PAS KEDAH, MENJELANG 24 JAM PENAMAAN CALUN PRU13 - MENCABAR DAN BERDEBAR, KENAPA SAMPAI KELAMBU NAK DI BAKAR?.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
8 JAMADIL AKHIR 1434 (JUMAAT) 19 APRIL 2012
(Rencana ini khusus saya tujukan kepada sekelian pemimpin Badan Perhubungan PAS Kedah, Pemimpin Dewan Harian Semua Peringkat. Detik kita menghadapi PRU13. Penantian penamaan PRU13 dan tibanya hari mengundi 5 Mei 2013. Silap-silap pemimpin bertukar wajah berputar watak, menjadi pemimpin nangka).
Sunggoh malang sekali bilamana negara berdepan setiap kali menghadapi PRU, semua parti politk dalam negara menghadapi fenomina burok dan lapok. Yakni gelagat kelaku pemimpin yang kalut, tekun dan pulun sakan nak jadi calun. Pemimpin menyedari dan mengertikah, diri mereka diperhati sedang dinilai oleh ahli-ahli dibawah? Khususnya penyokong menyaksikan pemimpin menjadi ketam dan api dalam sekam. Ahli, penyokong dan rakyat tidak semuanya buta politik kelam perasaan. Fenomina pemimpin yang dipuja dan disanjung itu, sekelip mata kalau bertentang dengan kekangan perasaan hati nuraninya tidak selari dan bercanggah, beliau sanggup menentang arus membadai, sanggup parti berkecai.
Jadi wahai pemimpin kami, jangan sangka ahli penyokong adalah jahil untuk mengenali, mengendali menilai serta dalam membuat persepsi keatas pemimpin lantas menghakiminya. Rakyat kini sedang membuat analogi apalagi memutus membuat perhitungan tuntas kepada batang tuboh pemimpin yang ketinggalan musim, gawat tertinggal zaman. Kini rakyat menimbang pemimpin disemua sudut. Keiklasan memimpin, berjiwa rakyat dan mesra rakyat disemua ketika pada semua masa bukan musim pema pilihanrayasekarang. Mesra habis dengan rakyat apakah rekod palsu? Rakyat mengerti dan memahami diantara belakon sebagai pemimpin sejati sering bersendiwara dengan bangsawan opera Cina. Macam hulor seringgit nak laba seratus, ini benar-benar jadi bukan main-main.
Fokas rencana saya kali ini adalah untuk meneroka dan memugar dari dalam kelambu kita sendiri. Khususnya dikalangan pemimpin PAS yang berada diatas, pantang ditegur pantang berundur. Mereka melenting macam gunting dilipatan. Membujor lalu melintang patah. Aku pemimpin hebat, aku dah lama merekrut pengikut ramai dihujung telunjut aku. Ada berani ka PAS pusat PAS negeri nak usik aku? Rakyat sanjung pemimpin, rakyat kasihkan pemimpin. Tetapi pemimpilah yang sering menipu dan memperdayakan rakyat. Rakyat mana pernah berjanji, pemimpinlah tagih tabor janji untuk membena dirinya berada dipersada pemimpin dan kedudukkan. Capai jawatan dan mendapat pulangan tinggi bulanan, kapai habuan dan keistimewaan. Semuanya dari wang saku rakyat membayar cukai. Ketika diatas mereka cuai dan sebagainya. Pemimpinlah yang bermain dengan mood rakyat demi laba pulangan untuk dirinya. Bukan semua pemimpin, tetapi jenis ini ada.
PAS sepanjang zaman sematang usianya, sering juga PAS disepak diterajang. Sampai hati mereka sakai PAS yang tidak bersalah ini siang malam. Dulu mereka mengemis bawa tempurong minta dengan PAS kedudukkan dan peluang. PAS beri kedudukkan dengan kepercayaan kerana mereka pemimpin hebat pemimpin berwibawa. Mereka gulongan profesional berprestasi tinggi dimata rakyat marhaen. Mereka lepasan menara gading memperaga diri dan rakyat akor diatas kejayaan mereka belajar berilmu dan sebagainya, Alhamdulillah. Mereka pemimpin berjenama dipangkal diawal ada gelaran, Ir, Dr al Hafiz dan sebagainya. Mereka menjadi ahli dikalangan mereka yang setara dan setaraf profesional ditangan. Tidak macam PAS, semua gulongan boleh jadi ahli, tetapi diwaktu yang sama jangan jadikan kami terompah selipar Jepun.
