Wednesday, April 24, 2013
ROS : MULANYA UGUT, KEMUDIAN TAKUT. umNO(Baru)bN MELANGKAH SUMBANG MENGUNDANG PADAH.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
10 JAMADILAKHIR 1434 (AHAD) 21 APRIL 2013
Anak bungsu saya sekarang (pastilah sebenar-benar bongsu, 300% isteri saya menyakini) Abdullah Fahmi yang berumor 5 tahun 6 bulan cukup petah berbicara. Sudah pandai membaca, menulis dan mengira dan menimbang yang ringan-ringan dengan dacing. Ia mengenali bN, Najib dan macam-macam di RTM, MediaPrima dengan TV3 dan sekutunya. Usia 5 tahun lebih dah tahu membuat protes, "Ashik-ashik Najib, Najib Najib keluar minta sedekah undi di TV. Kacau nak tengok Upin dan Ipin - Catdog, sat-sat dok potong seronak dok tengok". Tetapi anak kecil saya mengenali dan mengerti ia sokong Tok Guru dan PAS bila dijarinya iPad, laptop bukannya bermain api macam dakyah dalam PAU 2012, yang umNO(Baru)bN pakat-pakat kongsi teriak, maka berderailah air mata lembu di kondo Kak Jet, air mata buaya dan air mata naga seada semahunya.
Sampaikan bila tengok gambar Lim Guan Eng, pasti dia kata, "Tu tu Cina kawan abah, nama dia LGE". Pagi tadi Abdullah Fahmi bertanya dekat saya, "Abah adik tak tau ROS tu bungaros ka? ROS yang adik baca tu bukan bini NAJIbN ROSmah atau bunga. ROS singkatan perkataan macam PAS tu ertinya Parti Islam Se Malaysia, UMNO tu - United Mamu National Organasition dan ROS tu pula ialah Register Of Society. "Kalau bahasa Melayu apa dia abah?". Kalau dalam bahasa Melayu Pendaftar Pertubohan Malaysia singkatnya PPN - Pantang Pangkah Najib. Gangguan dari ROS terhadap DAP ianya bermula kesilapan teknik yang berlaku berkaitan penjumlahan undi undi yang silap berlaku berkait dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP. Ekoranya berlakulah perubahan penyandang dalm menjawat jawatan.
Tindakan pengurusan DAP membetul kesalahan dan kembali kepada yang benar, rupa-rupanya ianya menjadi kesalahan dan mengundang serangan bertali arus dari umNO(Baru)bN bersekutu pula dengan pengampu dan macai-macai umNO(Baru)bN. Mereka serang dengan menempelak kewibawaan DAP secara terancang yang berpanjangan dan bersunggoh-sunggoh. Semua musoh-musoh DAP dan PR mengambil bahagian serius membuat tudohan kepada DAP. Akhirnya ianya gayung bersahut. ROS bertindak menjalan peranannya mengikut rentak dan tari dari penentang-penentang DAP disemua jenis penentang. Kesudahannya ROS menzahirkan belangnya dan meletakkan dirinya seperti ros berduri yang beracun. ROS bukan menjadi penasihat rakan kongsi kepada parti politik dalam negara. Tetapi ROS menjadi musoh dan duri dalam daging kepada parti-parti politik lawan kepada umNO(Baru)bN.
ROS bertali arus mengugat dan mengigit DAP. Rupanya ROS bertindak dan berperanan menjadi rakan komponan baru dan agen umNO(Baru)bN dengan mendera parti DAP menjangkau 4 - 5 bulan. Cukup konflik, kronit dan panit DAP mengalami tekanan dan tindakan maut dari ROS, sedangkan penamaan calun dan PRU13 dah diumum oleh SPR. Saya masak dengan sepak tendang sepak terajang politik yang dikendali oleh umNO(Baru)bN khususnya DS NAJIbN Rosmah sebagai tok dalang. PR khususnya DAP kalut menghadapi penamaan calun tempohnya kurang dari 14 jam. Dikala itulah ROS menyampaikan surat berduri yang beracun kepada DAP. Iaitu ROS membatalkan pemilihan AJK DAP 2012 dan tidak mengiktirafnya. Keputusan dan tindakan ROS itu, ianya mengundang malapetaka besar dekat DAP.
