11 Januari 2010-01-11 - Isnin - 25 Muharram 1431
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
SATU MALAYSIA; HADAPI SATU TAMPARAN, MENERIMA SATU PENENDANG.
Ratipan sakan selogan SATU Malaysia versi dan misinya, kalau silap-silap silau ayun langkah perjalanan, ia akan terdampar terkonteng-konteng tidak menemui penyudahnya. Sebaik ia berderap bertatih hampir setahun menemui penggunanya, SATU Malaysia telah di lentang dibogel dan di malukan dengan puaka berbisa yang mencengkam. Natijahnya kalau pun tidak tinggal gusi, tetapi semua gigi dan gerhamnya telah longgar kerana barah gusi bernanah dan berdarah. Sulitlah untuk memamah kunyah makanan, yang makanan itu hadir dari semua sumber; dari lautan, daratan dan dari angkasaraya.
Kepelbagaian makanan yang beracun, bertoksid hatta lebih parah lagi makanan yang terhidang itu mainya dari dana najis BASOH 7 keturunan beneh dan baka rasuah purba. Dana najis rasuahlah yang mendorong tipudaya mendapat sokongan kepada UMno Perikatan, UMno BN lahir kedunia fana ini. Diatas paksi rasuah itulah yang menjanakan UMno BN terus cambah menjadi tunjang dan paksi perdana, dalam tali temali sebagai roh untuk aktiviti mengerak hidup UMno-BN dalam negara. Sejak dulu, kini dan selama-lamanya, hubaya!! Hubaya!! Hubaya!!!
Adunan rempah juta herba, segala macam toksid yang dimixkan untuk menjadi ingredients SATU formula di peringkat percubaan. Ditandu dan dipalu dengan tidak berpandu dan mengambil peduli kepada pakar dan kitab pemilik Agama Samawi. Berkaitan sah haram halal batalnya terhadap herba dan ingredients digunapakai dalam pengisian SATU Malaysia. Terpaksalah juga untuk menjelma jenamakan SATU penawar kepada negara bernama SATU Malaysia. Ia telah tercalar dan terperuak macam peha kerbau balar ditetak calik tiga di tengah rembang, yang darahnya keluar merembong untuk program khenduri sesama ahli.
Kerana SATU Malaysia yang dicanangkan itu tidak mendapat sokongan tumpat yang solid dikalangan dalaman UMno disudut pemahaman yang selari disudut penghayatan. Apa lagi diluar UMno, sesama BN pun tidak difahami sama seperti gemulah Islam Hadhari cap Pal Lah Badawi, sementelahlah akar umbi rakyat marhaen. Pasti jauh panggang dari api untuk dikhayalkan menjadi falsafah baru kepada rakyat negara menghayatinya. Tetapi ianya sekadar mejadi kepala sampah dituntuni sahaja. Serupalah nasibnya slogan Dr Mahathir 2020 yang tenggelam dan dilupai bersama-sama dengan Islam Hadhari bersekali dengan Imamnya dinyah diletak ketepi oleh pencetus baru SATU Malaysia oleh menara gading cap semilu BTN-Batang Tubuh Najib.
Apa yang rakyat nampak kejayaan mee sedap segera SATU Malaysia yang berjaya, hanyalah ke atas timbul menonjol berulang-ulang, setinggi Angkasapuri juga setinggi Mediaprima. Iaitu apabila bini no 2 pencetus SATU Malaysia sentiasa setiap masa gila kemarok masuk TV, di semua canel RTM dan Mediaprima. Rosnah telah menguasai Mediaprima dan RTM, dengan lagak sakan macamlah dirinya itu umpama Presiden Filipina yang berkuasa. Rosnah ditahta ditakuti dipuja jolokan Wanita Perdana Pertama Negara.
