RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 10 SYAABAN 1434H (RABU) 19 JUN 2013
Hari ini 19 Jun 2013 bererti telah 45 hari PRU13 berlalu dan 5 hari parlimen akan
memulakan persidangan. Keputusan PRU13 kali ini, ianya cukup aneh dan canggong
dipandang oleh dunia luar yang mengamal sistem demokerasi berparlimen dimana PR
mendapat sokongan majoriti dari rakyat pengundi negara. Tetapi bN yang menerima undi
minoriti dari rakyat menuboh kerajaan pusat di Putrajaya di dului dengan DS Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai PM dan beberapa hari berikurnya upacara mengangkatsumpah menteri-menteri dari kalangan ahli parlimen yang baru dipilih dan senator sedia ada. Termasoklah perlanggaran angkat sumpah menteri dizamani DS Najib Rosmah ini, bukan ahli parlimen samada ahli dewan rakyat maupun ahli dewan senet. Inilah dikatakan visi 1Malaysia, 1Malaysia serba boleh.
Dalam keadaan bN yang dipimpin oleh DS Najib Rosmah dan mengemudi umNO(Baru) dalam keadaan lesu disebabkan DS Najib Rosmah telah melangkah kepala Pak Lah mengatasi gandakkan rekod burok dengan mencipta rekod kecundang kalah lebih burok dan cabok. Najib Rosmah telah meletakkan dirinya untuk dicatat dalam buku rekod hari ini dalam sejarah, yang mana bN dan umNO(Baru) dalam PRU13 telah hilang undi popular dan jumlah kerusi parlimen dimenangi perlahan mengecut dan menunggu masa sahaja menjadi pembangkang. Dan sekiranya SPR adalah SPR yang telus dan berjalan diatas landasan titah DYMM SPBYDA bukan mengguna nama dan tiket DYMM SPBYDA penipu berselindung kot dan tali leher SPR tetapi sarat dengan penipuan dan berluasanya pengundi CIMB. Pasti bN sudah terkubor pada PRU13 pada 5 Mei lepas. Penyelamat bN dalam PRU13adalah SPR dengan permainan dan kong kalikongnya.
Inikalilah dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 hari Ahad, rakyat pengundi negara secara majoriti yang menyokong PR telah menolak keputusan PRU13 yang disempurnakan oleh SPR. Kerana SPR mengidap virus sarat dengan penipuan dakwat tak kekal. Serta menjadi usahawan mengimport masok pengundi jemputan spesis CIMB. Matlamatnya untuk membantu perkuat memenangkan bN dalam pilihanraya. Saya ulangi disini, dalam permainan liga pro Malaysia, dah sedekat negeri-negeri yang mampu mendapatkan beberapa pemain import handalan dari negara luar untok menguatkan pasokkan negeri masing-masing, makanya formula tersebut diguna pakai oleh umNO(Baru)bN untuk menangkan calun-calun bN dalam PRU13, makanya untuk menguat menangkan calun umNO(Baru)bN pengundi import luar CIMB turut mewarnai PRU13 dekat bN.
Walaupun media perdana bN yang selama ini menjadi cai dulu kini dan selama-lamanya, yakni RTM melalui TV1, TV2 dan medianiaga umNO(Baru)bN iaitu MediaPrima disemua saloran TV dan radio. Termasoklah akhbar-akhbar perdana yang tidak melaporkan cacamerba dan huruhara dalaman yang wujud dalam bN. Tetapi bertindak bias menjadi jagoh lembu belaga punah ranah PR. Tetapi ianya digilap dipolish merlit licin bersinar macam kepala DS Najib Rosmah dan kepala DP Mukris Mahathir bercermin disinar cahaya mentari rembang. Dikalangan pemimpin umNO(Baru) yang ramai dipecat diberi amaran kerana mencabar bN menjadi calun bebas, penyokong dan sebagainya diletak ketepi. Hatta calun umNO(Baru) yang enggan menyerahkan borang pencalunannya, semata-mata untuk membolehkan calun anak emas yang perkasa dimata Dr Mahathir bertanding one by one dengan calun PAS - PR Nik Mohd Abduh Nik Azizdi KaPar Pasir Mas.
Akhirnya DS Najib terpaksa juga membentuk kabinet yang terdiri dari kroni special untuk menyelamatkan dirinya buat sementara waktu. Ketika timbang lambong dengan dacing senget untuk melantik menjawat menteri dan timbalan menteri, DS Najib Rosmah terus dikepong dihujani dengan macam-macam masalah. Menghadapi dan berdepan ancaman tekanan dan pelbagai ugutan sebagaimana dihkhabarkan. DS Najib menghadapi realiti diantara undi dan kerusi yang didapati dengan calun samada yang berkualiti atau bawah par nak lantik mengisi menteri dan timbalan menteri. Jadi DS Najib diundang mehnah dan kerenah. Tak layan bermasalah, layan pun jadi payah. Tetapi tak layan segera rebah. Inilah delima atau masam belimbing yang melengkari DS Najib berpanjangan dan tak kesudah sehinggalah menjelang 24 Jun dihari mula parlimen bersidang menunggu menanti apa kesudahannya.
