Tuesday, April 9, 2013

PAS - PR KEDAH, JANGAN PULUN SENGKETA - SUBURKAN TELAGAH.

BERDEPAN PRU13, PAS - PR KEDAH, JANGAN PULUN SENGKETA - SUBURKAN TELAGAH.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
9 APRIL 2013 (SELASA) 28 JAMADILAWAL1434

Natijah daripada parlimen dibubarkan pada 3 April 2013 (DS NaZak Rosmah kata 2012 - bengong punya PM expired). PAS - PR dah khatamkah dalam membuat  persediaan dan persiapan untuk menghadapi PRU13?  Pasti PAS - PR akan turut serta untuk menyertai PRU13, ibu sekelian PRU. Ianya paling mencabar  mendebar dan mengegar Putrajaya. Penyokong tegar PAS - PR yang mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan beberapa penyakit kronit yang lain, diingatkan hati-hati dalam bergelomang memerhati, menampilkan diri didalam semua posisi.

Berawas dan berjaga-jaga sebelum malang menimpa. Tetapi penyakit bukanlah menjadi alat penghalang kita untuk turut serta membantu menjadi tenaga kerja PAS - PR dalam PRU13 ini, mengikut kemampuan kita yang Allah anugerahkan. Kita bertempor biar sampai umNO(B) tersungkur. Kita tentang umNO(B)bN biar telentang membaham tanah, sampai umNO(B)bN punah. Maka barulah PR terjulang melangkah ke Purtajaya menerajui kerajaan pusat, InshaAllah. Dah tak lama dah, dah lama dah kita tunggu. Ini kalilah wahai sekelian hakim rakyat.

Saya mengimbau dengan mengajak anda untuk turut berfikir, berlapang  dada seada-adanya. Kalaulah PRU12 dahulu, 8 Mac 2008 pembangkang: PAS, DAP, PKR dan di Sabah dan Sarawak sekadar dengan misi bersama, iaitu setuju dengan satu keputusan. Satu lawan satu dalam PRU12 yang hadapi untuk lawan bN ketika itu. Yakni pembangkang tidak bertembong sesama sendiri seperti dalam  PRU1 - PRU11. Pertembongan sesama pembangkang, akhirnya umNO(B)bN  yang memungut untung mendapat laba. Diatas persefahaman pembangkang ketika itu, kejayaan awal telah berbuah. Pembangkang dapat memungut hasilnya, di 5 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Justeru, kita dapat pertahan Kelantan. Tidak menyangka  dapat menawan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Alhamdulillah. Sebaik umNO(Baru)bN kalah di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor serta GerakanBN di Pulau Pinang, barulah perjumpaan khusus dikalangan pemimpin PAS, DAP dan PKR negeri terbabit dan pemimpin pusat melakar kerangka, formula untuk menuboh kerajaan negeri PR, berdaya saing mampu menghadapi serangan fitnah samseng dari umNO(B)bN bersekali dengan semua jenis terompah, macai dan pecacai umNO(B)bN.

Berkat dari itu PP mula disebut dan terus diterima pakai sehingga kini. Idea tersebut dicetus oleh ADUN Pasir Panjang Perak,  YB Ir Haji Nizar Jamaluddin. Akhirnya beliau mendapat kepercayaan ramai dari ahli DUN Perak Darul Redzuan, lantas Paduka Seri Sultan Perak telah memperkenan melantik belia menjawat jawatan MM  Perak Darul Redzuan dan mengangkat memegang sumpah jawatan MB. Selepas itulah makanya dengan nama resmi dikenali keseluroh negara jenama Pakatan Rakyat - PR, terdiri dari PAS, DAP dan PKR. Undang-undang tuboh Kerajaan Negeri Perak Darul Redzuan, membolehkan PAS melalui Ir Nizar Jamaluddin menjawat MB Perak. 