Dimana SATU Malaysia manipulasi nak sorok DYMM SPB Raja Permaisuri Agong adalah Wanita Pertama Negara. Dimana SATU Malaysia nak letak? Wajah cutenya secute Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin dan Wan Zaleha Wan Radzi yang sentiasa memenuhi di skrin, terpampang walau tidak terkangkang diwaktu pagi tengah hari, hatta tak kira hari ketika. Malahan sampai rakyat naik menyampah dan terdapat kena badi sakit mata menyumpah. Kini kata Mat Ketupat di Sidam, “Sial tujuh keturun kalau tiap-tiap waktu lanie, semua TV tak buboh wajah Rosnah. Rakyat kenan disogok dengan gambar Rosnah, sampaikan rakyat tak kenai sekelian menteri-menteri dan timbalan menteri dizaman kerajaan SATU Malaysia”. Ha!! Lu sapa? Mau komplin! Jambatan kan ku bakar hangus, walapun pak aku tak mati aku pasti menjadi yatim.
Bini no 2 yang lakinya promosi SATU Malaysia, telah melangkah memijak dan bersekali dengan tanjai tubi. Sentiasa menafikan kerja tugas beberapa menteri dari beberapa kementerian, merampaskuasa yang tidak diistiharkan dari kementerian dan dari menteri-menterinya disudut membuat peristiharan dan kenyataan keatas kementerian mereka. Hatta Rosnah bini no 2 pencetus SATU Malaysia ini, berdaya mampu mengarahkan menteri menjalankan perentah tugas yang dihebahkannya. Eh!!! Eh!!! Eh!!!. Yang mana ketika itu ramai menteri dan menteri berkenaan menjadi pengiring dan pengapit kepada Rosnah, punah negara SATU Malaysia kalau macam ni.
Semua kerja buat tersebut, sewajarnya dihebah oleh menteri-menteri berkenan, KP kementerian berkenaan atau KSU kementerian. Kini, semuanya telah berpindah kuasa kepada Rosnah laki PM6 yang promosi SATU Malaysia orang-orang kata berbisek dan cara terbuka bersuara. Menteri-menteri menjadi tungoi, mandom dan koro. Kini sekadar bertindak sebagai pengapit kepada Rosnah dengan muka cuka dan malu yang diri mereka diperbodokan oleh kuasa kejam bini rejim pencetus SATU Malaysia. Itulah kejayaan SATU Malaysia untuk anak pintar negara seramai 500 manusia, lumayan joli sakan diperuntukkan.
Walaupun bentangan hamparan karpet biru dari KK S dan K S bertaut tangga Putrajaya, diperkiraan dalam sesi tolak ansor dalam menjaga habuan dan menunaikan tuntutan kemahuan jawatan AP mereka. Berbekalkan dana dan kuatnya suara bertindak berbentuk gertak dan kesungguhan dari AP BN Sabah dan Sarawak. Semua gertak dan ugut dilangsaikan sepenuhnya oleh pemuka UMno BN dari Semenanjung. Semuanya mengelak dari BN dan UMno karam dan tenggelam lemas seperti karam terbenam UMno BN di beberapa negeri. UMno Putrajaya dan BN Kuala Lumpur seperti menatang minyak cenonoi yang melimpah ketika mana terpaksa melayan mehnah dan kerenah AP BN dari Sabah dan Sarawak, hingga saat ini.
Semuanya ditunai dan dituruti sepenuhnya oleh Pengerusi BN Islam Hadhari dan Pengerusi BN SATU Malaysia, selepas keputusan PRU12 pada 8 Mac 2008 dahulu. Sesungguhnya AP dari Sabah dan Sarawak Allah taqdirkan kepada BN Malaysia dan Semenanjung menjadi gudang penawaran kuasa sebagai aset simpanan tetap untuk mewujudkan kerajaan pusat BN selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas. Inilah hakikat BN sekarang. Tanpa simpanan tetap AP dari Sabah dan Sarawak sebagai aset simpanan roh untuk hidup gerakkan hayat BN yang berpusat di Kuala Lumpur pasti menemui jalan mati menuju kekubur. Semuanya adalah sebagai ramuan tali hayat kepada UMno BN kembali berkuasa, dengan serba tidak menjadi dan serba tidak mengena.
