Tuesday, July 7, 2009

SAH PERTANDINGAN 2 PENJURU DI N.41 MANIK URAI: DI ANTARA CALUN PAS & CALUN UM No

2.20petang - Isnin 6 Julai 2009 Bersamaan 13 Rajab 1430

SAH PERTANDINGAN 2 PENJURU DI N.41 MANIK URAI : DIANTARA CALUN PAS & UM No

Mukadimah.

Maksud firman Allah dalam Surah Al-Anam: ayat 6 – “Tidakkah mereka lihat berapa banyak bangsa yang Kami telah binasakan sebelum mereka, yang Kami berikan kepada mereka (kekuasaan) di bumi yang belum pernah Kami berikan kepada kamu, Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebeh dan ?Kami jadiakn sungai-sungai yang mengalir dibumi mereka, kemudian kami binasakan mereka oleh kerana dosa-dosa mereka, lantas kami adakan sesudah mereka bangsa yang lain”.

Maksud firman Allah dalam Surah Al-Anam: ayat 44 – “Manakala mereka lupakan peringatan yang Kami berikan kepada mereka, Kami bukakan untuk mereka segala pintu bagi tiap-tiap sesuatu, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala pemberian itu, dengan sekonyong-konyong kami datangkan seksa kepada mereka, hingga sampai mereka itu berputus asa”
.
Mengibar panji-panji perjuangan.

Sekitar jam 11.10 pagi tadi, Pegawai Pengurus PRK N.41 Manek Urai, Encik Adnan Bin Hussin telah membuat pengumuman dan pengesahan bahawa dalam PRK N.41 Manik Urai mengesahkan calon PAS Mohd. Fauzi Bin Abdullah, 50 tahun, akan ditentang calon daripada UM No-BN Tuan Aziz Bin Tuan Mat, 39 tahun yakni pertandingan 2 penjuru. Perarakan yang menyemarakkan semangat juang yang tinggi, dikalamana penyokong menjulang tinggi panji-panji PAS berkibar dan seumpamanya identiti PR dalam mengiringi calun PAS Mohd. Fauzi Bin Abdullah dengan berselogan berseloka. Ianya bermula kehadiran penyokong seawal jam 7 pagi dan ada yang solat Subuh di Masjid Jauhar pengkalan menunggu tempat berkumpol penyokong PAS-PR, mengorak derap langkah menuju ke distinasi penamaan calun.

Ianya dimulakan dengan agenda solat Hajat jam 7.35 pagi yang dimamkan sendiri oleh YAB MB Kelantan, merangkap Mursyidul Am PAS, TG Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Dengan gema takbir “Allah hu Akbar”, disahut sambut oleh penyokong-penyokong yang hadhir menjangkau lebeh 12,000 ribu. Penanda yang jelas sebagai jalan tunjuk pintu kemenangan awal sokongan kepada calun PAS-PR Mohd. Fauzi Bin Abdullah dari penyokong PAS-PR di hari penamaan calun ini Kehadiran dua kali ganda mengatasi kehadiran penyokong calun UM No-BN berarak, berganding taangan beriringan bahu membahu diantara pemimpin PAS diketuai Presidennya, YB DS TG Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang erat dengan Mursyidul Am PAS, YAB TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, NP PAS YB Salahuddin Bin Ayob, YB Dato' Mahfuz Bin Omar, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Bin Ali, Speaker DUN Kelantan dan Exco-exco KNK, Adun PR serta AP PR Kelantan dan Adun dan AP PR dari luar Kelantan. Perarakan calon PAS menuju ke Pusat Penamaan Calon di SMK Sultan Yahya Petra 1 sejauh kira-kira 1.5 km. Turut serta pimpinan PR diantaranya YB Azmin Bin Ali, YAB Tan Sri Khalid Bin Ibrahim, YB Zuraidah Binti Kamaruddin, YB Tan Siew Giaw, YB Tian Chua dan lain-lain pemimpin tertinggi PR dari PKR dan DAP. Alhamdulillah.

