Thursday, July 9, 2009

KITA URAI DAN KITA RUNGKAI AKAN BADAI - ANTARA MANYAT & BANGKAI

Isnin: 3.30ptg -6 Julai 2009 - 13 Rejab 1430

RESPON DENGAN PM6: PRK N.41 MANIK URAI

Kita urai dan kita rungkai akan badai – antara manyat & bangkai.

Maka bersabdalah Presiden UM No/PM6 YAB DS Najib ketika mencemar diri ketika tugaskerjanya, di majlis pelancarkan sambutan Hari Peneroka 2009 di Felda Maokil, Segamat, Johor semalam (7 Julai 2009 Selasa). Sebagaimana ditutur dan dilaporkan, (1) “Baguslah, itu yang kita hendak, pertandingan dalam suasana mesra. Jangan keluarkan kata-kata kesat”. (2) "Masing-masing tunjukkan agenda yang boleh dibawa kepada pengundi di kawasan Manek Urai. Apa yang penting, apa agenda yang dibawa UMNO dan apa agenda Pas," "Kita akan berusaha dengan sedaya-upaya. Kita akan guna cara yang bersih, kempen yang bersih.(3) "Kita ada calon yang mendapat sambutan menggalakkan kerana latar belakang dia. (4) “Kita menjanjikan pembaharuan dan era baru untuk Manek Urai. “Kita harap jentera kita dapat berjalan dengan lancar," Perdana Menteri berkata, (5) “Semua pihak sepatutnya membiarkan pengundi di DUN Manek Urai membuat penilaian sebaik-baiknya mengenai kemampuan parti dan calon yang bertanding”. Menurutnya, (6)“UMNO menjanjikan pembaharuan dan era baru kepada penduduk Manek Urai jika memenangi pilihan raya berkenaan”.

Oleh kerana Presiden UM No/PM6 YAB DS Najib semalam melalui lebuhraya ucapannya seperti diatas, sekilas pandang dan sekilas baca ianya cukup cantek, molek harom dan wangi umpama setanggi setidak-tidaknya haruman raja buah negara durian yang berduri. Begitulah harum dan sedapnya durian dikopek untuk dimakan. Maka ucap kata, padang tegur dan harap PM6/Presiden UM No itu, ketika bersabdanya juga berpijak pada paksi bersaksikan ranjau, paku kayu C4, tuba, lori traler dan kontena, geruda dan kiar UM No bawa dan kilit bersama ke kancah PRK N.41 Manik Urai. Maka saya pedalamkan menjadi 7 perkara untuk diulas dan memberi pandangan seperti dibawah:-

(1) “Baguslah, itu yang kita hendak, pertandingan dalam suasana mesra. Jangan keluarkan kata-kata kesat”.

Saya bersetuju dengan pendapat ramai dari teman dan sahabat menghubungi saya baik dari PAS, dari UM No, dari Keadilan dan beberapa guru keturunan India dan Cina termasok keturunan Siam infokan saya diperakui sesi penamaan calun PRK N.41 Manik Urai pada 6 Julai 2009 Isnin yang lepas berada dalam keadaan baik dan suasana kondusif. Selama ini UM No sentiasa menudoh PAS menggunakan perkataan kesat semasa berkempen. Sejak itu sampai sekarang UM No tidak berupaya dan gagal memboktikan kesat sebagaimana didakwa.

Sedangkan UM No itu umpama seekor udang yang tahinya dikepala, tidak disedarinya.Dalam hal ini, UM No sentiasa menudoh lawannya maki hamun, mengeluarkan perkataan kesat, sedangkan kesat dan maki hamun UM No yang berganda itu dilindungi dalam gebar dan kot tebal yang dispray dengan semurah-murahnya dengan haruman ‘Enchanteur’. Itulah modal usang, modal lapok yang UM No berkukok diperdu pokok getah di Manik Urai sekarang (ada timbalan menteri terlena diperdu getah Mek Mah Manik Urai). Sehingga saat rencana ini, UM No tidak membawa kes tuduhan palsu mereka mendapat pengadilan di mahkamah. Itulah UM No menudoh tanpa bokti, tanpa bokti dan saksi untuk ke Mahkamah .

