Thursday, April 18, 2013

PESAWAT - BIG ROCKS PAS 123 LANDED TO PUTRAJAYA ON 5TH MAY 2013. INSYAALLAH

RENCANA DAN GAMBAR OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
7 JAMADIL AKHIR 1434 (KHAMIS) 18 APRIL 2013


Saya bertemankan Suadara Idris Hamidin petang tadi ke Kampong Batu Besar Sik, dari Sungai Karangan, Padang Serai. Bertujuan semata-mata untuk melihat dan memberi sokongan kepada makanik dan jurutera PAS yang membina seuah pesawat jenama big stone, dengan kepakaran dan istiqamah kurang dari 10 hari pembinaan pesawat tersebut siap sepenuhnya. Malam nanti pelancaran persiapanya akan disempurnakan oleh Shahibul Fadzilah Al Fadzil Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik. Kepada seluroh ahli dan penyokong PAS Cawangan Batu Besar Sik, saya ucapkan tahniah dan syabash diatas kriatif anda menjana dan mengeluarkan dana untuk pembinaan pesawat tersebut.

Saya diantara beribu-ribu yang datang menziarahi pesawat yang tuan bina itu. Saya yakin, kunjungan ramai yang hadhir sekadar mereka melihat replika pesawat tersebut secara mendatarnya. Bila saya berdiri dalam jarak 30 m dengan pesawat, air mata saya mengalir dan menitis dan tidak dapat ditahan. Betapa kerdilnya saya berdiri yang tidak jauh darinya pesawat tersebut landed, disana di Parit Panjang terdapat makam syuhada yakni Al Marhom Assyahid Ustadz Ibrahim Mahmood Libya bersama bersemadi disitu 12 teman-temannya yang lain. Ingatanku melayang dan terbayang dengan wajah, Almarhom Ustaz Fadzul, Almarhom Cikgu Mustapha Long, Almarhom Ustaz Othman Marzuki, Almarhum Ustaz Suhaimi Ahmad dan lain-lain. Jantung berdegup pantas, laju tidak terator. Aku akhirnya berlindung disebatang tiang.

Apabila saya merenung dan fokas kepada pesawat yang dikelilingi pengunjung, dikala itu tercetus angka 123, 123, 123, 123 yang anakku Abdullah Fahmi berusia 5T6B yang 123 adalah PAS menang ke Putrajaya. Kata-kata anak bungsuku semalam, ianya menusuk dan menikam langsung kedada kejantungku, betapa pekara simple itu anakku berumur 5T6B mampu menyelesaikannya. Justeru, aku bertindak  memperkukoh dan menjelaskan dengan lebih pada angka 123, 123, 123 yang anakku Abdullah Fahmi sebutkan. 123, 123, 123 itu adalah jumlah kerusi yang PR melalui PAS, DAP dan PKR akan mendapat, mencapai kemenangan SERATUS DUA PULOH TIGA KAWASAN PARLIMEN dan PR - PAS, DAP dan PKR ke Putrajaya.

Maaf teman sahabat PAS Batu Besar. Saya namakan pesawat anda PAS 123. Dengan penumpang 123 ahli parlimen PR dari PAS, DAP dan PKR itulah kita mampu dengan pesawat tuan ke Putrajaya distinasi sulong PAS 123 jenama 'big stone'. Subhanallah. Alhamdulillah.


Saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya ambilnya seperti dibawah:-


 






















































7 JAMADIL AKHIR 1434 (KHAMIS) 18 APRIL 2013
RENCANA DAN GAMBAR OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB