Sunday, April 21, 2013

PRU13 - NAJIB SUJUD DI KAKI MAHATHIR; UMNO, MCA GERAKKAN SUJUD DI KAKI ROSMAH.

PRU13 - NAJIB SUJUD DI KAKI MAHATHIR; UMNO, MCA GERAKKAN SUJUD DI KAKI ROSMAH.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
10 JAMADILAKHIR 1434 (AHAD) 21 APRIL 2013

Sepatutnya mengikut nasihat pakar kardiologi, saya tidak wajar untuk turut hadir bersama teman sahabat seperjuangan dari UPU Kuala Sidim semalam ke proses penamaan calun PRU13 untuk KaPar P.17 Padang Serai dan KaDun N.33 Merbau Pulas serta N.34 Lunas. Tetapi apakan daya runtutan semangat mengatasi kesihatan yang tidak berpehak kepada saya untuk terus berada ditempat terbuka, pengunjong yang ramai apalagi dipanas terek. Barang pasti akan miss mendapatkan ubat rutin. Benar, walau saya mampu sesuaikan diri dalam kumpulan ramai, saya sentiasa merasai sakit tidak stabil. Serta penyakit berangkai lain pun berperanan. Usia 60 tahun +, beriring seiring dengan penyokong dari gulungan anak muda, amat mengembira hati, teruja dan terlupa penyakit kronit tanpa tahap dialami selama ini.
Alhamdulillah, semuanya terubat walau saya sendiri terkejut dengan pertanyaan keramat, dan amat bersyukur ke Hadzrat Allah. Tidak semena-mena saya mampu tamat disaf hadapan perarakan disebelah calun KaPar dan KaDun PR iaitu Saudara N. Sundren, Ustazah Ashah dan Cikgu Azman. Saya merakam langsung detik-detik yang menarik dan mencuit hati sepanjang proses penamaan calun. Gambar saya mula rakamkan sebaik sampai di UPU Kuala Sidim dan saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar di UPU Sungai Karangan. Ianya disebabkan masa tidak mengizinkan, untuk pastikan kami tiba kedistinasi yang dikhaskan untuk PR berkumpul sekelian calun-calun, ahli dan penyokong. Perarakan lebih kurang 1 km dan sampai didepan pejabat Risda dan pejabat Bomba dan Penyelamat bersebelahan pejabat Tanah dan Daerah Kulim Bandar Bharu, yakni tempat penamaan calun.

Proses penamaan calun bermula jam 9 pagi dan berakhir 10 pagi. Tetapi pengumuman calun-calun yang layak dan disahkan bertanding dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 hari Ahad kira-kira jam 12 tengah hari. Ketua Pegawai Pengurus PRU13 untuk parlimen P.17 Padang Serai. N.33 Merbau Pulas dan N.34 Lunas, membuat pengumuman seperti berikut:- 

P17 PADANG SERAI      
BN - Datuk Heng Seai Kie      
PKR - N Surendran      
BERJASA - Hamidi Abu Hassan      
BEBAS - Othman Wawi      
BEBAS - N Gobalakrishnan      
N33 MERBAU PULAS      
BN - Datuk Marlia Abd Latif      
PAS - Datuk Siti Ashah Ghazali   
 
N34 LUNAS      
BN - S Ananthan      
PKR - Azman Nasrudin      
BEBAS - SR Vasanthi      
KITA - Prebakaran Nair   

InshaAllah, sekiranya link internet Maxis ini laju macam iklan propoganda Maxis, dalam masa terdekat gambar dan video pendek dalam mengisi proses penamaan calun ini akan saya muatkan kedalam blog saya Tinta Awab, InshaAllah. Kali ini saya akan tumpukan lebih sikit dengan mengulas tajuk diatas. Maaf.

Selesai penamaan calun kelmarin - semalam Sabtu 20 April 2013, RTM melalui TV1, TV2 manakala  MediPrima melalui TV3, TV7, TV8, TV9 radio dan akhbar perdana, terus membuat laporan sehubungan dengan calun-calun yang dikemuka dan disahkan dapat bertanding pada hari PRU13 pada 5 Mei nanti. Maka menjadi tugas RTM melacur habis RTM demi untuk panjangkan usia umNO(Baru)bN dalam menghadapi PRU13 kali ini. Apalagi TV niaga, galaklah mereka macam gro dari Cina, Vietnam, Indon, Monggolia menggila di ibu kota mendapatkan mangsa. Mereka bersepadu menyalak dan menempelak PR, bersabit dan berkait dengan calun bertembong. Memang terdapat segelintir di KaPar dan di KaDun timbul keliru dalam menurun calun. Sedangkan kurap panau celah  kangkang dan dibelakang disembunyi dikatup rapat. Disinilah perlu dikalangan kita, hendaklah perah minda lawan dan jawab tohmoh dari lidah resmi umNO(Baru)bN dan pecacai mereka.

