Thursday, October 15, 2009

INTIPATI DARI PWTC 15 OKTOBER 2009

2.15 Petang KHAMIS 15 OKTOBER 2009

INTIPATI DARI PWTC 15 OKTOBER 2009

SATU TIRU/SONGLAP dan SATU MAU BERUBAH

Jelas Presiden UMNO Malaysia DS Najib, sama ada sengaja, tersilap atau terlupa, terlepas pandang atau sememangnya dalam pengetahuan tiru, kerana unggapan keramat yang PAS gunakan iaitu PAS FOR ALL, kini dengan resminya Najib dalam EGM UMNO sedang berlangsung sekarang mengikraf benar lagi betul unggapan keramat dari lidah sekelian Pemimpin PAS bermanfaat dan bersifat nasional dan sejagat diterima serta ditiru UMNO tanpa malu.

Jadi nungan kulat selama ini, HIDUP MELAYU!! HIDUP UMNO!!! HIDUP MAHATHIR!!! HIDUP PAK LAH dah berkubur. Maka demi untuk bangkit mendapat kepercayaan rakyat dan pengundi kepada UMNO, sekalipun diatas dasar tiru dan meniru, kerana idea yang bernas telah mandul dan pupus dikalangan pemimpin dan pemikir UMNO, tiru apa sangat dosanya, sekadar malu muka sahaja jadi UMNO/Presidennya Najib terpaksa tiru KATA KERAMAT dicetuskan PAS dirogol oleh Presiden UMNO secara resminya di EGMnya dengan kalimat baru UMNO FOR ALL.

Saya simpulkan ini SATU TIRU, untuk pengetahuan SATU MALAYSIA akan SATU TIRU kalimat dan unggaban KERAMAT PAS, Alhamdulillah PAS betul untuk selama-lamanya.

Berubah dan mau berubah, skop orang ramai yang nak masuk dalam UMNO. Ya!!!!! Kena ubah yang selama ini masuk UMNO kerana ‘NAK CARI MAKAN’, skop dan matlamat orang ramai terhadap UMNO khususnya pemimpinnya adalah silap dan salah masuk UMNO kerana NAK CARI MAKAN. Pantas dan segeralah berubah seruan tu sebelum PRU13. Dari skop masuk UMNO ‘NAK CARI MAKAN’ kepada MASUK UMNO MEMBINA KEKAYAAN WALAU APA CARA’.

Berubahlah kita, sila kita UMNO terima selogan keramat PAS menjadi tiruan kita untuk menyaingi kemaraan PAS macam roket itu.

2.35 Petang- Acah-acah MINDA.

Dari : IBN ABDULLAH AL AWAB