Thursday, November 13, 2008

YAB MB KEDAH KIAN MATANG, CONSISTEN SO FAR SO GOOD

(Nota mlm Jumaat)

Suarahati.


Assalamualaikum warahmattullah. Bismillahirrahmannirahim.

Terdapat sesetengah kumpulan yang berpendapat cara YAB Ustaz Azizan mengeluarkan arahan-pendapat sehubungan 50% pemilikan Bumiputra mendapatkan hak milik rumah di Kedah, dikatakan tegas dan totok. Khususnya mendapat bantahan dari REHDA dan rakan Pakatan Rakyat dari DAP. Ianya kian mendapat perhatian penentangan pimpinan DAP dari luar Kedah.


Pandangan dan suarahati yang dikeluarkan oleh YAB Ustaz adalah berasas dengan alasan yang kukuh mengikut acuan dan realiti yang ada di Kedah. Kenapa dan mengapa 50% pemilikan Bumiputra untuk perumahan yang dibangunkan di negeri Kedah oleh Pemaju maupun Syarikat Perbadanan Kerajaan. Semetelahlah tanah yang dibangunkan taman-taman perumahan adalah asalnya Tanah simpanan Melayu/milik Melayu yang asalnya adalah 100% pemilikan Melayu. Ditukarkan syarat dari tanah bendang/kebun getah kepada perumahan atau perindustrian dengan kelulusan mesyurat Exco.
Sebab itulah ianya mendapat sokongan dari rakan Pakatan Rakyat yang lain. Sesungguhnya saya secara pribadi memberi sokongan padu dengan penuh tanggungjawab dan amanah bahawa pandangan dan cadangan dari YAB Ustaz adalah tidak melanggar Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri maupun Undang-undang berkaitan tanah dan hak milik. Justeru rakan Pakatan Rakyat khususnya DAP wajarlah mengiktiraf dan memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada hasrat YAB Menteri Besar dalam hal ini. Bukanlah mencari simpang bercabang mengugut untuk keluar dan menarek diri dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah.
Pandangan dan ucapan seumpama itu ianya dapatlah dimengertikan dengan kata-kata dan mantik politik iaitu mengugut dan menentang hajat dan hasrat YAB MB. Sudah pasti, demi hargadiri dan maruah sebagai ketua Kerajaan Negeri, terpaksalah memberi respon kepada pimpinan DAP, katanya, "Kalau DAP nak keluar kita nak buat macam mana?



Cermat dan Berhemah.


