Monday, July 27, 2009

jangan hina sesama kita

Selasa: 4.10 ptg – 21 Julai 2009-07-21 - 28 Rejab 1430

BULAN RAKYAT MENGHARGAI MENGANGKAT DARJAT PENJUAL-PERAIH IKAN DALAM SEMINGGU – 12 & 14 Julai 2009.

RAKYAT MENOLAK SPESIS MANUSIA MENGHINA MERENDAH MANUSIA – DI PERSADA HIBURAN DAN POLITIK.


LAKARAN SEJARAH: PERTAMA 12 Julai 2009-07-21

(Terima kasih Kakak anakku, pastekan abah untuk sajian berita rencana rengkas, untuk sama-sama kita fikir-fikirkanlah – maaf pada blogger kerana pungut berita tuan dimuatkan semula, tk)

12-Jul-2009 Ahad | Oleh: Roslen Fadzil
ROTAN DIPATAH, BLACK JUARA MENTOR 3!

Walaupun tak sempat nak layan secara live, kami amik tau jugak keputusan konsert terakhir Mentor musim ke 3 anjuran TV3 nie. Black, protege Mas Idayu seperti yang dijangka ramai telah pun menjulang gelaran Juara Mentor Musim ke 3.Dari apa yang sempat kami dengar dan tengok, vokal Black nie memang mantap. Jenis rock-rock kapak sikit. Then versatile. Semua jenis lagu dia boleh masuk.

Tahniah kami ucapkan kepada Black sebab dapat bawak balik RM 100 ribu. Tahniah jugak kepada Mas Idayu sebab dapat protege yang mantap

SHAH ALAM, 12 JULAI 2009: Dengan linangan air mata, Mas Idayu memberi sebatan terakhir ke telapak tangan protegenya, Black atau Hanifah Md Hanafiah, 22, selepas anak muda itu diumumkan sebagai Juara Mentor 3 dalam suasana gembira bercampur emosional, malam tadi.

Black yang kemudiannya mematahkan rotan itu sambil menangis nyata begitu terharu kerana mentornya itu berjaya mendidik dan membimbingnya selama 3 bulan lalu sehingga mengecapi detik paling indah dalam pertandingan nyanyian anjuran TV3 itu.

Dengan kejayaannya itu Black memenangi wang tunai RM100,000, sebuah kereta Kia Spectra 5 dan trofi. Sama seperti Black, Mas Idayu juga menerima wang tunai RM100,000. Dalam saingan final di Auditorium MBSA, di sini Black mendendangkan lagu Jeritan Batinku, Jangan Kau Mimpi & Nakal serta lagu baru, Aku Rindu Sayang Kamu ciptaan Uzai. Dia juga berduet dengan Shamrin Fotograf (Di Alam Fana Cinta) dan Mus May (Sinar).

Dari segi keputusan, Black mendapat 75 peratus, Chaq (52.8 peratus) dan Fira (35.6 peratus). Mata diperolehi daripada juri awam, SMS penonton dan juri profesional iaitu Acis, Zainalabidin dan Sheikh Haikel. Rancangan itu dihoskan oleh Ally Iskandar. Juara sebelum ini adalah Pija yang dibimbing Zainalabidin manakala juara kedua, Fiq dengan mentornya Amy Search. Syabas diucapkan kepada Blac

LAKARAN SEJARAH: KEDUA 14 Julai 2009-07-21

MANEK URAI : MUKTAMAD : PAS menang

PAS : 5,348
BN : 5,283
Undi Di Tolak : 117
Majoriti : 65

Peratus undi : 87%
Calon PAS kekalkan DUN Manek Urai, majoriti tipis

Oleh NURUL AIN

KUALA KRAI: PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti tipis 65 undi. Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283. Majoriti PAS pada Mac 2008 ialah 1,352 undi.

Ia diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam selepas suasana cemas dengan kiraan undi di beberapa pusat mengundi sejak 7 malam tadi. Sejak 7 malam tadi muncul pelbagai desas-desus bahawa masing-masing calon PAS dan BN mencapai kemenangan di kubu kuat PAS ini.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi. Seramai 12,293 pengundi layak untuk calon pilihan mereka antara Tuan Aziz dan Fauzi. Hampir 99.2 peratus pemilih adalah kaum Melayu sementara hanya 0.46 peratus Cina, 0.23 peratus India dan 0.11 peratus kaum-kaum lain.