Selepas sebelas bulan kemudian DS Najib Rosmah menjadi kepala lanun kudeta (merampas kuasa) negeri Perak dari PR dan menubohkan kerajaan haramjadah umNO(B)bN. Melalui hamparan paksa karpet kuning dan kamar hakim berok kera. Itu adalah sejarah hitam negara telah dicipta oleh haramjadah umNO(B)bN. Di PRU13 kita akan menebus kembali dengan azam yang besar, InshaAllah. Telah bersediakah kita? Are you ready??????
Setelah parlimen dan Dun-dun dibubar, PR dan bN  terpaksa kembali kepangkuan rakyat jelata untuk mendapat mandat undi baru dari mereka hakim rakyat. Harus diingatkan sebelum parlimen dibubarkan kerajaan negeri Kedah diperentah oleh PR diterajui oleh PAS, Ustaz Azizan Razak MBnya. Sesungguhnya dalam misi dan visi PRU13, maka diatas nama PR kita wajib mempertahankan kerajaan PR di Kedah Darul Aman. Seterusnya kita, PAS - PR mengorak langkah untuk menuju ke Putrajaya. Untuk memerentah dan membentuk kerajaan PR pusat, InshaAllah. Dah lama dah nanti tunggu.

Ingat betul-betul, di PRU12 8 Mac 2008 dahulu, kita memiliki modal memerentah negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Sementelah dapat menafikan majoriti 2/3 penguasaan di Parlimen dan DUN Negeri Sembilan, Alhamdulillah. Jadi, wajib PR pertahan negeri dan kerusi dimenangi dalam  PRU12 dan dapat tawan  3 - 4 negeri lagi. Disamping mempertahankan 82 KaPar sebagai modal sedia dan mestilah mampu menawan 45 KaPar lagi, selebihnya adalah bonos. Ini adalah matlamat, agenda untuk dijadikan hakikat yang realiti bukan mimpi lagi untuk ke Putrajaya.

Dapatkah PR mempertahankan modal kemenangan dinegeri-negeri tersebut dalam PRU13? Dan dapatkah pula PR menambah modal dengan menawan dua atau tiga negeri lagi? Sejajar dengan itu mampukah PR menambahkan mendapat mandat rakyat untuk menguasai KaPar dengan majoroti mudah apalagi lebih bergaya untuk ke Putrajaya? Kalau-kalau itu merupakan soalan dan persoalan dan ianya memerlukan jawapan bukan menambah gusar rakyat atau tabor garam kunyit  keatas luka yang parah. Dalam membincang dan membicara tajuk sebagini, ianya mengundaang resiko besar. Penentangan dan persetujuan adalah pasti. Maka saya perlukan jiwa besar yang kental, keberanian, keiklasan mengeluarkan pendapat. Demi melahirkan kebaikkan kepada watak-watak pemimpin, kepimpinan khususnya PAS dan amnya PR di Kedah Darul Aman ini. Maaf!!!!!!!!

Berbekalkan urus tadbir negeri-negeri PR di Kelantan oleh TG Dato Nik Aziz Nik Mat, Kedah oleh DS  Ustaz Azizan Razak, Pulau Pinang oleh Tuan Lim Guan Eng, Perak awalnya oleh DS Ir Nizar Jamaluddin dan Selangor oleh TS Khalid Ibrahim. Sepanjang 2008 - 2012 saban minggu dan saban bulan, SPRM naik turun mencari bahan bokti rasuah selama semasa pentadbiran kerajaan PR.
Pegawai SPRM mengeladah pejabat MB, KM dan anggota Exco. Alhamdulillah, pegawai SPRM tidak menemui unsor-unsor, bahan bokti rasuah dilakukan oleh MB, KM, anggota Exco dan pegawai pentadbir kanan negeri sehingga Parlimen dan Dun dibubarkan, tidak sekerat pun wakil rakyat PR diheret ke mahkamah kerana kesalahan rasuah. Inilah wajar dibicara meluas dalam ceramah PR sepanjang sebelum mengundi.
Alhamdulillah. Walau pun pihak SPRM menafikan kerajaan PR bebas dari sebarang rasuah, tetapi pihak pecacai dan macai umNO(B)bN keciwa dalam hal ini, setiap hari mereka tidak jemua dan keciwa menjadi syaitan yang nampak. Mereka syaitan yang nampak ini terus menerus menabor dan subor fitnah kepada pemimpin-pemimpin dan kerajaan negeri PR. Setiap saat dimedia perdana, RTM, TV dan sebagainya. Jengoi  PM1Malaysia, TPM TS MY Melayu dulu dan menteri mereka mereka menjadi samseng pulun membuat fitnah keatas PR berterusan sampailah saat ini setelah parlimen dibubar.

