RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
28 REJAB 1434H (JUMAAT) 7 JULAI 2013
Saya mula berbicara tentang tajuk ini, ianya berputar dan mengelegak di kepala saya,
amat sakit dan pedih sunggoh untuk merencana, antara mahu dan engan menulis berbicara.
Meredah tajuk ini macam sebilah pedang diletakkan ketengkok. Semacam saya rasai hadapi
serangan sakit jantong, yang berdebar mencabar minda, iman dan kesabaran, cuma ketahanan
saikologi dan mental mampu mendepaninya. Telah tiga kali jantong direpair cukop menitiskan
air mata anak-anak dan isteri, dah kata saya mati. Sampai saya katakan kepada team doktor
pakar kardiologi, "Doktor adalah doktor pakar hebat tentang kardiologi sekadar setulus usaha
membantu; tetapi doktor bukan mengalami sakit jantong secara praktikal saya menghadapi
melawannya".
Kini pada bila-bila masa sahaja akan masok lagi bengkel kardiologi untuk proses pembaik pulih
selanjutnya. Saya tidak pernah mengemis doa dari pembaca, tetapi ini kali saya tadah tangan
mengemis dari anda diluar sana, sudi-sudilah panjatkan doa untuk saya menghadapi bengkel
kardiologi pasti dihadapi. Saya masih dapat menulis dan menghadapi laptop usang, tetapi
sekadar kurang tempoh sejam terpaksa berhenti dan tak tau ketika masa mana pula dapat
menyambong menulis kembali rencana. Itu-itulah sebabnya keuzuran yang membatas menjadi
penghalang untuk pantas, saya siapkan satu-satu rencana.
Sejak akhir-akhir ini, rencana yang dapat disiapkan mengambil masa berharihari baru siap dan
dipublishkan, macam info yang basi disaji, maafkanlah saya. Walaupun begitu, saya panjatkan
berbanyak syukur kepangkuan Tuhanku Ar Rahman Ar Rahim Ar Rafiq yang masih mengizinkan
daku dengan minda segar, dapat berfikir merentasi mereka yang sehat sejahtera, tetapi mereka
bebaskan diri mereka dari berfikir untuk menulis sekadar menjadi pembaca setia dari blog-blog
yang menjadi santapan minda.
Sebelum saya melapah, menyelinap pasca PAS - PR Kedah, sebelum selepas PRU13. Makanya
disini saya bentang dan ungkapkan dengan satu kalimat macam peletup C4 yang sebaik ianya
meledak. Pasti kita menjadi mangsanya sekiranya jarak yang memungkinkan kita menjadi mangsa dimamah berkecai. Setelah tiga kali saya cekal dengan kehendak dan izin Allah organ yang utama dan penting yakni jantungku dirawat oleh team doktor pakar, justeru, diatas keberanian itulah ianya mendidik dan mengajak kekuatan kepada saya untuk memperkatakan dari dalaman yang dihadapi semacam virus mendap yang bersarang, menjalar dalam dada pemimpin PAS - PR bak anai-anai sampai keakar cawangan di Kedah. Jadi,saya bedah dengan hatinurani. Anda diluar sana tak perlu mengasak kerana tanpa anda mengasak pun saya akan pergi.
Wahai sekelian pimpinan PAS - PR Kedah disemua perengkat disemua tempat, adakah anda semua sekadar selama ini menjadi terhibur dan seronak kerana lebih dari 300 rencana yang saya paparkan semuanya saya hala kepada umNO(Baru)bN dan sewaktu dengannya. Sudikah anda menerima pandangan dan teguran, pandangan dan saranan pula kedalam PAS - PR kita bedah dan kita redah semacam jantong saya 3 kali digeledah oleh team doktor pakar bertujuan memberi sisa-sisa nafas usia dan hayat hidup dan kehidupan. Itulah juga matlamat saya meredah kedalam PAS - PR dengan maksud, mudah-mudahan PAS-PR KEDAH KEMBALI MEWANGI BAK KASTURI HARUM SEMERBAK BAGAI CEMPAKA SEPERTI KEPUTUSAN PRU12 8 MAC 2008, enam tahun dahulu, InshaAllah.
