3.05 pagi – 27 Julai 2009 Isnin bersamaan 5 syaaban 1430
Rapid Penang Sdn Bhd
Kejayaan dan Cengkaman - Layanan Duble Standard
Sembeleh Pengguna Sebelum Guna
Sejarah dan Perjalanan Rapid Penang Sdn Bhd
Mantan Perdana Menteri Ke5 Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi telah melancarkan secara resmi di pengkalan Butterwoeth syrikat Rapid Penang Sdn Bhd iaitu subsidiary kepada Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) pada 31 Julai 2007 yang diperbadankan Ministry Of Finance Incorporated . Bererti perkhidmatan Rapid Penang Sdn Bhd telah hampir beberapa hari lagi mencapai dua tahun perkhidmatannya.
Tidak dapat dinafikan yang mana untuk tempoh dua tahun ini, perkhidmatan Rapid Penang Sdn Bhd agak baik dalam perkhidmatan, saperti jadual perjalanan yang 90% menepati masa dengan keadaan bas yang selesa serta bersih untuk tempoh sekarang. Serta pemandu yang tahap mesra penumpang disekitar 85%. Jadual perjalanan dan kualiti mesra pemandu bukanlah kajian terperinci tetapi ianya secara rambang setelah 50 kali mendapat perkhidmatan dimerata distinasi di Pulau Pinang. Manakala 40 kali perkhidmatan menumpang dari Stesyen Bagan ke Tasek Gelugor, ke Bukit Mertajam, Ke Kepala Batas.
Sekalipun Penang Rapid telah mendapat pengiktirafan taraf perkhidmatan ISO, ketika mana Rapid Penang dianugerahkan ISO itu, kelmarin 25 Julai 2009 Sabtu saya ke Pulau Pinang khususnya ke USM bertujuan menziarahi anak, juga perkhidmatan Rapid Penang saya gunakan. Dukacitanya baru dua tahun siap pembinaan terminal stesyen Pengkalan Weld terpaksa menghadapi repair dan pembaikkan sedangkan belanja besar digunakan semasa membinanya dua tahun dahulu, kenapakah terjadi damekian? Sebab apakah diruntuh baru dibina guna, untuk uabhsesuai baru? Tidak membazirkah duit rakyat?
Kejayaan dan Cengkaman.
Dengan wujudnya perkhidmatan awam yang dikendalikan oleh Rapid Penang Sdn Bhd dengan jumlah bas saya difahamkan 350 buah termasok bas mini dengan perkhidmatan 49 laluan dan akan bertambah dari masa kesemasa. Jelas perkhidmatan meluas bas Rapid Penang untuk tempoh dua tahun pertama ini, hampir 40% fenomina perkhidmatan awam kepada pengguna dapat diselesaikan oleh Rapid Penang. Ini adalah kenyataan yang tidak dapat disangkal baikd untuk perkhidmatan di bahagaian pulau Pulau Pinang dan Seberang Perai. Manakala perkhidmatan kembar milik Rapid Penang Sdn Bhd iaitu City Liner yang menjalankan perkhidmatan diluar dari Pulau Pinang yakni laluan yang menghalang bas Penang Rapid beroperasi perkhidmatan seperti ke Sungai Petani, Alor Setar, Padang Serai, Kulim dan beberapa laluan lain dijalankan perkhidmatan operasi oleh bas City Liner.
Nyatalah kesan kepada perkhidmatan Rapid Penang dan City Liner, seolah-olah Rapid Penang dan Cit Liner telah merampas dan memonopoli secara terhormat perkhidmatan banyak syarikat-syarikat bas tradisi, yang telah lama berbakti dalam menjalankan perkhidmatan bas awam di Pulau Pinang dan Seberang Perai, terpaksa gulong tikar dan perkhidmatan mereka pupus umpama naga menelan ular lidi. Kalau yang maseh meneruskan perkhidmatan pun, perkhidmatan mereka menunggu masa sahaja yang laluan mereka itu akan dilalui gergasi perkhidmatan awam samada Rapid Penang atau City Liner. Pasti mereka pupus seperti dinasor dalam memberi perkhidmatan awam kepada rakyat.
Layanan Double Standard.
Setiap kali saya menaiki Penang Rapid sama ada laluan di Pulau Pinang maupun laluan di Seberang Prai termasuklah perkhidmatan City Liner. Didistinasi yang berlainan dituju, pertamanya saya perhatikan status pemandu yang bertauliah mengendalikan perjalanan bas tersebut. Kedua yang lebeh penting dan lebeh utamanya adalah laluan sah setiap bas yang disah ditauliahkan secara pasti oleh pehak bertanggongjawab.
Selain Rapid Penang dan City Liner, selain dari pemilik syarikat Rapid Penang dan City Liner semua bas-bas mereka telah ditentu dan dipastikan no laluan ditinasi. Sekiranya bas tersebut engkar laluan yang ditetapkan pasti pehak polis dan JPJ akan mengeluarkan saman kerana kesalahan menceroboh laluan oleh bas tersebut.