Pastikanlah dalam keadaan kerajaan PR ini bersih sifar dari rasuah disahkan oleh SPRM, jadinya pasti kerajaan PR mendapat nilai tambah dan markah tinggi dari pandangan seluroh rakyat. Jadi rakyat terus membuat perbandingan dengan negeri-negeri yang diperentah umNO(B)bN dan PBBbN di Sarawak. Mereka sesunggohnya kaya dengan amalan rasuah, ketirisan, boros menjadi amalan darah daging sejak  hampir 60 tahun. Rakyat dah muak dan meluat dengan umNO(B)bN. Saya yakin dan percaya menjelang PRU13 yang akan diumumkan tarikhnya oleh SPR pada Rabu 10 April ini, untuk tarikh penamaan calun dan mengundi. Jadinya kini PR dipelupok mata rakyat.

Lebih manis dan lebih bergaya lagi, apabila report ordit pendapatan dan perbelanjaan kerajaan negeri PR, setiap tahun selama 5 tahun berturut-urut. Kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mendapat pujian dan sanjongan dari Ketua Odit Negara kerana perjalanan, pengurusan tadbir negeri PR bebas dari rasuah, telus dalam perbelanjaan, kontrak dan sebagainya. Pengundi muda Y, melihat ini-ini semua sebagai kelebihan dan intigriti tuntas kerajaan PR menjaga sebaik dan seadanya dalam memikul menerima amanah mentadbir urus telus kerajaan.

Gaya hidup zuhud dan sederhana MB, KM anggota EXco dan mantan Adun dan AhPar. Pengundi jenerasi muda kelumpok Y, mereka tidak terikat dengan pegangan lapok politik ibu-bapa mereka. Secara rambangnya gulongan ini bersama-sama PR dengan ikon mereka tengok lihat didepan mata. Jauh sakan kalau dibandingkan dengan pemimpin umNO(B)bN yang serba mewah, serba rasuah membazir dan lengkap dengan keburukkan.

Sebagai memperjelaskan lagi kejayaan urus tadbir dari kerajaan PR, maka kepimpinan tertinggi PR telah merangka dan mengemuka Buku Jingga - buku keramat kepada rakyat untuk dibuat penilaian. Hatta lebih kehadapan PR meninggalkan umNO(B)bN untuk menghadapi PRU13 dengan melancar MANIFESTO PR PRU13 dengan tema PAKATAN HARAPAN RAKYAT. Ahamdulillah. Disamping itu, rakyat negeri Kedah dan amnya Negara, khususnya saya dapat melihat lompong dikalangan dalaman PAS Kedah dan sesama komponan PR walau ianya dilihat kecil macam zarah, tetapi ianya mengundang sekala besar mampu menggugat dan mengigit. Kesannya dapat mencorak menjadi bala  virus perpecahan kalau tidak dihentikan serta merta. Disini semua pemimpin PAS Kedah dan PR, anda wajib berjiwa besar sekarang. Ya!!!!! Lanie juga henti sengketa jangan pulun telagah.

Jadi sesungguhnya, saya tidak akan membiarkan fenomina tidak sihat berlanjutan berterusan. Dikala detik akhir PAS - PR menghadapi PRU13 dalam keadaan tajuk rencana saya, BERDEPAN PRU13, PAS - PR KEDAH, JANGAN PULUN SENGKETA SUBURKAN TELAGAH.

Yang menganggotai PAS adalah insan yakni manusia. Demikianlah juga spesis manusia dari pelbagai jugalah yang mendirikan PR. Saya tidak berhajat untuk membuat kuliah khusus menceritakan manusia dan sepenuhnya berkaitan dengannya. Oleh kerana manusia yang menjana PAS dan PR, maka disana sedikit atau banyak wujudlah beberapa pertentangan dan perbedaan pendapat. Manusia ini jugalah yang melakar perjuangan suci dengan jiwa yang besar kental tulus iklas membina PAS selama ini.

