Saturday, June 1, 2013

(BELANGSUNGKAWA) DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA PULANG. UNTUK ALMARHUM TEMAN KAMI SAHABAT KAMI SEPERJUANGAN PAK NJANG BAKAR (ABU BAKAR BIN HASHIM) 11 MEI 1943 – 30 MEI 2013 (70T 1B).

 RENCANA & GAMBAR OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 7 REJAB 1434 (JUMAAT) 31 MEI 2013

   



GAMBAR TERAKHIR ALMARHUM PAK NJANG BAKAR: PRU13 5 MEI 2013 AHAD
JAM 4.50 PETANG BERSAMAAN 24 JAMADIL AKHIR 1434H

Pagi tadi saya, isteri dan tiga anak ke Hospital lama Kulim untuk menyempurna medical checkup anak, kerana anak mendapat peluang melanjut pelajaran dalam bidang perubatan dan surgery. Usainya disitu, kami ke pasaraya Giant & The Store Kulim untuk mebeli ala kadar persiapan anak. Jam 1.40 tengah hari saya mendapat panggilan phoned dari Sdr Idris yang baru selesai solat dzohor setelah selesai beliau di IPD Kulim berkaitan report dilakukanya pada 27 Mei 2013 yang lalu. Sdr Idris memaklumkan kepada saya, ‘anta jangan terkejut, ni nak bagi tau Pak Njang Bakar dah meninggal mati kerana belanggar dengan motorsaikal di Pekan Sungai Karangan jam 12.45 tengahari tadi. Jenazahnya telah dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat’. Itulah info awal.

Saya terkedu terus terduduk kaku, air mata mula keluar dan mengalir. Sejujurnya, sejak empat tahun saya mengalami kronik sakit jantung, fenomina terkejut dan airmata meleleh bila mendengan berita kematian dan sebagainya telah menjadi lumrah. Terbayang dimata saya wajahnya, semangat kental perjuangannya, gelak tawanya, istiqamahnya dalam perjuangan memberi sumbang bakti kepada Mesjid, masyarakat dan PAS khasnya. Almarhum Pak Njang Bakar adalah kedepan mengatasi anak muda walaupun usianya menjangkau 70 tahun sebulan. Setiap ceramah PAS dan PR beliau tidak absen menghazirinya, kecuali bertembong dengan keuzuran. Ringan tulangnya dan ahli mesjid.

Sebaik saya pindah dan bermastautin disini, perkenalan saya dengan masyarakat disini ianya bermula apabila berlaku PRK Lunas sebaik Adunnya Dr Farnandes mati di tembak. Sejak itulah semua ahli PAS dan penyokong PAS yang mendiami disekitar Pekan Sungai Karangan dan kampong dipersekitarannya saya mengenali dan mengauli mereka menjadi semua mereka adalah sahabat dan keluarga besar kami.

 Diantaranya adalah Pak Njang Bakar atau nama penuhnya adalah Abu Bakar bin Hashim KP No: 430411 - 02 - 5051 berusia 70 tahun sebulan dan mendiami di NO 14, Kampong Paya Union, Sungai Karangan, 09410 Padang Serai, Kedah Darul Aman. Dalam PRK tersebut calun PKR Sdr Saifuddin Nasution memenangi dengan mengalahkan calun MICbN. Perkenalan itu sampai detik akhir kelmarin jam 12.45 Pak Long Bakar bermotosikal hendak kemasjid solat Zohor.

Malangnya beliau telah dirempoh oleh penunggang motorsaikal berkuasa tinggi. Pertembongan tersebut mengakibatkan motor dinaiki Pak Njang musnah berkecai samasekali. Pak Njang Bakar mendapat kecederaan parah dibahagian kepalanya dan anggota badan yang lain. Mukanya tersembak kejalan raya betul-betul di Pekan Sungai Karangan dan Pak Njang menghembus nafasnya terakhir disitu juga. Alfatehah untuk Almarhum Pak Njang Bakar. Mudah-mudahan sanak keluarganya redza dengan pemergian Almarhum kerana allah lebih sayang dekatnya.'Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang'. Pemuda yang bermasalah tersebut juga parah tetapi sedar diri di Hospital Kulim. Pemuda tanpa topi keledar ini dan ibu bapanya dikenali oleh orang-orang Sungai Karangan.

Sebaik kemalangan tersebut berlaku dan tempat kemalangan kira-kira jarak 400m dengan Balai Polis Sungai Karangan dan Mesjid Sungai Karangan. Hatta setiap anggota pulis yang bertugas di BP SK juga mengenali Pak Njang Bakar, maka pengurusan membawa mayatnya kehospital tidak makan masa panjang. Jenazah Almarhum Pak Njang dibawa pulang kerumahnya sebagaimana saya difahamkan oleh Sdr Ghani Setiausaha PAS Cawangan Sungai Karangan tiba kerumahnya jam 6.30 petang. Sahabat handainya dari PAS telah mendirikan khemah bersebelahan rumahnya. Orang ramai telah mula berkumpul menunggu keulangan jenazah. Saya sendiri ditemani Sdr Idris dengan keadaan diri yang uzur turut menziarahi Pak Njang. Sah pemimpin PAS Sungai Karangan semuanya sedia disitu. Ahli PAs dan penyokong PR dan orang ramai lain turut berada. 

Setengah jam saya menatap wajah Almarhum Pak Njang dengan penuh kasih sayang, doa pendek dipanjatkan ketika itu air mata saya sudah tidak dapat ditahan lagi. Kerana fikiran saya melayang mengingatkan Pak Njang hebatnya sebelum kaku terbujor menjadi mayat. Sebaik saya beredar untuk pulang kerana masa untuk makan ubat yang rotin, baru sampai menziarahinya adalah Tuan Guru Ustaz Haji Adnan bin Haji Majid, Mudir Pondok Sungai Karangan yang cuma kurang 1km dari rumah Pak Njang Bakar. 