Tetapi setiap bas Rapid Penang yang saya naik, setiap bas itu tidak diletak dan terterakan no lalauan dalam kenenaran perkhidmatan diluuskan serta tidak memaparkan secara khas dihadapan bas no lalaun bas tersebut ke distinasi yang dikhaskan. Sedangkan bas syarikat lain dimestikan dengan no laluan dan dipamerkan, kenapa tidak kepada Rapid Penang? Inilah double standrad layanan dan terpileh dan melututnya semua pehak berkuasa yang menjalankan penguatkuasa.
Bas-bas milik syarikat bileh polis dan JPJ perkasa menjalankan penguatkuasaan meratah dengan mengeluarkan saman dengan diluar pertimbangan. Tetapi Penang Rapid dan City Liner mereka pejam mata sebelah. Saya harapkan SPRM wajib serbu mendapat kepastian dan realiti double standrad terpileh, jangan dibiarkan. Kalaulah berlaku kemalangan dibukan lalauan yang ditauliahkan, adakah jamina perlindungan insuran berlaku? Saya pinta pengurusan Rapid Penang Sdn Bhd memberi jawapan terperinci dalam perkara pokok ini.
Sembeleh Pengguna Sebelum Guna.
Kejayaan Rapid Penang dan City Liner menguasai laluan yang besar di Pulau Pinang dan di Seberang Prai secara meluas dan berkembang. Saya difahamkan ditambahkan sekian banyak bas baru, tetapi pada hemat saya tambahnya bas baru tersebut bukan untuk laluan baru yang tidak menguntungkan, tetapi adalah ganti kepada banyak bas yang musnah kerana kemalangan besar dan separa besar. Tempoh dua tahun berapkah kemalangam maut kepada penumpang, dan orang awam lain dan bagaimana bas-bas yang mengalami kemalangan tersebut?
Sejarah kejayaan sesuatu perniagaan – perusahaan, sampai pada tahap kepercayaan pemilik kepada pekerja atau khususnya kepada pemandu yang menjual - mengeluarkan tiket dan memungut fee harga tiket, disini konflit kepentingan dan keiklasan menjadi persoalan besar dalam mana-mana intitusi perkhidmatan berdepan dengan wang tunai. Selalunya yang akan menjadi mangsa adalah pengguna. Pengguna atau penumpang setia atau penumpang sekali sekali pasti akan menjadi mangsa cengkaman kepada Rapid Penang dan City Liner. Kalau tidak bermula dalam bulan September 2009 ini, pasti ianya akan dimulakan cengkaman terhadapa penumpang-pengguna awal Januari 2010 nanti. Saya pasti tentang ini.
Pemilik Rapid Penang dan City liner mereka berjaya menyelesiakan masalah mereka tentang fee amanah dan sebagainya dikalangan mereka. Yang menjdi mangsa dan cengkaman mereka adalah penumpang. Penumpang-penumpang atau pengguna terpaksa membayar harga perjalanan kemana-mana distinasi yang belum mereka naik bas untu ke distinasi dituju. Penumpang dinafikan membeli tiket dengan tunai mengikut fee tertera dan ditinasi yang dipileh tuju. Pengguna dibebankan terlebeh dahulu mendepositkan, advance membeli kad prepaid bernilai RM5, RM10, RM15, RM20, RM50 sekalipun fee sebenar distinasi kita adalah RM1.20 sebagai contoh. Inilah namanya berniaga lintah darat mendapat keuntungan dari hasil menekan pengguna.
Saya harapkan supaya pehak pentadbiran, pengurusan dan pemilik Rapid Penang iaitu syarikat kerajaan pusat berkepentingan langsung, jangnalah menuai diatas susah perek rakyat-pengguna. Ingatkanlah rakyat marhean dan pengguna susah sahaja yang menggunakan perkhidmatan awam seperti yang akhirnya di Pulau Pinang, tempoh 3-5 tahun lagi tinggal Rapid dan City Liner sahaja. Janganlah setelah berjaya dalam monopoli oleh syarikat kerajaan bawah Menteri Kewangan seiring dengan monopili, setelah sebaik pengguna tidak ada pilihan, maka cengkaman dan manipulasi tiket diganti dengan kad tambah nilai atau pripaid.
Saya mohon penjelasan dan pengguna mestilah bersatu dan bertindak menolak cengkaman dan penindasan hak kita sebagai pengguna untuk fee tiket satu ditinasi dinafikan dan kita terus mmeperkaya dan mmeperkasa akaun Rapid Penang.
Berfikirlah untuk membantu rakyat, bukan bertindak menindas rakyat. Monopoli dan mencengkem pengguna. Fikir-fikirkanlah dengan akal minda yang sihat bukan dengan kepala lutut.
Disiapkan rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB
3.45 pagi – 27 Julai 2009 Isnin bersamaan 5 syaaban 1430