Saturday, April 24, 2010

SAYA SOKONG MENGIKUT KEMAMPUAN - WALAU SEULAS TAMAR KADANG-KADANG NILAI KUDUSNYA MENGATASI SEBUAH MAHLIGAI.

SAYA SOKONG MENGIKUT KEMAMPUAN - WALAU SEULAS TAMAR KADANG-KADANG NILAI KUDUSNYA MENGATASI SEBUAH MAHLIGAI.

24 April 2010 - Sabtu - 9 Jamadilawal 1431


Besuk, Ahad 25 April 2010 bersamaan 10 Jamadilawal 1431, seluruh pengundi P094 Hulu Selangor serentak menyambut raya iaitu pilihanraya kecil. Pengundi yang bistari telah membuat keputusan beberapa hari lepas calun mana yang akan mereka menangkan. Saya yakin, calun PR dari PKR Dato’ Zaid Ibrahim adalah calun menang yang dikemukakan oleh kesepakatan penuh PR setelah PKR membuat keputusan.

Justeru, mengiringi anda pengundi budiman Hulu Selangor, saya sajikan beberapa bait-bait pantun untuk anda.


Memikat serindik di Gunung Raya
Dipuncak gunung bertemu pemburu
Hulu Selagor hadapi pilihanraya
Untuk memileh wakil yang baru.

Gendang dipalu mengorak langkah
Terkejut terkapah mendengar bedilan
PRU12 pengundi bijak memangkah
Teruskan pangkah calun Keadilan.

Lembu kerbau kambing pawah
Menjadi amalan setengah rakyat
UMno-Mic-BN ganas cambah rasuah
Pangkah undi sokong Pakatan Rakyat.

Empangan raksaksa di Tasik Pedu
Tulang belakang Gunung Tahan
Calun Keadilan-PR calun yang padu
Dato’ Zaid Ibrahim menjadi pilihan.

Pohon mentalun pokok rambutan
Gulai puyu kerabu ulam rebung
Tak bermakna kelun tempatan
Sekadar calun lembu cucuk hidung.

Kapal selam bertembong bahtera
Kapten silap membaca peta
Misi Tok Guru PR negara sejahtera
Selogan 1Malaysia rakyat menderita.

Ketegar degil, sombong panas baran
Raja katak melompat sakan di hutan
Dua tahun memerentah bukan ukuran
50 tahun menipu rakyat ambil ingatan.

Petir berdentum bermula kilat
Panah katak mati berasap
Panau dan kurap calun Mic jilat
Selepas pilihanraya laju lari lesap.

Pohon mengkudu pohon kekabu
Terkulai ranting patahnya dahan
Amanat Tok Guru menyentuh kalbu
Sebagai pedoman buat pilihan.

Dari Sekamat hendak ke Pekan
Bersuka berhibur nashid Raihan
Selamat mengundi saya ucapkan
Dato’ Zaid Ibrahim calun pilhan.

Dari : IBN ABDULLAH AL AWAB
24 April 2010 - Sabtu - 9 Jamadilawal 1431