(2) "Masing-masing tunjukkan agenda yang boleh dibawa kepada pengundi di kawasan Manek Urai. Apa yang penting, apa agenda yang dibawa UMNO dan apa agenda Pas,"

Agenda rasuahkah yang sarat melanda kepimpinan UM No-BN itu untuk dipaksa kepada pengundi Manik Urai menerimanya dengan mesra? Apakah pengundi Manik Urai dikatagorikan oleh pemimpin UM No sebagai diantara rakyat yang tidak bertamaddun dengan maklumat politik Kelantan selama 20 tahun dan sebelum dari itu. Pengundi Manik Urai telah khatam dengan info yang saheh bahawa PM6 DS Najib merangkap Presiden UM No ketika mana memecat YB Tajul Rusli bertanggungjawab dalam usahakerja merampas jawatan Pengerusi Perhubungan UM No Perak bersekonkol dengan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.

UM No secara rasuah menggunakan pejabat TPM di Putrajaya untuk kepentingan UM No-BN bersidang dalam merancang, mengepalai merancang kerjausaha merampaskuasa secara haram dan tubohkan kerajaan haram kudeta BN sebaik melanun Kerajaan PR Perak. Adakah agenda ini disogok untuk menghalalkan kerja cemar jenayah menafikan suara rakyat dengan menggunakan semua cabang-cabang kuasa Kerajaan membolehkan UM No-BN secara lanun menubohkan kerajaan BN Perak itu ianya adalah benar dan betul? Agenda-agenda ini nak rakyat pengundi Manik Urai terima?

Agenda librel ekonomi dengan menghapuuskan hak istimewa orang Melayu melalui subjek mempopularkan dirinya PM berselindung dengan kata-kata halua manisan tetapi penuh beracun untuk jangka panjang maupun jangka pendek tetapi ianya bersendikan realiti racun yang lebeh bisa berganda dari ular tedong selar. Mana dia hero-hero UM No samaada yang bergayut pada kesempatan dalam UM No mencari makan atau yang jadikan UM No alat mendapatkan kejayaan ekonomi. Mana pergi semua dewan-dewan perniagaan Melayu yang buta, pekak, tuli gila babi membisu, kenapa?

Mereka dapat apa yang mereka hajat diatas kesempatan menyebat mengepalai mengetua apa-apa jua badan, apa-apa jua cadangan ekonomi maka naga dan lanun dikalangan UM No dari kabilah ngo dan ndir sedia menanti menerima bahagiannya mendapat faraid. Bagaimana pemimpin serupa ini mampu melawan membantah cadangan pucuk pemerentahan sekalipun racun dicadangkan. Peduli apa aku sempat dan dapat, pasai apa nak bising dan nak hingar? Itulah sikap pemimpin UM No rata-ratanya begitulah.

(3) "Kita ada calon yang mendapat sambutan menggalakkan kerana latar belakang dia.

Pemimpin bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri mereka bersama-sama dengan pemimpin rasuah UM No yang lain melakukan kempen dan info jahat dengan memperlekehkan calun PAS-PR secara terbuka beliau berpendidikan rendah dan kerja pun menjual/peraih ikan? Termasuk calun UM No-Bn di Manik Urai itu pun sendiri macam lembu menyemberang sungai maka ekornya akan diangkat, juga memperagakan dirinya berpelajaran tinggi geraduan U tidak macam Abea Uji.

