Thursday, April 22, 2010

PENGHAYATAN “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” SKRIN RTM DAN MEDIA PRIMA - BEBERAPA SAJIANNYA MENJANA PENONTON, SILAP-SILAP ME

PENGHAYATAN “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” SKRIN RTM DAN MEDIA PRIMA - BEBERAPA SAJIANNYA MENJANA PENONTON, SILAP-SILAP MENJADI SYIRIK DAN MURTAD.
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Tarikh : 5 Januari 2010 Jumaat 19 Rabiulawal 1431


Kalaulah tidak kerana halangan kesihatan yang syarai sekadar berbaki dengan kemampuan terhad yang terbatas. Pasti TV dibeli pada 1990 dah musnah menjadi aruah. Pasti aku katok, godam berkecai pada dua malam yang lepas. Anak-anakku sengaja mencabar kewibawaanku, sengaja mau tengok drama dan film yang aku tegah mutlak jangan sama sekali terasa teringin kelih pun jangan, walau dengan sebelah mata akan beberapa cerita film, cerita bersiri dan drama yang disogokan untuk tatapan rakyat oleh media rakyat Negara dikuasai UMno BN iaitu RTM dan media niaga Mediaprima. Mereka silih bergilir, berlumba-lumba menyiar dan mengundang membuat bala untuk menyesatkan muda mudi dan menghancurkan iman dan agama anak bangsa mereka.

Sekiranya suasana seperti 2 tahun dahulu, pasti TV usangku dah menjadi bangkai berkecai aku kerjakan. Serentak aku regis belakang anak-anak dengan saikologi ampau rotan seni dibelakang kepada anak-anak ku yang degil. Kerana nak sangat kemarok nak tengok cerita-cerita film atau drama haram jadah merapu, memesongkan minda anak-anak hatta tak kena cara menjadi syirik dan murtad. Kini cakap-cakap ditepi jalan oleh kanak-kanak dan remaja buta agama, cerita-cerita sebegitu bukan lagi menjadi hiburan. Tetapi diangkatkan oleh budak-budak menerima sepenuhnya itulah hakikat sebenarnya benda-benda ghaib yang wajib dipercayai dan ramai budak-budak menerima bulat-bulat 1kepercayaan benarlah cerita yang dipaparkan di pawagam maupun diskrin tv, tak kiralah tv mana pun.

Samada film maupun drama keluaran tempatan waima yang di import. Ianya bercambah sama naik sebaris dengan laungan isyarat naik jari telunjuk promosi “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” yang dipelopori laungan semboyan oleh YAB DS Najib PM6. Penyiaran film - drama berunsur khurafat komponan toyol, sihir dan sewaktu dengannya amat menjadi. Mendapat kebebasan dari kementerian yang bertanggongjawab dan bersekongkol dengan kementerian dalam negeri tidak mengambil peduli. Seolah-olah film dan drama nyata bergelomang dengan khurafat ditayang itu bebas dari kawalan larangan agama samawi. Amat menjadi penayangannya, tanpa mendapat teguran dan tegahan maupun larangan disudut lepas tiris bebas disiarkan. Kenapa?






Ramai umat diluar sana barangkali bersetuju dengan pandangan dan keluhan saya. Bahawa penyiaran bebas film dan drama bertema dan berunsur khurafat komponan toyol, sihir tahyul yang berluasa tidak bertanggungjawab itu mendapat lampu biru dan lampu merah dari menteri-menteri UMno BN adalah kebenaran. Kerana UMno BN tidak terjejas dengan penyiaran dan drama - film jenis khurafat tersebut, barangkali mendatangkan laba tersembunyi atau terpampang kepada UMno BN seperti jari telunjuk kelangit serentak laungan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,”. Agama dan Iman umat tergugat dan terpesongan dengan dorongan penayangan film - drama khurafat tidak perlu dipersoal dan diwar-war diambil pedulikan. Kerana pentingnya matlamat seruan“1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” berjaya diterima rakyat.

