PRU13 tersebut, sebelum atau sebaik digazet oleh SPR, rakyat berada dalam
suasana bengong dengan menempelak, mempertikai dan menolak serta menafikan keputusan
dibuat oleh SPR berkaitan dengan pengurusan dalam merealisasi PRU13 yang sarat dengan
penipuan yang terancang, pincang secara terang-terang untuk berpehak kepada
umNO(Baru)bN tempang cukup ketara, tidak telus jaulah adil apalagi saksama.
Retorit dan semboyan yang ditiupkan oleh SPRberhubung kait penambah baik proses PRU13,
ianya pada hakikat sebenarnya adalah mudah cara pekena rakyat dan PR. Natijahnya adalah
perlindungan menjamin kemenangan calun-calun umNO(Baru)bN tempang. Seiring dengan
itu, makanya rakyat ramai menterjermah SPR dalam 1,000 kata bentok kemarahan dan
penentangan. Ianya dihala terus kepada boneka Pengerusi SPR TS Abdul Aziz Yusof dan
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mesra macam lembu kondo
kepada umNO(Baru)bN tempang. Rakyat ramai kata macamtu dekat mereka berdua dan
saya menyampaikan.
Hinggakan orang yang cacat pengelihatan pun dapat menyaksikan penyelewengan dalam
penipuan yang direalisasi oleh SPR menyebelahi umNO(Baru)bN tempang. Saya
gambarkankan disini kemarahan rakyat dekat SPR yang membuak-buak bergelegak mendidih.
Sampaikan sikudong kedua-dua kakinya bersunggoh-sunggoh nak tendang nak terajang
punggong pengerusi SPR dan sikudong kedua belah tangan beria-ia nak buboh 13 biji
penampar Jepun ke muka Wan Ahmad Wan Omar timbalan pengerusi SPR. Dan sibisu lagi
pekak, nak jerkah tempik bak halilintar dikedua-dua cuping telinga 2 ekor kuda tunggang SPR
tersebut biarkan menjadi pekak relah anak telinga jadi menanah berdarah.
SPR dibawah tangan Pengerusinya TS Abdul Aziz Yusoff dan dibawah tapak kaki Timbalan
Pengerusinya Wan Ahmad bin Wan Omar yang bongkak dan bengkok macam jambatan
bengkok yang tak jadi buat di Johor dahulu. Kini, sedang berdepan dengan asakkan suara
keramat rakyat supaya melepas dan letak jawatan dan segera tinggalkan SPR. Kedua-dua
pemain tengkorok utama SPR (pengerusi dan timbalan pengerusi) yang mengemudi dalam
mengadun SPR dengan ibu penaik jadi SPR empok, diuli sampai lunak. Kini sedang berdepan
dan menghadapi tempelak dari mantan Pengerusi SPR terdahulu iaitu dari TS Abdul Rashid
Abdul Rahman, juga mereka terus jadi pekak kelu dan bisu.
Semasa TS Rashid mengemudi SPR beberapa-kali menganjorkan PRU ketika itu sarat dikecam
dimaki oleh rakyat. Sebaik pencen ia menyedari letak dudok timbang tara dengan timbangan
dacing, nyatalah SPR menyelewengan dan sentiasa bias menyelamatkan umNO(Baru)bN.
Benar baru disedari dan diinsafi oleh TS Abdul Rashid bila beliau pencen dan menjadi mantan
raja dalam negeri SPR. TS Abdul Rashid diatas sedar dan insaf berpandukan pengalamannya
yang lama berada dipucok tahta SPR, sah kepincangan lebih berganda-ganda dijadikan
formula nilai tambah untuk menyebelahi mudahcara menangkan umNO(Baru)bN disemua
sudut tambahan dalam PRU baru-baru ini. Makanya sebelum apa-apa sekarang ini maka satu
Suruhanjaya DiRaja Bebas hendaklah ditubohkan untuk membuat penyiasatan bebas yang
meluas dengan mengadili SPR dan keputusan PRU13 tersebut.
Selepas itu SPR dengan wajah baru dalam semua keadaan ditalak 3 dari belenggu cengkaman
dagu PM dan JPM diletakkan terus dibawah kepercayaan PARLIMEN. Selagi ini tidak
disempurnakan sah SPR yang ada kini agen penipu terbesar negara. Dan ianya pasti
mendapat perlindungan kepungan dari DS Najib Rosmah, umNO(Baru) dan bN yang tempang
sekarang, sama-sama kita saksikan dapatkah Suruhanjaya Bebas Di Raja ditubohkan DS Najib
Rosmah untuk mengadili SPR.
