3.00ptg: Jumaat – 10 Julai 2009 bersamaan 17 Rejab 1430
DALCA RASUAH UM No-BN BERDERAI DITOLAK KUASA PENGUNDI HAKIM RAKYAT.
PAS-PR MENDAKI, MEREALISASI PRK N.41 MANIK URAI
AYUH!!!!! BERJUANGLAH!!! DIKIBARKAN PANJI-PANJI KEMENANGAN.
Maksud Al Quran nul Karim Surah Al- Israa’ - ayat Pertama :
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa Yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
Maksud sabda Hadith Rasulullah saw. yang di riwayatkan oleh Muslim :
“Aku diutamakan atas para nabi dengan enam perkara, aku diberi jawami’ul kalim (puncak kefasihan), aku dimenangkan (atas musuhku) dengan dasar takut (yang diberikan kepada mereka), dihalalkan bagiku rampasan perang dan dijadikan untuk ku bumi sebagai alat bersuci dan tempat ibadah serta aku diutus kesegenap mahluk dan denganku para nabi diakhiri”.
Umat Islam di dunia tahun ini (1430 Hijrah) telah melangkah ditinggalkan lebeh dari separoh berbaki bilangan harinya dalam REJAB. Bulan Rejab diantara bulan-bulan mengandungi kelebihan dan kebesaranNya tersendiri. Dua rekod pelaksanaan Allah tunjukkan kepada manusia dengan 2 peristiwa besar dilakukaNya sempena Rejab dahulu. Wajib umat-umat Islam melupainya, apakah peristiwa-peristiwa tersebut? Pertamanya ialah peristiwa ISRAQ dan MIKRAJ dan keduanya DIFARDZUKAN SOLAT 5 WAKTU.
Maka sempena roh dan falsafah bulan Rejab tersebut, saya merayu dan menyeru kepada kuasa rakyat dan pengundi di PRK M.41 Manik Urai pada hari Selasa hadapan menyambut dan menyahut menterjermahkan dengan merealisasikan penerusan kelangsungan Rejab itu dengan kuasa rakyat pengundi mengambil iktibarnya dengan keputusan menolak menerusi peti undi dengan memberi undi kepada calun PAS-PR dan memangkah (X) undi calun PAS-PR Haji Mohd Fauzi Bin Abdullah senonimnya Abea Uji dengan mengabai dan tolak terus calun parti dari UM No-BN Tuan Aziz Bin Tuan Mat yang bersemadi dan berglomang dengan DALCA RASUAH yang akan memusnahkan negara dan rakyat setelah UM No-BN itu sendiri mengkui mereka adalah RAJA penerus generasi rasuah dulu, kini dan seterusnya untuk Satu Malaysia........
Kalau bulan Rejab 1430 menuju penghujungnya dan akan menjelma pula bulan Syaaban, maka ianya mengiring tarikh yang ditetapkan oleh pengurusan PRK N.41 Manik Urai oleh SPR maka berbaki 2 hari sahaja lagi kuasa rakyat akan terjermahkan kuasanya dalam peti-peti undi di Manik Urai. Inshaallah roh dan semangat PRU12 pada 8 Mac 2009 dan roh-roh kemenangan dari PRK-PRK di Kapar Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Kadun Bukit Selambau dan Penanti, menanti diterjermahkan pula di Manik Urai pada Selasa 14 Julai 2009 bersamaan 21 Rejab 1430 dengan kemenangan calun PAS-PR sebaik jam 5.00 petang peti undi ditutup, Inshaallah.
Penyalahankuasa dan adunan herba DALCA RASUAH terbesar dirancang oleh TP UM No-TPM/Menteri Pendidikan dalam merealisasi mendaki PRK N.41 Manik Urai diikuiti oleh pemimpin-pemimpin kanan dan kiri, pemimpin depan dan belakang UM No bersekali segelintir penyokong yang ada dan terbaki, terserlah dan ianya dilaporkan seluas-luasnya oleh RTM dan TV3 & Co, Haji Mohd Fauzi Bin Abdullah senonimnya Abea Uji. Adunan herba DALCA RASUAH tersebut sebagai santa claus turun kebumi Manik Urai lebeh awal dari bulan sepatutnya Disember setiap taun. Memperlihatkan taboran instant bantuan dan instant bantu yang melulu diluar malu tersipu-sipu. Tetapi santa claus itu sememangnya umang-umang dan umang-umang santa claus itulah telah berwajah dan menjelma berluasa menghadapi menghimpit menakutkan pengundi Manik Urai atas badan bernama UM No-BN.