Jenis manusia inilah juga yang menanam dalam dirinya untuk sampai kepuncak cita-citanya yang terpendam, sekalipun terpaksa melendat dan melanda ketua didepan. Ketika itu jenis manusia ini terpaksa mencipta menghimpun alasan dan membina kekuatan diri. Mereka kalut usaha bersunggoh bukan kepada yang sunggoh. Iaitu dengan melebar pengaroh gagah berdiri untuk merempoh sesiapa sahaja yang menghalang dalam aplikasi cita-cita pribadi dijadikan keutamaan parti. Manusia ini akan bergerak mendesak dan memberontak. Ianya barang pasti dan barang tentu mengundang masalah kepada parti dan kerajaan, membengong dan memeningkan ahli dan rakyat jelata, pemimpin diatas bercakar menjadi berok kera.

Justeru, mana-mana manusia dan kelumpok merasai dan menganggap dirinya terlalu utama dan penting dalam PAS adalah karut dan marut. PAS perlu total menerima dan tunduk dengan desakkannya adalah tidak benar sama sekali. Hebat macamana sekalipun mereka, sekalipun mereka cuba menuba dan meracun PAS dari dalam dan dari luar. PAS tetap subur utuh dan terus membangung tegak megah berdiri mengikut peredaran zamannya tetapi diatas PAKSI ISLAM TUNTAS YANG DIPERJUANGANKAN PAS.

Jangan membina kekuatan diri dan penyokong untuk mencapati matlamat dan cita-cita diri dan pribadi itu dijadikan kepentingan PAS. Jangan berusaha  menanam bibit benci dan mengundang perpecahan. Walau diatas apa-apa alasan sekalipun 10 jemba panjangnya, tetapi kuncinya adalah mau mengangkat diri demi dapat kita keuncak panjat kepucuk. Sifat dan sikap kita berorganisasi berjemaah, makanya setiap keputusan parti perengkat pusat dan negeri wajib dipatuhi dan akor oleh sekelian pemimpin, ahli dan dirimu penyokong. Kalau kita menentang, pasti telentang kerana keadaan tidak selama-lamanya berpehak dekat kita.

Untuk adik-adik, buat anak-anak semua dan teman-teman seperjuangan seusia dalam PAS dan PR, PAS telah dan sudah melalui pelbagai tribulasi, mehnah dan krenah dari ahli dan penyokong sejak PAS ditubohkan sampai detik rencana ini. Pengasas PAS Almarhom TG Haji Ahmad Fuad Hassan adalah insan kesayangan PAS ketika itu keluar dari PAS, sedangkan PAS ini beliau yang mengasaskannya. Apakah selepas itu PAS mati dan berkubur seperti PArti Negara yang disertainya bersama sahabat karibnya Dato Oon Jaafar?

Pertentangan dalam kepimpinan diperingkat tinggi dalam PAS sentiasa berlaku. Sengketa dalaman dari perbedaan pendapat dikalangan pimpinan PAS, akhirnya wujudlah Berjasa, Hamin dan beberapa serpihan kecil yang lain. Semuanya diatas kepentingan Islam itulah hujah lunak diberi kepada ahli dan rakyat.  Dihadapan mata saya dan ianya masih segar bugar, ketika Muktamar Agong PAS 1982 yang dilakarkan di DBP perpecahan besar PAS, PAS berpecah. Perletakkan jawatan Yang dipertua Agong PAS oleh Dato Asri Haji Muda dengan satu surat dibaca pengerusi dan perwakilan menerimanya. Episod seterusnya maka beramai  keluar PAS atau dipecat digantong keahlian ketika itu.

Panglima Jihat PAS Dato Hassan Adli, Haji Hassan Muhammad, Haji Ahmad Shukri, Dato Mihammad Nasir (meninggal dan disemadikan di Australia), Dato Wan Ismail, Haji Wan Sulaiman dan ramai lagi. Meninggal PAS membawa haluan masing-masing. Yang menyedihnya saya sampai saat ketika ini, dikalangan mereka bila mereka meninggal PAS kerana dipecat dan keluar dari PAS. PAS yang memberi mereka tempat dan kedudukkan, PAS memberi mereka menduduki kerusi DUN, kerusi Parlimen dan Dewan Negara. Sebaik itu mereka menghina PAS parti yang mereka mendapat kedudukkan dalam negeri, negara dan dunia dengan himpunan tuduhan dan fitnah yang berat keatas PAS. Ada yang kembali kepangkuan PAS, ada yang mati diluar PAS. Sesungguhnya mereka miliki tidak jati diri dan jati perjuangan. 

