Tuesday, March 31, 2009

UMNO-BN: PARTI RASUAH NAKHODA LANUN

REMPAH RATUS ALTANTUYA - PELENGKAP PRK P 59 BUKIT GANTANG

UMNO-BN : PARTI RASUAH NAKHODA LANUN


Tidak lengkap sisa-sisa hidup yang Allah izinkan sekalipun bergelomang melawan penyakit tegar yang memeritkan , namun runtutan hati nurani dan kewajiban menghulurkan sumbangan dalam medan peperangan moden demokerasi dilebuhraya ciber, yang kita terima pakai sebagai diantara jalan dan wadah untuk memerentah negeri dan negara, berbekalkan tegar azam dan semangat berkeris menyumbang dialam blog. Inilah senjata ku miliki sejak 10 tahun ini.

Seluruh pimpinan PAS teman sahabat dan kerabat maafkan ana. Akhie YAB DS Ir Nizar, sumbangan ana adalah melalui dan menerusi blog. Inshaallah ana akan mempertahankan anta Akhie Nizar dan PAS di PRK P.59 Bukit Gantang, sehingga disaat kaku 8 jari tidak berfungsi bergerak mencari huruf mengatur ayat, maka ketika itu tersendirinya blog ini akan terhenti mengirinya tuannya.

Pantas masa berpusing dan beredar, tarikh 7 April 2009 hari mengundi untuk rakyat khususnya pengundi-pengundi yang berdaftar di PRK P 59 Bukit Gantang dan satu bukit sebatang yang lain akan bersekali menghadapi PRK tersebut akan menunaikan memangkah undi masing-masing, sekalipun rahsia. Diatas kerahsian itulah diharapkan mudah-mudahan Allah membuka minda dan menjana naluri menjurus untuk memangkah calun PAS-PR Ir Nizar Jamaluddin, Alhamdulillah Jazakumullah hukhairankasira.

Untuk apakah PAS menghadapi PRK P 59 Bukit Gantang ini???? Apakah ianya sekadar untuk mengisi ruang dan memenuhi kehendak demokerasi semata-mata??? Cuma sekadar dihari penamaan calun dan dihari membuang undi Cuma dijadikan fiesta tanpa berhaluan bertujuan dan bermatlamat?? Pertanyaan tersebut wajib dijawab dan diisi oleh seluruh ahli-ahli PAS dan seluruh komponan penukung Pakatan Rakyat-PR. PRK P 59 Bukit ini terlalu penting, terlalu utama, terlalu senifikan.

PRK Bukit Gantang ini merupakan gelanggang referendum yang terbentang dihadapan PR khususnya warga Perak Darul Rezuan. Khasnya pengundi-pengundi di semua komposisi kaum di Bukit Gantang ini. Perencanaan dan perancangan Allahlah yang membuka jalan dan menunjukkan kita jalan sehala untuk berhujah, menyampaikan masej, membuka khazanah maklumat berkaitan dengan rampasankuasa haram oleh lanun-lanun dan penyamun tarbus keatas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Darul Redzuan pada 8 Februari 2009 yang lalu.

Info tepat hendaklah diedahkan siapakah watak-watak bajingan yang terlibat, terbabit dalam sejarah hitam negeri Perak. Iaitu peristiwa hakiki bukan lagenda cinta di PD. Yakni hakikat kepala lanun, kepala penyamun, serta komponan-komponan Perkhidmatan Awam yang bersekongkol dan bersekedudukan haram, berkhalwat membantu, memberi sokongan dan sokongan umpama lanun dan penyamun juga berusaha secara haram, menubuhkan kerajaan haram, kerajaan haram jadah di Perak Darul Redzuan.

Sampailah kepada momokkan perlantekan mamak pangkor diangkat menjadi MB haram bersekali dengan barua-barua setongkang dengannya Semua pelakun yang terlibat wajib dijelujur, dihuraikan jangan henti-henti akan pekerjaan banjingan lanun, penyamun dan perempok yang menjalankan urusan kerajaan haram diluar undang-undang tubuh Negeri Perak DR dan Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Londehkanlah semua watak-watak banjingan tersebut. Setiap hari masa tempoh berkempin di PRK Bukit Gantang ini.