Perarakan pehak UM No-BN diketuai oleh TPM TS Muhyiddin Yassin bersama-sama dengan N Presiden UM No dan Ketua Perhubongan Kelantan UM No YB Dato’ Mustapha Mohamed mengiringi calon BN Tuan mengetuai kumpulan penyokong ke pusat penamaan calon. Berarak sejauh 2.4 kilometer dari bangunan Pejabat UMNO Bahagian Kuala Krai bermula kira-kira jam 7.15 pagi bersama kira-kira 4,000 penyokong. Pasti dikalangan penyokong UM No-BN telah menyediakan keputusan rambang kekalahan menanti mereka pada 14 Julai 2009 hari Selasa nanti. Sekalipun sentiasa sintuk pulih keyakinan semangan dari TPM kita maseh, kita maseh berpeluang mencapai kemenangan kalau kita bekerja kuat.

Berikut selesainya sesi penamaan calun (penyerahan borang, bantahan dan pengesahan bertanding) maka menantinya adalah hari dan tarikh jam 8 pagi gelanggang pengundi PRK Manik Urai dibuka 14 Julai 2009 Selasa. Justeru, makanya wajib seluroh jentera pilihanraya PRK PAS-PR meneruskan fungsinya berlipat kali ganda dengan usaha-usaha mendekati dan mesra ckna pengundi, masanya berbaki cuma 8 hari sahaja lagi untuk kegiatan berkempen. Iaitu masa yang berbaki menjelang jam 12 pagi 14 Julai berkempen, dengan punyai masa berbaki 192 jam atau 11,520 minit atau 691,200 saat, untuk merealisasi usaha-usaha berkempen-merayu serta penyiapan persediaan lojistik di hari pengundian.

Dalam tempoh 8 hari inilah wajib semua petugas perayu sampai door to door yakni pintu ke pintu menemui berjumpa mesra dengan setiap pengundi Manik Urai. Bersua muka dan bertentang mata memperkenalkan calun yang PAS telah pilih untuk mewakili parti dalam PRK N.41Manik Urai, kenapa dan mengapa Fauzi Bin Abdullah berumor 50 tahun dipilih. Patah tumboh hilang berganti walau yang diganti pastilah tidak 100% mampu menyalin kerja buat dan tugas kerja selama 5 penggal menjawat Adun Mank Urai sebagaimana Almarhom Pak Su Weil. Menjadi kewajiban perayu dan petugas menerangkan dasar dan hala tuju PAS dan PR khususnya kejayaan YAB Tok Guru memimpin dan mentadbir menguasai Kelantan selama hampir 20 tahun.

PRK N.41 Manik Urai ini merupakan PRK yang ke 7 selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas. PRK ini diadakan berikutan kematian Penyandang Adun Manik Urai ini, iaitu YB Haji Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Semasa PRU12 pada 8 Mac 2008 Almarhom YB Ismail Yaacob yang senonim dengan panggilan Pak Su Weil kembali bertanding dan mencapai kemenangan dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon UM No-BN Mohamed Zulkifli Omar. Pehak SPR telah menetapkan 14 Julai 2009 Selasa hadapan sebagai tarikh pengundian. Pengundi N.41 Manik Urai seramai 12,293 pemilih, termasuk 25 pengundi pos. Statistik mengundi mengikut kaum 12,197 adalah pengundi Melayu merangkumi 99.2 peratus manakala pengundi Cina 56, India 28 dan lain-lain kaum 12 orang pengundi.

Dalam negara kita Malaysia, tidak terdapat mana-mana parti dalam komponan BN juga dalam parti PR seperti PKR dan DAP lambang parti dinyanyi dipuja sebegitu rupa walau mereka ahli UM No dan komponan dari BN. PASlah satu-satunya parti yang lambangnya menjadi perhatian dan pandangan yang saksama. Ianya didendangkan dengan senikata dan lirik yang cukup-cukup bermakna, cukup relevan lagu ini dulu, kini dan selama-lamanya. Justeru saya mengajak semua pembaca blog saya ini khususnya pengundi dan penyokong PAS-PR menghadapi PRK Manik Urai ini, saya merayu apalah sudinya anda semua membaca Al Fatehah untuk Almarhom TS P. Ramli dan Almarhom Pak Su Weil. Kenapa hubung kait dengan TS P. Ramli? Tidakkah TS P. Ramli mendahului pimpinan PAS sendiri memuji dan memuja lambang resmi PAS iaitu “Bulan Purnama – Al Badrul”.