Kerajaan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” telah pinggirkan agama Islam yang menjadi agama resmi negara yang tercatat dalam perlembagaan negara. Dalam masa mengejar untuk mencapai retorit yang dikatakan falsafah itu mereka telah terajang dan lepas pandang mengizinkan kembali, mencambahkan kembali menjadi-jadi samada dikeluarkan perengkat tempatan dan yang diimport, boleh dikatakan ianya ditayang sogok setiap hari. On tv1, kalih tv2, pindah tv3, tukar tv7, change tv8 dan tengok tv9 bersilih tukar ganti dihidangkan dengan cerita yang dah dihapus tayangkan 30 tahun dahulu iaitu cerita-cerita film dan drama khurafat tahyol, merapu yang menyesat kelembah syirik dan murtad kalau silap penerima oleh penuntun dikalangan anak-anak, remaja maupun tua buta agama.

Hatta amat menjadi-jadi juruhebah dan pengacara khususnya wanita yang dijaja diskrin berpakaian selayaknya ia berada di Chow Kit bukan diskrin tv dituntuni termasuklah percakapan dan gedik-gedik meraka yang muntah dan meloya. Lebih-lebih lagi tidak beradap dalam bentuk penyampaian mereka. Mereka memperakui disudut mendapat keuntungan duit ringgit dan perlumbaan rating memusnahkan nilai minda dan iman anak-anak tidak mengapa. Demi “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,”.Saya mengulamgi film-film bertema dan menjana khurafat akan menjurus dan terdedah kepada syirik dan silap-silap murtad. Ianya mudah diterima sepenuhnya dikalangan jenerasi belia, anak-anak yang liar dan pegangan agamanya macam durian, sekadar baunya sahaja tetapi tidak dapat dimakan kalau tidak dikopak dibuka dengan usaha.

Apalagi jenerasi muda anak-anak tersebut hidup mereka dalam keluarga yang meringankan agamanya, inilah masalah dan persoalannya. Anak yatim yang berkolek setelah gertaknya menjadi abu yang menjadi jurubiacara pengampu no1 dengan berakit bersama untuk menjadi juara dan johan yang kandas dengan idealisma perjuangan menjadi pengampu ulong dan kuda pacuan semata-mata menjaga perut pedai tempolok agar cekang dan penuh isinya yang mengemudi RTM dan Mediaprima walau taruhannya adalah rakyat dan umat dipinggir syirik dan murtad agar bersama-sama 1M.
Agar bersama-sama UMno BN dititik tebing dan garis penamat menuju lubang kubur untuk diingatkan dengan 1nesan sahaja. Tidak menyangka 35 tahun film-drama khurafat hampir pupus diciptakan dan diterbit untuk tuntutan. Tetapi ianya mula mendapat tempat apabila Islam Hadhari diperkenalkan oleh Imamnya Tun Abdullah Badawi, maka bercambahlah seperti cendawan cerita-cerita tahyul yang merapu yang mampu mengugatkan iman umat-umat Islam yang terdedah kepada syirik atau terus menjadi murtad kerananya. RTM dan Mediaprima tempat UMno BN bergayut hidup, walau terdapat slot siarannya umat menjadi hancur itu tidak mengapa asalkan hidup UMno hidup BN dan pemimpinnya

Padamnya kuasa Imam Hahdari bersekali dengan Islam Hadhari yang mati diperkatakan. Kini pimpinan baru tetapi usang dalam UMno BN tampil dengan gaya baru kuasa ditangan dengan komponan kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang diUMnokan dengan mencekam “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” dengan mengecam dan menghentam musoh politik UMno BN yang selama-lamanya dengan asar UMno BN sendiri tidak mampu melawan PR. RTM dan Mediaprima dalam menjadi pecacai dan alat kepada pemimpin-pemimpin UMno BN dan kepada UMno BN itu sendiri terpaksa siang malam berusaha meruntuhkan minda anak muda dengan hidangan hiburan melampau.