Mereka pakar dalam pelbagai bidang. Bidang agama keluaran al Azhar alim empat Mazhab, keluaran Jordan dan sebagainya. Mereka mendapat pelbagai nikmat dari PAS dan dapat pula gelaran Dato dan sebagainya. Kerana ia bergiat dan menjadi pemimpin memegang jawatan kerana PAS, usah menafi tentang fakta ini. Sedangkan PAS inilah memberi peluang dan memberi tempat kepadanya dan cukup berjasa. Mereka dikenali dan dipuja dikampong, dikawasan, dinegeri dan negara hatta sampai kepentas dunia. Rakyat turut berbangga, tetapi janganlah lupa daratan dan terus nak jadikan PAS kuda tunggang sepanjang usia kita.
Hatta kerana PASlah mereka mencipta kedudukkan. Peluang dan kedudukkan dikecapai dari ladang PAS. Disana ianya berkembar dengan imbuhan pendapatan tetap. Justeru, ianya menjadikan mereka pemimpin cap pelepah pisang tali maru. Cukup liat melekat. Disentak disenyoh di tarikh tidak jatoh putus dengan mudah. Dan tidak mudah seperti pelepah nyior dan biji getah mudah meletup dan luruh jatuh kebumi. Keadaan pemimpin sebegini cukup bahaya kepada PAS. Apabila pemimpin capa ayam, terus angan-angan yang membara pasang cita-cita besar, cita-cita tinggi yang ada dalam PAS sebaik memenangani pilihanraya. Akhirnya mereka menjadi pemimpin liat macam lintah kerbau. Walau di kerat empat ia dapat bercantum dan terus mencari mangsa. Kini PAS dukacita berdepan dengan mereka pemimpin jenis lintah kerbau balar jenama ketam renjong.
Kedudukkan dan imbuhan pendapatan inilah dari pemimpin yang jujur iklas mulanya, mereka mampu bertukar wajah berubah corak dipenghujung perjuangan dihujung usia. Pantang ditegor, kelupor dia dan mereka pantang diusik kedudukkannya. Walau peluang kedudukkan dan imbuhan dikantong dah 3,4 kali dikecapai kerana PAS dan rakyat memberi peluang dan kedudukkan menjadi Adun dan AhPar. Jadi, mereka jadi YB menikmati peluang memegang jawatan kerana PAS dan rakyat memberi ruang dan peluang. Kedudukkan dan peluang itu, ingatlah jawatan dan peluang yang ada dalam PAS, ianya bukan HARTA TETAP HARTA PESAKA. PAS adalah wadah perjuangan bukan gedung mal harta apalagi alat menjana kekuasaan dan mencengkam parti dan memaksa rakyat akor dengan kita selama-lamanya.
Kita tidak menafi memang pemimpin politik, masing-masing pasang angan-angan pasang cita-cita dan harapan. Ia tidak salah. Tetapi yang salah adalah pemimpin yang membentuk kabilah menghimpun rakyat menekan PAS demi untuk dirinya dengan mencipta dakwa kepentingan PAS dan memenuhi stratiji perjuangan. Kadang-kadang ianya palsu tetapi demi untuk kepentingan pribadi PAS pula menjadi bahan dagang silap-silap mereka akan mencerca, maki hamun dan menghina PAS.
Mereka lupa PAS telah memberi hamparan permaidani hijau menerima mereka. Disaat mereka terdesak dan mencari tempat dulu, mereka hebat memimpin, mereka dimata rakyat dibibir rakyat. Sebaik semua dikecapi diperolehi, mereka koi-koi agas, koi-koi rangi mengilap dan mengilat. Mereka mengejar nak capai pucuk. PAS mereka pijak. Ahli dan penyokong dijadikan alat. Saya sedih, jelas beberapa pemimpin PAS Kedah kini dalam posisi ini, disaat masa tambahan sepak penalti tendang mati, hadapi PRU13.
Saya bukan lahir minggu lepas atau esok. Sehina-hina saya, saya pernah berketuakan Haji Abdul Wahab Yunus Terengganu. Beliaulah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kami dahulu dan pemimpin pemuda selepas beliau (saya terkedua dan terharu, bila tahun lepas 2012 kerajaan umNO(Baru) Mat Said mengiktiraf peringkat negeri Terengganu sebagai tokoh pemimpin negeri dah 30 tahun tak menemui, walau DPPP dingin dengannya). Pemimpin inilah yang mencorak, mewarnai kepimpinan kepada rakyat. Mereka menasihat rakyat patuh kepada pemimpin, walad dan sebagainya. Istiqamah dalam perjuangan dan hebat benar nasehat yang datangnya dari pemimpin. Alhamdulillah, rakyat ahli patuh tidak membantah.
