Thursday, April 22, 2010

KITA SULOH - TENGOK BELAKANG REKOD RAKYAT PADA PRK.

KITA SULOH - TENGOK BELAKANG REKOD RAKYAT PADA PRK.

APA KESUDAHNYA P094 HULU SELANGOR.

Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab

(Nota: Gelanggang ini saya tidak dapat bermain dan manfaatkan sejak November 2009 secara aktif. Dengan Allah ujikan saya lengkap sarat dengan penyakit; serangan jantung, darah tinggi serta pesaka lelah-asma yang kronik. Keluar masuk ke Hospital, tempoh 20 hari terkemudian ini kesihatan sadikit meningkat, kekuatan fizikal bertambah sebaik makan diizinkan selera oleh Allah. Teman taulan yang berulang kali menziarahi, terima kasihlah. Isteriku dan anak-anakku terima kasih jujur iklas setia membantu. Sebelum ini, saya merencana dengan melafazkan isi-isi dan kakak anakku gerakkan laptop dan jalor lebar. Diatas segala keiklasan kakak - anakku ini menjelang peperiksaan PMR tidak ke sekolah kerana membantu merawat dan mengurus sakitku. Sedangkan Umminya terpaksa ke SMK mengajar. Anakku ini diatas cerdik semula jadi, anak yang solehah. diatas segala kebaikkan dirinya kepadaku abahnya, Allah permudahkan anakku ini, diluar mendapat tusyen dengan kedatangan tidak memuaskan, tepat bicara suara hatiku dan doa-doaku, kakak anakku mendapat 8A dalam peperiksaan PMR 2009. Kini belajar di Tingkatan 4 SM Sains Kubang Pasu, Batu 19, Jalan Kodiang jurusan ‘Sains Tulin’, Jitra. Walau pun minda bekerja, kaki tanganku terkehel dan terkulai, kerana pembantuku berjauhan 167 km dari rumah. Dengan keadaan sedikit termampu melakukan sendiri, saya cuba mengambil peluang bersama-sama teman yang lain untuk memeriah dan rancakkan lagi medium blogger yang kita harungi ini. Maaf, Wasalam. Terima kasih).


MENATAP REKOD

Dalam kita mahu membuat sokongan dan bantahan dalam satu-satu pekara yang memerlukan keputusan. Terlebih dahulu biarkanlah ianya diiringi dengan fakta yang jelas realiti yang hakiki. Berpandukan fakta itulah kesimpulan yang kita buat sukar dipertikaikan. Supaya mertabat pandangan dan hujah kita tidak menjadi Pandir setidak-tidaknya Andeh. Sesiapa sahaja mampu mengatakan kapal selam boleh terbang keangkasa dengan perkasa, katalah. Manakala yang mendakwa helikopter boleh menyelam dengan selamat dipantat lautan mengatasi berenang selamnya jaws, cananglah. Kan kerana 1Kuasa 1Malaysia, tangan kita perkasa, batuk bersin berharga.

Maka media maya dan media kertas mengia putar sakan. Sebab kapal selam dan helikopter kita yang beli, makanya kita tau jantan betinanya atau menjadi khunsa. Maka rakyat jelata ada yang caya lu, ada yang kata auta.
Saya menyokong atau saya pekong, 1Malaysia pantas cemerlang atau malang, sama-sama pasang telinga dan jegey seluas-luasnya supaya congak, ilmu hisab dan matametik kita berpandu jentik tolak alat kira purba cepua - sipua kaum cina Tiongha. Jangan tengok jenaka di RTM, Mediaprima dan Utusan Meloya terus membuat kira-kira diluar usul periksa. Selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008, negara telah mengalamai beberapa PRK samaada untuk KAPAR maupun KADUN.

Negeri-negeri yang melalui PRK adalah Pulau Pinang - Kapar dan Kadun. Perak satu PRK Kapar bersama-sama Kuala Terengganu untuk Kapar dan di Kedah untuk Kadun. Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan menghadapi PRK Kadun. PRK terkini adalah P. 094 Hulu Selangor dan Parlimen Sibu Sarawak. Itu adalah urutan PRK yang telah dan pasti akan berlalu dalam negara kita dizaman kerajaan 1Malaysia sehingga Mei 2010. Raykat negara telah melakar rekod sokongan selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 dulu.

Kalau pucuk 1Malaysia berkukuk siang malam sampai ke USA pohon akurestu Obama, bergema melantun kenegara peranan Mediaprima dan RTM. Yang penjaganya adalah anak yatim yang melangkah diawan kerana jambatan titian menjadi abu, kini merapu menjadi pengampu menyampu kerapu penguasa 1Malaysia, kerjanya tak sia-sia. Kedepan terangkat kalah menteri muda UMno jadi mandom koroi. Dengan semua kemudahan milik negara dan rakyat dijadi alat penguasa 1Malaysia, siang malam godam sakan kata kita kuat mendapat sokongan dibantu melulu oleh agensi swasta Mediaprima menjadi johan membuat hebahan.

Selepas PRU12 rakyat dah sedar betapa BN-UMno telah mendapat kepercayaan dan sokongan kembali dari rakyat kerana macam-macam retorit dibina untuk pekena rakyat, katanya rakyat dah ok dengan BN-UMno 1Malaysia. Boleh percaya ka? Mai kita selak mencari tengok dengan kenyataan bukan merapu sakan. Dalam menghadapi 3 PRK dikubu dan gelanggang UMno-BN, UMno-BN tewas tersungkur di Parlimen Kuala Terengganu negeri takluk UMno-BN. Bertahan menang di Batang Ai dan Bukit Pinang Negeri Sembilan dengan undi simpanan askar, tetapi Polis yang naik gaji. Kuatkah UMno-BN? Perkasakah 1Malaysia dapat kembali sokongan rakyat?

UMno-BN tewas dan kecundang terlentang dan penyokong UMno-BN lari lintang pukang dalam PRK 2 kali di Pulau Pinang iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Dun Penanti. Tewas di Parlimen Bukit Gantang Perak, tewas di Dun Manek Urai. Kecundang malang di Dun Bukit Selambau macam wau putis tali. Dikubu sendiri UMno-BN tewas, di negeri Kudeta pun UMno-BN tewas. Dapat kepercayaan dan sokongan rakyatkah BN-UMno ini? Lu kiralah sendiri, lu jawabla sendiri. UMno-BN gagal 100% untuk mengalahkan calun-calun PR samada dari PKR maupun PAS atau DAP dinegeri takluk PR di Kedah, di Pulau Pinang dan di Kelantan. Kuatkah? 1Malaysia mendapat kepercayaan dan sokongan? Ini adalah fakta. Ini adalah rekod dalam PRK selepas PRU12 yang rakyat boktikan konsistan sokong bersama PR yang mempunyai 3 tiang seri iaitu PAS, DAP dan PKR.

PRK mai pulak, kali ni di negeri takluk PR iaitu Selangor Darul Ehsan. Hulu Selangor membuka gelanggang PRK 2010. Dengan kesinambungan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat -PR yang disokong diundi rakyat, Inshaallah di PRK Parlimen Hulu Selangor rakyat terus megundi dan menangkan calun PR dari PKR iaitu Saudara Dato’ Zaid Ibrahim. UMno-BN yang UMno dah pagi-pagi hari dah gigit gusi 1Malaysia tak peduli akan hasrat UMno mendapat kembali kerusi untuk menjadi calun. Saya yakin calun BN-MIC menjadi basi ditolak ketepi oleh pengundi. Calun MIC-BN akan menjunam nasib seperti calun MIC di Bukit Selambau. Kerana apa? Rakyat masih berterusan menyokong PR harapan rakyat negara.

Katak yang laju melompat, Kijang Zul bercapal tamar pantas berputar dan beberapa lagi ungas dan ungka yang rakyat tersalah undi dulu (PRU12 - 8 Mac 2008) yang melarikan kerusi dan harga kerusi dengan mengisi perut pedai temboloknya, yang rakyat pengundi tidak halal dan redzakan. Sesungguhnya mereka keluar dan pi cuma dengan anak bini mereka saja. Tanpa pengikut setia akar umbi, kecuali sorang dua yang gila babi mengekori. La ni mereka menjadi terompah getah, terompah tamar dan ada yang menjadi selipar Jepun sebelah kiri sandal jenama Bata sebelah kanan. Dengan realiti inilah katak dah melompat, kijang berputar berlari, unka dan unggas melata ianya tidak sama sekali menjejaskan sokongan dan dukongan rakyat kepada PR.

PR menerusi calun-calun PRK samada dari PAS, PKR dan DAP terus akan mengemudi mendapat hati rakyat memenang dan mempertahankan kerusi PR dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya. Kes APCO menjadi BN-MIC di PRK Hulu Selangor mengampiri talihayat dipinggir kubur. Kalau lah nama calun MIC-BN TPM juga menteri kepada sekelian guru-guru dan sekelian murid SRK dan SMK TS MY TPM melalut dan karut membatang, katam, kerat dimaknakan macam tolol. Maka kalau itulah kata TPM TS MY maka sakan nak kata macam ni.

MEB yang dilancarkan oleh DS MNTR diluar persidangan Parlimen didalam dewan Parlimen yang mulia, yang tidak boleh dipertanggungjawabkan samasekali disudut kenyataan hakikat yang hakiki kecuai pelancaran bertaraf kometik sahaja. MEB bagi saya kalau nak ikut pekak TS MY TPM Melayu macam dulu baru kampoh dengan 1Malaysia, maka MEB saya luaskan maknanya Munsah Ekonomi Bumiputra. Bersekali dengan alasan inilah BN-MIC akan menerima giliran ditolak rakyat, ditolak pengundi. Tersungkur tersembam kebumi di Palrlimen Ulu Selangor pada 25 April 2010.

Sama-samalah kita menunggu penghukuman rakyat kepada calun MIC-Bn nanti.

Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab
Sabtu - 17 April 2010 - 10 malam.

(Perkhidmatan internet Celcom yang mengeciwakan, tempoh ok, ko yang menggagalkan kita untuk diblog dan diemailkan- Maaf dukacita pasai ini, apalagi dengan mampu gerak kita terbatas - lewat dah tak dapat dlayarkan).