RENCANA OLEH: IBN ABDULLAHALAWAB
11 SYAABAN 1434H (KHAMIS) 20 JUN 2013
Info pertama saya majukan dengan makluman, bahawa sudah 5 tahun saya gayat dan takut
amat sangat untuk ragas pokok rambutan walau sekadar tingginya dalam 5'. Apalagi untuk
meniti dimana-mana jambatan menyeberangi jalanraya jalan utama dalam bandar yang
disediakan kerana faktor debaran jantong yang tidak mengizin dan menyebelahi kesanggupan
meniti. Samalah saya takut menyeberang jalan raya yang luas melihat kenderaan bertali arus,
sedangkan saya tidak berkemampuan untuk berlari kerana jantung juga. Pelek bin ajaib, sering
pula kawan-kawan bila bersama saya dalam perhimpunan dulu-dulu mereka bersemangat disisi
saya kerana pasti tidak akan lari mendapat perlindungan dari dikerjakan polis. Sebab sememang
nya saya tidak dapat belari juga kerana jantong.
Fenomina saya alami itu tidak sama dengan takut yang dialami oleh orang lain.
Lain padang lain belalang, lain orang lain temberang.Perempit dan penjenayah cukup takut bila kebetulan bertembong dengan
sekatan dibuat oleh polis atau mana-mana penguatkuasa negara. Atau ketika mana
mereka kebetulan bertembong dimana-mana tempat dan dimana-mana situasi. Perempit
dan tadi cukup takut kena tangkap, mereka pecut macam gila babi dan kadang kala melawan
arus yang mengundang maut kepada mereka dan mengundang bahaya maut kepada orang
lain, ianya semata-mata takut. Penjenayah pula takut berdepan dengan polis, apalagi takut
polis mengari mereka dan dibawa masok kedalam lokap dan lokap menjadikan penjenayah
takut disebabkan sel lokap tempat polis belasah penjenayah dan okt menemui maut.
Makanya takut penjenayah dekat polis dan lokap bersebab yang hakikat sekarang.
Manakala takut ke3 yang menjadi tajuk kepada rencana saya ini, ianya adalah takut dan ngeri
sunggoh-sunggoh oleh sesetengah gulongan, dan beberapa pehak dan sesetengah orang
dalam negara kita Malaysia, yang telah mencapai kemerdekaan hampir 56 tahun. Sekalipun
negara nak sambut ulang kemerdekaan ke 57 kurang dari 3 bulan. Tetapi kemerdekaan yang
tidak merdeka itu ianya masih dalam kepongan dalam kepompong pemerentah bersendikan
fenomina takut sunggoh-sunggoh dengan perkataan "BEBAS" walau negara dah merdeka.
Ya!!! Sejak akhir-akhir ini perkataan BEBAS atau FREE itu, kalau boleh jangan ada dalam
perbendaharaan BM dan FREE dalam khazanah BI. Kerana perkataan BEBAS dan FREE ini
mampu mengundang umNO(Baru)bN sudah 40 tahun dahulu dah menjadi aruah dalam politik
negara.
Sekiranya perkataan BEBAS dan FREE ini dapat diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri dah
digubal dalam Parlimen negara, dah lama kerajaan umNO(Baru)bN, ISAkan atau madatori
perkataan BEBAS - FREE bawah akta 302 (isteri saya jampok ketika menemani disisi. "Sabitlah
kepala abang dok sakit pasai dok pikir pekara pelek-pelek, turut sampai dekat Ummi kepala turut pusing tumpang pikir sama nak peham maksud dalam tu"). Pastilah menteri dalam
negara terkini DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, namanya menjulang naik sampai kebulan tak
perlu tumpang roket dan berkaca mata, dia pulon sakan buat arahan tangkap sekelian rakyat
jelata majoriti negara yang gemar sangat, sikit-sikit BEBAS! BEBAS! BEBAS! Sedangkan
perkataan BEBAS inilah kini mengundang pertembongan majoriti menjadikan BEBAS
sebagai herba menu yang lazat. Sedangkan pehak minoriti menolak BEBAS kerana membawa padah dan rebah.