Makanya pemberian dan layanan perdana berlipat ganda yang tuntas terpaksa UMno BN Putrajaya melutut serta menuruti kepada semua tuntutan kuasa - power AP BN dari Sabah dan Sarawak, ini adalah realiti hakiki bukan fitnah. Speaker Parlimen Malaysia diserahkan batennya kepada Pendekar sebaik TS Ramli diketepikan. Ironinya kedua-dua Timbalan Speaker Parlimen juga diserahkan penyandangnya diisikan oleh AP BN dari Sabah dan Sarawak juga. Cukup hebat dan cukup menjadi biji catur di Bursa Catur Saham di Kota Kinabalu Sabah dan Kucing yang mencakar mengiau bunting di Sarawak, mengajar ABC realiti politik di Putrajaya, cukup menjadi dan bertepatan kepada masa, umpama menahan lukah dipergentingan.
Kesepakatan padu AP BN dari Sabah dan Sarawak yang membulat tekad dengan anjakan kepakaran politik sendiri telah mereka ukur dan sukat, timbang dan lambong, maka AP BN di Sabah dan Sarawak pada hakikatnya yang sebenar, selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 lalu. Makanya mereka AP BN Sabah dan Sarawak lebeh nilai harga berganda dari nisbah dan nilai AP BN yang berada di Semenanjung itu sendiri. Dipasaran terbuka, maupun dipasaran gelap hingga saat ini nilai saham mereka (AP BN Sabah dan Sarawak) menengelamkan semua nilai saham-saham yang diurusniaga di Bursa Malaysia, kalau silap-silap diurusniagakan politik semasa BN yang komponannya bercempera bergelut perebutankuasa, dan berebut timbunan mal dan dana rasuah, masa menunggu sahaja untuk langkah yang silap untuk matikan BN.
Justeru, SATU perubahan pengurbanan besar yang terpaksa dipenuhi dan dilayan oleh penguasa BN PWTC dalam keadaan terpaksa. Memenuhi berdehem dan kentut AP BN dari Sabah dan Sarawak didahulukan dan diutamakan setelah mereka tidak dipandang diambil peduli selama 35 tahun. Hatta melompong dan terbeliak mata saki baki AP dari UMno Semenanjung. Apabila Ketua BBBN di Parlimen dan Timbalannya juga diserahkan penyandangnya juga dari Sabah dan Sarawak. Cukup fantastik sekali, apabila ramai dikalangan Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik diluar dikalangan AP, Alhamdulillah. Mereka adalah dewa kayangan yang masuk melalui sisek angin menerusi Ahli Dewan Negara sebagai Senator.
Perletakkan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan yang lama kedengaran tetapi baru disahkan. Mantan TM tersebut adalah anak rejim KM Sarawak, cukup unit kalau mau diperbincangkan. Sekalipun Ketua BBBN Parlimen mengakui mengamalkan rasuah perdana bernilai RM10,000,000.00 kepada Menteri Pengangkutan juga Presiden MCA kerabat BN. Kini Pengerusi BN juga PM6 pemegang TM SATU Malaysia dan SPRM tidak berkemampuan untuk mengambil tindakkan. Persepsi rakyat bukan kerana tidak melakukan najis rasuah, tetapi ketakutan ulung Pengerusi BN - PM6 adalah ugutan dikalangan AP Sabah dan Sarawak akan bye, bye dengan BN. Itulah hakikatnya penghalang kepada tindakkan tatatertib parti dan tindakkan undang-undang negara. Amat dimengerti oleh kuda tunganggan lama jenama SPRM.
Penendang diterima BTN ketika tirai Disember 2009 berlaboh, di dewan yang mulia mala petaka macam puaka Tasik Cini masuk kedalam Parlimen. Kalaulah bukan kerana peranan bijaksana yang cemar, kong kali kong Pendekar Speaker panjangkan masa tari berbunga, sengaja melengah-lengahkan masa melalut, bertujuan bagi menanti ketibaan beberapa ahli-ahli Parlimen BN untuk mempertahankan Kerajaan BTN BN. Nescaya BN dan BTN yakni batang tuboh Najib telah terguling terlentang dengan tersendirinya didalam persidangan Parlimen di Dewan Rakyat sesi undi belah bagi Bajet 2010 di Dewan Rakyat tepatnya 10.45 malam hari Isnin 14 Disember 2009 didalam Dewan Rakyat di Parlimen kerajaan BN diterjui BTN menerima tamparan genting yang mencabar, mengigil dan punahkan semua nafsu.
