11.00 pagi - 22 Julai 2009-07-22 bersamaan 29 Rejab 14300
(PUTRI KANDAS 1)
BRANDI BARU: PENJENAMAAN BARU MENJELMA SYAITAN – UMPAMA HIJRAH DARI PREMIS JAMBAN KE TANDAS, DUA-DUANYA KUMBAHAN SHIT.
ITULAH REALITI DARI: BPR (BADAI PEMUSNAH RAKYAT) KEPADA SPRM (SYAITAN PENGUGAT RAKYAT MALAYSIA).
Menjelang dan selesai rampasan kuasa berjenama mulia berkosmatik berprofil tinggi, ianya berjenama PERALIHAN KUASA dalam UM No dari Pak Lah lanie Tun Lah (dua-dua bini bergelar Tun, kalah sekelian mantan PM baik yang maseh hidup atau yang dah meninggal dunia) kepada DS Najib Tun Razak dan TS Mohiyaddin Yassin dalam menjawat jawatan Presiden UM No dan Timbalan Presiden UM No. TS Mohiyaddin semasa bermusafir di Pulau Temasek, dia bertindak membedil meriam katak menghala ke sasaran pertamanya PWTC Kuala Lumpur, tepat. Dan menghala pula peledak C4 ke Putrajaya tepat jua sasarnya ke Perdana Putra, Putrajaya. Cukup ong, ampoh dan terer lagi paka bedil dan letupan dilepaskan oleh TS MBY. Kini hasilnya sedang dikecapinya. Seronok nampak, naik kapal terbang turun heli, bawa beg besaq.
Pelaksanaan secara terancang rampasan kuasa berjenama PERALIHAN KUASA Perdana Menteri, maka nyahlan Pak Lah dari jawatan Presiden UM No dan Ketua Perhubungan UM No Pulau Pinang dan Perdana Menteri Malaysia Ke5. Dari penyandang perampas Presiden dan Timbalan Presiden UM No yang baru, sekali pun rakyat menentang cuma UM No kepentingan bercawat kotea paksa teruskan program jenama rampasankuasa atas nama PERALIHAN KUASA. Mengiringi dua episod itu, diparlimen juga sepenuhnya dijadikan alat menjaya dan mencita-citakan macam lulus benang luluslah kelendan. Diantaranya adalah bab berhubung dengan BBR. Sebaik sahaja ianya mendapat penjenamaan baru dari BPR saya namakan dulu-dulu lagi Badai Pemusnah Rakyat kepada SPRM juga saya mengenalinya dengan erti Syaitan Pengugat Rakyat Malaysia.
Tepat sekali erti nama yang saya bubohkan kepada SPRM dikenali Syaitan Pengugat Rakyat Malaysia rupa-rupanya benar dan tidak melencong atau tersasar sampai ke Monggolia terbabas nama yang siberikan saya. Mulanya saya berasa bersalah walau tidak dihukum oleh mahkamah memberi nama mengikut hemat dan pandangan sendiri. Rupa-rupanya macam terserlah pula kebenaran tetap bersama saya dalam realiti SPRM ini. Saya memberi pendapat kepada ramai teman setaman yang bertayakan saya tentang SPRM tersebut. Baik mereka UM No totok, PAS bedengung, PKR menyacak atau DAP kental, saya memberi jawapan mengikut hemat saya termasoklah bersekali dengan makna singkatan tengkas diberi.
Saya katakan, “BPR dengan SPRM adalah sama tidak akan mempunyai perubahan dalam apa-apa perubahan dalam semua perkara dalam semua keadaan di semua tempat. Kerana ianya adalah pelindung No wahid untuk menjadi agen penyelamat indivitu dan kroni bersama manusia dalam mengepalai kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang dikuasai UM No-BN, ini pasti dan jelas. SPRM samalah umpama kita runtuhkan sebuah rumah usang kayu kayu yang dimakan oleh anai-anai dan reput semua asas dan struktur rumah tersebut. Kita dirikan semula sebuah bunglow mewah dengan keadaan tergesa-gesa diatas tapak rumah tersebut yang kronik beranai-anai.