Selepas PRU13 baru-baru ini diantara rencana yang mampu saya paparkan adalah PRU13 PAS KEDAH - PR : UMPAMA KASTURI PUPUS WANGI, CEMPAKA TANDUS HARUM. Lengkaran tajuk inilah saya mendapat respon balas dari pembaca maukan saya berterus terang, bak membelah tembikai buang biji, dan dapat dijadikan jus yang lazat. Anda-andalah yang memberi kekuatan dan kudrat tambahan untuk memungkinkan dan memampukan saya menulis. Kepada anda yang memberi sokongan dengan airmata dan isakkan membaca rencana itu, saya tidak punya apa-apa untuk membalas budi baik anda. Sedangkan saya terus mengemis kali ini, mengemis doa-doa kudus anda untuk saya, mendapat kekuatan menghadapi repair-repair jantong selanjutnya. Percayalah masanya pasti tiba.
Kepangkuan seluroh pemimpin PAS Negeri Kedah yang kita telah menerima dan berada didalam PAS sebagai wadah dan wasilah perjuangan yang tuntas. Kita-kita telah menerima perjuangan bahtera PAS ini dengan penuh yakin sarat dengan perjuangan untuk menegakkan agama Islam, dengan bangsa yang perkasa yang mendaulatkan negara dengan penuh jujor iklas dan dalam masa yang sama kita bertaqwa dengan Allah. Tetapi ikrar tersebut macam kita mula dan telah kita mengkhianatinya. Benar atau sangkaan dusta? Rakyat perengkat akar serabut penyokong bawah dan ahli-ahli dikalangan penoreh getah, penyadat kelapa sawit, Mat Kilang dan Minah Kilang, pengawal keselamatan pemandu teksi dan sebagainya. Mereka berbekal dengan seculin ilmu dan sepakit pengetahuan kini sedang melihat telatah dan gelagat kepimpinan politik mereka berada dalam gelanggang PAS - PR umpama pengarah, eksekutif dan ceo syarikat clc, mengarah dan memerah.
Rakyat telah melihat perubahan dan tindakkan mereka bila lama menjadi Adun dan AhPar. Bila mereka menikmati tempat yang rakyat letakkan mereka dan mendapat ganjaran besar darinya. Lama kelamaan Adun dan AhPar ini terbalik pula dalam menghadapi menangani rakyat, mencengkam rakyat seolah-olah mereka menjadi tuan. Cukup melayan rakyat pengundi dibawah dengan sebiji cekelat, yang mereka-mereka penyokong setia untuk perjuangan mengabdikan diri memenangkan mereka jadi Adun dan AhPar disetiap PRU. Dengan jawatan disandang bersemat bintang kebesaran didada, seiring itu maka mereka membelai jawatan memulihara bintang seada-adanya gemerlapan agak sakan. Gaya dan style hidup mereka rakyat nampak.
Ya! Rakyat nampak wahai pemimpin, rakyat mula memperkata dimana-mana. Rakyat nampak sekelip mata rumah menjadi agam, kereta parking depan rumah dua tiga buah (tak kiralah jenama apa) macam taukeh Boon Siew.
Ahli PAS dibawah payah sulit mereka menemui mereka dipejabat Kota Darul Aman maupun di pejabat khidmat. Silap-silap kena buat temujanji, dan kalau berjumpa pun tak sampai 5 minit, mereka dok kelih jegey dok tengok jam dok perambat rakyat kampong secara orang bijak pandai. Ada yang tak dapat jumpa exco sekadar diserah dekat setiausahanya saja. Jelas rakyat melihat mereka sedang mengejar pangkat, membina darjat menjana keselesaan hidup dan kehidupan dimata tengok manusia didunia, gagal mereka memperhitung balasan dan dari Allah yang lebih utama diakhirat kelak.
Ketika mereka bertongkat diatas member, hebat bergaya petah berkata tentang seruan taqwa, perjuangan dan pengurbanan, taat setia dan sebagainya kepada sidang makmum kebetulan makmum tersebut kadang kala adalah ahli, penyokong dan pemimpin semua peringkat dalam PAS - PR. Hebat dan cukup ummpph dan mengancam menikam qalbu seruan khatib diatas membar. Dapatkah khatib tersebut juga yang menjadi pemimpin PAS hatta berada menjadi wakil rakyat berada dalam Dun maupun di Parlimen mampu secuci zam-zam diperigi, menerima makan dan hazam keseluruhan kandungan isi khutbah beliau baca dimembar tadi untuk 200% dijana untuk dirinya? Ketikamana? Ketika direhat dari saf kepimpinan dan lebih mencabar lagi bila tidak dicalun semula untuk bertanding di PRU13 baru-baru ini. Redzakah mereka menerima keadaan tersebut. Pekemas kuatkan serbankah mereka membantu calun peganti dirinya?