Mengikut lazimnya kerajaan BN Pusat telah menjadi aruah dan gemulah sekiranya bajet 2010 tidak dapat sokongan dari AP meluluskannya. BN capai majoriti tipis 3 undi. Terawalnya usul perbekalan KDN sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan dengan majoriti 1 undi. Iaitu 61 di pihak BN dan 60 di pihak PR. Proses pengundian belah bahagi itu berlangsung sekitar jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam. Ramai blogger-bloger telah cepua iaitu seramai 70 AP BN dari semua komponan BN menolak Budjet 2010 yang dibentangkan BTN. Khususnya yang ramai tidak berada didalam Dewan Rakyat ketika itu adalah AP dari Sabah dan Sarawak, dikalangan menteri, timbalan menteri dan AP biasa. Yang ramainya adalah AP dari UMno sendiri termasuk Naib-naib Presidennya, cukup gawat dan gayat dilalui.
Kerajaan BTN batang tuboh Najib sebenarnya diselamatkan juga tuang hadir dikalangan AP PR seramai 18 orang; dari Keadilan, PAS dan DAP. Pada hakikatnya terboktilah seramai 70 AP BN sendiri tidak mempercayai dan meragui kewibawaan budjet female dibentangkan oleh Najib tersebut. Dikala itulah juga BTN - BN mendapat simpati dan sokongan dari segelintir AP PR dengan cara paling hormat dengan bertindak tuang mesyurat wajib mereka di Parlimen pada setiap masa disemua waktu. Ketika pintu Parlimen dibuka untuk persidangan di semua penggal wajib semua AP baik PR maupun BN hendaklah hadir itulah kehendak rakyat dan pengundi kepada mereka bukan makan angin ke Paris, Jakarta dan lain-lain distinasi.
Sokongan AP PR diberikan diluar pengetahuan rakyat pengundi mereka. BTN bersyukur dan amatlah BTN berterima kasih kepada AP PR yang menyokong dan menyelamat Budjet 2010 yang dibentangkan dulu. Kesan dan natijah keatas Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang menang dengan majoriti 3 undi setelah 70 AP BN yng lain menolaknya, kedengaran dan amaran keras akan diambil dan dikenakan oleh Pengerusi BN kepada 70 AP BN yang culas ponteng tersebut. Pemuka dan pengampu BTN Cuma bersuara tindakkan hendaklah diambil kepada menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen iaitu YB DS Nadzri Azizi.
Mereka tersilap menilai fungsi menteri dengan kewajaran mutlak hendaklah diletak hala kepada Whip BN di Parlimen khusus dan khasnya kepada ketua dan timbalan ketua BBBN. Telah hampir dua bulan peristiwa tersebut berlaku dan selama itu juga amaran dan bakal tindakan dikenakan kepada 70 AP BN yang menolak Bajet 2010 BTN di Dewan Rakyat. Semuanya merupakan amaran angin dan amaran maya. Samalah tindakan juga adalah tindakan angin yang sifar dan tindakan maya sehingga saat sekarang. Semua peristiwa tersebut telah dilupakan, seolah-olah tidak pernah wujud di Dewan Rakyat di Parlimen pada 10.45 malam hari Isnin 14 Disember 2009 dulu. Itulah retorit SATU Malaysia, seadanya ditangani.
Seluroh UMno dan seluroh BN lebeh cekap dan kehadapan mengetahui jawapan keatas kukok amaran dari Pengerusi BN itu adalah retorit dan dayus pengecut. Pengerusi BN mana ada jantan, dan mana ada berani untuk bertindak kepada 70 AP BN apalagi yang ramai dari mereka adalah AP Sabah dan Sarawak? Buatlah apa sahaja, lakukanlah apa-apa saja dalam keadaan genting AP BN menguasai majoriti dalam Parlimen dengan nyawa-nyawa ikan. Badan Disiplin dan Tatatertip UMno dan BN sudah tidak berfungsi dan tidak menjadi keutamaan lagi untuk membicara dan menili mereka samada dari AP maupun Adun. Kini AP BN dan Adun-adun BN dibeberapa negeri, tiba-tiba BN terbalik mengemis setia darinya AP dan Adun agar jangan bebai dan membuat hal.