Tanpa terlebih dahulu berusaha dan bertindak sampai memuaskan hati dan berkeyakinan penuh telah sifar dari anai-anai dan segala macam anasir perosak dan pelingkup. Ketika masa dalam membuat persediaan persiapan kelengkapan rawatan untuk merawat dan mengawal dengan ikhtiar dan usaha seperti penggunaan racun pembunoh dan pembasmi serangga, seperti anai-anai dan lain-lain anasir perosak. Sehingga diyakini tapak tersbeut bebas dari semua anasir perosak, anasir pelingkup dan anasir yang akan meruntoh bunglow yang baru untuk dibina. Kepastian sifar anasir pelingkup-perosak, makanya barulah bunglow baru itu dibina, bukan pembinaan kembali dibuat ditempat yang merbahaya dikenalpasti.
Sekiranya kedegilan dan angkuh untuk membina juga bunglow baru diatas tapak bermasalah itu, disebabkan kita kaya multi trillion dan berkuasa sekalipun kerana tanah kita, ingatkanlah pasti rumah baru itu anai-anai yang sedia 50 tahun telah bertapak, maka anai-anai tidak bisa lupa dengan perangai dan tabiat perosak peruntoh rumah orang, pasti bunglow-rumah baru itu akan anai-anai makan barulah ia akan menjalar didalam ruang kayu dan dalam material-material yang lain nampak cantek diluar sedangkan anai-anai telah musnahkan dalamannya itulah anai-anai, maka itulah aruah BPR lanie bunglow-rumah baru SPRM.
Pastilah kesan burok dalaman terlindong disebabkan tampalan kosmatik cat dan perabot melindunginya, lama kelamaan rumah baru itu juga akan menyembah bumi seperti bumbong stadium di Terengganu. Sepatutnya tanah tersebut dirawat dahulu dengan membuang segala semua sarang dan ibu-ibu, bapak-bapak, anak cucu anai tersebut. Melalui rawatan meracun dengan racun pembunuh serangga setanding peledak C4 untuk membuang semua genetik anai-anak di tapak tersebut. Sah selepas disahkan oleh pakarnya, report terakhir bahawa pembasmian anai-anai telah disifarkan, barulah rumah baru didirikan ditapak yang sama demi keselamatan terjamin disemua sudut, dengan yakin untuk mendiaminya.
BPR kepada SPRM samalah seperti anai-anai yang telah lama bertapak dan bersarang beranak cucu dua tiga keturunan dipindahkan untuk menukarkan anai-anai pemusnah tersebut menjadi lebah-lebah untuk sekadar memaniskan dalam memperagakan dengan uniform smar baru ala tentera dibunglow baru kediaman bernama SPRM. Sekadar berpindah rumah, maka anai-anai tetap anai ia akan merayap mencari mangsanya menerusi bawah dan menjalar keatas sehinggalah ketulang bumbung selepas tulang kering menjadi kiang.
Justeru yakin dan percayalah sesunggohnya, anai-anai pasti tetap anai-anai, masakan ianya bertukar menjadi lebah-lebah yang manis yang namanya menjadi nama dalam surah dalam Al Quraan ianya mulia diatas tidak menghinggapi najis cemar yang kotor. Sewajibnya semua sarang BPR dahulu dibakar abu dan wijudlah SPRM tanpa membawa walau seekorpun anai-anai untuk melata dalam SPRM penghijrahan. Maka terserlah rumah baru bernama SPRM itu sedang dan terus dimakan, digerit oleh anai-anai telah hampir 7 bulan.
SPRM telah berperanan besar di Perak, di Pulau Pinang, di Kedah dan di Selangor. Sampaikan mangsanya kali ini mati dalam rumah SPRM dalam masa tanggongjawab dan dipertanggongjawabkan sah mangsa mati dalam gengaman, dalam asakkan dan macma-macam lagi diluar saksi dan pelindung kepada simati seperti ditemani peguam-peguamnya sebagai saksi. Untuk menghadapi berhadapan menentukan pukulan maut berbentuk rekafitnah soalan, paksaan soalan dan sebagainya. Bila mati dirumah mereka, mereka membisu dan mencari pembunoh diseberang lautan. Samalahlah mereka taknampak kapal selam, tetapi perahu kertas mainan anak-anak diangkasa lepas nampak diluar teropong.
Kini episod seterusnya adalah penyamun ligan kawaq, lanun siasat penyamun. Siapa benar, siapa dapat diyakini, sama-samalah kita tengok dan membuat kesimpilan diatas keputusan depa buat nanti setidak-tidaknya hari ni apa kata, apa putus mesyuarat kabinet to day, sama-sama tunggu fikir dan tengok.
Disiapkan oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB
12.00 t.hari - 22 Julai 2009-07-22 bersamaan 29 Rejab 143