Thursday, November 6, 2008

MENONGKAH ARUS, MENGLONSOR BUKIT


Umpama Maskara di Pelupok Mata,



Mendapat pujian dan sanjungan dari kejayaan diatas hasil usaha yang berkebetulan, atau sememangnya usaha yang jati ramai dikalangan yang sedemikian endingnya ianya kecundang. Terbuangnya atau kecundangnya ia kerana ditolak oleh orang ramai dan komposisi atau empunya diri sudah habis rencah rempah ratus umpama kosmitik yang bersifat sementara seperti maskara dimata wanita tua untuk bergaya melawa memintas usia.
Pujian dan sanjungan ini, yang bertentangan dan berlawanan dengannya adalah teguran dan nasehat. Teguran dan nasehat inilah ramai dikalangan kita ianya menjadi seperti musuh, yang membibit dan menghala kepada perasaan tidak senang hati, sampai kepada tahap permusuhan dan dendam. Inilah lumrah manusia yang amat sempit minda tatkala diri mereka dihala dengan teguran dan nasehat, payah dan sulit sukar menerimanya.
Dalam meniti jangkauan umur 60 tahun ini, persepsi tegur dan nasehat ini dapatlah dikelaskan kepada dua persepsi penerimaan oleh yang mendapat atau menerima nasehat dan teguran.
Pertamanya tatkala sesaorang itu berada diambang tinta perjalanan kemashuran, gemilang, cemerlang dan terbilang; maka ketika itu ia pantang ditegur, pantang dinasehati. Pendapat dan buah fikirnya sahajalah yang betul, tepat dan padu. Cadangan dan pandangan nasehat orang lain semuanya batal, tidak lojik dan tidak relevan ketika ia mendapat sanjungan junjungan, puji-pujian, mencium tangan penyokong dikeliling pinggang, kunjungan tamu seperti pipit dan enggang kerumah mereka bertandang.
Disuasana inilah sesaorang itu ianya tidak dapat menerima dan tidak suka diganggu kehidupannya dengan teguran nasehat dan sebagainya untuk memperbetulkan dirinya kembali kepada landasan yang benar. Sama ada perjuangan dalam politik, mencari harta mal dan sebagainya, semuanya tidak diperlukan. Ketika inilah para-para penasehat yang iklas berwibawa yang berpandangan jarakjauh dan jarakdekat akan disisi, tersiseh atau dinyahkan kerana menganggu ketenteraman awam dan kehendaknya.
Maka tempat tersebut akan diambil ganti oleh kaki-kaki bodek, kaki pengampu, kaki sapu dan kaki samseng menjadi rakat teman penasehatnya. Pasti 1000 kesempatan akan dirampok dikikis oleh mereka tanpa disedar. Kerana ia telah mabuk dan tenggelam dengan segala jenis pujian, galakan, sanjungan yang mengawan menembusi akgkasa raya dan pasti akhirnya iaakan berdepan dengan mahabahaya dalam menerus karearnya. Kebencian dan penolakan dari rakyat dari hari kehari dan pasti dipulau. Ramai manusia semua perengkat dan darjat telah, sedang dan terus melayari suasana ini.
Sesal dahulu berpendapatan; sesal kemudian tidak berguna. sudah terantuk baru mengadah. Dalam masa yang sama BCA bodek cucuk ampu yang dikeliling dirinya telah mula sisih dan melarikan diri. Inilah sedang kita perhati dinegara kita akan pelaku dan pelakun sedang menuju jalan yang ditanamnya untuk dituai samada padi atau hamp, dalam masa yang hampir ini.
Pengisian.
Disinilah wajar saya berkata benar, kalau sebelum PRU12 - 8 Mac 2008 yang lepas, ramai dikalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri/Exco yang saya mengenali mereka dan mereka mengenali saya sejak sekian lama. Memandang diri saya yang serba fakir ini tidak berguna dan tidak bernilai kini disisi mereka. Faqirnya saya kerana saya jahil melebar ,cita-cita dan pasang angan-angan disudut membodet mengejar jawatan. Berparti memertabatkan parti dikala parti ditolak dibuang tanpa pasang niat atau melobi untuk mendapat sesuap nasi dan mal, seperti beberapa sahabat yang lain.