Yakni DAP tidak mempunyai AJKnya sebaik dinafi oleh ROS. DAP tanpa AJK dan dalam AJK itulah terdapat Setiausaha Agongnya. Siapakah yang berkuasa menandatangani pentauliahan, pengiktirafan kepada setiap calun KaPar dan KaDun membolehkan DAP turut serta bertanding dalam PRU13 pada 5 Mei 2013? Ancaman pancung dari ROS sehingga jam 3 petang pada hari Jumaat 19 April 2013 lalu menghampakan DAP dan PR amat berdukacita dan amat-amat bersimpati dengan cabaran halangan dilalui disaat genting yang getir. Ujian yang dihadapi langsung Tuan Karpal Singh, Tuan Lim Keat Siang, YAB Tuan Lim Guan Eng, seluroh pemimpin DAP dan bersekali dengan ahlinya amat berat dilalui, dan memikulnya macam memikul sebiji kapal selam.
Ketika itulah sebaik ROS bertindak kejam keatas DAP hingga 3 petang Jumaat lepas, sahlah umNO(Baru)bN khusus dan khasnya MCA dan Gerakan bergembira sakan, kerana mereka beranggapan dapat menafikan DAP bertanding mengguna simbul ROKET dalam PRU13 kali ini. Kejayaan tersebut mereka berpendapat yang mana pengundi Cina akan kembali berpehak kepada MCA mendapat undi dari kaum Cina, kerana DAP bertanding diluar kogo roketnya yang resmi. Maknanya banyaklah kemenangan akan berpehak kepada bN yang calunnya dari MCA.
Itu pandangan dan pendapat awal dari puak umNO(Baru)bN MCA Gerakan. Mulanya bukan sahaja MCA seronok suka dengan musibah terancang yang mangsanya adalah DAP. Tetapi umNO(Baru)dan sekelian komponan bN seolah-olah telah menjulang kemenangan PRU13 kerana mereka umNO(Baru)bN tidak akan berdepan dengan 85% kaum Cina akan kembali kepada bN MCA.
Masa-masa itu berjalan dengan pantas sepantas roket simbul DAP. Kemuncaknya kepimpinan DAP pusat, melalui Penasihatnya Tuan Lim Keat Siang dengan isak tangis yang memilukan sesiapa sahaja memerhati. DAP dipancong oleh ROS dari bertanding di PRU13 disebabkan simbul parti, roket yang tauliahnya tak laku tandatangannya disisi SPR angkara ROS. Ketika itu baik ROS maupun SPR seperti kadok naik junjung bermadah dan susah untuk dituruti dan diyaki.
Makanya dengan berat hati berat mata memandang, berat bahu memikul. Dengan penuh tanggungjawab dan bertanggungjawaban Tuan LKS dengan suara hati nuraninya dengan isak dan air mata. Untuk menyelesaikan kekusutan tersebut, tindakan alternatif yang ada dihadapan DAP ketika itu adalah ehsan dari abang sulongnya PAS untuk DAP bertanding dalam PRU13 peringkat Kapar dan KaDun di Semenanjung dengan mengguna lambang BULAN PURNAMA PAS. Manakala di Sabah dan Sarawak DAP mengguna lambang adiknya PKR.
Sekelip mata sepantas kilat, gayung bersahut. Ahlan wa sahlan, welcome penderitaan dan kesedihan dipikul oleh DAP mendapat penawar yang mujarab. PAS membenar dan izinkan DAP mengguna simbul PAS bulan purnama untuk penamaan calun besok (Sabtu 20 April), pehak PKR juga mengambil keputusan dan tindakan sama dengan mengizinkan. Tok Guru Mursidul Am PAS YAB Dato' Bentara Setia Dato' Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Haji Awang dan saf pimpinan tingi PAS bersetuju tanpa syarat. Hatta Setiausaha Agong PAS Datuk Mustapha Ali menurun tandatangan mentauliahkan calun-calun DAP dapat bertanding dengan simbul BULAN PERNAMA PAS. Dan begitulah pehak Setiausaha Agong PKR lakukan.
Peristiwa ini amat besar dan ianya menjadi sejarah dalam negara kita tercinta. Wahai rakyat jelata pengundi hakim negara dalam pilihanraya. Disaat kawan kita berduka dilanda malapetaka dan musibah yakni DAP yang mewakili kaum Cina, malangnya kaum Cina yang berada dalam MCA dan Gerakan bergembira bersuka ria kerana musoh politiknya tak dapat menyertai PRU dengan mengguna simbul sendiri. Disaat itulah PAS tampil, memberi pertolongan dengan sejujur dan seiklasnya sesuci zam-zam ditelaga. Rumah PAS diizin dan dibenarkan kepada seluroh bernama DAP turut mendiami dalam rumah PAS dengan penuh kepercayaan tanpa syarat. Tidak ada sangsi dan permusohan dalam semua sudut. Berat sama-sama memikul ringan sama-sama menjinjing. Air mata sama-sama mengesat kita padu tenaga, kita solid PR kerana lawan kita adalah umNO(Baru)bN.