Negara menjadi hancur lebur kerana orang ini, orang dewakan spesis menesia ini adalah
negarawan. Tetapi kini dah sah dah jadi tak ketahuan macam cendawan tahi lembu kondo.
Sapa? Ianya adalah mantan PM 22 tahun. Pembunoh UMNO Dato' Oon. Penuboh dan pemilik
umNO(Baru) Presiden umNO(Baru) pertama. Pernah merajuk macam anak-anak ditadika
Kemas tak dapat bekalan gula-gula perasa. Jadi bertindak keluar dari umNO(Baru) yang
ditubohkannya kerana marah sakan pegantinya Pak Lah. Menyebabkan parti diasaskannya
dalam PRU12 ditolak rakyat dan umNO(Baru) beliau menderita.
Sebaik Pak Lah belah, kroninya DS Najib Rosmah dengan hulubalangnya TS MY berjaya
terajang Pak Lah, jadi beliau kembali merujok menganggotai umNO(Baru) dan kita tak tau
bila permohonan baru dan penerimaan yuran baru dilangsai.
Bila beliau melihat tengok dibawah pimpinan DS Najib Rosmah umNO(Baru)bN akan
tumbang dan berkubor dalam PRU13 yang berdepan dengan asakkan PR yang dikepalai
oleh DS Anwar Ibrahim musoh NO.1 kepada Dr Mahathir selama 25 tahun nan lampau.
Makanya Mahathir bingkas bangun dari lamunnya diminggu dan dihari-hari akhir menjelang
PRU13 baru-baru ini.
Dr Mahathir Muhammed Iskander Al Kutty mempertahan dan menjulang
umNO(Baru)bN sampai kedalam kem askar dan masok ke ladang Felda. Gadai nyawa kedepan
menjadi panglima perang macam Robin Hood kedepan membantu galang ganti bertemu
rakyat pengundi. Kerana dimata Mahathir umNO(Baru)bN dipenuhi oleh kupang tembaga,
pondan -pondan dan orang-orang bodoh yang memimpin umNO(Baru)bN disemua
keadaan disemua tempat macamana rakyat cerdik pandai nak percaya nak ikut.
Mahathir dengan paroh berbisanya godam dan lendat jentera kerajaan semahu-mahunya.
Harta kerajaan rakyat dilanyakoleh Mahathir macam hak umNO(Baru)bN untuknya dalam
membantu umNO(Baru) terjun berkempen bertemu mengabui mata rakyat marhean.
Dengan mendakwa umNO(Baru) segala-gala yang terdapat dalam negara yang mampu
menyelamat rakyat dan negara. Makanya rakyat wajib pilih calun-calun yang diletak
diketengahkan oleh umNO(Baru)bN rakyat kena bagi undi. Kalau umNO(Baru)bN tewas,
makanya orang Cina akan jadi PM Malaysia, orang Melayu hampa mau ka? Tanah hak
Melayu akan tergadai dan orang Cina jadi tuan. Kalau umNO(Baru)bN kalah rakyat menjadi
susah papa kedana dan negara muflis bengrap. Dengan seruan "umNO(Baru)bN menang
rakyat senang". Hakikatnya umNO(Baru) kenyang dapat terus rembat harta rakyat negara
tambah 5 tahun lagi. Hidup Melayu!!!! Hidup umNO(Baru)!!!!!!
Genap sebulan selepas PRU13 respon yang pantas dan lekas Dr Mahathir dekat PM minoriti
menafi dan menentang apa yang DS Najib kata fasal umNO(Baru) dalam PRU13 yang lepas.
Bukan DS Anwar Ibrahim yang kata. Mahathir ini jugalah yang tampil sebagai panglima dayus
lidah berlapis lagi bercabang.
Sebaik usai PRU13 genap sebulan, nyatalah perut pedai shit yang tersimpan dalam perut
Mahathir al Kutty pecah bertabor, busoknya keseluroh negara sampai donia tahu siapa
sebenar spesis yang bernama Mahathir yang dijunjung diusung oleh sekelian orang Melayu
susah papa kedana yang dudok dikampong, pendalaman khususnya di Felda. Mahathir libas,
Mahathir cincang, Mahathir ini jugalah yang menafi dan menolak ketepi longkang fakta yang
Najib PM minoriti kata tentang kekuatan umNO(Baru) perkasa kuat dan mendapat sokongan
orang Melayu dalam PRU13 bulan lepas.
Mahathir menolak kenyataan Najib Rosmah. Mahathir menafi dan menyanggah tentang
pencapaian umNO(Baru) baru-baru ini di PRU13. Disini sama ada Najib benar memperkatakan fasal kekuatan umNO(Baru) atau Mahathir yang penipu. Atau kenyataan Mahathir yang benar fasal umNO(Baru) di PRU13 dan Najib adalah penipu. Mana mungkin kedua-dua ekor ini benar yakni Najib dan Mahathir. Mustahil pula kedua-duanya salah.
