Tuesday, October 6, 2009

UM no + BN LETAK CALUN : UMPAMA KENDURI KERBAU CURI.

9.12 Malam - 16 Syawal 1430 (ISNIN) 5 Oktober 2009 I

PRK N.31 BAGAN PINANG

UM no + BN LETAK CALUN : UMPAMA KENDURI KERBAU CURI.

BIAR HARAM ASALKAN MENANG – HARAM BERFUNGSI DI AKHIRAT, MENANG UNTUK SEKARANG.

YAB DS Najib Presiden UM no Malaysia + Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri Ke 6 negaraku Satu Malaysia. Parti UM no pimpinannya yang telah di adili oleh rakyat dan di adili pengundi, dengan mencipta dan mencapai kegemilangan kalah dan tewas 7 – 0 tersungkur dalam referendum suara rakyat dalam PRK di Semenanjung. Kejayaan puncak kalah secara berterusan dan berurutan selepas PRU12 yang lalu. Diatas retorit semboyan SATU Malaysia maka SATU lah juga partinya mencapai kemenangan yang tidak gelemor dan lokaliti yang tidak berprofil tinggi di SATU batang di PRK Batang Ai di Sarawak yang merdeka !6 September 1963 menerusi Persekutuan Tanah Melayu.

Setelah SPR senget bias membantu parti pimpinan YAB DS Najib untuk tempoh sementara berjaya menafikan PRK di Kedah yang amat negeri untuk UM no menghadapinya. Sekalinpun untuk mempertahankan tapak kemenangan bukan fungsinya untuk merebut dan menawan Kapar atau Kadun di PRK. Disaat itulah juga Allah buka jalan dan tunjuk jalan bagaimana UM no + BN khususnya Presiden dan Pengerusinya jalan lompong dan terbuka di N.31 Bagan Pinang, Port Dickson Negeri Sembilan. N 9 merupakan negeri yang hampir tumbang bertukar tangan pemerentahan selepas 8 Mac 2008 di PRU12 dulu. SATU negeri yang UM no + BN memerentah dengan majoriti mudah.

Besar sungguh kekuasaan dan ketentuan Allah untuk melihat benar atau pelawak Presiden UM no – Pengerusi BN merangkap PM Ke6 SATU Malaysia yang telah beretorik untuk menghadapi membenteras rasuah secara total dan tuntas dalam parti dan dalam kerajaannya. Menjelang 100 hari sebulan atau dua bulan menjawat PM6, bukan Galas di Gua Musang yang UM no taram dan nakkan PRK berlaku tetapi Adun dari Kadun N.31 Bagan Pinang dari UM no ditentukan Allah meninggal dunia iaitu YB Azman Mohamad Noor (al Fatehah untuk Allahyarham). Maka dalam keadaan itulah UM no Malaysia, UM no Negeri Sembilan khususnya UM no Bahagian Port Dickson, terbuka dan terdedah menghadapi PRK samada ia mau atau mengaku kalah sebelum bertarung seperti PRK Dun Penanti dulu.





Sahlah fenomina takut menghadapi undi dan sokongan rakyat dalam PRK oleh UM no + BN terpaksalah juga beraksi di N.31 Bagan Pinang. Walau dikala dalaman dan luaran UM no + BN tersebut berserabut sarat dan melimpah dengan virus selesma bahaya phirana. Yakni pertembungan perebutan menjadi pemimpin dalam komponan parti-parti BN yang utama dari UM no, MCA, MIC, PPP dll parti.

Disini saya melihat dengan penuh minat, betapa Allah itu sememangnya menguji Presiden UM no + Pengerusi BN juga PM6 SATU Malaysia, adakah Najib jenis manusia bernama pemimpin yang bikin serupa cakap, atau cakap diluar bikin dengan lidah berlapis lagi bercabang. Yakni dalam mengota dan menterjermahkan menjadi realiti kepada azam kepimpinannya untuk membenteras rasuah dalam partinya dan kerajaan diterajuinya menjadi lasam dan kusam. Seiring dan selarikah dengan retorit yang diledakkan atau sekadar semangat tahi ayam disajikan Najib kepada rakyat dan negara.

Sebab itulah Allah sengaja pilih letak duduk jadinya PRK di satu lokaliti yang kepimpinan bahagian UM no-nya yakni UM no Bahagian Port Dickson adalah spesis pemimpin yang mengamalkan rasuh berprofil tinggi dalam kepimpinan UM no Malaysia Top3, bukan pemimpin UM no di peringkat kaki lima terpalit rasuah. Kematian Adun UM no dari Dun N.31 Bagan Pinang yang berada dalam Kapar Port Dickson yang mana Ketua Bahagian UM nonya, SATU Malaysia dan SATU donia tahu benar adalah pelibat dan kaki rasuh. Iaitu batang tubuh mantan MB N9 22T dan mantan Menteri Wilayah Persekutuan yang pendek memegang jawatanya.