Baik Najib maupun Mahyuddin untuk mewujud suasana tedoh dan rendang, aman sentosa, aman damai bersatu bersekutu padu erat dan sebagainya, makanya terpaksalah DS Najib, TS mohiyaddin menepis dan mengeluar buah melangkah silat menudoh macam-macam dekat PR. Hakikatnya ialah mereka sedang berusaha menudong bangkai gajah yang sedang menusok hidung bau busoknya dalam menepis dan menangkis realiti yang umNO(Baru)bN hadapi saat menghadapi PRU13 ini kian parah, macam barah membunoh. Dengan langcang umNO(Baru)bN menghala muncung M16 dan peletup C4 dekat PR. Barangkali baik Najib maupun Mohiyaddin apa lagi Rosmah cincin, terhibur memberi jawap dan alasan, memperkasakan umNO(Baru)bN. Seolah-olah umNO(Baru)bN bersatu dan bersama, solid dan padu jitu sebagai keluarga bahagia bN menghadapi PR yang berpecah. Gua taulah umNO(Baru)bN pecah belah dah.

Mai kita tengok, benar atau fitnah yang umNO(Baru)bN bebas free dari anasir perpecahan, penentangan dan pemberontakkan dari dalam PWTC maupun diluar jendelanya.  Justeru, rakyat membuat persepsi dan menyaksikan realiti yang sah wujud dan terhasil pada hari penamaan calun PRU13 semalam. Kalau nak dihimpunkan masalah terlalu banyak. Cukup sekadar beberapa pekara ditengahkan. Jadi kenyataan tersebut saya simpulkan menghadapi calun kali ini dengan PRU13 - NAJIB SUJUD DI KAKI MAHATHIR; UMNO, MCA GERAKKAN SUJUD DI KAKI ROSMAH dengan beberapa peristiwa yang mengancam dan mampu tenggelamkan umNO(Baru)bN dalam PRU13 ini.

Pada hemat saya, tindakkan Timbalan Ketua Wanita UMNO(Baru) mungkin mantan pemangku dan mantan Ketua bN iaitu Datuk Kamilia Ibrahim  yang melepas jawatan dan bertanding sebagai calun bebas di P.67  Kuala Kangsar kelmarin dan dipecat serta merta dari jawatan yang disandang (sebaik ibu lembu kondo terlepas kandang ) keahlian dari umNO(Baru). Tetapi bagi saya peristiwa calun umNO(Baru)bN yang sudah diistihar dan ditauliahkan oleh umNO(Baru) sebagai calun yang bertanding untuk menawan KaPar P.00 Pasir Mas ianya meletup macam peledak C4 yang mengkecaikan jasad gadis Monggolia Attantuya setelah ditembak bertubi-tubi oleh penjawat awam dari PDRM 6 tahun lalu. Peristiwa calun SAH umNO(bARU)bN, pecah amanah tidak menyerahkan borang penamaan calun bN adalah 10 kali besar dari kes Kuala Kangsar.

P67 KUALA KANGSAR      
BN - Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad      
PAS - Khalil Idham Lim Abdullah      
BEBAS - Datuk Kamilia Ibrahim   

Ahli Gerakan, ahli umNO(Baru)bN cukup ralat dengan Najib memperkenalkan calun menangnya, dulunya juara pengampu Ds Anwar Ibrahim dan joohan anjur demonterasi di lebuhraya. Setahun menjadi pecacai terompah pelempong nipah. Nampaknya DS Najib menjadi buta mata dan kelabu perut dalam membuat pilihan calun bN dalam PRU13 ini. Najib sanggup tikam depan dan belakang rakan kongsi bN iaitu Gerakan yang gusi pun kini menanah. Diatas gusi menanah itulah Najib pancung calun Gerakan parlimen Batu Kawan di gantikan dengan Kobra yang kini gemok dan kaya. Kobra tunjukkan pedai burok dan busoknya, setelah kompom dapat tauliah menjadi calun bN parlimen Batu Kawan. Beliau tikam belakang Najib, belakang Gerakan dan umNO(Baru)bN menjadi mangsanya pula dengan rakus menjadi calun bebas di KaPar P.17 Padang Serai, yang pernah diwakilinya atas nama PKR. Manusia derhaka dan manusia capa brpaling tadah ini adalah calun menang bN Najib. Rupanya Najib adalah Presiden umNO(Baru) yang buta dan Pengerusi bN yang bengong. Umpama selamat seekor babi, musnahkan kambing sekawan.