Anda semua perhatikanlah senikata lagu yang di dendangkan oleh P. Ramli, “Engkau laksana bulan, tinggi atas kayangan ...................”. Itulah diantara bait lirik (sekadar mampu saya mengingati) betapa hebatnya dendangan nyanyi oleh TS P. Ramli memuji PAS, cuma kitalah keras hati tidak memberi perhatian yang serius dan memperakunya secara tidak langsung akan dendangan Almarhom TS P. Ramli. Saya berseru markas PAS carilah dan muaturun lagu tersebut diperdengarkan kepada pengundi Manik Urai , yang TS P. Ramli telah dendangkan lama dah lambang resmi “bulan” sebagaimana kebetulan dinyanyikan oleh seniman rakyat, seniman agong negara tidak satu dan tidak duanya. Apa macam? Nak sanggah juga ka? Sekali lagi sedekahlah anda budiman dengan Surah al Fatehan untuk Almarhom P. Ramli dan Almarhon Pak Su Weil mantan Adun Manik Urai, Al Fatehah. Ini kekalahan UM No kedua menghadapi PRK Manik Urai ini.

Cermin diri.

Sejak Adun Manik Urai meninggal, gemulah YB Haji Ismail Yaacob senonim 5 penggal pengundi dan rakyat Manik Urai mengenali memanggilnya Pak Su Weil. Benarlah kata Almarhom TS P. Ramli didalam lagunya yang amat menyentuh hati nurani saya sendiri setiap kali mendengarnya tanpa jemu. Malah ianya cukup relevan kepada saya dan kita semua. Baris bait lirrik lagu tersebut sekadar dapat saya mengingatinya ialah, “Dimana, kan ku cari ganti. Serupa dengan mu......................”. Benarlah wahai Almarhom TS P. Ramli akan madah Almarhom tersebut yang dirangkumkan dalam sebuah lagu yang lirik dan melodinya bernilai tinggi dan mampu menggegarkan perasan untuk sesiapa yang terlibat menghadapi suasana ingatan sedih pilu akan berguguran air mata. Jadi pengundi Manik Urai gantikanlah Adun Manik Urai ini dari gemulah Pak Su Weil kepada Adun baru dari calun PAS Saudara Mohd. Fauzi Bin Abdullah pada 14 Julai Selasa. Inshaallah Saudara Mohd. Fauzi mampu untuk menjiwai gemulah Pak Su Weil dan menterjermahkannya.

Doktrin parti yang berpaksi kepada assabiyah nasionalis seperti UM No ianya sentiasa berdepan dan menghadapi lawan dengan parti yang bertemali dengan doktrin akidah yang bertaut diantara Pencipta dan hamba seperti parti PAS. Disudut nasionalis UM No mungkin pandangan dan tindakkan dilakukan UM No macam nampak lurus betul tetapi ianya disanggah oleh kebenaran doktrin Iman yang dimuat lingkup dalam kertaskerjaNya yang Agong sebagai blueprint disampaikan kepada Nabi Junjungan RasulNya Muhammad Ibn Abdullah menerusi Jibril mengendong, menyampai dan mempertahankan suruahan intipati dari Al quraan, kitab Iman, perlembagaan hidup didunia dan akhirat. UM No tidak nampak dan pisahkan ini.