Justeru, makanya perkataan "BEBAS" ini, turut menjadi pantang dan larangan keras dalam
apa-apa juga oleh umNO(Baru)bN terutamanya PM Minoriti DS Najib Rosmah. Pantang dan
larangan perkataan BEBAS ini diguna dan diucapkan secara tertutop dan terdedah. Samalah
seperti pantang dan marahnya DS Dr Rosmah Mansor sekiranya dapat tau laki ke3nya DS
Najib menikah bini ke3nya pula. Pasti macam halilantar membelah bumi marahnya DS Dr
Rosmah kepada lakinya DS Najib atau setidak-tidaknya macam berdentum merudum
runtoh jatoh gugor menyembah bumi antena telekumunikasi dari Menara umNO(Baru) Pulau
Pinang baru-baru ini yang terungkap pula aneh pemilik premis dengan TM nama pada
bangunan tersebut.
Selepas PRU13 pada 5 Mei 2013 yang lepas, SPR badan suruhanjaya yang menguruskan
pilihanraya negara selama ini didapati SPR tidak BEBAS dalam berfungsi selama dan semasa
SPR menjalankan pengurusan dan perlaksanaan perjalanan PRU13 penuh dengan penipuan.
SPR tidak BEBAS dan membebaskan dirinya untuk ditunggang oleh umNO(Baru)bN. Manakala
Pengerusi SPR TS Aziz Yusof, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan
anggota SJ yang lain turut rela hidung dicucok dibuboh tali dan kong-kong dituntun oleh
tuannya, umNO(Baru)bN dengan berselindung dengan mohor watikah yang tersemat didada
mereka Diraja. Jadilah SPR bermaharajalela menekan PR menjana pemalsuan dan penipuan
untuk menangkan umNO(Baru)bN.
Jadi SPR tidak BEBAS dari cengkaman umNO(Baru)bN makanya rakyat majoriti bangun
dengan selogan BEBAS. Bebaskan SPRM dari penipuan dan bebas dari kangkang telor umNO
(Baru)bN. Bila rakyat majoriti menolak SPR bersekali dengan penyelewengan ketika mengurus
kan PRU13 yang tidak BEBAS, maka rakyat majoriti telah bangun menolak SPR, macai-macai
pengendali SPR hendaklah meletak jawatan kerana sangsi dan curiga dengan keputusan yang
SPR buat dan gazet akan PRU13. Rakyat majoriti menjelang persidangan parlimen pada 24
Jun 3013 pada hari Isnin ini, maka mengiringi bantahan yang tuntas dari rakyat majoriti,
rakyat terpaksa turun pada 22 Jun 2013 di Padang Merbok Kuala Lumpur terus membuat
bantahan keatas SPR, supaya pengendali sekarang meletak jawatan dan SPR berwajag baru
yang BEBAS ditubohkan.
Manakala didalam parlimen pula, umNO(Baru)bN, khususnya PM Minoriti DS Najib Rosmah
dan pemuka-pemuka utama umnO(Baru), sedang dan berdepan mengigil belaga kepala
lutut dan teloq bergoncang macam menara tinggi kena gegaran gempa bumi tempias dari
Indonesia. Iaitu mereka takut sangat dengan berdepan dan berlawan perkataan BEBAS juga. Iaitu Speaker Parlimen di Dewan Rakyat dilantik dipilih secara undi rahsia yang BEBAS. Maka lahirlah SPEAKER BEBAS Parlimen Malaysia yang pertama. Pastilah kalau ini dapat dilaksanakan DS Najib mati dalam parlimen. Kerana umNO(Baru)bN hidup dalam parlimen hampir 57 tahun kerana speaker parlimen jenama dan cap TM umNO(Baru) dulu dan kini. Saya rumuskan maka BEBAS menjadi ketakutan yang sunggoh-sunggoh kepada umNO(Baru)bN khususnya PM Minoriti DS Najib Rosmah.
Hatta perkataan BEBAS ini juga menjadi ngeri di RTM, PDRM, Mahkamah dan semua yang
sewaktu dengannya. Sama-sama kita berfikir atau lu fikirlah sendiri dengan BEBAS. Berasas
atau tidak apa diperkatakan.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAHALAWAB
11 SYAABAN 1434H (KHAMIS) 20 JUN 2013