Thursday, April 22, 2010

OLEA-OLEA DARI YAB PM6 DS NTR DARI NY USA

OLEA-OLEA DARI YAB PM6 DS NTR DARI NY USA
VS
OLEA-OLEA DARI YAB TOK GURU NIK AZIZ DARI MEKAH MADINAH

YANG MANA PILIHAN PENGUNDI PRK - P094 HULU SELANGOR.

21 April 2010 - Rabu - 6 Jamadilawal 1431


Ketika anak bulan PRK Hulu Selangor diumumkan oleh Pengerusi SPR kelihatan. Suasana sindrum membisu dan kelu terjadi, dalam persidangan parlimen bila APCO Worldwide diketengahkan. Ketua Pembangkang mengatakan dengan bokti bahawa APCO Worldwide Zionis Yahudi mempunyai peranan besar dalam Pejabat PM dan PDRM secara resmi. Sekali pun ianya mengundang dan mengugat keselamatan dan kedaulatan negara, peduli apa kerana ia penasihat resmi media PM dan PDRM. Tetapi ianya tak mengapa, kerana fenomina itu disusun rapi dalam merealisasi berbudi untuk PM.

Diatas respon kelu dan bisu itulah PM DS NTR dan bini ke2nya bersama-sama dengan pegawai dan beberapa menteri mengiringinya menenangkan diri keluar negara seketika. Sambil selam (bukan dengan kapal selam yang timbul) sambil minum air; menjalankan kerja urusan negara. Serentak menunaikan jemputan mengadap Obama Presiden USA. PM berasa lega lapang dada bangga dapat semeja 4 mata bertemu Obama dengan ketua polis dunia. Hampa sapa, lu sapa nak dijemput Obama. Sekelian media negara dan rakyat bersama media niaga Mediaprima membawa ketumbukkan pelaton mengiringi PM DS NTR dan bini ke2nya membuat liputan dan lipatan berita mengancam.

Disaat pemergian PM6 ke USA dan Jepun, pertelingkahan sakan diantara taukeh usang MIC dan keputusan simpul mati kepimpinan utama MIC Pusat 1Calun MIC di PRK Hulu Selangor. 1Calun MIC adalah Timbalan Presiden MIC DG Palanival. Tetapi bertembung pula dengan calun MIC yang menjadi pilihan DS NTR dan pilihan TS MY. Akhirnya dengan keputusan abu angin, TS MY saya Melayu lama memilih calun 1Malaysia yang TS MY katamkan nama India Kamalanathan menjadi nama Melayu, India dan Cina. Budak tadika pun tegelak lawak Menteri Pendidikan yang membutakan pengundi PRK Hulu Selangor.

Akhirnya UMno menerusi TS MY mengumumkan secara resmi Ketua Penerangan MIC Pusat Kamalanathan menjadi calun PRK Hulu Selangor mewakili MIC-BN yang akan berlangsung pada 25 April 2010 hari Ahad ini. UMno Malaysia, UMno Selangor dan UMno Bahagian Hulu Selangor melompong keciwa amat sangat. Gigit kaki baju dan ibu jari kaki kerana keciwa dengan tindakkan Pengerusi Perhubungan UMno Selangor bukan saja membelakangkan calun UMno tidak layak untuk bertanding di PRK Hulu Selangor itu, tetapi hakikatnya menunjukkan kuasa besarnya, kuku tembaganya membelakangkan pendapat akar serabut UMno Hulu Selangor, UMno tidak punya tempat di Hulu SelangorLangat.