Sekarang saya yakin sejak sebulan berlalu Pengerusi SPRM dan badan SPRM, premis pejabat dan kakijari pekerjanya samada dipusat (Putrajaya) maupun diperut (Kelantan) premis dan operasi mereka ditutup sementara waktu dan bercuti. Yang diharamkan bercitu adalah dari Kementerian Kesihatan bertugas 24 jam berhempas pulas menghadapi realiti wabak selesma babi H1Ni dan penyakit ini sedang melanda kepada UM No berbentuk penyakit kronik berjangkit dikenali dengan nama purba dibrandikan mewangi menghalalkan sebagai adunan herba DALCA RASUAH POLITIK PRK Manik Urai lanjutan DALCA RASUAH POLITIK PRU12 dan PRU-PRU sebelum dari itu. Ini ini semua adalah hakikat yang tidak dapat disangkalkan.
Saya tidak gatal mulut sengaja melalut dalam kalut untuk menyebut hal Pengerusi dan SPRM ini, kerana apa dah jadi! Apa nak jadi! Gah gagah Nenek Min calun bebas sokongan UM No, ketika mana mengisi agenda kempennya dalam PRK Dun Penanti akan menudoh rasuah dilakukan oleh parti Keadilan. Mak Min – Nenek Min ini naik turun Balai Polis, keluar masuk pejabat SPRM dengan liputan besar perdana media negara, gegak gempita memenugi berita negara fasal rasuah, rakyat nak tau macam mana status kes report tersebut? Kini apabila UM No menjadi raja menjuari adunan herba DALCA RASUAH POLITIK di PRK Manik Urai, seluruh bernama SPRM bercuti, bertepok tangan gembira melihat ramuan herba DALCA RASUAH POLITIK UM No-BN berubah wajah menjadi sumbangan dan murah hati, pemurah cakna rakyat khususnya pengundi Manik Urai ini.
Semua yang berpunca menjadi rasuah, semuanya SPRM menghalalkan termasuklah Kementerian dan Jabatan Kerajaan Pusat, yang kepentingan rakyat diutamakan telah berpindah matlamat dan fungsi mereka turun ke Manik Urai menjadi anu dan ani terompah buruk kepada UM No-BN menyundal diri dengan cemar, premis dan tenaga manusianya diguna secara rasuah ditanu dengan rasuah bekerja untuk membantu UM No-BN, membantu calun UM No dalam PRK Manik Urai dari berdepan kekalahan besar di tangan calun PAS-PR melalui Haji Mohd Fauzi Bin Abdullah senonimnya Abea Uji. Helikopter rakyat-kerajaan dari TUDM macam patong cendana membawa TPM dan pengampunya berterbangan secara rasuah menjalankan rasuah atas nama TPM dan Menteri Pelajaran untuk selesaikan kerja kempen untuk clun UM NO. UM No hakikat ada batang saja tak ada telor, sebab itulah mereka telah meneruskan legasi keramat menjadi umang-umang dan santa claus dalam bertemu pengundi di Manik Urai.
Pastilah tempoh 2 hari terakhir, peranan anu perkhidmatan awam yang berunifor resmi tetapi menanggalkan uniform mereka, serta premis kerajaan pusat bersekali tenaga insannya menjadi alat merupai umang-umang setidaknya macam santa claus ketika menemui pengundi Manik Urai sebagai perayu pengugut menghadapi pengundi kepada calun UM No-BN, yakni wajah baru, peranan baru yang gaji mereka rakyat dan negara membayar tetapi tugas khusus dan khas mereka untuk lanie adalah berkiblat kepada UM No-BN dalam memenangkan PRK Manik Urai tersebut.
Tidak pernah lagi dalam dunia ini, khususnya dalam negara kita yang berkesudahan dengan PRU dan PRK berakhir dengan keputusan seri. Jadi pasti sebaik jam 5.00 petang hari Selasa 14 Julai 2009 bersamaan 21 Rejab 1430 sebaik peti undi ditutup untuk pengundi, sejam selepas itu secara tidak resmi keputusan sementara yang rambang didapati. Samada calun UM No kalah dan pastilah calun PAS menang ataupun calun PAS menang dan calun UM No pula yang tewas. Itulah perkiraan yang ada dalam hemat saya sebaik sahaja kematian Adun Manik Urai almarhom Pak Su Weil.