Sesungguhnya hati saya amat tersentuh dengan sentuhan keramat yang terlalu iklas dan jujur datangnya dari seorang raja pemerentah dalam negara kita. Dan dari negeri Bagindalah juga Ayahnda Paduka Baginda menaroh kepercayaan kepada YB Ir Haji Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak selepas PRU12 pada 8 Mac 2008. Sesungguhnya 11 bulan kemudian DS Najib Razak memusnah dan menghancurkan kerajaan PR Perak dengan rampasan kuasa kudeta.

Di DBP itu jugalah baru-baru ini Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah telah mengangkat dan menjulang PAS menaikkan PAS kembali dimata cendiakawan dengan penuh jujur untuk pengetahuan sekelian rakyat jelata. Disaat-saat negara menghadapi PRU13, diketika itulah satu anjakkan dalam hati nurani Raja Dr Nazrin membicara dan menjelaskan PAS kepada negara, kepada rakyat semua sebagai sempadan mencari parti untuk diangkat menjadi pemerentah negara selepas PRU13. Inilah saya dapat menggali falsafah yang berligar mencangkok seluroh ucapan Paduka Tuanku Raja Muda Perak. Rakyat sekelian, tunaikanlah realisasikanlah jadikanlah ianya kenyataan kepada PAS menjadi kerajaan pusat dalam PR ke Putrajaya selepas PRU13.

Saya lanjutkan sikit lagi sejarah pemimpin besar PAS lari meninggalkan PAS. Dalam mesyurat sebaik cadangan dikemukakan oleh Naib Presiden Ustaz Nakahaei Ahmad, sebaikcadangan kertasnya ditolak, sekonyong-kenyong Ustaz Nakahaei ia peronyok dan gumpal kertas cadangannya dan melontar kemuka Presiden PAS Haji Yusof Abdullah ArRawa. Saya yakin kesan dari itu ayahnda Haji Yusof amat sedih dan berduka. Akhirnya Nakhaie meninggalkan PAS dan masok umNO(B) dan kini beliau bukan dikaki lima umNO(B) tetapi berehat dilongkang dan dilupakan sekelian umNO(B) apalagi dikalangan PAS dan diikuti dengan Dato Hassan Ali beras jati jalor tiga. Jadi khususnya pemimpin dan ahli-ahli PAS Kedah khusus dan amnya se Malaya, Sabah dan Sarawak ambillah pengajaran dan iktibar darinya dengan penuh keinsafan jati diri. 

Berbalik dengan PAS Kedah, maksudnya pertentangan kepimpinan tak kurang dalam PR. Ianya berlanjutan sepanjang usia kerajaan PR Negeri Kedah Darul Aman yang di ketuai oleh Ustaz Azizan Razak. Ianya memuncak menjadi genting ditahun 2012 hingga 2013 mendebarkan. Hinggakan Jalan Raja Laut menjadi lautan dukacita yang amat sangat. Tak dapat tidor lena melihat angkara penentangan dan ugutan dari dalaman dari tulang rusok sendiri di Kota Sarang Semut sampai ke Kota Darul Aman.

Keadaan yang dilalui cukup bahaya umpama serigala lapar membaham kambing sekandang ditengah rembang. Saya tidak berhajat untuk menyebut sapa-sapa dalam rencana ini. Apa-apa pun mereka pemimpin kita bukan musoh, mereka kawan bukan lawan. Tetapi kenapa kita bertegang sakan? Kita pemimpin kan!!!! Kenapa kepentingan diri, kita ajak sekawan dalam sekandang untuk lawan kawan? Dan kawan kita tentang, kawan kita lawan adalah pemimpin utama negeri yang diamanahkan parti yang diputuskan perlantikkan di peringkat pusat. Apa nak jadi? Apa nak jadi? Jangan jadi pemimpin bernafsu besar naik minyak mencabar ketua juga kawan kita. Jangan. Hentikan ia bukan sendiwara opera Cina. Ia jelas ditonton disaksikan ahli dan rakyat. 