Kerana sebenarnya sekarang UMno negeri-negeri dan UMno Pusat termasuklah BN negeri-negeri dan BN Pusat sedang dan terus menatang seperti minyak atar kasturi yang penuh, melayani dan memenuhi semua kerenah AP dan Adun didahulukan diutamakan. Kerana bebai dan marahnya AP dan Adun BN dibebrapa negeri akan melingkup ranap terus kerajaan BN pusat dan kerajaan BN dibeberapa negeri. Diatas faktor dan fakta tersebutlah pasti tidak berlaku tindakan tatatertib kepada Adun dan AP BN, walau sebesar mana kesalahan dilakukan, asalkan jangan tinggal daku UMno BN. Kerana kekebalan meraka ditentukan oleh masa dan harga disaat BN Pusat dan BN negeri-negeri khususnya UMno sedang mengemis setia, mengemis sokongan dari Adun dan AP mereka sendiri. Itulah realiti dan itulah kenyataan kenapa dan mengapa gempar keling sahaja mampu BTN keluarkan.
Kerajaan SATU Malaysia yang dipromosikan oleh PM6 DS Najib Tun Abdul Razak, menghadapi gerhana sokongan yang ketara dari dalaman khususnya dari AP dan Adun dari UMno dan dari komponan BN itu sendiri. Jelas kegagalan dirinya BTN (batang tuboh Najib) diterima rakyat, makanya Menteri Ampu yang mendenai titi abu, kini kebelakang ikhtiar, dapat formula kisar dan putar semula cerita lama yang mulok-mulok dan yang baik-baik dicanang ditayang setiap detik dikaca TV Perdana dan TV Swasta Mediaprima cerita-cerita Tun Razak, Tungku Abdul Rahman dan Tun Hussein Oon. Tun Razak ayahnda kepada Presiden UMno lanie. Tun Hussein ayahnda kepada Naib Presiden UMno Hishamuddin sepupu kepada PM6. Saham BTN merudum makan cerita lamalah dikisar kitar untuk rakyat kenangkan kembali jasa ayah kepada menjerat ehsan rakyat dan pengundi kembali sokongan dekat anak-anak mereka pula.
Dengan gawatnya perebutan kuasa dan pertelingkahan yang membawa perpecahan dan menuju kehancuran dalam beberapa parti komponan yang mendukongi BN sejak Perikatan seperti MCA, MIC, PPP dan beberapa parti yang lain. Hatta parti baru beranak belum lepas pantang yang lahir berbidankan Presiden UMno - Pengerusi BN iaitu Makal Sakti itu pun telah bercakaran, berpecah kerana merebut menjadi pemimpin, sedangkan tali pusat pun belum gugur, tetapi telah berlari kejar mengejar. Campur tangan sepak tendang Pengerusi BN juga Presiden UMno, saya nama dipenghujung terowong kini parti-parti komponan BN menerusi ketua maupun bukan ketua yang selubang dengan Pengerusi BN, nampaknya BN kini menjadi Boneka Najib.
Apabila BN mejadi Boneka Najib, maka pemimpin-pemimpin yang mengendalikan parti-parti komponan BN mereka bukan lagi berkhidmat untuk ahli dan pengundi mereka mewakili, tetapi mereka akur dengan Pengerusi BN, yang mana nampaknya menteri-menteri dan timbalan menteri dari UMno dan dari komponan BN diluar UMno, kini mereka menjadi Boneka Najib dengan peralatkan BN. Mereka membelakangkan rakyat negara tetapi mendahulukan, mengutamakan mengampu dan menjadi boneka bersekali kepada bini Najib kerajaan laki bini, kalau Ayah Pin Besut ada kerajaan langit yang satu masa Ayah Pin sebaik berjaya misinya akan diserah kepada kerajaan itulah tekad dan keyakinan Atah Pin. Kerajaan laki bini boleh tahan, tetapi jangan orang gatai mulut kata kerajaan laki takut bini, sudahlah!!!!!!!!!!!!
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB
11 Januari 2010-01-11 - Isnin - 25 Muharram 1431
(Ragam kesihatanlah menyebabkan beberapa rencana yang siap tidak terdaya dimuatkan untuk tatapan. Dengan bantuan anak disiarkan tampa sebarang perubahan sama seperti minda asal. Maaf kalau ianya basi).