5.25 Petang 8 Oktober 2009
PANTUN PRK N.31 BAGAN PINANG
Beruk tenggiling mati terkangkang
Kembar biawak di pohon celagi,
Azeez Baling buka gelanggang
Lakunan pelawak di ulang lagi.
Turun ke sungai mencari lokan
Lungguk lokan di simpang jalan,
Ketua Putra UM no menipu sakan
Bohong sedunia kena pukulan.
Bisa keris bengkak bernanah
Bengkak pecah nanah berlinang,
Retorit Najib PM berkecai punah
Sah meledak di Bagan Pinang.
Dayung sampan ombak beralun
Sampan terterap jatuh terlentang,
SATU Malaysia SATUlah calun
UM no tunduk di Bagan Pinang.
Subuh hari keluar mendulang
Memusing dulang kiri dan kanan,
Calon kitaran diusung dijulang
Setelah berjaya lakukan tekanan.
Bela lembu di Pekan Changlun
Lembu di bela secara pawah
Isa Samad dikitar dicalun
Untuk langsai pesaka rasuah.
Buat baik berpada-pada
Kerat bersabit peruak luka,
Modal Isa cerita lagenda
Ugut Najib rahsia nak buka.
Kemelut bangsa bohjan bohsia
Berkembang rosak jadi masalah,
Isa dan Najib menyimpan rahsia
Sama bermadah sama berhelah.
Beli santan di markit Kangar
Santan di masak di buat wajib,
Amaran Tun Dir, Najib tak dengar
Calun balas budi pilihan Najib.
Lemah gemalai canggung di tari
Berpusing bergolek di atas jerami,
Pengundi Bagan Pinang bijak bistari
Calun rasuah UM no sungkur kebumi.
Bersepatu kayu mengelilingi desa
Berbatu kelikir raga rotan mano
SATU MALAYSIA, SATU UNDI X ISA
SATU MALAYSIA, SATU UNDI X UM no.
Bersejarah berjasa Masjid Zahir
Gema azan berkumandang beralun,
Pesan Tok Guru pesan Tun Mahathir
Jangan undi UM no, ISA rasuah dicalun.
Tanam pinang membajak padi
Pohon mentalun patah dahan,
Pengundi Bagan Pinang bijak mengundi
Calun PAS Zulkifly MO menjadi pilihan.
Pantun N.31 Bagan Pinang
Oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB
Jumaat 7.10 pagi : 9 Oktober 2009