Ingatlah dalam apa-apa pertubuhan - persatuan, kehancuran dan kemusnahan bukan kerana ahli dan pengikut dibawah. Ianya disebabkan sengketa diantara ketua dan timbalan atau diantara no 1 dengan no 2. Disini no2 merasai dia lebih layak, utama jadi terus mendesak dan mengasak  untuk menyandang no 1. Padahnya  cukup besar. Kenapa ianya berlaku? Kenapa???? disebabkan kita berasa dan merasai diri kita ini lebih layak, lebih segala-galanya dari ketua didalam semua sudut disemua aspek.

Selagi perasaan itu beranak bersarang dan bercucu cicit dalam dada kita, kita orang hebat bijak pandai, berpengaroh dan banyak jasa serta pengurbanan dekat PAS dan lama berjuang macam nak diletak nilai dan harga di Bursa Malaysia pula. Jadi, sudah tentu kita menunjuk telunjuk ketua kita lemah dalam semua pekara. Kita yang lebih segala-galanya inilah wajar pula menjadi ketua walaupun bertentangan dengan keputusan dari Jalan Raja Laut.  Jangan kita guna galah enam jemba menjolok mengait tembikai, menimba telaga dengan raga mengharapkan masin dari sepikul gula.

Dah sasau dan sasar haluankah kita?  

Semua peristiwa yang melanda kepimpinan PAS Kedah, selesai secara berhemah kerana Allah terpaksa atau rela, PAS-PR pasti menghadapi PRU13. Sejak dulu lagi PAS mendapat pengalaman yang terlalu mahal nilai harganya dalam pelaksanaan  merelisasi perjuangannya. PAS pernah kalah, PAS pernah menang menjadi kerajaan Negeri Terengganu maupun diperengkat pusat dalam Kerajaan Champoran. Masam dan manis, walau getir dan lazatnya pengalaman-pengalaman tersebut, yakinlah ianya telah membentuk PAS menjadi satu parti politik yang kaya dengan semangat, iltizam juang yang tinggi membara dan dibicarakan sampai diistana sekarang secara ilmiah. Bukan lagi dikaki lima, dibendang disawah diladang sawit dibicarakan oleh Mat kati atau Man todi Paya Union.

Sesungguhnya fenomina yang ditempoh oleh PAS Kedah, PAS yang didukungi oleh ahli-ahlinya yang marhaean yang kental, saya berhemat Kelantan dan Terengganu di belakang PAS dan penyokonnya di Kedah disudut ini, maaf Kelantan, maaf Terengganu. Kerana mempertahankan hak, umNO(B)bN telah membunoh almarhom Ashahid Ustaz Ibrahim Mahmood Ibrahim Libya dan 13 anak didik mereka. Mereka adalah shuhadak Memali (Al Fatehah untuk mereka). Kerana tekanan dan ketakutan umNO(B)bN kepada PAS dan pengikutnya kerana tuntas berpegang kepada aqidah Islamiah, dengan panduan tak pernah hilang dan tersasar menyimpang. Perjuangan digerakkan berterusan dengan penghayatan diatas cita-cita perjuangan suci.

Anak-anakku, adik-adikku, teman-teman seusia dalam PASdan dalam PR. Selama hampir 60 tahun PAS bergelut dan gelumang dengan macam-macam. Saya melihat kini, kabus tebal beransor-ansor hilang ditelan mentari. Kesedaran rakyat khususnya jenerasi muda Y, ianya memberi dan menjana impak bersekala besar kepada PAS - PR dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi. Justeru, PAS mengharapkan anda-anda semua dikalangan rakyat marhaen yang bergelut dengan denyutan nadi sesama kita, yang tidak punya apa-apa harap pembalasan dari PAS kecuali pembalasan dari PenciptaNya diakhirt kelak. Kitalah dibawah ini yang bertahi mata, berpuru dan berkurap mampu mempersembahkan kepada PAS mewakafkan diri dan jiwa kita untuk hadapi PRU13 demi PAS-PR mempertahankan Kota Darul Naim dan mara kepusat ke Putrajaya, sebagai tenaga kerja sukarela kerana Allah bukan berdasarkan untung dan upah.
Kepada adik-adik dan anak-anakku dan teman seusia. PAS-PR pasti berlawan dan tak samasekali dengan umNO(B)bN. Haramjadah sunggoh mereka umNO(B)bN. Mereka memerentah dah 12 kali menang PRU perengkat pusat, pelaq sunggoh mereka umNO(B)bN mereka tidak menjalankan tugas sebagai pemerentah pusat mengikut perlembagaan dan kehendak rakyat dengan menyeleweng.

