Monday, April 15, 2013

PRU13 - SEBAIK PENTAULIAHAN CALUN DI PWTC, NAJIB BERDEPAN JERANGKAP SAMAR.

PRU13 - SEBAIK PENTAULIAHAN CALUN DI PWTC, NAJIB BERDEPAN JERANGKAP SAMAR.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
4 JAMADILAKHIR 1434 (ISNIN) 15 APRIL 2013

Lambat atau cepat, tanggoh mau pun tunggang menghalang atau terluang, kununnya hari ini 15 April 2013 DS NaZak Rosmah Tun Razak membujor lalu melintang patah, bertekad dan berhasrat untuk menyerah pentauliahan calun-calun PRU3 bN KaPar dan KaDun. Saat ini, cuma Dr Mahathir, Rosmah, Mahyuddin dan Najib sahaja yang mengetahui secara jelas, secara pasti individu-individu yang ditauliah mewakili bN untuk berentap dengan calun-calun PR yang meninggal jauh bN dalam memuat peristiharan. PR berani menghadapi cabaran apa juga sebaik diistiharkan. PR jauh kehadapan dengan bakal-bakal calun yang memotong mood Najib dan mood bN sebaik calun-calun PR dikemukakan.

Najib cukup berdebar, cuak dan panik sebaik sampul keramat bakal calun bertukar menjadi sampul mati setelah sampai ke tangan pengerusi bN negeri untuk diserah dan dihebah. Gentarnya Najib badi mendengar letupan ledakkan peletup C4 sebagai merai dan menolak calun-calun yang dikemukakan. Pasti hampir disemua negeri calun-calun dikemukakan ada diterima dengan terbuka dan juga mendapat tentangan terbuka dari pemuka umNO(Baru)bN dan diajak sekali penyokong-penyokong membuat bantahan menolak calun dipilih. Pasti setiap negeri umNO(B)bN menghadapi masalah ini dengan bersekala besar. Lambat atau cepat gejala buruk ini pasti Najib hadapi.

Calun-calun yang Najib atau pemuka lain putuskan, pada hemat saya mereka adalah calun mampu menang. Walau mereka bergelomang dengan rasuah, penari tango, peminum kaki betina dan sebagainya. Penyokong bN dan penentangnya akan membuat bandingan dengan calun-calun dikemukakan dalam semua sudut disemua pekara akan batang tuboh calun bN dengan batang tuboh calun PR. Disinilah kemenangan awal atau kekalahan awal faktor dan fakta calun, bukan dalam peti undi. Pengundi adalah rakyat hakim muktamad akan membuang undi dengan memilih bN atau PR. Nyatalah calun PR di hujung jari di qalbu hati nurani rakayat ini kali! Ini kali!! Ini kali leeeaaaa!!!!. 

Saya yakin benar, bahawa calun diketengahkan DS NaZak Rosmah Tun Razak, mereka berpaksi kepada restu pilihan dan kehendak Rosmah, Dr Mahathir dan selebihnya dari TS MY. Bab mengistiharkan calun-calun bN untuk PRU13 ini, umNO(Baru)bN kebelakang dan ketinggalan jauh dari PR. Lewat atau cepat, akhirnya pagi ini  di Ibu Pejabat bN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib akan serah dekat pengerusi BN negeri-negeri, beri mandat dekat pengerusi bN negeri, kuasa  untuk umumkan calon-calon PRU13 BN bagi KaDun dan KaPar menjelang hari penamaan calun pada Sabtu 20 April 2013 ini.

Ertinya ahli-ahli umNO(Baru)bN cuma selama empat hari berpeluang membuat timbang tara, ganti tolak, tukar ganti nama-nama calun yang ditauliahkan dalam sampul yang dibawa balik oleha Pengerusi bN masing-masing untuk hebah, samada nasib mereka rebah atau megah diterima oleh ahli dan penyokong. Kini,  episod selepas itu adalah calun mampu menang atau calun tumbang dan kecundang diperagakan DS NaZak Rosmah Tun Razak untuk bN dalam PRU13 pada 5 Mei ini. Sebelumnya mereka menempelak PR memperkecil calun-calun dikemukakan oleh PR. Bagi saya mereka menempelak, hakikatnya takut dan mengiktirah kehebatan batang tubuh calun PR.

Disini saya melihat, menghadapi medan pertarongan PRU13, NaZak Rosmah dengan macam-macam semboyan dan retorit, akujanji, akutipu, akuauta dan sebagainya. Rakyat sangsi dengan kenyataan songsang yang bercanggah dengan realiti dihadapi Najib. Apa dia? Walau berjela kertas ditandatangani, bersembor air lior Najib berucap, dengan are your ready or not ready Najib tidak dapat dipercayai kerana cuma bersumpah. Tetapi menesia bernama Najib ini and second bininya adalah jenis manusia kebal dan tebal. Katalah apa-apa pun, tuduhlah apa-apa pun, mereka takut membersih diri mereka dikamar mahkamah. Keduanya pengecut sebiji seiring kejiwaan kewanitaan Najib menjadi Najibah sunggoh-sunggoh. Justeru Najib bacul berdebat dulu dan sekarang. Manakala Rosmah menjadi Rosman.

Pasti geng-geng dan warloard yang tercicir atau disisih akan bangun menentang secara terbuka bersama-sama dengan penyokong mereka. Dihadapannya adalah tidak mengiktiraf calun pilihan Najib. Tutup PDM. Lebih hebat dari itu, mereka melancar penentangan secara terbuka sampai kepeti-peti undi disetiap saloran. Kalau-kalau inilah benar-benar terjadi, maka kehancuran umNO(Baru)bN dapat disaksi oleh Tun Dr Mahathir Muhammed Iskandar al Kutty. Bertepatan dengan doa Almarhom Ustaz Fadzil Noor dekat Mahathir agar usianya panjang, keranadapat saksikan keruntuhan umNO(Baru)bN yang ditanamnya sejak 30 tahun dulu.

Apa habaq Shahidan Kassim? Apa habaaq Mat Bashah? Apa habaq Naina Merican Kepala Batas? Demo TS Anwar Musa, Che Pa @ Brahim Ali Tok Pegawa dan Che Johan Che Pa? Mat Deris Jusoh apa macam kali ni? Telinga kena jaga Adnan ooooiiiiii. Noh Omar ada ok?

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
4 JAMADILAKHIR 1434 (ISNIN) 15 APRIL 2013