Monday, July 6, 2009

MENJELANG PENAMAAN CALUN DAN PRK N.41 MANIK URAI

2.00pagi : Rabu – 1 Julai 2009 Bersamaan 8 Rejab 1430

MENJELANG PENAMAAN CALUN DAN PRK N.41 MANIK URAI

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka gerun memikul amanah itu, lalu amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu dzalim dan jahil”. (yang memerlukan panduan dan bimbingan Allah Subhanahuwa Ta’ala untuk dapat memikul amanah itu). Al-Qur’an’nul-Karim: Surah al-Ahzab 33: ayat 72

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintah kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak dan apabila kamu menjalankan hukuman antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil”. Al-Qur’an’nul-Karim: Surah an-Nisa’ 4: ayat 58

Fenomina tsunami PRU12 yan lepas pada 8 Mac 2008, telah menimpa dan hampir meminggirkan UM No-BN diperengkat pusat setelah dibeberapa negeri dan Wilayah Persekutuan telah tercabut cengkaman kala jengking penguasaan penuh UM No-BN dalam Parlimen setempoh lebeh setengah kurun. Ledakkan kuasa memontem anjakkan paradigma kesedaran kesatuan rakyat dengan kuasa rakyat kepelbagaian kaum dan agama kepada jenama baru yang rakyat dan pengundi sendiri namakannya dengan Pakatan Rakyat (PR). Kepimpinan dalam PR yang berjiwa besar dari pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR dengan desakkan kehendak suara rakyat, bangun bertindak serta memenuhi aspirasi dan citarasa politik baru anak muda negara.

Fenomina tersebut telah menyentak lamunan dalam ayunan buai yang dinikmati oleh UM No-BN khususnya kepimpinan tertinggi pusat dan di negeri-negeri. Apabila terjaga bukannya mimpi diterima; tetapi ianya adalah realiti keputusan rakyat merealisasikan dalam PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Pengundi muda dan rakyat telah menyentak UM No-BN hampir kehalkum dari bui mimpi dalam menggula-gulakan rakyat dan pengundi selama ini, sudah tidak menjadi diatas nama pembangunan kemajuan dan keselamatan. Rakyat pengundi baru, selogan itu rakyat letak ketepi dan basi. Rakyat tidak peduli lagi retorit kelasik yang penuh dengan misteri bersiri setiap menghadapi PRU. Hatta UM No-BN telah menemui talihayat denyutan hidupnya di Semenanjung Negara berkubor dikafankan pengundi muda negara. Itu adalah hakikat siasah ditinta sejarah.

UM No-BN cuma disaat akhir keputusan PRU12 dulu diselamatkan oleh simpanan tetap dari pengundi dari Sabah dan Sarawak. Yang mana Sabah dan Sarawak tidak dipeduli oleh pimpinan UM No dan BN sejak merdeka mereka, kedalam Persekutuan Tanah Melayu dengan nama baru Malaysia. Tanpa simpanan tetap Kapar yang terdapat di Sabah dan di Sarawak, pasti UM No-BN tidak lagi sebagai kerajaan pusat dalam negara kita. Sudah pastilah telah terukir hari ini dalam sejarah negara. Dengan cacatan sejarah baru di Arkib Negara berakhirnya UM No-BN memerentah Malaysia. UM No-BN rebah tetapi tidaklah sampai tersungkur menyembah bumi dan tersembam membaham tanah, sekadar misai dan janggut saja tercicah bumi.

Walau pun UM No-BN menguasai Terengganu, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tetapi beberapa negeri UM No tersebut menemui perpecahan dan pertikaian yang terus berlanjutan sampai sekarang. Apa lagi virus berat melanda UM No dinegeri-negeri di perentah oleh PR. Disini saya fokaskan rencana dengan fokaskan senario rambang politik untuk semenanjong. Hasil PRU12 ianya diikuti pula dengan PRK untuk Kadun dan Kapar, kerana kematian penyandang atau perletakkan jawatan kerana bersebab diterima oleh Pengerusi SPR dan ada yang ditolak oleh Pengerusi SPR, sekaligus berperanan Hakim di Mahkamah membuat keputusan.