Sentiasa sebaik semua perasuah mengesahkan mereka adalah suku sakat parti rasuah menguasai Umno baru-baru ini di PWTC. Sebelum menyandang jawatan TPU TS Mahyud telah bersabda dengan sumpahnya “Umno bukan berada di persimpangan jalan; tetapi Umno berada dipenghujung jalan”. Itulah ratib dan doa TS Mahyud 3 bulan sebelum 24 Mac 2009 yang lalu sebagai cek kosong yang dilontarkan kepada ahli-ahli rasuah Umno kejalan peralihan rampasan kuasa dalaman Umno. Cek itu telah ditunai pada 28 Mac lepas, maka Umno sengoti, benar dan maha benar sedang menuju last titik hujung kepada jalan penghujung dikatakan oleh TS Mahyud tersebut.

TPU Cuma berbahasa, “pembangkang cuma pandai menabur fitnah, dan memutar belit”. Haram ia gagal total mengungkai menghuraikan secara terperinci fitnah apakah yang dikatakan oleh PAS, PKR dan DAP??? Putar dan belit apakah yang diucapkan oleh PAS, DAP dan PKR??? Tonjolakan satu persatu bukan tendang Tajul kehulu.

Mengesahkan kebenaran yang PAS, PKR, DAP dan suara rakyat mengatakan DS Najib C4 Altantuya adalah bapa kepada lanun segala lanun perairan Somalia bukan pergunungan Mongolia telah merampas kuasa kerajaan sah dipilih oleh rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat Darul Redzuan. Kepala lanun ini mendapat kerjasama perompak dan sokongan dari SPRM, Selendang Kuning, SPR, PDRM, KHN, PN dan penjawat Awan lain merampaskuasa haram dan menubuhkan kerajaan haram UBN.

Sebab itulah Najib C4 Altantuya ini bacul, pengecut, pondan tidak berani bertanggungjawab turun berdepan dengan pengundi rakyat di PPRK Bukit Gantang ini. Pondan bacul ini serahkan tugasan kepala lanun ini kepada TS Mahyud TPU untuk membersihkan pungkor tahinya dengan air kencing TS MY. Pengundi Bukit Gantang dapat terimakah?? Itulah hakikat lanun bila didaratan. Maka jalan sehala dan jalan penamat itu terpaksa TS Mahyud mengalas jamban bersekali najis Najis, silap Najib, mendukung bangkai biawak DS Najib yang seluruh penduduk ufuk bumi fana ini, hidu busuknya bangkai tersebut.

Bau busuk yang cemar lagi mencemarkan itu menusuk hidung sekalipun disumbat dengan kapas Monggolia. Menusuk dibawa angin melalui laluan lebuhraya jalor lebar tiba di NY-UN, Paris, Jakarta, Tokyo, London, Helsinki, Moscow dan banyak negara dunia lagi. Mampukah TS Mahyud dan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi berani menyuci dan membersih semua itu depan pengundi dalam PRK Bukit Gantang? Kawan karib sejak kecik TS Mohamad Zain Bin Shamsuddin Changkat Jering iaitu Pak Lang serabai kata, “nak basuh macam mana, kalau macam tu, kering air zam-zam pun tak buleh cuci. Bukan takat gantang 10 kolah minyak atar terpotong wanginya dek kecemaran dan busuknya kepala lanun itu, apa macam, fitnahkah peristiwa ini?

Dihari-hari berbaki ini, petugas-petugas yang menerima amanah, dan memikul amanah tugas tersebut, pastikanlah posisi yang anda kendali itu, sebenarnya dijana dan direalisasikan anda semua perengkat jana 100% atau lebih didalam menggarap semua kerja secara konsisten, bersepadu serta bertindak dengan realistik. Janalah kesabaran, elaklah semasa bertugas dibawa bersama sifat-sifat yang menjadi penghalang penyokong khusus khasnya pengundi lari dari kita. Pengundi adalah tuan, pengundi adalah hakim hakiki.