Almarhum Pak Njang Bakar adalah nadi kami yakni PAS Cawangan Pekan Sungai Karangan. Pasti Ustaz Mohd Noor, Sdr Aris, Sdr Abdul Ghani dan lain-lain sentiasa akan teringat dan terkenang-kenang dengan semua kebaikan Pak Njang Bakar. Pastilah kurang dari 20 minit waktu Maghrib akan berlaboh dan azan Maghrib akan berkumandang. Sahlah masa beredar berjalan tanpa berpatah kebelakang. Kita berada pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat bersamaan 21 Rejab 1434.
 

Saya difahamkan sebaik selesai solat Maghrib jenazah Pak Njang akan mula dimandi, dikafan dan disembahyang. Selepas itu jenazahnya akan dibawa dengan van jenazah menuju perjalanan akhir didunia fana ini. Ianya akan diletakkan di Masjik Jamek Sungai Karangan yakni tempat sentiasa Almarhum setiap waktu solat berada. Selepas solat jemaah Isha' dan akan diikuti dengan solat jenazah Pak Njang Bakar, sebaik itu mayatnya akan disemadikan dikubor bersebelahan dengan masjid. Beberapa mudir dan pelajar beberapa pondok disekitar Sungai Karangan dan orang ramai masing-masing hadhir untuk solat jenazah PAk Njang. Sebaik disolat, maka jenazah PAk Njang dibawa oleh teman-teman seperjuangannya keliang lehat kuburnya yang telah Allah tentukan. Alhamdulillah jam 10.20 malam bacaan talqin selesai dan tinggallah Pak Njang dengan segala pahala berjuang dalam alam kubur. Al Fatehah!!!!!

Saya akan menyorot kebelakang mengenai Pak Njang. Sebelum parlimen dibubarkan baru-baru ini, beliau cukup aktif memberi sumbangan besar kepada PAS-PR dalam beberapa pekara khusus. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan politik negara khususnya politik PAS. Sentiasa bertanyakan dekat saya,'dapatkah kita (maksudnya PAS-PR) petahan kerajaan selepas PRU13 ni?' Saya menjawab diantara positif dan negatif. "Sheikh! Kalau PAS kalah saya tak dapat tahan tengok Insaniah yang dok dekat dengan kita, macamana nasibnya". Saya menjawab,'Pak Njang! Allah saja yang lebih mengetahui dari kita'. Ceramah besar yang bersama saya, Tuan Imam dan Saudara Idris hadir adalah ceramah PR di Laguna Merbok Sungai PEtani dan ceramah penutup PR di Stadium Keladi Kulim 3 Mei 2013.

Dihari penamaan calun 20 April 2013 PAk Njang diantara yang hadhir dan turun ke Kulim bersama-sama dalam perarakan calun-calun P.17 Padang Serai, N.33 Merbau Pulas dan N.34 Lunas. Sayangnya kumpulan kami tidak bersua dengan beliau dan anaknya. Tetapi pada hari membuang undi 5 Mei 2013 hari Ahad beliau berperanan penting menjalankan tugas mengelola perjalanan perjalanan UPU PAS Pekan Sungai Karangan yang beroperasi disebelahan Balai Polis Sungai Karangan bertentangan dengan Masjid Jamek Sungai Karangan. Ketika itulah dengan keuzuran saya menziarahi UPU yang Pak Njang bertugas disitu. Dan saya pasti itulah gambar terakhir yang saya rakam yang ada dalam simpanan saya. Gambar tersebut Pak Njang (berserban) bersama dengan Sheikh Anwar Mamu. Kedua-duanya adalah veteran PAS di Sungai Karangan.

Sayangnya petang dan malam 27 Mei 2013 hari Isnin, Pak Njang Bakar dan teman-teman PAS kami yang lain yang mengundi pada 5 Mei 2013 Ahad yang lepas kira-kira 20 orang datang kerumah saya untuk mendapat penerangan dan maklumat cara-cara untuk membuat report bab dakwat kekal SPR yang tidak kekal ke Balai Polis Sungai Karangan yang tidak jauh dari rumah taman kami mendiami. Sebaik dakwat kekal dicalit ketika menanda undi, kurang dari 30 minit mereka membasoh jari mereka. Sahlah dakwat kekal SPR tersebut tidak kekal seperti didakwa oleh SPR. Jadinya kami menyambut dan menyahut seruan pemimpin PR untuk melakukan report. Jadi, diantara 20 orang yang membuat report tersebut adalah Almarhum Pak Njang Bakar. 

Diantara kata-kata PAk Njang dekat saya ketika itu ialah, "Ingat kot lepas mengundi dah selesai tugas saya, rupanya dak lagi. Tak pa Sheikh saya akan buat report sama. Mana tau Allah bagi kita menang ini kali dalam becara". Saksikanlah salinan report Pak Njang yang dalam simpanan laptop saya seperti dibawah. 

Teman-teman dari PAS dan anak muda PAS dan diluar sana disekitar Sungai Karangan. Kalau anda nak cari pemimpin dan idola, sesunggohnya Pak Njang Bakar adalah orangnya, dapat dicontohi disemua sudut tidak cacat celanya.

Al Fatehah untuk Pak Njang Bakar, inilah dapat ana paparkan belangsungkawa untuk Almarhum Pak Njang Bakar.
 














  

RENCANA & GAMBAR OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 7 REJAB 1434 (JUMAAT) 31 MEI 2013