Ketika melayan cukup ramai bilangan AhPar dari Sabah dan Sarawak dah menjawat menteri dan timbalan menteri, kini pula terpaksa DS Najib mengabai dan tidak lagi peduli AhPar dari umNO(Baru) di Semenanjong. DS Najib Rosmah pulau dan nafikan hak mereka walau berkepentingan untuk negara tetapi mengancam sokongan pribadi untuk DS Najib Rosmah. Walau dikalangan AhPar dari Sabah dan Serawak telah mendapat tempat dan layan utama dan sempurna dipenuhi, tetapi bakinya terus memberontak dan mengancam DS Najib Rosmah sekarang. Sebagai menunjuk bantahan dan untuk mendapat hak kalau terlepas jawatan menteri dan timbalan menteri, tetapi peneraju utama perbadanan persekutuan, syarikat clc hendaklah diperuntukkan kepada mereka mendiaminya sedang diperjuangkan. Kepentingan rakyatkah itu?
Bertambah pening dan serabut DS Najib bila mereka menemui penjaga Gua Musang putera raja tetapidah menjadi tua bangka tetapi masih pasang angan dan cita-cita besar yang membara. Mereka kebanyakkannya yang terlibat dengan September 11 2008 yang gagal dulu, kini mereka bersatu dalam membina pakatan baru untuk terus mengancam dan menolak DS Najib Rosmah dari PWTC dan Putrajaya. Dikhabarkan proses dan perbincangan ini terus berjalan umpama api dalam sekam kabinet DS Najib Rosmah berdepan dan bN mengundang padah.
Sebelum ini, macam-macam dah dikhabarkan dikalangan AhPar dari Sabah dan Serawak cukup mencemas dan jadikan DS NajibRosmah membukom demam tak kebah. Dikatakan mereka sedang pasang gear reverse. Apa dia? Mereka masih menuntut serentak itu juga adalah mengugut menjadikan tergugat kedudukan DS Najib Rosmah kalau tidak ditangani macam menatang minyak yang penuh bukan melayan menatang. Mereka maukan jadikan pesaka untuk terus mewarisi kerusi Speaker Dewan Rakyat, dan dua kerusi Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan tuntas agar ketiga kerusi dikekalkan kepada simpanan tetap umNO(Baru) dan bN pada PRU13 ditunaikan Putrajaya dan PWTC. Cemas dan lemas DS Najib Rosmah dibuat mereka. Ini belum diadok dengan tuntutan dari AhPar dari Semenanjong yang mereka juga sedang memegang hulu keris dan matanya dihala keperut DS Najib dan kesanggol lentang DS Dr Hajjah Rosmah.
Tekanan berterusan dan berpanjangan dari Sabah dan Sarawak. Kerana AhPar dari Sabah dan Serawak telah menabor jasa dan bakti besar, kerana mereka telah memastikan bN dan DS Najib Rosmah kembali ke Putrajaya menjawat PM walau telah kehilangan undi popular negara dalam PRU13 baru-baru ini. Seluroh rakyat negara sedang tengok, macamana dan baksin apakah yang akan DS Najib Rosmah akan adun untuk menghazam semua penyakit dan halangan yang didepani untuk diselesaikan.
DS Najib Rosmah ketika berada di Putrajaya dan tengok melalui jendela PWTC selepas PRU13, rakyat telah bangun menolak keputusan PRU13 serentak seluroh negara oleh rakyat negara pengundi. Anak muda negara komit dan komited dengan keputusan PRU13 dan anak muda mendapati SPR telah menipu ketika menguruskan perjalanan dan keputusan PRU13 tersebut. Bila rakyat negara bangun mempertikaikan SPR dalam menguruskan PRU13, makanya sejajar dengan itu kerajaan dan kabinet pusat yang dinikmati oleh DS Najib Rosmah dan umNO(Baru)bN itu bersekali dirtolak oleh rakyat khususnya pengundi muda yang menudoh SPR menipu dalam mengurus perjalanan PRU13 termasoklah pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Kebiadapan dan keterlaluan menjana penipuan oleh SPR untuk terus menangkan umNO(Baru)bN, makanya sekarang rakyat majoriti bersama PR dan NGO menolak SPR dan keputusan dibuat dan digazetnya.
Apabila SPR ditolak oleh rakyat, dan rakyat telah sejak lepas PRU13 mengadakan perhimpunan aman BLACKOUT5050 disetiap negeri dalam negara. SPR dan DS Najib Rosmah terus pekak dan membisu dengan tuntutan keramat dari majoriti rakyat yang diislahkan disetiap perhimpunan BLACKOUT505. Pekak dan sombonn SPR serta dikongsi bersama oleh DS Najib Rosmah, makanya satu himpunan aman raksaksa BLACKOUT505 anjoran rakyat majoriti berpadu tenaga dan seluroh kekuatan dengan NGO-NGO dan dari PR melalui komponan partinya PAS, DAP dan PKR akan berlangsung BLACKOUT505 di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 22 Jun 2013 (Sabtu) bersamaan 13 Syaaban 1434H. Serta beberapa program rakyat majorit mengiringi sampai kehari parlimen mula bersidang pada 24 Jun 2013 hari Isnin.
Semua cabaran yang dihadapi oleh DS Najib Rosmah pasti Najib berhadapan dengannya. Apakah DS Najib akan kerahkan tentera simpanan yang selama ini setia kepada umNO(Baru)bN keluar memburu rakyat majoriti nanti?
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 10 SYAABAN 1434H (RABU) 19 JUN 2013