Jadi sebelum melontarkan pandangan melalui terowong sempit dan tirus pemimpin UM No dalam mentafsir menggali agama, maka pemimpin UM No cerminlah diri terlebeh dahulu dengan kencing dalam tempurong (seperti orang-orang tua dulu kata kias menasehati) dan tengok wajah sendiri sebelum menuduh pemimpin-pemimpin PAS memperalatkan agama dan masjid untuk politik khususnya dalam menghadapi PRK N.41 Manik Urai. Tok Guru MB, Adun dan AP PAS menggunakan mimbar masjid menjadi khatib berkhutbah dan mengimam solat Jumaat dan memberi taskirah samada selepas atau sebelum solat-solat waktu hatta mempertikaikan kuliah suboh dan Qunut Nazilah.

Panggillah seluruh Mufti khusnya TS Mufti, tanya sat batalkah solat Jumaat tersebut? UM No mampu pinta Mufti-mufti dalam Malaysia ke Manik Urai pada 10 Julai 2009 Jumaat bersamaan 17 Rejab 1430, pasti seluroh Masjid yang berada dalam Dun Manik Urai, bermula dengan Tok Guru MB, Tok Guru Presiden, Speaker, Timbalan Mirsidul Am PAS dan tak tau ramai mana lagi, pasti tokoh-tokoh ini akan berada diatas mimbar sebagai khatib berkhutbah dan pasti mereka akan mengimamkan solat Jumaat terakhir berpesan menerusi mimbar terakhir Jumaat sebelum mengundi. Apa macam? Tak sah dan batalkah solat fardzu Jumaat tersebut? Pintalah semua mufti-mufti menyatakan status solat Jumaat tersebut mengikut mata syarak bukan kitab UM No-BN. Sah atau batak solat Jumaat tersebut? Jangan menabor biji beneh fitnah berpanjangan dan berterusan mennudoh PAS memperalatkan agama dan Masjid. Pemimpin UM No-BN wajarlah cermin-cerminkan diri terlebeh dahulu, “kata orang paku serpih, katakan orang engkau yang lebeh”.

Antara PAS dengan UM No : Pengundi dan rakyat Manik Urai kenalilah realitinya.
Untuk memboktikan UM No-BN selama-lamanya memerentah dalam keadaan lemah dan berdirinya sejak dulu sampai penghujung hayat sekarang, hatta dalam penyertaan PRK N.41 Manik Urai ini pun, sebenarnya mereka cukup dalam situasi lemah, tidak bermaya apalagi mengharapkan uuummmppphhh! Sesusah-susah PAS sebagai parti siasah dan dakwah dalam negara ini, PAS memiliki disetiap kawasan atau dun mempunyai bangunannya sendiri samada markaz, surau atau sebagainya milik sendiri untuk mengimarakkan kegiatannya hasil keringat titik peluh ahli dan penyokong setianya.

Tidak seperti UM No yang macam dedalu setidak-tidaknya lebeh dari itu umpama umang-umang di pantai, memperalatkan harta kerajaan dan harta rakyat. Dulu kini sentiasa menumpang seperti menggunakan premis sekolah, dewan orang ramai dan sebagainya macam harta pesaka peraid UM No secara haram dan tidak sah seolah-olah hak harta milik UM No digunakan mereka, dengan tidak memberi peluang dan ruang selain dari mereka UM No menggunakannya sedangkan semua premis tersebut adalah hak milik kerajaan-milik rakyat yang mereka menggunakan timbangan dacing menentukan saksama keadilan. Muka tebal tak tau malu diluar bertanggungjawab dalam memperagakan intigriti. Itulah perbezaan dan pengenalan pertama PAS dengan UM No. diluar premis kerajaan pasti dirubing jalan atau dicelah perdu getah mereka bermesyurat dan menjalankan aktiviti parti kerana tidak milik premis sendiri di perengkat cawangan, yang UM No terawang-awangan.

