Saturday, April 20, 2013

TUHAN!!! ANUGERAHKANLAH KEKUATAN KEPADA PEMIMPIN DAP, SELUROH AHLI DAN PENYOKONG.


TUHAN!!! ANUGERAHKANLAH KEKUATAN KEPADA PEMIMPIN DAP, SELUROH AHLI DAN PENYOKONG.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
20 APRIL 2013 (SABTU) 9 JAMADIL AKHIR 1434

Hampir sejam, saya kaku dan terpaku tidak mampu membuat rencana ini, apabila melihat tangis dan isakan Yang Berbahagia Tuan Lim Keat Siang bila ROS kini sah menjadi pecacai dan komponan langsung dalam umNO(Baru)bN ketika negara menghadapi PRU13 dan kira-kira 8 jam lagi proses penamaan calun akan dijalankan diseluroh negara. Apbila perasaan hiba dan simpati reda, barulah saya dapat mulakan menulis rencana.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tidak ada perkataan yang mampu saya ukirkan untuk pernyataan hati nurani saya bersimpati dan sama-sama menanggung merasai penderitaan ini dengan perit dan dukacita sekali. Ianya angkara ROS durjana yang merealisasi telunjuk umNO(Baru)bN. Sebagai jalan pintas mereka menghadapi sepak terajang PRU13. Tetapi, saya yakin InshaALLAH ini adalah jalan mati umNO(Baru)bN menuju kekubur tempat rehatnya untuk selama-lamanya.

Kepada Tuan Lim Keat Siang, Tuan Karpal Singh, YAB Tuan Lim Guan Eng dan seluroh pemimpin parti DAP dan seluroh ahli-ahli DAP dan penyokong, dalam menghadapi keadaan ini wajib kita bersabar, bersabar dan bersabar. Janganlah kira bersedih hati dan terus berdukacita. Yakin dan percayalah ahli-ahli DAP tidak kesaorangan dan solo ketika menerima musibah angkara ROS yang menjalankan pelaksanaan kerja umNO(Baru)bN. Kami ahli-ahli PAS bersekali dengan pemimpin kami bersama-sama dengan anda merasai kesedihan. InshaALLAH kongsi kesedihan besar itu, agar ianya menjadi ringan walau orang kata 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'. Sahabat-sahabat DAP semua, bangun dan bangkit dari kesedihan yang menimpa. Percayalah kami akan menjadi serandang dan menongkat anda dengan penuh hurmat dan kasih sayang.

Sahabat-sahabat DAP, mari dengan semangat yang kental, persefahaman yang solid kita berganding bahu membahu, bersilang tangan. Ayoh! Kita bangun dan kita tinggal sekejab kesedihan tersebut. Today, hari ini kita kemedan perjuangan tuntas kita menghadapi umNO(Baru)bN dihari dihari penamaan calun PRU13. Kita turun umpama geruda PR menghadapi umNO(Baru)bN.

Kepada sekelian pemimpin DAP, sekelian ahli-ahli DAP dan penyokong, yakin dan bertawakallah kita semua PAS sama sekali tidak akan mengkhianati DAP dalam apa keadaan walau apa ketika suasana dialami. Sahabat-sahabatku DAP! Selagi PAS ada Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Haji Mat Sabu, Datuk Paduka Haji Husam Musa, Tuan Haji Salahuddin Ayoub, Datuk Haji Mahfuz Haji Omar dan pemimpin utama yang lain, percayalah mereka tidak akan menipu dan menzalimi DAP bila mengguna logo PAS kalau terpaksa besok. Membolehkan DAP menyertai PRU13.

Semua mereka bukan pemimpin umNO(Baru)bN yang serba boleh dan serba halal. Semua pemimpin PAS yang saya qalamkan diatas, percakapan yang keluar dari mulut mereka, ketika itu hati mereka membenarkan. Sesunggohnya mereka menjadi pemimpin PAS yang hebat kerana mereka bipimpin dan dibimbing oleh Al Quraan dan Al Hadis Junjungan Rasul Nabi Muhammad Al Amin. Mungkin saya tidak sependapat dengan Tuan Lim Keat Siang. Saya yakin, suara kecil hati saya mengatakan, diatas kejahatan rakus biadap ROS membuat DAP tidak dapat mengguna simbulnya ROKET.

Bahawa sasesunggohnya, disana mempunyai hikmat besar yang kita tidak mampu membuat penafsiran. Tuhan! Bukalah pintu hati seluroh ahli dan penyokong DAP berilah undi anda kepada parti anda DAP yang terpaksa mengguna logo BULAN angkara ROS umNO(Baru)bN.

Percayalah DAP tidak akan mengundang susah kepada PAS dan PAS, yakinlah PASti ia tidak akan mengkhianati DAP. Percayalah PAS tidak akan menkgianati DAP. Ingatlah haram kita mengambil kesempatan diatas musibah dan kesusahan menimpa sahabat kita. DAP adalah sahabat dan kerabat dalam PR yang didalamnya solid padu ada PAS, DAP dan PKR.

InshaALLAH, alernatif plan selamat hendaklah kita menjadi keutamaan. Berat sama dijinjing, ringan sama dikendong.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
20 APRIL 2013 (SABTU) 9 JAMADIL AKHIR 1434