Membuka gelanggag PRK adalah di Kapar Permatang Pauh apabila penyandangnya YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail bertindak meletak jawatan sebagai AP untuk membolehkan penyandangnya terdahulu iaitu DS Anwar Ibrahim. Permatang Pauh menyaksi dan merekodkan majoriti undi dimenangi DS Anwar mengatasi undi yang diperolehi calun UM No-BN. Ianya amat pedih dan mmeritkan UM No-BN menerima penolakkan dari rakyat berterusan dari PRU12 dahulu. Diikuti dengan PRK Kuala Terengganu apabila penyandangnya dari UM No-BN juga saorang Timbalan Menteri kecundang dalam memepertahankan Kapar Kuala Terengganu apabila dirampas dengan dimenangi oleh calun PAS-PR. Kedua-duanya PRK tersebut PM sekarang adalah Pengarah PR UM No-BN, jua bakal Presiden UM No dengan jawatan TPM dan Menteri Kewangan.

Ketika mana TPM DS Najib melonjak menjadi PM-Menteri Kewangan serta menggalas jawatan Presiden UM No dan Pengerusi BN berterusan UM No-BN meniti kekalahan besar dalam PRK Kapar Bukit Gantang di Perak dan Kadun Bukit Selambau di Kedah. Yangmana politik negeri Perak berserabut adalah spin air tangan dan hasil usaha Ketua Perhubungan UM No Negeri Perak ketika itu, iaitu TPM-Menteri Kewangan DS Najib Tun Razak. UM No-BN terseungkur di Kapar Bukit Gantang di tangan calun PAS-PR iaitu MB Pakatan Rakyat Negeri Perak. Perbelanjaan membiayai benteng hadapan UM No iaitu PDRM polis dan FRU dalam PRK di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang amatlah tinggi ditanggong rakyat kerana melindungi UM No walau apa pun alasan, rakyat melihat peranan yang dimainkan polis dan FRU adalah menlindungi kepentingan UM No-BN.

Dicelah-celah kekalahan 3 Kapar dan 1 Kadun, Allah takdirkan perletakkan jawatan TKM 1 Pulau Pinang dan sekaligus perletakkan jawatan sebagai Adun Penanti. UM No-BN telah awal-awal mengaku kalah diluar medan perjuangan berdepan mandat rakyat di PRK Penanti dengan memulaukan PRK Penanti. Tanpa penyertaan UM No-BN, calun PKR-PR yakni bakal TKM 1 telah menang dengan majoriti lebeh besar walau dalam keadaan jumlah keluar mengundi kurang. Tetapi disinilah PRK tanpa UM No menyertainya suasana aman damai telah wujud tanpa kekacuan dan tegang sebagaimana setiap kali UM No menyertai PRK. PRK Penanti mendapat pujian dan pengesahan dari OCPD Bukit Mertajam dan Pengerusi SPR, bahawa PRK Penanti adalah PRK yang paling aman dikedalikan oleh SPR sebagai sejarah. Maka saya rumuskan UM Nolah dengan pelindung-benteng besarnya menwujudkan PRK disertai UM No-BN menjadi tegang. Ini adalah fakta dan realiti.

Diketika mana penamaan calun Penanti akan diadakan ketika itulah juga Adun Manik Urai dari PAS-PR negeri senior PR yang mengetuai Kerajaannya adalah Tok Guru hampir dua dekat memerentah. Merupakan PRK ke 5 sejak tahun 1990. Pasti Manik Urai akan menghadapi suasana tegang kerana UM No-BN bertanding dan dihadapan melindungi mereka sudah sebulan adalah kehadiran pasokan polis dan tentera yang ramai bermukim di Manik Urai mengendali dan melindungi kerana UM No akan menyertai PRK Manik Urai. Maka kem dan balai polis instant didirikan seperti kulat batang getah tumboh di Manik Urai. Bersekali dengan Perbadanan Kerajaan Pusat menjadi ndir membantu calun UM No.

Saya tidak menafikan dikalangan parti dalam PR kadankala angin sepoi bertiup dan umpama kocakkan air didalam cawan teh dan kopi. Umornya kalau seekor lembu belum sampai matang umur untuk dikorban atau diaqiqah. Maka begitulah PR yang umurnya muda sedang melalu rencah ratus umpama padi dikisaran untuk mengeluar dan menghasilkan beras. Ketika inilah proses pengasingan diantara beras dengan hampa dan yang temukut. Ianya bermatlamat untuk mematangkan PR untuk berdepan dengan UM NO-BN dalam menghadapi PRU13 nanti. Manik Urai akan menghurai dan mengurai dengan membina kelarai yang menjalin kesatuan kental untuk menghadapi UM No. PAS telah tentukan calunnya dan UM No sehari kemudian menentukan untuk menyertai PRK tidak sebagaimana di Penanti memulaukan penyertaan.