P46 BATU KAWAN      
BN - N.Gobalakrishnan      
DAPP Kasthuriraani      
nullHuan Cheng Guan      
BEBASA. Mohan   

Kalau sebagai calun umNO(Baru)bN yang telah disintuk dilimau, dimandi dan dilanggir tiba-tiba menjadi hawar gelanggang, pecah amanah, penakut dan menipu seluroh ahli umNO(Baru)bN dan terhadap sekelian penyokongnya. Benarkah umNO(Baru)bN dah spin secukupnya akan calun dikemuka umNO(Baru)bN? Benar, saya mengenali Che Johan Che Pa bersekali dengan keluarganya sejak 35 tahun dulu. Saya erat dengan abahnya Che Pa dulu-dulunya menjual dalam pasar-market Pasir Mas dan tinggal di Kubang Panjang. Kebetulan saya tinggal di quarters JKR bersebelahan dengan quarters yang didiami oleh Tuan Qadzi Pasir Mas, ingat-ingat lupa namanya mungkin Ustaz Yahya. Manakala Jurutera Kerja Kanan JKR Pasir Mas masa tu, adalah Ir Abdul Razak bin Yusof dan Jueutera JPS ialah Ir Yazid bin Abdullah. Manakala ADOnya yang saya ingat Encik Cik Majid Haji Othman adik kepada Almarhom Ustaz Yahya Othman.

Che Johan Che Pa ini teman kami dulu dalam ABIM pasca sebelum Akhie Anwar Ibrahim masok umNO(Baru) dan kira-kira 5 tahun lepas itu. Kunjungan pertama dan terakhir Akhie Anwar Ibrahim ke Pasir Mas dalam ucapan perdana ketika itu, petang dan malamnya Akhie Anwar Ibrahim makan malam dirumah (saya akan kenangkan kisah lama dalam tajuk khas lepas PRU13 nanti) bersama-sama dengan pimpinan ABIM Daerah Pasir Mas dan jemputan kerabat ABIM Kelantan. Diantara adalah Sdr Nik Zain yang balik kerumah mentuanya di Kampong Slow Machang, Ustaz Razali Nawawi, Sdr Idris Juuzi dan ramai lagi, cukup nostalgia. Dua bulan kemudian, Akhie Anwar Ibrahim datang kembali ke Pasir Mas tetapi atas nama umNO(Baru). Didewan Majlis Jajahan Pasir Mas itulah juga Anwar Ibrahim berucap. Saya peturunkan sebahagian intisari mukadimah ucapan Akhie Anwar Ibrahim:-

"Dua bulan yang lepas, ana mai berucap didewan ini sebagai Presiden ABIM. Dipentas ini, dipenuhi oleh sahabat-sahabat ana pimpinan ABIM dan dalam dewan dan diluar dewan dibanjiri oleh penyokong ABIM dan PAS. Tetapi kali ini, di dewan ini juga kali ini dikiri kanan di atas pentas ini di kelilingi oleh pemimpin Pemuda umNO(Baru). Sahabat-sahabat saya dalam ABIM yang nama mereka saya ingat satu persatu, sekarang berada diluar dewan di tepi jalan, pasti depa mai juga". Bait-bait itulah tak tau saya airmata Ustaz Yaakob Ismail, Yang dipertua ABIM Pasir Mas tumpah, sedih dan amat dukacitanya beliau.

Sebagai seorang profesional dalam kerjaya, keluaran MCKK, lepasan UM dan membuat undang-undang di London pengamal undang-undang. Dimanakah letak nilai dan harga diri beliau sebagai seorang peguam yang bergelumang dengan undang-undang dan intergriti? Kini che Johan bukan lagi johan. Beliau adalah seorang pengecut dayus cap katak cap lipas kudong. Che Johan diantara baris-baris pengecut samalah dengan pengecutnya DS Najib menyambut cabaran debat berkali-kali dari musoh lawan politiknya DS Anwar Ibrahim. Ahli umNO(Baru) dan pimpinan umNO(Baru) Pasir Mas dan penyokong, tidak dapat menerima dan melupa sampai mati, terhadap pecah amanah lari macam lembu kondo tidak menyerah borang pencalunan umNO(Baru) yang dah ditandatangani ditauliahkan.

Jadi, disisi Che Johan tauliah yang umNO(Baru)bN berikan kepadanya, tidak ada nilai dan berharga disaat genting dan penting umNO(Baru)bN, kununnya melalui Che Johan, umNO(Baru) dapat merampas KaPar Pasir Mas. akhirnya menjadi hampas dan bencana duka lara.  Nampaknya Che johan dah derhaka kepada umNO(Baru)bN. Wahai DS Najib, Wahai TS M Yassin! Dimata hati Che Johan anda berdua tidak ada dalam erti kamus politik hurmat taatsetia dan patuh takut kepada Presiden dan Timbalan Presiden umNO(Baru). Macam patong Che Johan tengok kelih dekat Najib dan Mohiyaddin. Apa macam DS Najib, apa hal TS MY? Tercabar tak mendapat penghina dari Timbalan Ketua umNO(Baru) Kawasan Pasir Mas. Jelas, lagi terang lagi bersuloh. Setidak-tidak cerah macam bulan purnama simbul PAS. PAS gagal bertembung dengan calun parlimen Pasir Mas dari umNO(Baru) yang jati. Bukan Hassan beras jati akidah tu.