Saya menyaksikan dalam kebenaran sejak lama dulu lagi, sesungguhnya dikalangan ahli-ahli UM No bukan mereka membudayakan ilmu dan pembacaan khasnya yang keluar dari lidah pedal kepimpinan UM No sendiri. Semua akhbar dan tabliod dikeluarkan oleh UM No Pusat, Umno perut dan UM No keting yang punyai dulu tanda harga diedar beri percuma, ahli-ahli dan penyokong mereka sendiri tidak membaca dan menolak isi kandungan juara lembu ayam belaga isi sarat dalam akhbar mereka. Tunjuk mana akhbar cap keris bogel dan dacing diedar dijual untuk ahli mereka yang menjadi rebutan dipasaran tertutup maupun dipasaran tebuka? Mana ada? Tiga empat kali cetak edar berdudun dipejabat, semut saja membacanya. Itulah ketara budaya UM No. UM No jangan samseng dalam hal ini, ini adalah benar. Ahli mereka dan pemimpin mereka berebut membaca dan mmebeli akhbar Harakah-Pas, akhbar Roket-DAP, Akhbar Keadilan-PKR dan Siasah bebas. Ahli putra-putri rindu melihat akhbar cap UM No keris bogel sehebat rebutan Harakah, Keadilan dan Roket.

Yang UM No tahu dan alim ialah, sikit-sikit haram dan tahan akhbar Harakah dan Akhbar Keadilan. Untuk menafikan masej rakyat dan masej negara terkini dan benar sampai kepengetahuan pengundi rakyat. UM No lebeh suka rakyat dan pengundi buta maklumat dan mudahlah kepada UM No mendampingi dalam keadaan rakyat buta ilmu, buta informasi mengambil kesempatan terus memperbodoh dan memperkudakan rakyat yakni pengundi berterusan berlanjutan menyokong dan mengundi mereka, walau negara digadai diperagakan sekupang samas demi untuk UM No melonjak hidup bergerak. Ini UM No pakar dan mampu kerjakan dengki dan khianat diatas laris dan sambutan rakyat tinggi kepada akhbar cap bulan, cap mata dan cap roket menjadi buruan menteri UM No fasal permid-kebenaran citak dan menerbitkan akhbar.

Jelas selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas, UM No-BN koi tidak mendapat sokongan dan rakyat dan pengundi melarikan diri dari UM No-BN hatta lari kepada berdampingan berkepit dengan kepimpinan UM No yang UM No sendiri mengesahkan mereka berada dalam kawah rencah kepelbagaian RASUAH. UM No-BN menyedari dan menerima hakikat rakyat membenci mereka dan tolak mereka dalam PRK Kapar Permatang Pauh, Kapar Kuala Terengganu, Kapar Bukit Gantang, Kadun Bukit Selambau, Kadun Penanti dan kini bakal menerima padah yang sama di Kadun Manik Urai. Oleh kerana tidak ada sokongan pengundi dan rakyat dan hampir pupus untuk bertindak memenuhi jentera pilihanraya UM No-BN. Maka UM No-BN meletak ganti peranan tugas kepada polis, SPR, SPRM dan tentera menghadi lawan mereka PAS, Keadilan atau mudahnya PR.

Ini adalah realiti, walau diatas apa-apa alasan keselamatan blaaaaaaaaa dialaskan, rakyat menafikan dan tidak mempercaiinya. Itu semua adalah diantara komponan tenaga hadapan petugas pilihanraya kepada UM No-BN dulu, lanie dan akan berakhir menjelang PRU13 nanti, Inshaallah. apabila akhbar cap UM No ahli UM No humban kelongkang tidak mempercai dan dapat menerima berita kandungan akhbar mereka snediri, maka media resmi kerajaan dan rakyat RTM diperkudakan untuk info propoganda UM No disogokkan kepada rakyat termasuklah saban masa di TV1 dan TV2 berkisar di Manik Urai, semuanya muluk-muluk UM No mewangi setanggi, sedangkan mereka adalah najis dadah. Kata mantan PM, mantan Presiden UM No Tun Dex, “kena ingat rasuah dalam UM No, rasuah itu macam babi kotor”. Itulah itu kata Tun Dex baru-baru ini, Haaa! Nak sangkal juga? TV swasta tok sah kiralah.