Tetapi bila datang musim pilihanraya, disinilah nampak ramai dikalangan pemimpin membusong dada, langkahnya menjadi sumbang kerana hawar gelanggang. Mereka mendesak dan mengasak memperalatkan ahli sebagai penyokong menentang kerana dirinya haram diusik, kerana perasaan diri mereka adalah pemimpin hebat profesional dan pemimpin alim ilmu berjela, petah prau-prau berhujah dengan al Quraan, al Hadis Qias dan ijmak. Tampil turun menemui rakyat, sampai rakyat muak dan meluat melihat pemimpin berjiwa jadian macam tu. Tak lebih macam Maxis, Celcom mencari pelanggan. Dengan pelbagai gaya, corak dan style dalam membuat dan menjana promosi. Segelintir pemimpin yang beradu di Kota Darul Aman memiliki ciri dan sifat ini. Hampa malulah sikit dengan Almarhom Pak Mat Jawa.
Kalau pemimpin pula, mereka sakan mencari penyokong yang masing-masing berkepentingan tak kira kedudukkan dan latar belakang hidup dan kehidupan. Pasti, langkah yang diambil itu dikaitkan demi perjuangan demi untuk menyelamat parti. Hakikatnya kalau dibelah dada dapat kita menyaksi hakikat sebenarnya untuk kepentingan diri. Tempoh 24 jam dari sekarang, silap-silap langkah tak kena letak dudok kepada diri batang tuboh tersebut. Sekonyong-konyong sekelip mata sahaja ia bertukar dari pemimpin disanjung menjadi samseng dikenali. Lantas dan pantas menghimpun pengikut dan penyokongnya terus menentang keputusan pucuk pimpinan negeri dan pucuk pimpinan PAS pusat. Huruhara parti dibuatnya. Pemimpin ini lupa diri dan tewas dalam misinya menjadi pemimpin sejati.
Maaf, saya ungkapkan disini fael dan sifat pemimpin. Ramai pemimpin yang menjejak bersarang dalam dadanya bersimpul dan bersirat. Kalau awal bersetatus cicak, ia nak menjadi mengkarong. Dari mengkarong bertukar menjadi biawak. Dari biawak nak saiz lebih besar iaiatu buaya dan naga. Inilah bidalan proses dilalui setiap pemimpin. Biarkanlah saya peturunkan intipati kiasan tersebut. Tipulah kalau dikalangan pemimpin Dewan Harian Kawasan PAS, tidak berdetik dirinya diatas empat paksi. Pertama peluang nak menjadi Adun, Ahli Parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Ahli Majlis Daerah dan setidak-tidaknya mengidam jawatan politik di pejabat MB, CLC dan sebagainya. Ini adalah realiti, usahlah membuat dan menafi kenyataan ini.
Tidak ramai mereka sesuci macam Khalid Ibn Walid. Kalau-kalu jawatan diatas dah dicapai, masing-masing pasang angan-angan yang lebih besar, bukan saja untuk dirinya. Kalau aku, ana capai tempat baru upgrade, jangan takut jangan bimbang, antalah menjadi harapan kepercayaan ana menjadi setiausaha, pecacai dan sebagainya. Maka pecacai dibawah pun pulun keliling kampong, keliling taman. Terus lambong temannya, pasai apa nak buang pemimpin yang berjasa banyak pada PAS. Mereka berjasa atau PAS yang memberi mereka Peluang?
Akhirnya, wahai yang bernama pemimpin, jadilah anda pemimpin sejati macam Khalid al Walid. Jangan sampai kita menjadi kepala pemberontak menghentam PAS. Hinggakan kita sanggup membina kekuatan diri dengan kumpulan sendiri. Kita membantah dan menunjukkan sikap bantah kita diperingkat tinggi. Ya! Saya sedang saksikan fenomina ini dengan amat sedih dan amat dukacita amat sangat. Mereka sanggup mengeluar dana menempah bena dan bendera puaka mengislahkan bantahan mereka dengan BENA DAN BENDERA HITAM BERPANGKAH. Mereka bersekonkol dan bersama sedang merancang membunoh PAS-PR dalam PRU13.
Hentilah kerja biadap bantahan ini. Usahlah kibar panji-panji syaitan. Masih ada masa, wahai pemimpin jadian turunlah bena dan panji haram yang dikirimkan macam lanun di UPU-UPU PAS, dengan alasan palsu dungu dan durjana.
Menjelang penamaan calun besok, akan kita saksikan pemimpin malikat menjadi kera.
Kepada rakyat, pedulikan mereka pemimpin yang bercita-cita besar itu. Kita kuatkan azam terus menyokong pemimpin PAS sejati, pemimpin PR dalam misi mempertahan Kedah dan menuju ke Putrajaya selepas PRU13.
Maafkanlah saya. Wasalam.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
8 JAMADIL AKHIR 1434 (JUMAAT) 19 APRIL 2012