Sebelum membincangkan PRK-PRK yang telah berlalu dan yang pasti dilalui dan samar-samar satu lagi Kadun di Pulau Pinang berdepan PRK. Selesai PRU12 dalam tempoh 2 bulan, ranjau pikat dan jerat politik UM No-BN ianya mengena dan mengusarkan penyokong PR termasoklah kepimpinannya dengan langkah dan tingkah AP Kulim-Bandar Baru YB Zulkifli Nordin yang memperagakan kerusi dimenanginya atas nama PR dari PKR. Dengan spekulasi bermacam-macam telahan dan tuduhan kepadanya. Perlawanan tarik tali yang dimainkan oleh YB Zulkifli itu cukup-cukup tegang dan terek. AP Kulim Bandar Bharu katanya bersama dengan TPM ketika itu. Nampaknya fenomina kalah UM No dalam PRK, maka hanyutlah sahaja fasal YB Zulkifli Nordin. Maka jalan keluar yang wajib ditangani pantas adalah melalui kekosongan Kapar Permatang Pauh sahajalah membolehkan DS Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dan PR tampil kembali ke Parlimen. Inilah bermulanya episod PRK Kapar dan Kadun selepas PRU12.

Besok 6 Julai 2009 Isnin bersamaan 13 Rejab 1430 adalah hari penamaan calun N. 41 Manik Urai. Barang pasti pertarongan diantara calun PAS mempertahankan Dun Manik Urai yang akan ditentang oleh calun UM No sekalipun Presiden UM No-PM memperakui sukar untuk UM No memenangani dalam PRK Manik Urai memandankan majoriti besar yang diperolehi calun yang meninggal dunia. Janji pembangunan dan kemajuan, janji anak angkat kerajaan pusat kepada Manik Urai akan terburai dan berkecai pada 14 Julai 2009 Selasa 21 Rejab 1430 nanti. Papantanda perletakkan asas projek di Jeli dan dibeberapa tempat sejak 20 tahun kebelakang ini banyak benar telah menyembah bumi tanpa diikuti realiti pelaksanaan penyiapan projek-projek sebagaimana papan projek bertanda.

Kepangkuan tenaga kerja yang membantu PAS dari tempatan dan dari luar Kelantan, dengan bersantai saya cuba membawa anda untuk memasak perjuangan dan kentalkan semangat juang. Ingatlah mabok kemenangan dalam menguasai Parlimen yang melanda UM No-BN, dalam temph yang panjang itu melahirkan UM No semacam jenis yakin bahawa mereka tidak dapat dikalahkan oleh lawan kepada mereka kerana Um No-BN kerana rakyat kenyang dan terpersona dengan projek-projek dan janji pembangunan hatta hajat kebendaan kepada rakyat sedikit dipenuhi tempias dari melanun oleh pemimpin UM No. Dengan kebanggaan dan kesombongan itulah, kekayaan dan lupakan rakyat UM No-BN menghadapi PRU 12 dan kita telah mengetahuinya.

Langkah kawalan kepada pergerakan politik dan siasah negara dibelenggu dengan beberapa halangan dan sekatan atas nama keselamatan dan keamanaan. Hakikatnya selama ini UM No tidak kuat. Tetapi UM No bergantong kepada tindakan politik yang ganas yang seumpama itu UM No menakut dan menundukan rakyat marhaen dengan ancaman ekonomi dan kepelbagaian tekanan dikampong-kampong dan dipinggir-pinggir kota dengan JKKKK menjadi wali dan raja kepada rakyat takut kepad UM No dan menyokong UM No. Fenomina ini maseh berlaku dan ianya menunggu penghujung kuasa UM No yang berbaki. Zaman JKKK lebeh berkuasa dari Do-Ketua Jajahan di Kelantan dah berlalu sejak 1990 tetapi ianya maseh berbaki mencekam rakyat dan pengundi di Kelantan.