ADMIN - KEDAHLANIE TIME - 9:12 PM

LABELS: MANEK URAI

(SAYA AKAN ULAS KHUSUS SEHUBUNGAN PRK N. 41 MANIK URAI DALAM MASA TERDEKAT SEKIRANYA KESIHATAN MENGIZINKAN – IBN ABDULLAH AL AWAB)

JANGAN MENGHINA

LAKARAN SEJARAH: PERTAMA 12 Julai 2009-07-21

Mentor musim ke 3 anjuran TV3 yang disiarkan secara langsung pemenang seorang penjual ikan, menjalankan perniagaan bersama keluarganya. Beliau anak muda tersebut telah mencipta sejarah negara dalam industri hiburan kerana pemuda penjual ikan telah menjuarai Mentor 3. Iaitu Black, protege Mas Idayu. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang diatas Black menjuarai dalam pertandingan yang disertainya.
Walau apa-apa pun saya doakan Black akan menjadi penghibur ulong tanah air sebagai pelapis, tetapi saya berseru dan doakan supaya anda wajar berada diatas real hiburan berpaksikan iman dan akhlak termasuklah protégé Mas Isayu, kerana masa tidak terlambat untuk sesiapa saja untuk berubah, Inshaallah.

Diantara factor yang menjurus membawa kemenangan kepada Anaknda Black ianya berkisar diatas 2 perkara utama, iaitu;-

Pertama: Black saorang pemuda dan anak yang berhati mulia, yang jujur serta iklas, diluar segan malu dan silu, sekali pun akan berdepan dengan pelbagai ragam manusia diluar sana. Black berhati waja diluar kotak munafiq kerana tidak menafikan pekerjaan Black sebagai penjual ikan bersama keluarga yakni pekerjaan yang memberi pulangan rezeki kepada keluarga dan Black yang pasti ianya halal dan baik. Sekiranya perniagaan menjual ikan itu ditimbangkan dengan sempurna tanpa mengurangkan berat timbangan sekalipun 50gm.

Menerusi ini pakcit anjurkan kepada Black dan keluarga, mulai saat ini setiap timbangan lebeh 50gm atau 100gm, niatkan ianya sedekah atau derma. Black percayalah didunia dan diakhirat Black dan keluarga tidak rugi kecuali menuai pahala yang amat perlu sebaik kita mati, bukanlah rugi diluar pandangan pendapat bukan Islam. Justeru Black dan keluarga sekali-kali jangan kurangkan timbangan kepada pembeli – pengguna, kerana dosanya amat besar.

Diatas sifat benar penjual ikanlah Black diangkat rakyat menjuarai Mentor 3, dan janganlah satu hari nanti Black memandang hina dan rendah kepada penjual dan peraih ikan yang lain pula. Black wajib ingat dan jangan lupa daratan. Kerana Black penjual ikan yang jujur iklaslah rakyat meletakkan Black dipersada sekarang. Pesanan pakcik jangan abai tentang solat, dan jangan perpeleseran dalam kancah meruntohkan akhlak dan akan merudum apa yang Black kecapi kini, termasuklah pembimbing Black penyanyi Mas Idayu. didoakan untuk anda berdua.

Kedua: Pertama kali pak cik melihat saorang budak perempuan muncul dalam tv kira-kira 14 atau 15 tahun dahulu, pak cik katakan kepada isteri pak cik, “Sayang, dalam pengamatan abang, budak yang sedang menyanyi tu, kalau Allah izinkan umor panjang, kita dapat tengok dia akan menjadi saorang penyanyi dan penghibur tersohor standing dengan Saloma dan Orkid Abdullah”. Diikuti dengan ulasan-ulasan dan sebab dan musebabnya. Tahukah Black siapakah budak itu? Budak perempuan itu adalah Siti Nurhaliza kini Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza Binti Tharuddin.

Hiburan dan berpeleseran bukanlah keutamaan hidup pak cik dialam zaman remaja sehingga ketua. Pak cik berkawan dengan pencipta musik dan mengenali cacing-cacing kerekok musik, hatta pak cik mampu memimpin kumpulan mini choir. 40 tahun dahulu pak cik berkawan dengan Basil Jaya Trilaka pemusik tersohor. Kembali kepada persembahan Black perengkat mana pak cit tak tau, kebetulan terlihat persembahan Black sedang menyanyi lagu allahyarham R Azmi. Ketika itulah pakcik mengulas dan memberi pandangan. Isteri pak cik mengiakan tentang Siti Nulhaliza kebenaran dihadapan anak-anak.

Pak cik berkata kepada anak-anak dan isteri, “Budak ni (ketika tu tak tau namanya siapa) kalau tidak silap pengamatan dna hemat abah, bersandarkan semua keperluan ada padanya, pasti budak ini akan menjuarai Mentor 3. Sahlah Black andalah juaranya. Mudah-mudahan Black mampu membawa diri dan menjaga diri dari segala tipu daya dunia hiburan sebagai penghibur. Kadang-kadang kejayaan membawa kepada kemusnahan dalam mengawal memulihara diri dan akhlaknaya.