Walaupun mulanya macam sungguh-sungguh kepimpinan UMno Selangor melompat beruk, berkinja sakan maukan Hulu Selangor kali ini dalam PRK mesti calunnya dari UMno iaitu mantan segala perdana mantan, pelari duti berguni dimasukkan gendoi kanggaro dan pelari anak raja adalah calun utama disua dalam pasaran PRK P094 HS. Sekali Ketua Perhubungan UMno Selangor bersin, sekali berdehem, sekali kerling anu-anu mereka tersentot masuk keperut keluar kot mulut. UMno Malaysia, UMno Selangor, UMno Hulu Selangor berjaya sekadar menjadi penonton dan tukang salak dan tukang poster kepada calun MIC. Pemimpin UMno lokal tidak berani menentang kerana diri sarat panau kurap untuk tampil ketengah. Tetapi rakyat dan pengundi akan menentang dan mengajar kalahkan calun MIC pilihan UMno untuk BN pada 25 April Ahad ini.

Tempoh 24 jam Dato’Zaid Ibrahim akan kembali kali kedua sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat setelah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu 2004 atas UMno yang dia tinggalkan sekarang. Sah sebagaimana jangkaan awalnya pertarongan adalah diantara calun PR dari PKR secara solid dipersetujui pimpinan tertinggi PR memilih Saudara Dato’ Zaid bin Ibrahim bertembung langsung dengan calun BN dari MIC pilihan UMno yang namanya dikatam 3 oleh Timbalan Pengerusi BN/Timbalan Presiden UMno juga TPM TS MY. Menjelang penamaan calun Pengerusi BN/Presiden UMno juga PM6 DS NTR, atas urusan jemputan beliau berkampong seminggu di USA dan 4 hari di Tokyo Jepun.

Sah semasa di USA rakyat disajikan betapa hebatnya PM6 dengan Obama Presiden, bersekali dengan bini ke2nya mendapat liputan hebat dan sakan tak kurang juga puteri pengiring kepada bini PM6 iaitu bini kepada pemangku Menteri Luar pembakar jambatan lana ni berjalan dialam maya. Dan tertanya-tanya pula dimana pi agaknya dengan aman menteri luar sebenar pupus berita tentangnya.

Saya pungut dari sedutan berita tv semasa DS NTR menemui dengan 300 pelajar di Jepun selepas dari tamat melawat USA. Semalam 20 April 2010 PM mengumumkan di Tokyo sebaik saja saya memijak bumi negara negara saya (PM) akan terus ke Hulu selangor untuk berkempen, untuk apa? Kunonnya nak perbetoi yang PR kata yang betoi itu betoi agar jangan diterima sebagai betoi oleh pengundi. Yang betionya adalah yang dia akan bagi tau dalam ceramahnya dalam PRK di Hulu Selangor setibanya ke tanah air pada menjelang Suboh 21 April amanat dan halua madu dari Obama dan dari PM Jepun, pasti umph!!! Isi maksudnya.





Berikutan bersungguh-sungguhnya PM nak berkempen langsung untuk menemui pengundi PRK Hulu Selangor, disini saya mempunyai tanggaban tersendiri yang ianya menjadi ketakutan dan kegerunan PM akan keputusan PRK Hulu Selangor. Saya mempunyai 2 alasan kukuh disini kenapa dan mengapa PM terpaksa turut berkempen di PRK Hulu Selangor.

Pertama: Najib tidak menyakini keupayaan dan kekuatan yang dimiliki oleh timbalannya TS MY yang menjadi Pengarah Pilihanraya PRK kerana misi MELAYU SEPERTI DULU akan memusnahkan idea IMalaysia gagasannya agar tidak menjadi gagak. Kerana terbokti TS MY yang menjadi Pengarah PRK dibeberapa tempat mengalami dengan kekalahan dan gagal merampas hatta tewas mempertahankan kawasan dimenangi sebelum PRK.