Kalau itulah menjadi ukurannya menjadi wakil rakyat yang berkesan, lihatlah sepenggal sahaja mantan 3wakil rakyat UM No seperti Dato’ Ariffin Said, Dato’ Ramzi dan Adun 2004. Mereka kaya raya dan mempunyai syarikat dagang besar. Hasil sempat dan rembat menjawat adun yang pengundi Mabik Urai beri dulu, dicelah-celah susah pengundi dan rakyat mereka membina istana, itulah agenda mantan Adun UM No Manik Urai. Banggakah anda samada anda sebagai pengundi UM No, PAS dan sebagainya mempunyai Tok Wakil seperti itu? Lihatlah Almarhom Pak Su Weil, sekalipun 5 penggal menjawat Adun Manik Urai, sama saja baginya, dirinya, hidupnya amat marhaen. Denyutan nadinya, mesranya adalah rakyat dan pengundinya.

Tajuk kecil ini, sebenarnya ianya UM No menjadikan sebagai lebuhraya perdebatan dan berhujah dan bola tanggong untuk aku membela calun dari parti aku PAS-PR, bukan dasar maukan kemenangan dalam hujah. Tetapi kita agung dan sanjungkan kebenaran dan realiti. Apa guna berpelajaran tinggi kalau rasuah adalah makan minum budaya UM No. Pengundi lihatlah berapa ramai dan berapa banyak pemimpin-pemimpin tertinggi UM No dulu, kini dan tak lama saja lagi, bertaraf menteri dan lain yang berhenti mereka dalam perkhidmatan kerana rasuah, menipu hatta hak rakyat termiskin pun kita sapu kita sebat. Pemimpin macam ni bukan Adun pendalaman Manik Urai. Calang-calang bergelar TS, Dato, pernah jadi Adun dan AP jadi menteri?

Pemimpin UM No macam tu pun masuk Manik Urai sempena PRK, terlupa diri dan angkuh, berjalan lapek kasut kulit babi bahan api neraka pun nak menghina calun PAS. Rakyat tidak terpengaroh dan pengundi amat-amat mengerti diantara calun Bulan Purnama Abang Uji dengan calun UM No keris bogel cap dacing senget. Dacing itupun tak tak pakai diguna diganti kilo makanya UM No-BN wajiblah jua diganti dengan PR. Masa seminggu UM No cuba bermain maruah. Mereka lupa budaya rakyat kelantan sebagai ahli perniagaan. Sedangkan perniagaan dan ahli perniagaan termaktub kedudokkan hak dan sisinya dengan Allah yang Rasul. Walaupun berniaga seluas dunia dengan tipu dan rasuah, nerakalah kesudahannya. Apa nak jadi! Apa nak jadi!

Tetapi adik kakak pengundi Manik Urai jangan lupa, Abea Uji demo tak mampu nak jawab fitnah itu kerana beliau adalah calun PAS-PR mewakili PAS dan Tok Guru dan persetujuan PAS Pusat memilehnya dalam PRK N.41 Manik Urai. Justeru aku akan menjawab dan menangkis penghinaan tersebut (Abea Uji sekali pun kawea lebeh umor dari demo, kawea panggil demo Abea Uji juga, maafkan kawea mendinding diri mematahkan hujah UM No tu, maaf dea). Makanya medan blog ini kita menghadapi menjawab untuk pengundi Manik Urai yang berada di Kota-kota dalam negara pulang mengundi pada 14 Julai Selasa 2009 ni dan pangkah undi PAS.
Saya telah 2 kali khatam membaca novel pendek hasil karya novelis tersohor Azizi Abdullah (mantan calun PAS di PRU11 untuk Dun) “MEMOIR SEORANG GURU”. Disana kita akan menemui watak-watak seperti Kama, Dr Kamarul Lukman, Midun, Sakinah, Alias, Palaniapan, Mat Dhuha dan beberapa watak lagi. Dsinilah iktibar dan kekuatan ditimba dari novel tersebut. Benarlah calun Abea Uji disudut akademik kebawah dari calun UM No-Bn. Tetapi lain dari itu semuanya Abea Uji kehadapan dan kelebehannya adalah terletak pada Abea Uji. Dihadapanya kakak-kakak dan dibelakangnya adik-adik yang ramai berkemajuan dan kehadapan dalam belajar dan pembelajaran, sedangkan ayah bunda kerja kampong memerlukan pembiayaan besar.