Ketikamana ahli PAS dan penyokong PR dibawah yang celek politik dan celek matematik siasah moden, sebaik PR menuboh kerajaan baru Kedah yang PAS mengetuai kerajaan tersebut dalam keadaan tidak bersedia serta panik menerima realiti rakyat membuat keputusan. Diawal-awal lagi telah nampak bunga api pergeseren dalam induk PAS Kedah di Kota Darul Aman dan sesama PR. Ribut kencang turut melanda indok PKR yang mencemas dan melemaskan kerajaan PR Kedah ketika itu. Apabila peneraju ketua eksekutif kerajaan PR di Kota Darul Aman diserang bertubi-tubi oleh musoh lawan politik dan lawan kerajaan, saf exco kerajaan PR khususnya mereka juga pemegang amanah kepimpinan PAS Kedah, berdiam diri membisu macam membiarkan MB mati kering diatas serangan musoh tersebut.
Macam kenderaan dilebuhraya bertali arus dimusim raya. Rupanya serangan musoh kepada MB juga batang tuboh Pesurohjaya PAS Kedah, dimanfaat sepenuh oleh exco kanan dan exco kiri dan adun senior gayong bersahut dan menyambut. Mereka sinsing lengan baju, letak serban cabut kepiah diatas nama, nak pekemas dan selamatkan PAS atas nama perjuangan suci dengan kekuatan penyokong, kekuatan kawasan dan sebagainya bangun menentang dan mengugut secara terbuka melondeh MB PAS dan kerajaan itu sendiri turut bersekali disakai dan tibai sampai suroh letak jawatan serah dekat aku pulak jadi MB, gawat dan bercawat PAS - PR ketika itu. Lagi hebat dari musoh mencipta helah, membuat alasan terus menentang Menteri Besar juga Pesurohjaya PAS Kedah.
Mereka pasang lukah, mereka buat racit dan jerat memikat dan merembat MB atas pelbagai alasan. Sampai kepada perengkat genting jadi nak putus, retak nak terbelah seperti pinang dikacip. Perselisihan menjadi perbalahan, perbalahan itu pula diangkat menjadi pertarongan tuntas. Kalau saya nak katakan peperangan, sedangkan peperangan itu terjadi dan berlaku diantara sebuah negara dengan negara yang lain. Kecuali kini peperangan memang berlaku diantara Bashir dengan rakyatnya di Seria dan Qadafi di Libya tapi dah mati. Pertarongan di Kota Darul Aman dan persengketaan di Batu 10 Kota Sarang Semut, mengundang Pejabat Agong di Jalan Raja Laut turut bergelora, berombak melihat dan menyaksikan tsunami berentap dan berebut kekuasaan panjat pucuk negeri Kedah.Silap-silap edar tindakkan dilakukan ketika itu Kerajaan PAS - PR Kedah menerima nasib umpama kaca pecah berderai lebih awal bungkus menjadi aruah sebelum menghadapi gerbang PRU13.
Pertembongan sakan yang berterusan dan tersusun macam mengikut skrip dengan pengarah bertembong dalam gelanggang terbuka diantara Pesurohjaya PAS Kedah dengan Timbalan Pesurohjaya I. Pastilah ianya mengundang padah tak kesudah. Pesurohjaya dan Timbalan Pesurohjaya 1 membena kem masing-masing bersekali dengan dewan-dewan yang menyokong jadikan sokongan bertambah parah dan tak ketahuan. Mereka berentap bertinjau dan berkuntau jawa didalam gelanggang PAS sampai bercelaru di Kota Darul Aman, dibuat mereka menjadi tidak, tak tumpah seperti Kampong Selamat yang tidak selamat tetapi terancam. Kedua-dua pehak masing-masing banyak helah berjela hujjah dan tidak mau mengalah, lupa ayat Al Quraan dan Al Hadis Junjungan sebagai pedoman dan sempadan. Mereka merasai mereka berkuasa kerana diri mereka yang rakyat jelata dan pengundi tidak kena mengena.