Pasti salah sekor dikalangan dua ekor ini, diantara Mahathir dan Najib, sekor darinya pasti
mempunyai kebenaran. Sekor ini saya pinjam dari kata untuk menesia yang digunakan oleh
pimpinan kanan umNO(Baru) itu sendiri. Disinilah saya menyebelahi kebenaran tentang
umNO(Baru) sekarang dan dahulu dari lidah Dr Mahathir. Dalam hal pelekeh, merendahkan
umNO(Baru) bersekali pemimpin umNO(Baru) disemua peringkat dan kualiti ahli dan
penyokong umNO(Baru) terkini saya bersama Dr Mahathir.
Pemimpin dan calun dari umNO(Baru) yang diletakan baru-baru ini semua tidak berkualiti,
tidak yang diketengahkan oleh umNO(Baru). Disini saya 90% bersetuju dengan Dr Mahathir.
Saya tidak mau jadi munafiq angkoh bongkak macam buaya mengaum macam Zulkifli Nordin
calun menang bidan terbuang umNO(Baru) KaPar Shah Alam dipilih oleh Najib. Sombong
angkoh Zul kata 120% yakin menang beliau bN tawan KaPar Shah Alam dan Selangor dari PR.
Dengan wajah burok dan cabok Zul Kulom umNO(Baru) bN tempang mendapat 47%
sokongan pengundi menuboh kerajaan minoriti negara disakai dihina dilondeh dibogel
secukup-cukupnya apa itu umNO(Baru)bN sekarang.
Kata Tun Dr Mahathir, "Dulu.. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO ialah untuk
bangsa, agama dan tanahair, tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, tidak ada
kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara dengan upah yang lumayan".
"Sekarang.. UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair, UMNO berjuang
untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja, UMNO berjuang
untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri".
Justeru, saya ungkapkan disini bahawa negarawan kita Tun Dr Mahathir Muhammed Iskander
Al Kutty dah menjadi cendawan tak ketahuan. Dalam sebelum PRU13 bermati-matian bersengkang mata bertegang orat secara langsung terjun kedalam longkang, kedalam
padang dan menyelam kedasar kolam kumahan sanggop menjadi komandar laksamana
sokongan, pendirian dan dinding keselamatan kebal umNO(Baru)bN tempang agar dapat
mempertahan umNO(Baru)bN tempang di Putrajaya.
Kemenangan yang dikecapi oleh umNO(Baru)bN tempang dengan kerjasama dan usahasama
dari SPR itu, rupa-rupanya mendapat kecaman pula dari Dr Mahathir. Jadi pasti DS Najib
Rosmah dan anaknya kini MB Kedah akan garu kepala yang terang merlit besinar masing-masing sampai berdarah, bantahan dan marah dengan penghinaan Dr Mahathir kepada
mereka yang mewarisi kepimpinan, penguasaan cengkaman dalam umNO(Baru)bN tempang.
Jadi sahlah bantahan rakyat Blackout 505 menepati citarasa baru, politik baru Dr Mahathir.
"bahawa ramai orang Melayu sekarang ini meluat dengan Umno dan parti itu kini dianggap
tidak lagi relevan dan perlu ditolak. Perkara ini terjadi kerana Umno tidak lagi berjuang untuk
bangsa, agama dan tanahair". “Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk
memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” terang Dr Mahathir.
Katanya, "berbeza dengan Umno enam puluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung,
didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu". Menurutnya, perjuangan pemimpin
dan ahli pengasas Umno, yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu, ialah untuk bangsa, agama
dan tanahair. “Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada
kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.
“Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu - alukan dan disokong oleh hampir semua orang
Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk
menyertai parti Umno yang ditubuh oleh mereka".
“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah
ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk
Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan. “Semakin lama semakin kurang
pemimpin Umno yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak
untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
“Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga
akan terdiri dari yang tidak berkebolehan. Di mana pergi mereka yang berbakat ini? Mereka
pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” “mungkin kita boleh tepuk belakang
kerana Umno masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU-13. Tetapi ini bukan
kerana orang Melayu masih sokong Umno.
“Sebenarnya kemenangan Umno dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu disebabkan mereka tidak
ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP.
Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali,”
"Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin
mencari jaguh yang lain." “Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan
usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari
matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain,” ujar Dr Mahathir tentang umNO(Baru) bN
tempang dalam PRU13 baru-baru ini.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
26 REJAB 1434H (RABU) 5 JUN 2013