Disinilah sesiapa sahaja berdepan dengan cabaran dan pengurbanan. Maka dikalangan mereka adik beradik, maka satu pengurbanan besar menyambut dan sahut cabaran wajar diambil untuk membantu pembiayaan. Maka cabaran dan pengurbanan tersebut diterima, dipikul dan digalas oleh Abea Uji, maka beliau berhenti dari meneruskan belajar bukan kerana kelemahan dan kemalasan belajar. Resiko dan respon tersebut beliau bekerja apajua, bait lirik nyanyian almarhom TS P. Ramli, “Berkorban apa saja, hartaan atau pun nyawa......................”. Diatas berkorban beliau berhenti belajar dan bekerja menampong ayah bunda yang tua, hasil pengurbanan dan bantuannya kakaknya dan beberapa adiknya berjaya lebeh jauh dalam akademik dan kerja dari calun UM No-BN, sampai perengkat doktor falasafah PDD dan beberapa bidang profesional.

Wajarlah kakak dan adik-adiknya kembali khusus ke Manik Urai sekarang, tunjukkanlah bena keluarga anda dengan pakaian rasmi semasa menerima ijazah dulu agar UM No terpukul sehubungan dengan itu dan bersama kita tangkis tohmohan kepada calun kita dan keluarganya. Ayuh kita bersisnsing lengan berpadu menyatakan yang benar itu benar. Pengurbanan dari saorang adik dan pergurbanan dari saorang abang untuk adik-adiknya umpama lilin itu berakhir dengan kejayaan kakak, kejayaan adik-adik abang mereka, calun kita Abang Uji terubat sudah segala pengurbannanya selama ini sebagai abang mithali sejati berkorban apa saja. Ayah emak didahulukan, kakak dijunjung adik-adik sanjung. Sekali Abea Uji memileh bidang perniagaan sebagai usahawan peraih ikan, Alhamdulillah.

Abea Uji telah berkorban besar untuk keluarganya. Benarlah intan dan berlian itu setelah disepuh ianya bernilai dan mengeluarkan kilauan yang bercahaya umpama bulan purnama dan parti bersimbul bulan purnama itulah PAS telah mengangkat darjatnya menjadi calun PRK N.41 Manik Urai. Atas nama kapasiti usahawan ikanlah, Allah mengangkat darjatnya menjawat jawatan tinggi PAS dikawasan Kuala Kerai dan mendudoki ahli majlis bandaran Kuala Krai. Diatas jasa itulah beliau mesra berdamping rakyat, bersama rakyat dimana kelipan dan cahaya lampu malam di Manik Urai telah Abea Uji sampai kerumah mereka.

Sebagai ganti semi klon kepada Almarhom Pak Su Weil dengan Abang Uji, Inshaallah, Alhmadulillah diketengahkan dengan seribu kebaikkan oleh Pas mewakilinya dalam PRK. Itulah pemimpin yang PAS letak dan putuskan mewakili PAS-PR dalam PRK N.41 Manik Urai pada 14 Julai 09 Selasa ini memileh dan memangkahnya. Tok Guru Nik Aziz dan seluroh kepimpinan PAS merestui dan mendoakan kebaikkan kepada Abea Uji dan kemenangan dalam PRU. Makanya rakyat dan pengundi teruskanlah legasi baik Almarhom Pak Su Weil sebagai Adun PAS Manik Urai kini lanie kepada Abea Uji. abea Ujia tidak banyak wajah, Abea Uji tidak pekak, bisu dan pasti seperti sekala di Manik Urai.

(4) “Kita menjanjikan pembaharuan dan era baru untuk Manek Urai. “Kita harap jentera kita dapat berjalan dengan lancar," Perdana Menteri berkata.