Budaya ilmu dan kreatif dalam mengguna dan menghayati it, jalor lebar lenuhraya internet, iT dan iCT PAS dan PKR serta DAP telah lama mengambil peluang manfaat darinya sampaikan ledakkan tsunami tercatat direkodkan dalam PRU12 pada 8 Mas 2008 yang lalu. Itu adalah peranan blogger individu memberi sokongan kepada PR bersengkang mata, memecah orak menjana minda berkarya sudah 10 tahun. Sedangkan UM No tersadar dari mimpi baru nak upah wujudkan blogger UM No menulis bagi pehak pemimpin-pemimpin tertinggi mereka. Macam robot dan patong. Idea orang lain dipinjam oleh pemimpin mengupah menulis tentangnya dalam blog dengan bayaran. Pasti citarasa penulis bagipehak tidak sama dengan isi perut tubuhbadan pemimpin disudut pandangan dan hemat anggapan, itulah saya umpamakan umang-umang.

Santa Claus luar musim ke Manik Urai.

Selama-lamanya samada dalam menghadapi PRU maupun PRK santa claus akan turun bagi pehak UM No-BN sampai kepada pengundi dan rakyat selama pema musim PRU atau PRK. Termasuklah santa claus telah hampir sebulan mewakili UM No dan kepimpinan menjelma berbagai cara, gaya dan suasana mengikut situasi dan kundusi di PRK N.41 Manik Urai, Kelantan. Apa itu santa claus? siapa itu santa claus? Santa claus biasanya ia akan keluar menjelma berperanan diri dengan pakaian seragam bertopi warna putih dan merah. Ia akan menjelma pada selalunya saya perhati seminggu sebelum dan seminggu selepas Hari Natal-Hari Krismas iaitu pada 25 Disember setiap tahun.

Santa klaus ini sifatnya pemurah dan dermawan, dengan baju bersaiz berberapaganda besar dari saiz sebenar diisi denga kepelbagaian barang, coklat, cula-cula, wafer, kacang dan sebagainya. Dengan terhoyong hayang terkinja-kinja menghulurkan barang-barang dalam baju gajahnya kepada kanak-kanak, ada juga orang tus mengambilnya. Sebenarnya santa claus ini kecil saja orangnya. Tetapi nampak besar dan gagah kerana peragakan pakaian bersaiz berganda besar; sedangkan pakaian itu pun bukan miliknya sekadar diberi pinjam untuk mewakili jalankan tugas pehak yang lain. Samalah juga barang-barang yang dihulurkan cukup ceria mesra tamu, semua barang-barang tersebut hak orang lain, Cuma pinta dia sampaikan.

Santa claus di Manik Urai meraikan PRK N.41 Manik Urai. Saling tak tumpah UM No dan pemimpinnya umpama santa claus itulah juga. UM no dan pemimpin nampak pemurah dan gagah kaya raya menyampaikan unifom kepada setiap sekolah dan setiap murid dan pelajar yang berada diseluroh Dun Manik Urai dan basikal, pemimpin UM No sekadar memberi hulurkan macam santa claus tadilah juga, semua yang dihulurkan adalah hak rakyat, hak kerajaan mereka anggap dibawah baju besar saiz gajah hak mereka, hak UM No. Pemimpin UM No kena sedar otu hak rakyat hak kerajaan bukan hak UM No. sebab itulah saya hujahkan ciri-ciri santa claus sememangnya selama-lamanya UM No amalkan untuk mengemis menageh dan paksa undi diberikan kepada mereka yang umpama santa claus itu. UM No dan pemimpinya bukanlah sebenar santa claus hari natal tu, tetapi adalah umopama santa claus pilihanraya.

Justeru, rakyat dan pengundi Manik Urai, kenalkanlah yang mana satu UM No tulin atau UM No Cuma sekadar Wak Yet dan Wak Long seperti santa claus itu juga yang seronok berkukok, menghulurkan sebagai dermawan dan tanggunjawab mesra rakyat, sedang semuanya hak orang dan UM No sekadar sampaikan kepada rakyat jangan perasan harta pesaka milik sendiri disampaikan kepada rakyat. Sedangkan perjalanan Putrajaya ke Manik Urai itu sendiri pemimpin UM No tidak terdaya berkurban kitalah, rakyat dan kerajaan memikul membiayai fee perjalanan mereka sedangkan fungsi mereka adalah untuk kempen propoganda kepada UM No berdepan PRK dengan PAD bukan dalam merealisasikan tigas kerja kerajaan? Apa kaheai tentang ini, pelawak juga ka? Fitnah juga ka?