Mereka beradu jengkal, lengan dan penumbok sapa lebih besar jangkauan dan pukulan seperti M Zain dan P. Ramlee mengukur penumbok dalam cerita Nasib Si Labu Labi arahan TS P. Ramlee kerana berebut anak Haji Bakhil (maaf nama tak ingat). Semua pertelingkahan, semua perbalahan berlaku dikala PAS - PR diatas nama kerajaan negeri. Bila jadi kerajaan pemimpin PAS Kedah menjadi punah dek perselisihan merebut jawatan dan kuasa. Tetapi mereka bersatu seia sekata lebih 20 tahun berjuang siang malam diluar PAS sebagai kerajaan, rupanya diatas nama Kerajaan PAS - PR Kedah, kepimpinan utama PAS negeri Kedah dari kelompok ilmu tok guru dan profesional. Kedua-dua mereka profesional sebagai ulama' dan profesional diletak ketepi mencari formula tersendiri. Mereka lendak bara api, mereka randok ranjau menjadikan mereka kebal dari rakyat membuat perhetongan dan menafikan kuasa rakyat dan sokongan rakyat keatas mereka. Akhirnya mereka mendapat pecen berganda dan PAS menjadi mangsa rakusan mereka.
Pemimpin PAS - PR Kedah tidak mengambil iktibar, mengambil pengajaran dari hasil peperangan, perbalahan, pertembongan dan permusohan. Kesannya cukup besar dialami oleh kedua-dua pehak. Parut bengkak bengkil mungkin dapat hilang atau diatasi dengan memakai bush jaket, kot dan pekena jubah Mesir. Tetapi dendam dihati sentiasa berbaja bercambah, lama kelamaan ianya menjadi bengkak menanah, busok membusong. Pasti lanjutan dari itu, atas nama penyelamat dan menyelamat parti dan kerajaan tindakkan menyusol iaitu memecat penentang dari jawatan disandang. Samada jawatan politik dan jawatan dalam kerajaan. Makanya Pesurohjaya melakukan rombakkan Badan Perhubungan PAS Kedah. Rakyat melihat rombakkan tersebut tidak kena pada tempat dan penyandang. Umpama buang yang tempang ambil yang kudong sebagai ganti untuk perkuatkan PAS Kedah. Nyata rakyat khususnya ahli dan penyokong PAS dibawah tak suka dengan tindakkan tersebut. Jadinya pasti mengundang aksi dan pelbagai reaksi dari ahli dan penyokong PAS - PR terukir dan menjadi-jadi.
Ketika itulah kepincangan, pertembongan dan perbalahan berterusan pucuk pimpinan PAS di Kota Sarang Semut dan di Kota Darul Aman, ianya macam PAS Kedah serah BULAN PURNAMA kepada umNO(Baru)bN kembali berkuasa selepas PRU13. umNO(Baru)bN menemui jalan pintas dan jalan mudah untuk mereka mencapai kemenangan dan menawan Kedah dalam PRU13 menjadi ianya mudah. Kerana kerubong dan celapang padi milik PAS, pemimpin PAS bawa masok ayam itik menjadi penunggu, penjaga kerubong dan celapang tersebut. Dalam kata mudah, kepimpinan PAS memberi markah cemerlang modal tambah yang mudah kepada umNO(Baru)bN sebagai bekalan lojistik mereka untuk PRU13 menghadapi PAS. umNO(Baru)bN menawan Kedah dalam PRU13, kerana modal tambahan dan modal pusingan diunjur disediakan oleh pemimpin PAS Kedah sendiri. Walau pun rakyat penyokong dan ahli bermati-matian mempertahankan, malangnya kekurangan modal dan keupayaan.