Diatas hiburan yang disajikan dengan meniupakan kemusnahan kepada rakyat jelata agar leka dan gila memenuhi hidup mereka dengan melampau. Diatas kehancuran rakyat itulah UMno BN memungut keuntungan besar dalam jangka panjang PRU13 kurang 2 tahun dari sekarang. Kerana nilai rakyat yang sebegitulah yang mampu memberi sokongan kepada UMno BN. Disebabkan ugutan berterusan kalau PAS meneraju kerajaan semua jenis hiburan yang ada, judi dan sebagainya mereka akan haramkan, macamana kita kita nak berhibur dan berjudi? Itulah selama-lama cara UMno BN untuk mendapat sokongan. Rakyat yang mempunyai iman dan akhlak yang kental, yang tidak pentingkan hiburan mereka-mereka ini pasti sisih dengan UMno BN sejak di IPTA lagi. Inilah ketajutan UMno BN.

Pembikin filem dan drama berlumba-lumba menerbit dan mengeluarkan derama sedemikian rupa dan tidak cukup dengan keluaran dalam negara ia diimpoert dari negara luar seperti Indonesia, Thailand, Hong Kong, Filipina dan dari USA. Semuanya mereka menyambut 1Seruan dari 1 Malaysia iaitu untuk mendapat 1Keuntungan kepada penerbit, dan RTM dan Mediaprima mengira rating dan mengaut keuntungan duit berguni diatas kemusnahan iman anak bangsa. Kerajaan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan,” membiarkan gejala ini menjadi jala kemusnahan iman anak bangsa.Disinilah RTM yang anak yatim menguasainya menjadi pengampu 1No membiarkan RTM ini dibawah jagaannya menghancurkan iman anak muda kerana sajian seperti tersebut.



Media prima juga menanam saham yang besar, berentap berebut untuk mendapat rating 1Malaysia untuk menayang filem tahyol dan sihir itu untuk menjadi 1johan dalam menyesatkan rakyat dan kebetulannya ianya diketuai oleh insan bernama Johan, bukan kawan saya Che Johan Che Pa Kubang Panjang (tepi quarters JKR) kini Timbalan Ketua UMno Pasir Mas dan johan satu lagi 50 tahun dulu saya terdedah dengan nama penyanyi dari Indonesia Erni Johan. Apakah diatas kemusnahan iman rakyat makanya UMno mengharapkan mereka-mereka inilah baru menyedari dan mereka akan berpehak untuk mengundi UMno BN di PRU 13 dah nak mai dah, apakah itu tujuan dan matlamatnya?

Dimanakah perginya Perkasa? Mungkin dah jadi laksa. Dan dimana lagi perginya NGO yang sebenarnya mereka-mereka adalah spesis pencen nyah UMno. Mencari pengkalan baru untuk mencari makan. Kalau sebelum ini mereka berapi berabu mempertahakan Melayu dan Islam, hampa pi mana? Mana perginya TS Shahibulsamaah DS Dr Khurasani Mufti Kerajaan Mahkamah Perak, dah jadi sayor lemak daun geti atau sekadar menerima ufti? Dimana perginya ABIM, barangkaili dipinggir tebing. Semua anda barangkali mengiktiraf dan menghalalkan bahawa semua filem-drama khurafat ditayangkan oleh RTM dan Mediaprima adalah tepat telah memenuhi tuntutan dan ciri-ciri dalam meminda iman dan taqwa untuk dilauladani dicontohi oleh rakyat dan umat untuk tegakkan Islam dan daulatkan Islam dan Maruah Melayu?

Saya serahkan pembaca membuat penilaiannya.

Nota: AMPUN TUANKU! PATIK DAK KELUARGA MENDOAKAN KEHADZRAT ALLAH AZZAJAWALLA KEBAWAH DULI TUANKU DIANUGERAHKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SEJAHTERA BERSEMAYAM DITAHTA SEBAGAI SULTAN DAN PEMERENTAH UNTUK RAKYAT MARHAEN BERNAUNG UNTUK SELURUH JAJAHAN TAKLUK NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUANKU PADA HARI INI.

DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!! DAULAT TUANKU!!!!!

Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

Tarikh : 9.00 Pagi : 5 Januari 2010 Jumaat 19 Rabiulawal 1431

(Ragam kesihatanlah menyebabkan beberapa rencana yang siap tidak terdaya dimuatkan untuk tatapan. Dengan bantuan anak disiarkan tampa sebarang perubahan sama seperti minda asal. Maaf kalau ianya basi).