Tuesday, November 11, 2008

DUN SANGLANG YANG CEMERLANG

Kembali.


Alhamdulillahhirabbilalamin, Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmattullah.

YB Al Fadzil Usatz Haji Hashim Haji Yassin!

Syukur kehadzrat Allah Ustaz sempurna mengangkat sumpah hari ini kembali kekal di DUN Sanglang untuk penggal ke 3, Alhamdulillah. Ustaz mulai sekarang telah berteman dengan ADUN Simpang Empat Syed Kassim. Ini merupakan rekod pribadi YB Ustaz khususnya sebagai kayu ukur kekuatan PAS yang bertapak di Sanglang. Secara pribadi ana dari jauh mengenali kubu-kubu penyokong PAS yang menghantar dan mengekalkan YB Ustaz. Selamat bersidang dan berperanan terbaik dari dahulu.

Saya yakin DUN Perlis akan kembali hangat. Wakil BN pasti tidak terlepas tindakan dan terlepas minda untuk terus berdepan untuk mencipta kebenaran dalam semua perkara yang diperbincangkan didewan. Inshaallah.
Tawarikh.
Kepangkuan pengundi-pengundi DUN Sanglang, saya mengkalungkan penghargaan syukur kehadzrat Allah dan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi semua yang terus menyokong dan memberi undi kepada PAS khasnya dan khusus kepada Pesuruhjaya PAS Perlis, merupakan Anggota Majlis Syura Ulama PAS yang lama, AJK Agong PAS dan amat berpengalaman dalam pentadbiran, dan mempunyai intregriti yang tinggi.
Untuk jenerasi baru, dengan pengalaman dan penyaksian saya sendiri yang mana sejarah 1969 dalam Pilihanraya Umum tersebut pertandingan sengit berlaku diantara PAS (ketika itu simbul Bulan Bintang) dan Perikatan (dengan simbul Kapal Layar). Calun PAS masa itu adalah keluarga saya disebelah emak iaitu Almarhom Ustaz Abu Bakar Hamzah (beliau meninggal 1990 dan dimakamkan di Nilam Puri Kelantan disisi pusara puterinya - kebesaran kerajaan Negeri Kelantan) berhadapan dengan bakal MB Perlis ketika itu dikenali dengan nama Pengulu Japaq (Dato' Haji Jaafar Haji Hassan) PAS (Ustaz Abu Bakar) tewas dengan 5 undi. Kenapa?
PAS yang akan menghadapi pilihanraya tersebut sebaik selepas penamaan calun 2 tokoh penting PAS ketika itu telah memasuki dan menjadi ahli UMNO. Mereka adalah Iman Kariah Mesjid Sungai Padang Almarhom Tuan Haji Salleh Bin Haji Din bersama dengan nenda (Tok Penakan) sebelah abah Haji Shafie Omar (mesra masyarakat dengan panggilan Pak Teh Aji hadapan SRK Dato' Ahmad Musa). Kalau tak salah beliau adalah Ketua Pemuda PAS Ranting Sanglang - maaf kalau tak tepat - Sila rujuk dengan ayahnda saudara saya Uztaz Nordin Ahmad mantan calun Tambun Tulang PRU12 8 Mac 2008 yang lalu). Saya masih ingat berita tentang mereka masuk UMNO dan membuat ulasan dalam berita jam 8.00 penyampai berita jua masih saya ingat adalah Haji Arif Haji Yusoff ketika itu.
Sesungguhnya saya dan masih mengingati peristiwa tersebut dengan mengenali pastinya pekerja kuat/ahli PAS yang tidak membuang undi kerana over yakin mendapat kemenangan besar (2 dari Sungai Padang sudah meninggal dunia lebih dari 25 tahun). Ketika pengummuman selepas 3 kali ulang bilang undi PAS kalah 5 undi, mereka berkenaan sasau sejurus. Air mata darah sudah tidak berguna. Inilah padahnya kalau yakin lebih melulu. Ambillah perhatian dan iktibar pengundi baru sekarang dengan info ini. Info ini adalah realiti.
Sampai kepada pilihanraya 1974 wujudlah Kerajaan Champoran diantara UMNO dengan PAS, MCA dan MIC berkembang menjadi BN Barisan Nasional dengan simbul baru Dacing. Dalam pilihanraya tersebut PAS bertanding atas BN bersimbolkan Dacing kali pertama bertembong dengan Bebas/Bebas Bersatu (PAS dalam PRU tersebut di Perlis mendapat 2 kerusi iaitu DUN Arau dan DUN Sanglang/Kedua-duanya lepas itu dilantik menjadi Exco KNP).
Calun Bebas/Bebas Bersatu adalah Ustaz Abu Bakar Hamzah juga dan beliau bertanding untuk Parlimen Perlis Selatan. Lawannya adalah BN-PAS yang calunnya adalah Almarhom Cikgu Haji Ahmad Haji Long (Batas Liku Arau - anakndanya adalah Almarhom Sheikh Azmi bekas Qadzi Besar PP dll jawatan akhirya beberapa lagi Timbalan Presiden Parti Keadilan). BN-PAS melalui Cikgu Mat Long menang dengan undi besar juga. Diantara ucapkata YB Cikgu Ahmad Long selepas dilantik menjadi Exco dihadapan almarhom abah ana dirumah, 2 minggu selepas menjadi Exco diantara kata-kata YB kepada abah saya yang masih jelas saya mengingati iaitu, "Abang Aji ana menang pilihanraya baru ni, orang UMNOlah yang undi ana; orang PAS undi Ustaz Bakar Hamzah".
Nostalgia.
Mudah-mudahan info dan maklumat yang saya ketengahkan ini diambil perhatian yang serius dan peka dengan proaktif. Anda semua wajar membuat perhitungan sendiri disudut memperkasakan laagi PAS di Sanglang, kerana Sanglang adalah tanah subur cambahnya benih PAS sampai kini, Alhamdulillah.
Sekiranya maklumat dan info ini tersasul dari kenyataan sepengetahuan YB Ustaz betulkan diatas fakta-fakta. Sehubungan info yang lain itu adalah hak pribadi ana dan beberapa individu tertentu yang mengetahuinya, menyaksi dan melihat sendiri realiti ketika itu (mereka sudah meninggal dunia - Al Fatehah untuk mereka).
Sekian, wasallam.
9.47 mlm