Pembaharuan apakah hendak dilakukan lagi oleh UM No-BN diManik Urai melalui calun UM No dalam PRK ini? Bariskanlah pencapaian siap projek di Jeli atas nama Kerajaan Pusat membangun Jeli dan kawasan yang tradisi lama dikuasai UM No, tunjukkanlah? Janji pembaruan dan projek untuk Manik Urai kalau, kalau, kalau UM No menang dan nak jadi anak angkat Kerajaan BN, hebat sunggoh retorit UM No ni, cerminlah diri dulu. Anak saya berkata, “Pembangunan projek dan bajet ianya merangkumi rasuah atas meja bawah meja” sebabtulah projek awalnya gah pantas berjalan lepas tu macam sepah bulan progres kerja.

UM No Pusat apa lagi UM No Negeri jauhlah UM No Manik Urai mempunyai jentera sendiri dalam menjana pelaksanaan kerja-kerja mengurus PRK dulu-dulu yang lepas lanie di PRK Manik Urai. Mana jentera jenis tenaga insan/modal insan hatta kenderana lojistik UM No di Mabik Urai? Ya! Ada hampir sebulan, tetapi itu adalah hak milik Kerajaan Pusat dan Kakitangan Awam diperkuda dan diperalatkan oleh UM No dalam bergerak menjadi nadi pembantu utama dan penting kepada UM No, Calun UM No? Askar, Polis, Tentera, SPR semuanya adalah penjawat awam hak rakyat hak negara bukan hak UM No.

Tetapi semua penjawat awam ini ditunggang ditandu UM No-Bn dengan penuh ketakutan dari Ketua-ketua Pengarah Bos No 1, Bos No 2 takut dan terpaksa membalas jasa UM No kerana pencen pun dilanjutkan perkhidmatan kerana menjaga kepentingan seperti tom tom bak, sapa sakit naik atas; enjit enjit semut sapa sakit naik atas. Itulah jentera hadapan infantri UM No lanie setelah rakyat lari dari menyokong menyertai Um No. UM No pupus tenaga manusia bekerja dikalangan ahli-ahli dan penyokong. Maka barang gantinya adalah perkhidmatan awam, yang ketuanya, ketua pengarahnya adalah dalam saku Pemimpin UM No-BN dan memperalatkan orang bawah berdepan dengan PAS-PR.
Jentera yang keluar masok bersekali dengan penjawat awam adalah seperti KESEDAR, RISDA, JOA, JKR, TRAK POLIS, TRAK ASKAR dan macam-macam lagi ada yang dicat pengenalan kenderaan jentera awan kerajaan dijadikan jentera UM No-BN dalam PRK Manik Urai.

Kemudahan Premis seperti Sekolah dan sebagainya menjadi alat pejabat dan hotel sementra UM No apalagi TPM adalah Menteri Pelajaran. Berapa ramiai guru-guru UM No yang ponteng belajar penuh dengan rasuah perkhidmatan buta dan pekak Pengarah Pelajaran menanginya. Dan Pengarah Pelajaran dan PPD juga buta kedua-dua mata mereka menjadi barua dan paria jentera dan premis UM No dalam PRK Manik Urai ini, apa macam, fitnah juga ka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

(5) “Semua pihak sepatutnya membiarkan pengundi di DUN Manek Urai membuat penilaian sebaik-baiknya mengenai kemampuan parti dan calon yang bertanding”. Menurutnya.

Pengundi telah membuat penilaian khusus dan penilaian yang khas berhubung dengan PRK M.41 Manik Urai ini. Rakyat dan pengundi Manik Urai telah menyaksikan Tok Guru nik Aziz MB mereka 20 tahun yang zuhud. Mereka sedang dan teruskan membandingkan dengan pura-pura dan cakap lawak berlapek dari Tok Pa dan Tuan Calun UM No. UM No yang sarat dengan pemimpin rasuah, ketua perampas kuasa dan ketua menubohkan kerajaan kudeta haram UM No-BN di Perak di perhatikan dan sikap pemimpin rasuah UM No tidak mengiktiraf kerajaan negeri yang di Perentah PAS-PR dari PKR dan DAP.