Pangkat dan jawatan yang rakyat tunjukkan itu, telah membawa mereka tidak mengenali kawannya, sahabatnya. disebabkan dipisahkan dengan status Parlimen dan DUN dan gelaran dihadapan yang memisahkan diri. Telah pupus masa untuk bermesra dengan kawan lama dan mengkhabarkan kepada orang lain pula ia tidak mengenali sianu-sianu. Mereka lupa kepada pengundi yang memangkah menjana lonjak letakkan mereka ke DUN atau Parlimen, mendapat status yang disandang kini.
Ingatlah 4 atau 5 tahun anda pasti kembali kepangkuan kami yang bernama pengundi ini. Ingatlah sekali pun gigi anda lebih lembut dari lidah memohon ehsan, dan lidah petah memohon merayu kami untuk memangkah anda lagi, percayalah Member Parlimen atau ADUN yang menjadikan pengundinya sebagai rakit dan mangsa mereka mencipta kejayaan cita-cita agung pribadi mereka menuju puncak. Ingatlah sumpah ini Wallahi! Wabillahi! Watallahi! Aku tidak akan memangkah anda lagi sama ada anta calun Pakatan Rakyat dari PKR, PAS mau pun DAP santun dan stop.
Telah 8 bulan berlalu ramai dikalangan mereka yang berbulan madu tidak kembali mengadap dan mengambil tahu detail masalah rakyat dan pengundi mereka. Susahkah mereka? Menderitakan kah mereka? Bagaimana sakit hidup mereka? Ambil tahukah anda, caknakah sebagai wakil rakyat? Jangan sampai rakyat keciwa dengan anda. Anda wira dan hebat di Parlimen. Anda wira dan hebat di Dewan Undangan Negeri? Bagus, baik Alhamdulillah.
Tetapi dalam masa yang sama anda wajib lebih segala-segalanya dalam berdepan dan menghadapi menangani santun dengan rakyat dan pengundi yang telah berjasa besar mengangkat dengan memberi pangkah undi kepada anda, membolehkan anda menjadi Ahli Parlimen dan Ahli DUN/Exco. Wajiblah anda kembali kekawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Kerana disitu rakyat dan pengundi menunggu dan merindui anda.
Untuk apa? Menyelesaikan masalah secara bersepadu diantara MP dan ADUN. Itu harapan pengundi, tunaikanlah. Jangan pengundi kembali pangkah parti tok nenek puaka bulu BN. Bukan tolak sana, tarik sini menjawabnya melepas diri dan melepas leher menjawab.
Keduanya suasana dirinya memerlukan pandangan dan nasehat, ketika itu masanya telah terlewat dan sudah tidak bermanfaat lagi kerana masa telah menentukan setiap sesuatu yang terjadi ianya bergantung diantara tanam dan tuai. Penyeselan dan airmata darah, sudah tidak menyebelahinya kerana keadaannya telah parah yang sedang menuju punah. Penasehat dan pemberi pandangan sejati tidak lagi sudi untuk memperbetulkan kesalahan butatuli mulanya yang merosak dan menjahanamkan empunya diri. Saya sedang memerhati ramai dikalangan ahli politik negara sedang berada dalam kelas dua ini.
Tatkala seperti telor dihujung tanduk, ketika itu barulah nampak sejadah, surau, anak yatim dan sebagainya. Air mata naga penyeselan bertaburan di Kopi house. Berazam untuk kembali kepangkal jalan. Pangkal jalan sudah jauh meninggalkan dirinya. Semut, kelicap, babi tanah sudah jauh pergi kerana mereka telah memperoleh apa yang dihajati tatkala kita lupa diri mabuk puji dan pantang menerima sanjungan yang hakikatnya pancungan dirinya pada masa akhir.