GELANGGANG DAN PANGGONG PRU13 DIBUKA.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
4 APRIL 2013 (KHAMIS) 23 JAMADILAWAL1434
Angkaramu PM1Malaysia DS Najib Rosmah, penantian setahun setengah rakyat diperkotak katik, dengan cemuhan yang menyakit hati rakyat 1Malaysia baru berakhir. Sebaik Parlimen dibubar terpaksa oleh YAB PM1Malaysia DS NaZak Rosmah semalam (kelmarin) hari Rabu 3 hb April 2013.
Sebaik naskah peristiharan pembubaran parlimen di tandatangani oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agong diawal pagi hari. Kerana gementar memikirkan realiti dan membayangkan selepas parlimen dibubarlebih jauh selepas keputusan resmi PRU13. Benar sungguhkah umNO(B)bN kalah dalam PRU13 nanti? Seperti dinyata dan diramalkan oleh banyak pehak, dari dalam dan luar negara. Secara nalurinya DS NaZak Rosmah sendiri mengesahkan umNO(B)bN kalah dalam PRU13. Boktinya beliau biarkan tempoh hayat parlimen menjadi expired 8 Mac 2013. Dan membiarkan DUN Negeri Sembilan maut dan mati beragan.
DS NaZak Rosmah telah membuat pengumuman pembubaran parlimen di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 3 April 2012 disebut DS NaZak Rosmah, hakikatnya 3 April 2013. DS NaZak dilanda dek gemuroh, gugup dan gementar. Kerana bengkak bengkil yang terbuku dihati, disebabkan tekanan dalaman dan tuntut ugut dari pemimpin komponan bN. Dikhabarkan pemimpin komponan, terus mengugat dan mengigit. Apakah TPM TS MY, dan sekelian jemaah menteri didetik akhir memegang jawatan juga keruan dan tak ketahuan emosi dan perasaan memikirkan akakah ucapan sayonara good bye dihadapi mereka ketika berdiri memagari DS NaZak Rosmah. Sebenarnya detik ketika itu, jarum galah jatuh dan kentut gajah pun dapat didengar dengan jelas. Tetapi.................... Kenapa menjadi?..............
Sampaikan telinga mereka menjadi pekak dan mulut menjadi bisu untuk menegur DS NaZak umum salah tahun. Gundah gulana pun jangan sampai begitu dizahirkan secara live. Ketikamana DS NaZak sebut 3 hb April 2012 hari ini parlimen dibubarkan. Hari ini dalam sejarah telah diukir oleh DS NaZak Rosmah dititik akhir berada di Putrajaya. Kenapa kesalahan besar tidak ditegor dibetul hatta dibiarkan? Kenapa? Apa agenda? Pelempongkah yang bertali leher merah, yang berdiri kiri kanan DS NaZak dan dibelakangnya. Terpukau atau menjadi tunggul mampus terpacak berdiri? Memikirkan arah haluan untuk membawa diri selepas ini?
Atau sememangnya sekelian jemaah kabinet yang detiknya pupus itu tidak menyedari atau sengaja biarkan kelalaian angkuh DS NaZak Rosmah itu mendapat malu dan dimalukan 1Malaysia. Padan mukanya ditengok seluroh dunia secara live. Lepas itu TV3 auta kerjanya dalam ulangan tidak terus DS NaZak menyebut tarikh kebelakang yang salah. Malu!!!!!! Kini rakyat sedang menilai DS NaZak Rosmah umNO(B)bN dalam menghadapi PRU13 yang akan diumum dan diuruskan oleh SPR. Ai yo yo Same, apa macam angkat bakul calun menang. Belum masuk lagi pelakon prono, itu pun calun special yang mengundang menang untuk bN-MCA. Calun jangan tak calun DS NaZak Rosmah. Ini kali biar sama-sama karam. Kerana rakyat berpendapat PAKATAN HARAPAN RAKYAT untuk diundi dalam PRU13, INI KALI.
Sepanjang ucapan kempen haram pilihanraya resmi sulong dalam kesempatan yang terdesak, umNO(B)bN melalui PM1Malaysia DS NaZak Rosmah telah menggunakan ruang terbuka itu dengan mencabul dan menodai peluang mengistihar bubar parlimen dengan berkempen pilhanraya, diluar masa diizinkan. Dapat untung haram disumpah laknat sumpah seranah dari rakyat khususnya penentang DS NaZak Rosmah umNO(B)bN. DS NaZak Rosmah dengan muka keruan merayu dan mengugut rakyat jangan memberi undi dan sokongan kepada PR dalam PRU13, tetapi dalam bahasa beradap, sedap didengar tetapi ianya penuh dengan racun berbisa macam ular tedong selar dan kobra. Tidak seperti marahnya dekat peneroka yang menentang rancangan DS NaZak dengan marah 'haramjadah' berulang kali.
Disamping memberi jaminan kalau umNO(B)bN kalah sebaik selesai PRU13, peralihan kerajaan pusat di Putrajaya dijamin DS NaZak Rosmah berjalan dengan baik dan teratur. Ok la tu. Boleh percaya dan pegang cakapnya kalau berpandu ucapan di PAU November 2012. Jelas apa yang Ds NaZak tak kata, demi untuk mempertahankan Putrajaya agar terus ditadbir umNO(B)bN macam mempertahan harta pesaka mak bapak tok ki mereka. Mengimbau ucapan yang membakar semangat, silap-silap menjadi abu arang naik sheikh dan semangat Bugisnya sudah masok. DS NaZak Rosmah berapi berucap. Terpaksalah SUA Umno TAM membuat tempahan sejuta bilah keris dekat tukang di Kuala Kangsar dan Bunut Susu di Pasir Mas, untuk pendekar umNO(B)bN dan sekelian menyinsing dipinggang mempertahankan Putajaya. Jangan guna C4 dari Kementah sudah leee.
Sebaik terbubarnya parlimen kira-kira 11.30 pagi 3 April 2013 (bukan 2012 seperti diucapkan DS NaZak secara live sedonia kelmarin), sejajar dengan itu 222 AHPAR Malaysia menjadi mantan AHPAR. Tidak wujud lagi YAB PM, YAB TPM, YB Menteri-menteri, YB Timbalan-timbalan Menteri seiring dengan itu terlucutlah segala kemudahan, keistemewaan, keutamaan selama 4 tahun 11 bulan dinikmati diberi oleh rakyat negara. DS Najib, TS MY dan lain-lain kini diluar mandat rakyat, jangan membelakang undang-undang dan perlembagaan ketika semasa menjalankan amanah rkyat, yakni kerajaan sementara dengan penuh berhemat, sekali-kali jangat khianat, menyeleweng dan bermaharajalela menjadi lanun dan penyamun tarbus. Seterusnya kepada negeri-negeri adalah sama proses kuasa.
Dah berlalu proses parlimen dibubar, kini kita sedang menunggu SPR bersidang khas untuk persediaan dan persiapan PRU13. Dalam masa sekaranglah, seluroh penyokong PR - PAKATAN HARAPAN RAKYAT, khususnya ahli-ahli tegar dan penyokong PAS, DAP dan PKR terus menerus bersedia, siap dengan persiapan dan semua jenis keperluan alat perang, pengisian dalam PRU13 dalam segala aspek dan semua sudut.
Tajuk selepas ini adalah: KINI PAS KEDAH - PR JANGAN PULUN SENGKETA.
Selamat bertugas dengan setulus iklas.
RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB
4 APRIL 2013 (KHAMIS) 23 JAMADILAWAL1434