Walau sepanjang Kubang Panjang Che Johan petah karang membuat alasan kenapa dia tidak menyerah borang pencalunan. Disana dikatakan Che Johan didakwa dengan alasan semerbak budu iaitu; Che Johan amat menghurmati dan menghargai sifunya yang disanjung yang dijunjung iaitu Che Pa Tok Pegawa @ Brahim Ali. Atau Johan amat takut kalau-kalau Brahim londeh telanjang kelemahan atau keburukkan (maaf cakap,saya yakin Che Johan tersisih dari keburukkan diri dan pribadi)) keatas Johan. Jadinya che Johan melutut dikangkang Brahim Ali setelah Brahim Ali mencium hidu punggong Dr Mahathir mungkin pederas dengan shitnya sekali. Berpusing peristiwa mereka ini.

P.108 SHAH ALAM      
PAS - Khalid Abd Samad        
BN - Datuk Zulkifli Nordin   

Disebalik kong kalikong diantara Che Johan Che Pa dengan Ibrahim Ali @ Che Pa Tok Pegawa, hakikat sebenarnya Che Johan main mak yong dan main peteri untuk memberi laluan Brahim Ali selesa menjadi calun bebas yang mesra umNO(Baru) itulah hakikatnya. Tetapi disini apa yang Che Johan menghina umNO(Baru) pemimpin dan ahlinya rela dan sanggup bersekonkol dengan orang panggilnya dengan identiti pemimpin cap katak pisang. Yakni Ibrahim Ali pekasam. Sejajar seiring dengan malapetaka hari ini dalam sejarah umNO(Baru)bN menghadapi PRU13 ianya episod NAJIB SUJUD DI KAKI MAHATHIR. Kerana tekanan besar dari Dr Mahathir supaya umNO(Baru)bN beri peluang dan tempat kepada Ibrahim Ali pujaan Mahathir tentukan dia bertanding di Parlimen Pasir Mas. Maka mu kelentong, aku kelentong adalah wayang kulit mengikut tok dalang dah tentukan watak dan hentak mainan politik macam pelacur belakang mati CK. Akhirnya hajat Mahathir ditunai, walau maruah digadai.

P. 46 BATU KAWAN      
BN -
N.Gobalakrishnan      
DAP - P Kasthuriraani      
nullHuan Cheng Guan      
BEBAS - A. Mohan   

Kalau Najib di kaki Mahathir, makanya Gerakan MCA, MIC dan parti bN yang lain mereka sujud dikaki Najib dikangkang Rosmah. Sebab itulah Gerakan, MCAdan MIC menjual kerusi-kerusi tradisionalnya kepada umNO(Baru). Munculnya terlalu ramai calun bebas kali ini lebih dari 200 calun, mereka-mereka calun bebas ini kebanyakkannya datangnya dari ahli dan penyokong setia umNO(Baru) yang tak mau terima calun menang yang diketengahkan Najib Rosmah. Atas nama semboyan calun menang, Najib bersembunyi dan berselindung dengan kalimatdan semboyang calun menang. Makanya ahli pemimpin yang berhak dicalunkan merasa mereka dihina, ditendangdibuang dimalukan seluroh negara berselindung dengan kalimat 'calun menang'. Kini Najib bergelut dengan fenomina calun menang ini yang ditentang terus. Ahli buangan dari PKR tahi minyak diangkat mewakili umNO(Baru)bN dan Gerakan.

Sedangkan calun bangkai pelarian inilah menjadi bom jangka yang berangkai, mampu membawa kemarahan penyokong umNO(Baru)bN dan diterjermahkan kedalam peti undi dengan menafikan undi mereka kepada calun umNO(Baru) dan mereka berikan kepada calun-calun PR dari PAS, DAP dan PKR. Kenyataan dan penyataan ini tidak mustahil. Rakyat akan teruskan legasi memantom tsunami PRU12 pada 8 Mac 2008, ini kali la! Ini kali la!! Ini kalila!!! Dalam PRU13 pada 5 Mei nanti rakyat ketepi undi dekat calun-calun umNO(Baru) dengan memberikan undi keramat yang rakyat adalah tuan hakimnegara kepada PR menuju ke Putrajaya pada 6 Mei 2013, InshaAllah.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
10 JAMADILAKHIR 1434 (AHAD) 21 APRIL 2013