Dalam keadaan kerajaan PAS - PR Kedah bergerak dan berjalan dengan 2 selinder macam kereta Austin keluaran tahun 1945 bergerak dijalan bendang padi. Maka dalam suasana gawat itulah pertengahan tahun 2011 dalam bulan Jun, Pesurohjaya PAS Kedah juga Menteri Besar bertindak untuk kemaskini pentadbiran PAS Kedah dengan melakukan rombakkan (saya tafsirkan disini penyingkiran) Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Haji Mahfuz Omar juga Naib Presiden PAS bersekali dengan Timbalan Pesuruhjaya III, Ustaz Datuk Taib Azamuddin Mohd Taib diganti dengan YB Datok Dr Ismail dan Mohd Isa Shafie. Tetapi masih kekalkan penentang utamanya yakni Timbalan Pesurohjaya I, YB Datuk Ir Phahrolrazi. Pada mata pandangan rakyat, penyokong dan ahli PAS akar umbi dan akar serabut ianya mengundang lebih banyak masalah dan timbul kekusutan berterusan. Macam tikus baiki labu, bak tukang rumah nak guna kayu sekaki, kayu panjang 30 kaki dikerat sedangkan kayu sehasta ada.
Sehingga dihari penamaan calun pada 20 Mei 2013 yang lalu, banyak Kawasan PAS terus bermasalah, bermasam muka dan macam-macam lagi. Ianya melibatkan pimpinan PAS kawasan apalagi ianya melibat pertembongan dan selisih dengan calun baru dan penyandang. Mengundang macma-macam kerenah dan mehnah sampai kepada penyokong mengambil sikap dan ketetapan dalam diri masing-masing sekalipun akhirnya merugikan, kerana meluat tengok berok kera menjadi perangai pemimpin kita.
Akhirnya PAS - PR sah bungkus pada 5 Mei 2013 Ahad lalu dalam PRU13 secara resmi, sekalipun kita sedang mempertikai tapi kerajaan PAS - PR dah pun jadi bangkai, angkara siapa? PAS yang meneraju kerajaan PR Kedah menjadi kacau bilau bila pemimpin menjadi sasau.
Kehendak dan ketentuan Allahlah juga, PAS - PR Kedah tewas dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 Ahad lepas kira-kira 35 hari yang lepas. Lebih mendukacita dan pilu Pesurohjaya juga mantan MB Kedah ditimpa sakit kronik (Subhanallah) hingga sekarang masih mendapat rawatan di GH PP. Seiring dengan itu, kepimpinan PAS Pusat membuat perlantikkan baru sebagai Pesurohjaya PAS Kedah iaitu dengan melantik Naib Presiden PAS Datuk Haji Mahfuz Omar menjawat Pesurohjaya PAS Kedah yang baru. Disinilah persoalan besar saya, dan saya mendapat jawapan yang tuntas, yakni ibu jawapan kepada pertentangan kepimpinan PAS dan Kerajaan PAS - PR di Kota Darul Aman. Sebaik Mahfuz dilantik dimashorkan sebagai Pesurohjaya PAS Kedah yang baru menganti Ustaz Azizan, dipetangnya pula Timbalan Pesurohjaya I PAS Kedah meletak dan melepas jawatan tertinggi tetapi tidak sebagai YDP PAS Kawasan.
Makanya disini, persepsi dan menjadi semacam realiti. Bahawa penentangan Timbalan Pesurohjaya I terhadap Pesurohjaya sejak 2010 dan menjadi-jadi di tahun 2012, adalah untuk langkah kedepan lebih tinggi jawatan yang diimpi di Kota Darul Aman sebelum PRU13 lagi. Sebab itulah bila peluang Pesurohjaya PAS Kedah, PAS Pusat tidak memberi laluan kepada Timbalan Pesurohjaya I PAS Kedah menjadi Pesurohjaya.
Kini Haji Mahfuz, wajib dengan kewibawaan yang tinggi, anda janalah semua pengalaman yang ada, dapatlah nasehat dari mereka yang berpengalaman dan iklas dalam memberi nasehat. Agar anta dapat jadikan diri anda seolah-olah kelahiran baru dapat membawa misi dan visi baru, dengan wadah dan kekuatan tulin. Mampu memimpin, memandu dan pacu PAS cemerlang dan perkasa untuk kembali menawan Kedah dibawah kuasa perentah PAS - PR pada PRU14 nanti, InshaALLAH. Sepertimana Muhammad Al Fateh mampu menawan Kota Konstantinopal yakni Istanbul, berlandaskan syarat-syarat dikehendaki oleh ALLAH.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
28 REJAB 1434H (JUMAAT) 7 JULAI 2013