Selogan retorit, “Satu Malaysia, rakyat didahulukan....” Ya! Memang benar selogan setan itu, pengundi dan rakyat tengoklah sendiri. Jangan gi jauh. Macamaana selogan tersebut dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan dalam Kapar Kuala Kerai. Rakyat didahulukan, rakyat diutamakan sepenggal sahaja 2 mantan Adun membina mahligai besar mereka dicelah-celah kesusahan rakyat. Inikah jenis pemimpin bertauladan? Rakyat didahulkan, rakyat diutamakan? Pengundi Manik Urai mesti melihat ini adalah satu pembohongan besar bercanggah dengan selogan retorit PM6 baru Presiden UM No itu. Petugas Pas dalam PRK Manik Urai bawa pengundi gi tengok rimah kedua pemimpin UM No merangkap mantan Adun. Kemudian demoa buat bandingan dengan rumah 5 penggal menjadi Adun Manik Urai iaitu Almarhom Pak su Weil-YB Haji Ismail Yaacob. Bandingkan?

Usahlah pergi jauh ke Shah Alam dan Klang melihat istana air mata rakyat yang didirikan oleh pemimpin UM No. Adun biasa bisa membina rumah berharga RM9,000,000.00 – RM11,000,000.00 dong, itu pemimpin UM No. Mantan MB terbaru Selangor dengan istana Bali dianggarkan RM24,000,000.00 dimanakah mereka pemimpin UM No ini mendapatkan piteh? YB Haji Khalid bin Haji Samad, AP Shah Alam wajar mengambil semua gambar 2 istana air mata tersebut dan ke Manik Urai segera turun berceramah di PRK N.41 Manik Urai, kerana anda adalah mantan calun PAS untuk PRU 1986 untuk Kapar Kuala Krai. Saya adalah diantara pembantu dan penceramah YB 23 tahun dahulu. Kehadiran YB sebagai AP dan mantan calun Parlimen Kuala Krai adalah perlu untuk membantu calun Pas kita dalam PRK Manik Urai ini.

Maka dengan itu fikir-fikirkanlah akan calun UM No yang UM No ketenghakan ini. Mereka dari kapal yang sama, tentulah falsafah kenyangkan kita dulu sebagai tok wakil baru yang lebeh kepada rakyat, inilah maalan Adun UM No-BN. Hargailah undi anda wahai pengundi Manik Urai. Anatara Tok Guru Nik Aziz memimpin kita dengan Tok Pa yang banyak berjanji. Pemberian dihulurkan samalah sebagaimana huluran dan dermawan santa claus. semuanya hak orang.

Jadi! Undi, undi, undilah calun PAS peganti kepada Almarhom Pak Su Weil (sedekahlah Al Fatehan untuk almarhom Pak Su Weil) iaitu Saudara Mohd. Fauzi Bin Abdullah. Dekat dihati bertahta dihatinurani, mudah bebahasa, mudah bekira, ringan tulang dan beliau Saudara Mohd. Fauzi Bin Abdullah sentiasa bersama anda pengundi dan rakyat Manik Urai. Ketika mana susah senang, sakit deman memohon bantu tanpa segan sulu dengan Abea Uji. Pangkahlah (X) PAS, bulan purnama. Ingatlah sebagaimana dendangan lagu-lagu dari almarhom P. Ramli, “Di mana kan kucari canti, serupa dengan mu........” dan lagu memuji parti PAS pula ialah, “Engkau laksana bulan, tinggi diatas kayangan............”

Selamat mengundi.

PANGKAHLAH (X) UNDILAH CALUN PAS ABEA UJI KITA

Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Siap: Rabu 11pagi - 7 Julai 2009 / Bersamaan 14 Rajab 1430