Rakyat pengundi Manik Urai menilai dan memutuskan terus tinggalkan UM No bersama-sama dengan MCA, Gerakan, IPF, PPP dan beberapa lagi akan kelaur dari BN terang-terang dan beradap melalui pool pengundian resmi ahli dan penyokong internet. Rakyat melihat ini, UM No kian tirus melidi hatta BN kian mengecil dan terpencil dan dipencilkan dengan sekali lagi referendum di PRK N.41 Mabik Urai. Semuanya timbal balas jawapan kepada retorit-retorit semua lingkaran ditaja Najib hatta kini Tun Dex menjuara kembali menyerang melawan PM6 yang dirampas oleh Najib melalui konspirasi kodeta peralihankuasa dalaman UM No. Najib, Zahid dan Mohiyaddin, misi kudeta mereka berjaya di Perak dan berjaya dalam UM No menyingkir Tun Lah terpaksa belah mengalah, elak pantas UM No rebah dengan berhelah. Kini misi itu Najib/UM No teruskan dibeberapa negeri PR dalam dan dan cubaan kudeta, berjaga-jaga.

Maknanya UM No tidak berupaya berdiri atas nama UM No dalam negara kini kecuali UM No hidup kerana bergantung hayat kepada pertolongan SPR, SPRM, PDRM, RTM, TV3 & Co, KHN, PN dan beberapa lagi pelindung UM No berdiri berhadapan dengan rakyat dengan penuh dendam kesumat dan rakus membelasah dan menginayai rakyat. Semua badan penjawat awam ini bekerja untuk UM No-BN dan keselamatan negara terabai.
(6)“UMNO menjanjikan pembaharuan dan era baru kepada penduduk Manek Urai jika memenangi pilihan raya berkenaan”.

Kini PAS melihat tindakan Umno menerusi TPM merangkap Menteri Pendidikan mengunakan dana Kementerian Pelajaran bagi memberikan uniform dan beg sekolah secara percuma kepada 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manik Urai sebagai satu tindakan 'rasuah politik' kepada keluarga pelajar berkenaan sempena musim pilihanraya. Benar ianya adalah bantuan. Tetapi ianya tetapi rasuah politik cemar dalam PRK di Manik Urai ini Tetapi tindakan memberikan bantuan kepada pelajar di Manik Urai (di sini sahaja) pada musim Piliharaya Kecil adalah tidak kena, apatah lagi pemberian itu diumumkan oleh TPM - T Presiden Umno/Menteri Pelajaran TS Muhyiddin Yassin dengan propoganda 'tanda ingatan' kementeriannya. Ingat kepala bapak?

Sebelum ni pasai apa tak bagi? Tok Pa selaku Pengerusi BPUNKumumkan bakinya akan diberi setiap hari baki tempoh kempen. Ehhh hari dah ujan!!!!!!! Ambil kain dijemboran...nanti bassssaaaaaaaaaah! Inilah hakikatnya pelawak melampau batas diluar kehendak Al quraan dan Hadis Junjungan Rasullallah. "Satu Malaysia, rakyat diutamakan hanya slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat. Mana realiti slogan itu, belum pun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak," ujarnya.

Semuga dengan hujah-hujah ini pengundi peka untuk mengundi calun PAS Abea Uji dalam PRK N.41 Manik Urai pada hari Selasa 14 Julai 2009 bersamaan 21 Rejab 1430 ini.

“UNDI DAN PANGKAHLAH (X) CLUN PAS-PR ABEA UJI”

Direncanakan oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Siap Khamis : 1.15t.hari – 9 Julai 2009 - 16 Rejab 1430

(siapkan lama kerana keuzuran syaraai-maafkanlah)