Penjual ikan pertama merayakan kemenangannya sebagai juara Mentor 3 yang diiktiraf kepada Black mendapat 75 peratus, Mata kemenangan yang diperolehi daripada juri awam, SMS penonton dan juri profesional iaitu Acis, Zainalabidin dan Sheikh Haikel.

LAKARAN SEJARAH: KEDUA 14 Julai 2009-07-21 Selasa

Sebaik dihari sebelum penamaan calun, sebelum dan selepasnya, satelah PAS-PR membuat keputusan muktamat dan terakhir, calun PAS-PR yang dipilehkan dengan mendapat restu Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan, Murshidul Am PAS merangkap Pesurohjaya PAS Kelantan mengumumkan calun PAS adalah Haji Mohd. Fauzi Abdullah, bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Ahli Majlis Daerah Kuala Krai dan kerjayanya adalah ahli perniagaan sebagai peraih dan peniaga ikan terkenal di market Kuala Krai sebagai calun menggantikan Almarhom Pak su Weil yang kembali karahmattullah.

Sebaik penamaan calun berlaku pada 6 Julai 2009 Isnin sah Abea Uji berdepan mempertahankan DUN N.41 Manik Urai, berdepan dengan calun UM No-BN iaitu Tuan Aziz Tuan Mat dan hari pengundian pada 14 Julai 2009 Selasa diumumkan peristiharan oleh YAB MB Kelantan sebagai hari cuti umum. Bermulanya dengan Ketua Penerangan UM No jua saorang penoreh getah merangkap Timbalan Menteri telah menghina dan memperlekehkan kerjaya dan akademik calun PAS-PR sebagai penjual ikan ja, sekolah pun tak tinggi, macam mana nak tolong berbakti kepada rakyat dan pengundi Manik Urai?

Itu adalah penghinaan dan memperlekehkan calun PAS oleh KP UM No dan hampir semua penceramah bertaraf 5, 4, 3 dan tidak bintang senada sekata memperlekehkan calun yang dikemukakan oleh PAS dibandingkan mereka dengan calun UM No-BN Tuan Aziz Tuan Mat yang akademiknya tinggi dan jawatan pun tinggi, sekalipun sarat dengan tuduhan sebagaimana diperkatakan pendudok Manik Urai. Kerana Manik Urai berada didalam kawasan KESEDAR yang lena dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Calun UM No adalah mantan pegawai besar yang tak tahu peranan jawatannya di KESEDAR.

Spesis manusia yang menghina manusia kerana pekerjaan, adalah manusia jahil dan pekak dalam menangani ilmu manusia dan ilmu ehsan. Samalah ibu bapa atau anak menghina pemandu bas sekolah, yang membawa ulang alik anak mereka selama 6, 9 atau 11 tahun akhirnya diatas jasa perkhidmatan pemandu bas tersebut selepas dari itu anak tadi mampu berjaya ke IPTA. Sebaik kelaur dari menara gading dengan segulong Ijazah dan mendapat pekerjaan baik, budak tadi yang telah menjadi siswa/i bertembong dengan Pak Cik pemandu bas yang membawa dirinya berulang alik selama sekian-sekian tahun, jasanya tidak dikenang, dihargai hatta tidak mengenali Pak Cik pemandu bas yang dinaikkinya dahulu.

Wajarkah? Sewajarnya sebagai menghargai membalas budi dan jasa, sebaik-baiknya anak-anak sebagai tanda ingat, terima kaseh dan bersyukur, beri dan hulurkanlah hadiah iklas kepada Pak Cik pemandu bas yang anda berada diposisi sekarang kerana khidmat banti Pak Cik tersebut, menandakan kita berterima kaseh sesunggohnya kepada Pak cik pemandu bas, kerana beliaulah kita berada ditempat sekarang.

Akhirnya Allah mengangkat darjat Haji Mohd. Fauzi Abdullah telah menewaskan calun UM No-Bn yang diperagakan kelulusan dan pekerjaannya. Pengundi memileh calun PAS Abang Uji menjadi Tok Wakil mereka menggantikan Almarhom Pak Su Weil. Kini abea Uji adalah YB Haji Mohd. Fauzi Bin Abdullah Adun N. 41 Manik Urai yang baru dan akan mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan tidak lama lagi.

Kedua-dua mereka pemenang dalam berselang sahari adalah penjual-peraih ikan samada juara MENTOR 3 Black atau Adun N.41 Manik Urai YB Haji Mohd . Fauzi Bin Abdullah diiktiraf oleh rakyat Malaysia dan pengundi Dun Manik Urai dalam PRK pada 14 Julai 2009 Selasa yang lalu.

YB Abea Uji mampu berkhidmatan dan menjalankan tugas dengan sempurna tanpa memileh bulu, warna dan keturunan.

Alhamdulillah!

Subhanallah!

Allah hu Akbar!

Rencana disiapkan oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Isnin: 10.45 pagi – 27 Julai 2009 – 5 Shaaban 1430