Mereka kaya sesama mereka. Tiba-tiba, diatas tugu kegagalan memerentah negara selama ini, mereka umNO(B)bN dalam menghadapi PRU13 jadi kini jadi haramjadah sunggoh. Kini mereka membuat janji baru, canang kepada rakyat negara dalam hadapi PRU13 beri sekali lagi peluang, tak cukupkah selama 56 tahun.

Sesunggohnya umNO(B)bN yang dipimpin jenis pemimpin lidah bercabang lagi berlapis, terus menerus membuat dan menabor fitnah kepada PAS - PR kerana membuat janji dalam Manifesto Pilhanraya.  umNO(B)bN bodoh dan mendidik rakyat menjadi bodoh untuk berterus umNO(B)bN membina kekayaan dengan menippu dan memeras rakyat dengan menaikkan segala jenis hutang sebaik PRU13 demi mereka umNO(B)bN terpaksa menunaikan pula taukeh lanun jembalang yang memberi bilion-bilion rasuah kepada umNO(B)bN untuk rasuah beli undi. Rakyat jangan ini kali terus diperbodoh oleh umNO(B)bN. Mereka taukeh lembu, taukeh kapalselam heli dan sebagainya.

Jangan wahai umNO(B)bN samakan   butirannya janji PR dengan kebejatan 56 umNO(B)bN memerentah yang menjadikan keluarga suku sakat dan kroni umNO(B) mereka menguasai muka bumi, dalam bumi, dalam lautan, dalam belantara dan diangkasaraya. Seluruh kekayaan pemimpin daru kelompok umNO(B)bN, sesunggohnya kekayaan mereka berada diatas sekalipun seluroh harta rakyat marhaen dihimpun. Ini kali, rakyat wajib nafikan kepercayaan kepada umNO(B)bN dengan memberi untu kepada mereka di PRU13. Good bye umNO(B)bN.

Disinilah bangang dan bengongnya umNO(B)bN yang buta  dalam membuat tafsir dan tudohan. Kerajaan yang ditangan umNO(B)bN selama 56 tahun memerentah, tiba-tiba menjelang PRU13, umNO(B)bN tampil mengatasi PR membuat dan menabor janji atau akujanji palsu dusta kepada rakyat sekarang. Janji adalah dipehak PR bukan umNO(B)bN. Selama 56 tahun gagal gagal, menyelesaikan masalah rakyat selama 56 tahun memerentah kerana utamakan kroni, keluarga dan taukeh. Dengan kegagalam 56 mereka memerentah dihempak dilunggok kepada PR - PAS. Dajai sunggoh mereka ini. Lanie kalut   umNO(B)bN turun menjadi pengemis peminta sedekah dekat rakyat. Mudah-mudahan rencana ini dapat dijadikan nasehat  berguna sekalipun datangnya dari manusia yang tidak ada apa-apa dalam kepimpinan PAS - PR dimana-mana posisi.

Sesungguhnya saya tidak berhajat dan berhasrat untuk menjadi jaguh lembu laga sesama sendiri yang labanya akan dipungut oleh umNO(B)bN. Mereka akan kembali ke Kota Darul Aman. Disinilah peranan dan tugas berat, rakyat memerlukan pemimpin yang jiwa besar, iman yang kental. Pemimpin yang zuhud yang mampu memimpin rakyat disemua keadaan disemua masa dengan mampu kita mempertahankan Kota Darul Aman selepas keputusan PRU13 nanti, InshaAllah. Ianya memerlukan pengurbanan yang besar.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
9 APRIL 2013 (SELASA) 28 JAMADILAWAL1434