Keduanya: Najib mendapat maklumat awal yang calun MIC dari UMno untuk BN berdepan dengan kalah ditangan Dato’ Zaid bin Ibrahim calun PKR solid persetujuan PR. Selekeh-lekeh PM Pertama YBM Tengku Abdul Rahman, PM2 Tun Razak, PM3 Tun Hussein Oon, PM4 Tun Dr Mahathir dan PM5 Tun Abdullah Badawi tidak pernah menjejak kaki mereka dalam mana-mana PRK yang berlaku semasa mereka menjawat jawatan PM, Presiden UMno maupun Pengerusi Perikatan dan kini Pengerusi BN. Kenapa? Mereka meyakini timbalannya, berwibawa, berpengalaman diyakini lagi dipercayai misi tugasnya mampu menjalankan memenangkan calun Perikatan/BN. Tetapi sikap kepercayaan itu dah lupus dari PM kepada TPM yang diamanahkannya.

Pengundi telah berjumpa dengan PM yang panas-panas kahak bau Obama maseh kuat dicanaikan kepada pengundi dan pengundi gunakanlah kilo untuk membuat pertimbangan sepenuhnya. Olea-olea PM dari USA dan Tokyo pengundi dah tau dah!!!!!!!!!!!!!! Pasti PM tidak dapat mengajak Obama dan PM Jepun untuk sama-sama berdoa untuk menangkan calun MIC-BN merampas kerusi Hulu Selangor dari PRK PR.

Sementelah, saya dapat bayangkan bagaimana Tok Guru Nik Aziz yang sedang menunaikan ibadat Umrah di Mekah dan Medinah, betapa dengan kudus dan pasrahnya tok Guru berdoa ditempat-tempat yang mustajab dimakbulkan doa oleh Allah. Memohon semua doa-doa untuk negara, dan khususnya Tok Guru mendoakan untuk calun PR dari PKR Dato’ Zaid Ibrahim, dilindungi dari fitnah dan sabar menghadapi semua fitnah tersebut (Tok Guru pernah menunaikan hasrat Zaid menikahkan anaknya). Pastilah Tok Guru Nik Aziz akan mendoakan kemenangan kepada PKR PR di PRK Hulu selangor pada 25 April 2010 Ahad ini.

Pengundi ingin melihat dan mendengar amanat serta pesanan olea-olea dari Mekah dan Medinah dari Tok Guru samada hari ini Khamis atau besok Jumaat. Samakah olea-olea yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz dari Mekah dan Madinah untuk menemui rakyat pengundinya semuanya dari satu keturunan Adam dan Hawa menjadi keturunan Melayu Cina dan India pengundi PRK Hulu Langat. Olea-olea dari Mekah dan Madinah yang dibawa balik oleh Tok Guru pasti mengancam, padar dan sarat dengan pengajaran ilmu pengetahuan. Pastilah ilmu disampaikan.

Tidaklah seperti olea-olea yang cap APCO Worldwide yang dibawa balik oleh YAB PM6 DS NTR kepada rakyat. Perkasanya MIC-BN di PRK Hulu Langat kerana jentera tentera pilihanraya MIC-BN adalah dari salahguna rasuah kuasa BN kepada PDRM, SPR dan macam-macam lagi. Nampaklah macam kuat MIC-BN dalam menghadapi gelombang PRK Hulu Selangor itu. Kalau tidak diputar belit disogok oleh pengampu yang mendapat ampau dari UMno-BN, Mic-BN RTM, Mediaprima rakyat sudah lama tahu Bn dan komponannya berkubur. Hidupnya BN kerana tunjang dan akar serabutnya bergayut kepada nadi rasuah. Itulah kekuatan utama UMno-Bn mendapat sokongan paksaan.

Sama-sama kita tengok olea-olea aura Tok Guru Nik Aziz yang baru balik dari Mekah dan Madinah mampu palam auta olea-olea USA dan Jepun dari PM6.

Kita tengok kita kelih, berapa ramai yang dengar PM walaupun menerusi kerahan tenaga dan upah datang dengan hasrat dan minat pengundi dan rakyat untuk bersila lendik mendengar pesanan dan azimat guru kepada guru politik dalam negara kita.


Rencana oleh : Ibn Abdullah Al Awab

21 April 2010 - Rabu - 6 Jamadilawal 1431