Disini tidaklah saya bermaksud untuk menabur garam diatas luka atau dekatkan puntung rokok dekat petrol. Tetapi ianya sekadar bertujuan memberi pandangan dan pendapat untuk kebaikan semua pehak umpama "Menarek benang didalam air, benang tidak basah dan air tidak berkocak". Kerja-kerja sebegini ianya memerlukan kejujuran dalam bentuk mendapat nasehat dan pandangan. Sesuatu yang disanggah itu wajarlah ianya dilihat menerusi skop seperti tangki air yang besar bukan melihat air didalam sebiji cawan. Disinilah mana-mana kumpulan minoriti wajarlah menerima keputusan itu dengan seada-adanya selagi ia tidak bertentangan dengan agama, adat dan budaya komposisi masing-masing.
Justeru, perlulah pemimpin yang berjiwa besar di luar persepsi perkauman dan sangsi curiga. Maka hendaknya pemimpin yang berkepala dingin, pemimpin yang sedia menerima hakikat kebenaran berlandaskan realiti sesabuah negeri di negara kita yang berbagai komposisi kaum disantun dihargai dan dirai. Janganlah kita membawa bibit vairus dari luar untuk mendapat pandangan serta sokongan diatas penentangan kita. Janganlah penentangan dihalakan kepada YAB MB yang berbentuk mengugat sampai tahap sopan dan perhitungan hikmah hilang disebabkan perasaan marah dan menurut pimpinan nafsu hati disokong oleh sokong membawa rebah.
Pandangan jauh.
Pada hemat saya pimpinan DAP Kedah adalah terlalu cetak dan akal pendek. Mereka cuma mampu berfikir untuk memuaskan hati mereka, dan wajib 100% pehak YAB MB Ustaz Azizan menarek kembali arahan dan peraturan perumahan dan pemilikan 50% untuk Bumiputra, dipadam dan dinafikan. Itu adalah tuntutan yang keterlaluan dan seolah-olah api disisi kapas. Pandangan dan marah itu adalah merugikan DAP dalam konteks Pakatan Rakyat dinegeri Kedah. Samalah juga seperti PAS mengugat untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Pasti DAP tidak terjejas Kerajaannya di Pulau Pinang. Damekianlah Kerajaan Pakatan Rakyat diketuai PAS tidak terjejas di Kedah keluarnya DAP. Fikir-fikirlah dalam kaedah dan konteks ini dengan dingin kepala.
Sebab itulah saya menyeru dengan penuh tanggungjawab dan ditanggungjawabkan menyeru, agar pimpinan DAP Kedah berhenti dan usahlah menentang sebegitu rupa. Tak malu saya menyatakan disini, pimpinan PAS Pulau Pinang tidak pernah menghala bantahan kepada YAB Tuan Lim Guan Eng dalam dasar arahan garisarah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dipimpinnya. Ambil pendekatan dan pengajaran dari YAB KM Pulau Pinang.
(Nota: Walau terdapat orang Melayu tidak berkenan dengan kenyataan saya ini, tetapi saya amat menghurmati dengan Saudara Lim Guan Eng ini, amat saya malu dengan budi pekerti dan rendah diri beliau sehingga sekarang menjawat jawatan KM PP. Dari Jail ke Sri Mutiara. Sepuluh tahun dahulu 1998 saya, Mat Sabu, Haji Mahfuz Omar dan Haji Bahari Ali di pehak PAS, Saudara Lim Guan Eng, Saudara Hu Sepang dan beberapa lagi dari DAP, Almarhom TS Haron Hashim, Jomo Sundram (UM) dan kira-kira 50 peserta yang lain didalam pertemuan perbincangan Meja Bundar di Swiss Garden Hotel Jalan Pudu. Maaf kepada sebangsa saya Melayu benarlah Saudara Lim Guan Eng lebeh matang, toleren dan amat berhemah kini, saya doakan mudah-mudahan beliau terus menjadi KM PP yang baik untuk rakyatnya).
Marahkan nyamok; merajuk air diruang.
Maka wajarlah pemimpin DAP Kedah berhemah tinggi dan beramat-amati dengan ugutan keatas YAB MB Kedah DS Ustaz Azizan (salor galornya pasti Ustaz tidak dapat menafikan bahawa sebahagian dari darah Ustaz masih ada di Sungai Baru, Sungai Belati, Banir Tembus dan Sungai Padang - Perlis sekadar nota).
Sama-samalah kita berhemah tinggi dan berfikir jauh dan jauh. Bagaimana nasib Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor sekiranya PAS juga bebal dan mengugut untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat? Bagaimana agaknya nasib DAP di kedua-dua negeri tersebut. Oleh itu sama-sama lah kita berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan. Cakap siang pandang-pandang; cakap malam dengar-dengar. Ingatlah nukilan ini, "Janganlah kita gunakan peletup C4 untuk membunuh nyamok yang hinggap dilengan, cukuplah dengan dipukul dengan tamparan jari sahaja, kalau C4 bukan saja nyamok yang mati dengan tuan-tuan sekali berkecai".
Begitulah keadaannya sekiranya sesuatu tindakan berkaitan pakatan sesabuah kerajaan yang memerentah, dan terdapat cabang-cabang yang buahnya berlainan dari satu perdu. Untung secawan rugi setempayan. Berhati-hatilah dalam hal ini.
Penangguhan.
Barangkali, diatas perkara-perkara mehnah dan rehnah sebeginilah sebenarnya, Allah menangguhkan dahulu kepada Pakatan Rakyat untuk memerentah negara. Allah sedang dan terus menguji dikalangan parti yang berada dalam Pakatan Rakyat. Allah sedang menguji kepimpinan kini untuk melahirkan kualiti terbaik untuk memimpin dan memandu rakyat. Saya adalah penyokong setia kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri-negeri sekarang dan saya amat merindui kerajaan Pakatan Rakyat perengkat Negara kita.
Saya amat benci dengan kerajaan yang dipaksi oleh UMNO-Bn yang kurap dengan rasuah jual beli undi dalam memilih pemimpin yang durjana. Pemimpin rasuah yang menang maupun yang kalah adalah bahan api neraka. Pemimpin yang akan menjadi lanun dan prampas harta rakyat dan harta negara melalui undang-undang berpindah milik menjadi paraid dikalangan pemimpin rasuah , kroni dan anak pinak dan menantu dan hantu.
Mudah-mudahan YAB DS Ustaz Azizan tabah dan konsisten dalam semua tindakan rakyat bersama ustaz termasuk ana, Inshaallah.
Wasalam.
Ibn Abdullah Awab - Padang Serai.
11.27 mlm.