Sahlah terangnya simbul bulan purnama PAS mewakili PR bertembong di PRK Manik Urai dengan simbul senget cungitn UM No berlambang dacing ada 14 Julai ini, 12,293 pemilih, termasuk 25 pengundi pos, akan memilih calon mereka, diantara calun PAS-PR Haji Mohd Fauzi Bin Abdullah senonimnya Abea Uji berdepan dengan calun UM No-BN Tuan Aziz Bin Tuan Mat. Mereka terdiri daripada 99.22% pengundi Melayu, 0.46% Cina dan India 0.23%. Walau bagaimana pun oleh kerana dibawah 1% pengundi keturunan Cina dan India di Dun Manik Urai secara menyeluroh satu kaum iaitu Melayu. Pendekatan situasi politik semasa negara, cetusan retorit propoganda berganda berulang menaikan populariti PM, TPM dengan Satu Malaysia................, kesan jangka panjang dan jangka pendeknya kepada negara bangsa.
Pengundi PRK Manik Urai akan mengurai dan menghuraikan disebalik tabir dan tirai untuk lanjutkan kemenangan menguasai keputusan PRK, mengiringi menjulang kemenangan seperti dicipta kuasa rakyat dan referendum di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan kini Manik Urai. Berpandukan arus aliran keluar mengundi di PRK-PRK yang lepas saya mengambil kesempatan tahap agak tinggi pengundi akan keluar mengundi dianggarkan diantara 74 % – 82 %. Walaumanapun saya maseh berpegang dengan pendirian jalan tengah iaitu menganggarkan 78 % pengundi berdaftar akan keluar mengundi pada 14 Julai nanti, Inshaallah, dengan mengambil kira hari bekerja.
Bermakna dari jumlah pengundi 12,293 dianggarkan pemileh yang akan keluar mengundi adalah 9,558 pemilih atau pengundi. Walau halangan dan tekanan, kerja-kerja umang-umang dan santa claus turun memenuhi ruang Manik Urai mendekati rakyat pengundi dengan DALCA RASUAH. Pengundi Manik Urai telah mengenali yang kuasarakyat dengan legasi referandumnya menolak UM No-BN dalam PRK adalah berterusan disempurnakan pengundi Manik Urai Inshaallah. Dari jumlah 9,558 dianggarkan akan keluar mengundi. PAS-PR menerusi calunnya Haji Mohd Fauzi Bin Abdullah senonimnya Abea Uji Inshaallah, akan menerima undi popular dan undi simpati tahap 58 % undi berjumlah 5,543 manakala calun UM NO-BN Tuan Aziz Bin Tuan Mat akan mendapat baki 42 % undi berjumlah 4,014. Justeru calun dari PAS-PR Haji Mohd Fauzi Bin Abdullah senonimnya Abea Uji Inshaallah menerima kemenangan mandat suara rakyat sebagai referendum lanjutan dengan majoriti 1,529 majoriti undi.
Mudah-mudahan jalan tunjuk falsafah bulan Rejab ini, diterjermahkan dalam PRK Manik Urai dengan memberi kemenangan kepada PAS-PR menerusi calunnya Haji Mohd Fauzi Bin Abdullah senonimnya Abea Uji, Inshaallah.
Ini merupakan sumbangan info dan minda merdeka tuntas meyokong PAS-PR dalam PRK Manik Urai.
Kepada pengundi dan pemileh dalam PRK Manik Urai, antara Tok Guru meneraju PAS Kelantan dan Tok Pa memimpin UM No Kelantan, pastilah Tok Guru pilihan hati dengan menyokong dan memberi undi kepada calun pilihan Tok Guru, pilihan PAS-PR iaitu calun kami PAS-PR menerusi calun Haji Mohd Fauzi Bin Abdullah senonimnya Abea Uji.
Mudahan kita berfikir menggunakan akal dan iman adalah jalinan pedoman. Saya doakan aman damai PRK Manik Urai. Sekiranya Allah izin, saya akan terus berencana dalam terdekat mungkin dengan kesihatan lebeh baik. Selamat mengundi dan undi pangkahlah (X) calun PAS-PR Haji Mohd Fauzi Bin Abdullah senonimnya Abea Uji.
(Nota: Menjelang hari mengundi 14 Julai 2009 Selasa ini, saya menggunakan kesempatan awal ini dengan tajuk diatas, kerana Ahad 12 Julai – 15 Julai Rabu saya akan berada di Jabatan Perubatan Nuklear, Institut Radioterapi, Onkologi & Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur. Pastilah suasana menghalang untuk menulis khusus di Manik Urai, kesihatan menghalang. Inshaallah saya akan mengulas diatas kemenangan PAS-PR Abea Uji -YB baru, Inshaallah saya tunggu dan nantikan).
Disiapkan oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB.
12 t.h – 11 Julai 2009 bersamaan 18 Rejab 1430