Semua yang berlaku keatas ROS, ianya kesan panjang hasil penguasaan selama 22 tahun Dr Mahathir mengengkam umNO(Baru) parti yang disaha dituboh olehnya dan selama itulah juga Dr Mahathir Muhammed Iskadar Al Kutty mengenggam dan menggodam seluroh institusi utama negara yang menjadi tonggak dan paksi penting untuk negara berdaulat dan rakyat mendapat perlindungan. Semua jabatan kerajaan Dr Mahathir ini, telah dengan tangan beracunnya, jenis manusia yang cukup menanam perasaan dendam kesumat dan dengki yang amat sangat. Akhirnya semua jabatan kerajaan menjadi capati dan cucuq badak. Maka dijabatan-jabatan kerajaan ketika Dr Mahathir sampai era DS NAJIbN ROSmah memiliki ketua-ketua pengarah dan pengarah cap keris bogel dan cap dacing. Mereka duduk kerja dibawah telunjuk dan taat setia, sengaja atau takut keranamu keris ditusuk dipinggang, dan perjalanan pengarah diawasi di timbang dari Putrajaya dan dari jendela PWTC.
Kenapa ROS menjadi tak ketahuan? Pelekoh mangsanya dipergentingan. Siapakah dihadapan dan dibelakang dan disisi ROS, sampaikan ROS menjadi berani kuat dan berkuasa? Membuli bersekali memancung DAP dengan melalui secebis surat beracun dan menikam PR dengan keris telanjang cap umNO(Baru)bN. Barangkali ROS dan sekutu sewaktu dengannya sekadar melihat DAP, PAS, PKR dalam PR sekadar nama badan politik dan tidak lebih dari itu. Mereka lupa pada hakikatnya ROS maupun umNO(Baru), sesunggohnya mereka mengistihar perang secara langsung dan perang terbuka dengan penyokong PR yang dianggarkan sejumlah 17,000,000 penyokong meningkat setelah ROS memancong DAP dan nak benam PR. Disinilah silap keputusan dibuat ROS dan salah perhitongan hisab cepua oleh umNO(Baru)bN.
Selepas jam 3 petang Jumaat 19 April 2013, dalam tempoh 6 - 7 jam sahaja, kesan dan natijah daripada tindakan ROS kepada DAP dan PR itu, umNO(Baru)bN mendapat feedback bahawa tindakan ROS tersebut, mengikut report dari semua yang berkepentingan kepada umNO(Baru)bN secara langsung bahawa akibatnya bukan sahaja undi simpati bertambah berganda datangnya dari kaum Cina. Tetapi sokongan undi Melayu bertambah dan meningkat kepada PR. Inilah dikatakan ampu membawa rebah, sokong membawa rwbah. umNO(Baru)bN khususnya ROS untung sedacing rugi 1Malaysia. Diatas fakta dan realiti tersebutlah, maka DS NAJIbN terajang ROS dan ROS menyembah kaki DAP.
Sebelum ini, rakyat meletakkan beberapa jabatan kerajaan utama menjadi sebahagian komponan langsung dalam bN. Seperti PDRM, SPR, SPRM, RTM, Peguam Negara, IG KPN dan beberapa lagi yang sentiasa ligan dan pelekoh pemimpin dari lawan umNO(Baru)bN iaitu PR bersekali dengan perjalanan parti-parti komponan PR dalam semua pekara. Ketua-ketua ini setia menjalankan tugas mengikut telunjuk yang datangnya dari PWTC apalagi dari Putrajaya termasoklah dari Situa usang yang sedang kepong anak-anaknya terjamin mendapat kuasa dan terjamin harta billion ditangan dan diluar negara.
Akhirnya ditengah malam, ROS dengan muka tebal mengutus surat baru, memulih kedudokan yang membenar DAP mengguna simbolnya sendiri dan sahlah tandatangan Setiausaha Agongnya Tuan LGE menandatangani tauliah untuk semua calun-calun bertanding.
Dikala rakyat berpehak kepada PR, walau pun begitu, saya mengambil peluang disini, mengharapkan rakyat akan memberi undi dan membolehkan PR menerajui Putrajaya untuk menuboh kerajaan pusat yang berwibawa. Macam negeri yang diperentah PR seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang bebas dari rasuah yang ianya disahkan oleh SPR. Hatta Ketua Odit Negara, selama 4 tahun berturut mem[eraku dan memberi kepujian diatas urus tadbir kerajaan PR yang bebas dari tiris dan kroni.
Jadi wahai rakyat hakim negara PAKATAN HARAPAN RAKYAT hendaklah diberi peluang pula selepas PRU13. Cukuplah 12 kali negara menjadi tempang keranamu umNO(Baru)bN.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
10 JAMADILAKHIR 1434 (AHAD) 21 APRIL 2013