Manik Urai yang berdepan PRK dah lebeh sebulan UM No sakan melakukan kerja-kerja rasuah dalam semua perkara dalam mengemis rasuah undi pengundi Manik Urai. Ada menteri menjadi penoreh getah, ada menteri menjadi tukang sapu, tukang masak dan macam-macam lagi. Tasbeh ditangan berketib Cuma tak kedepan menjadi imam dan khatib ketika bersolat Jumaat yang lain semua jalan, semua UM No buat. Saya yakin walaupun api perpecahan UM No tiupkan untuk pengundi menolak calun PAS dengan bersandarkan usaha-usaha yang mereka laksanakan selama sebulan mereka memujuk memuja hati mereka dan pemimpin mereka yang UM No mampu tawan Manik Urai. Mereka cangkat dan dangkal ilmu dalam sudut ini. Sesungguhnya Hidayah dan Taufiq Allah dan Maaunnah Allah terus membajai dan bertambah subur hati dan jiwa rakyat pengundi Manik Urai dengan penuh tanggungjawab dan memikul amanah untuk terus memberi undi kenenangan kepada calun PAS dalam PRK Manik Urai pada 14 Julai 09 ini dengan lebeh besar kemenangan sebagai mengenang dan membalas jasa besar Almarhom Pak Su Weil – YB Haji Ismail Yaacob.

Sekalipun hujah saya ini sesetengah orang kurang bersetuju, namun saya terus mengatakan pegangan ini terus relevan sampai bila-bila. Sebenarnya UM No-BN lupa bahawa PAS adalah parti Aqidah, parti yang punyai Iman dan keyakinan. Parti yang memiliki idologi serta peganggan hidup. Dalam sejarah; Iman dan keyakinan tak pernah dapat ditumpaskan oleh penindasan dalam kezaliman. Bahkan penindasan dan kezaliman itulah yang pasti menjadi bahan baja bagi menyuborkan iman dan menyalakan obor menguatkan setiap sendi-sendi perjuangan. Saya telah menyaksikan kebenaran ini di Kelantan dan Tok Guru MB adalah menggalas semuanya dengan keringat peluh perjuangan, sampai saat-saat ini. PAS hidup tidak bergayut kepada kerajaan. PAS hidup diatas urat saraf nadi setiap ahli-ahlinya dan penyokong-penyokongnya.

PAS sekarang ini dipinang dan ada yang nak terajang. Memuji dalam pentafsiran politik adalah mengeji dan membelah. Sekarang sejarah tersebut telah berulang kembali seperti 20 tahun dahulu bilamamana keringat ahli dan penyokongnya menjualkan-mewakafkan diri mereka dalam memburu kemenangan dalam perjuangan. Kini badai dan badang menghalang dihadapan, ahli-ahli PAS dan penyokong PAS di Manik Urai dengan keadaan segar dan penuh semangat jihad hadhir ditengah-tengah medan perjuangan, medan PRK Mank Urai dengan bidang tugas peranan masing-masing. PAStilah PAS tidak merasai lemah menghadapi lawannya UM No walau UM No letakkan dihadapan untuk berdepanan dengan PAS adalah polis pelbagai jenis hatta askar. Petugas PAS tidak pengecut dan tidak mampu untuk menguzurkan diri dengan baculnya UM No peralatkan polis untuk kepenting mereka sebagai jaga dan perisai.

Zaman PM Najib yang retorit Satu Malaysia ..............., sejak mutakhir ini UM No telah membuka langkah sumbang di luar gelanggang baru dalam menjual sialt politiknya. Um No dah menginsafi bahawa pembangunan dan projek telah tidak lagi menjadi umpan utama dalam memancing undi terkini di Manik Urai, maka pengundi jelas nampak tukang-tukang lawak, dan membaut pelawak dalam macam-macam perkara. Hatta dikalangan Putri UM No mereka sanggup basoh punggung Mek Dah dan car rumah Mek Dah mereka sanggup membersihkannya. Percayalah semua kerja-kerja pelawak dan kerja lawak mereka akan diikuti rapat wartawan dan jurukamera RTM dan TV3 & Co untuk disiarkan itulah kerja dan tanggongjawab sosial dan prihatinnya Putri UM No. Itulah canang kerja UM No dalam memperkukuhkan propoganda. Sampai bila UM No membodohkan rakyat setiap kali berdepan dengan PRK.

Walau apa kita semarakkan dengan kita keluar beramai-ramai memberi sokongan moral kepada calun Pas-PR khususnya mempertahankan Dun Manik Urai untuk meletakkan ego UM No dan pemimpinya kedasar Tasik Cini.


Rencana disiapkan jam 1.08pagi oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
6 Julai 09 bersamaan 13 Rejab 1430