Tuesday, October 27, 2009

CELCOM - DIATAS ALPA DAN LALAI MENJANA PERKHIDMATAN KEPADA PENGGUNA (Ui-DT 3G USB MODEM).

3.00 Pagi 18 Oktober 2009 Ahad 29 Syawal 1430

CELCOM - DIATAS ALPA DAN LALAI MENJANA PERKHIDMATAN KEPADA PENGGUNA (Ui-DT 3G USB MODEM).

(Saya rencanakan masalah ini seperti masa dan tarikh diatas. Entahlah bila masanya saya dapat kemudahan internet menerusi internet dari Celcom dapat saya lepaskan bersekali beberapa rencana lain untuk tatapan info. Sedangkan fee perkhidmatan guna dilangsai inikah balasan khidmat macam pangsai terhadap pengguna)

Dalam keadaan ghairah syarikat-syarikat buaya, geruda dan naga yang mendapat hak lesen memonopoli dan menguasai perkhidmatan multimedia iT cyber dalam negara. Mereka bertindak menggorak membuka dan kembangkan kepak menerusi promosi gergasi yang bersungguh-bersungguh dan serius. Akhirnya tambor yang di gembor-gemborkan itu mampu memperdayai menjerat serta memikat rakyat menjadi pengguna yang dipekenakan mereka, potong TM Net potong Stremyx, termasuk saya terpedaya, lanie menjadi mangsa.

Perlumbaan dikalangan pemegang pemilik multimedia ini untuk mendapat sebanyak-banyak-banyak mungkin pertambahan pengguna disetiap saat masa berlalu. Dalam keadaan sedia pun perkhidmatan yang dipersembahkan dijanakan kepada pengguna dan rakyat disepara mudah dan sempurna. Pergerakkannya macam kura-kura tua berumur 54 tahun. Apalagi diatas promosi tersebut mereka mampu mendapat 10 kali ganda pengguna, dengan kemudahan mampu bekalan multimedia diatas kapasiti yang sama. Mudahnya difahami umum, seperti kereta “Kancil” dengan 1,000 penumpang. Dapat tampungkah beban dan muatan penggunanya? Atau sekor kambing di sembeleh, panggilan khenduri 10, 000 orang dapatkah gulai kambing sekor di makan 10,000 yang hadzir?

Maka nyatalah syarikat-syarikat buaya, geruda dan naga yang mendapat hak lesen memonopoli dan menguasai perkhidmatan multimedia iT cyber menganjurkan penipuan kepada pengguna dan rakyat mendapatkan perkhidmatan terbaik, terancang. Mereka lalai dan leka menafi intigriti diluar persiapan penuh mereka yang bertanggungjawab dan profesional dalam menyerlahkan kepada pengguna. Menterjermahkan dengan pantas keatas pengguna-pengguna dalam melayari internet sedangkan wang dilaburkan membeli anu mereka dan membayar fee penggunaan perkhidmatan bulanan. Sedangkan layaran internet hampir sifar diperolehi.

Justeru apa yang dapat digambarkan disini, nyatalah Celcom cemerlang dapat berganda-ganda penambahan pengguna yang menjadikan mereka kaya raya mengira untung perniagaan angin, perniagaan maya. Celcom bersetuju atau enggan mereka telah menipu pelanggan dan pengguna dengan hebat sekali pun mereka bariskan sejuta hujah menafi benar adalah benar apa yang pengguna alami kini. Samada sedar atau sengaja mereka membiarkan berlanjutan fenomina serba parah melayari internet yang bertentangan dengan semboyan Celcom bijak merayu melalui agen-agen pekena pengguna menukarkan dari jenama awal juga dalam milik saku mereka juga.

Teruja dan terpengaruh longlai hasil latihan besar kepada agen-agen jualan dari Celcom makanya saya membeli Ui-DT 3G USB MODEM pada 3 Julai 2009 dan fee bulanan CUKUP ok dilangsaikan untuk ganti guna Syremix yang bermasalah lambat mendapat talian sebelumnya mengguna TM Net. Tetapi macam haram ............ dan parianya, payahnya saya mendapat layarkan internet hasil tukar kepada Ui-DT 3G USB MODEM walau di mana-mana masa dipusingan masa 24 jam. Kalau di hetongkan pernah sebulan haram berfungsi untuk dilayari, tidak sampai 48 jam dapat saya melayari internet. Apalagi disaat pergerakkan saya yang terbatas untuk keluar rumah ke SP atau ke PP sulit dan payah.

Awat Celcom macam ni, pelehap duit pengguna, janji perkhidmatan yang terbaik dari jenis lain disusuli tipu perkhidmatan, hatta lebeh koman dan lekeh perkhidmatan yang saya terima dari Celcom diatas guna internet yang dah menjangkau 3 bulan saya berdepan. Saya tidak halal dan saya tidak redza setiap kepiang, setiap kupang fee saya bayar kepada Celcom tanpa saya menerima dan dapat perkhidmatan terbaik dari Celcom tempoh 24 jam menggunanya selepas rencan saya luah yang lama dipendam. Satu tipu terus tipu, mana janji yang perkhidmatan Ui-DT 3G USB MODEM lebeh baik dari yang lain, auta, poorah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saya telah hampir 3 bulan gagal melayari blog secara konsistan, e-mail teman kawan khasnya membalas e-mail, hatta terpaksa membuat catat rencana disinggah simpan dalam dokumen. Tak tau masa bila pula dapat layar internet untuk masukkan rencana kita yang telah ketinggalan masa dan menjadi basi lesi. Apa macam Celcom happy mendengar berita cepu mas ini?. Itulah fenomina saya hadapi wahai Tuanku Celcom!!!!!! Atasilah segera jangan macam lipan melompat mencari alasan diatas kegagalan keatas pelangan. Bukan pelan-pelan dapat layari tapi berbulan tak berfungsi, wajib di hindari.

Wahai penguasa dan pemilik CELCOM, atasilah masalah besar ini, jangan sampai pengguna menyumpah, takut-takut ada yang lidah dari mulutnya masin di sisi Allah, macam mana orang tua-tua kata, kot-kot musibah berganda-ganda melanda CELCOM bukan SATU MASALAH DIHADAPI, NABIL LAWAK kata “Kau pikirlah sendiri”. Kata Celebriti Ustazah DSN “Anda buat; anda dapat”. Kalau itu anda tipu andalah sifu.

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

3.33 - Pagi 18 Oktober 2009 Ahad 29 Syawal 1430