Melalui kesalahan rasuah dilakukan TS Isa Samad tersebut, makanya UM no bertindak secara bersendirian menghukum TS Isa direntap dan memecat jawatan kabinet dan gantung keahliannya dalam UM no kerana rasuah dilakukannya. Jasa dan dana rasuahlah seluruh ahli-ahli UM no menyakini dan membenarkan menghasil lonjakkan kepuncak TOP3 haraki kepimpinan kanan UM no dalam pemilihan parti UM no beberapa tahun yang lepas. Siapa dia orangnya yang terlibat rasuah dan disingkirkan dari UM no dan kabinet? Jawabnya dengan tegas dan berani, usaha tkut dan gentar, jawapannya adalah TS Dato’ Isa Samad mantan guru beberapa tahun di SDAR Seremban dahulu.

Semua kesalahan rasuah profil tinggi dikalangan pemimpin-pemimpin UM no, UM no menggunakan dawaan siasat dalaman mereka sendiri sekalipun salah mereka kebal dari diheret kemahkamah dan dilakukan pendakwaan untuk mendapat keadilan. Itulah cara war-war drum paluan UM no dalam membersih rasuah dikalangan mereka. Rakyat dan saya tidak menudoh. Tengok keistemewaan terpilih dilindungi keatas DS Ali Rastam KM Melaka juga mengamal rasuah untuk menjadi pemimpin dalam UM no. Menantu mantan PM5 Tun Lah Badawi iaitu YB Khairy menang jawatan atas rasuah menjadi KP UM no jua terlepas dari tindakkan mahkamah negara.

Sungguh-sungguh bias dan senget SPRM dalam menjalankan urustadbir pendakwaan. Kuman dalam PR diperbesarkan saiznya menjadi trilion untuk disabitkan kesalahan. Tetapi kesalahan terang kepimpinan UM no + BN sekalipun sebesar kapai selam, seluas pelabuhan PKFZ, SPRM buta dalam termasuklah istana toyol yang di bina oleh mantan Datuk MB Selangor sebelum 8 Mac 2008 yang lepas dan banyak lagi tak perlu saya cemarkan memuat turun disini kerana UM no dan pemimpinya bukan dari jenis takut Allah dan takut akhirat.

Diatas semangat roh rasuah yang melilit dan membelit berpaksikan ketuanya cap rasuah TM dan PATEN RASUAH. Maka dalam kawah raksaksa rasuah himpunnya kisaran dan kitaran pemimpin dan yang dipimpin dari jenis RAP = Rasuah Angkat Pemimpin. Justeru diatas landasan itulah untuk peganti calun N.31 Bagan Pinang, penghuni kawah raksaksa ini terlebih dahulu mengugut dan mengigit UM no Malaysia, UM no N9. Sekiranya calun N.31 Bagan Pinang bukannya batang tubuh bernama TS Isa Samad maka jung, kuncu dan juak-juak beliau telah sekawah memutuskan untuk UM No bahagian Port Dickson memutuskan tuntus pulaukan PRK N.31 Bagan Pinang, sebagaimana Najib pulaukan PRK Penanti dulu.

Maka Najib Presiden UM no SATU Malaysia + Pengerusi BN terpaksa buang mati pak; telan mati mak diatas dasar membalas budi lama dan jasa besar TS Isa kepada Najib sebagaimana diperkatakan orang yang ceritanya menjadi cerita kelasik dan lagenda. Tidak perlu sintuk dan tidak perlu limau maka calun tunggal SATU itu terpaksa seperti UM no memikul biawak hidup diperagakan menjadi calun N.31 Bagan Pinang disaji dipersembahkan kepada rakyat dan pengundi bersih sebagai hidangan khenduri Aidilfitri. Seolah-olah lembu curi itu diseliat tengkoknya untuk santapan jamuan kepada rakyat pada hari Ahad 11 Oktober 2009 dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Dengan sahnya TS Isa menjadi calun kepada parti UM no + BN dalam PRK N.31 Bagan Pinang, maka ianya menjadi lengkap dan pelengkap untuk pengundi dan rakyat dari di luar ahli UM no maupun ahli-ahli UM no yang merasai berfikir, mereka tidak akan membiarkan mereka bersama-sama memberi sokongan dan mengimarakkan pengesahan pengundi dan rakyat dalam rasuah yang cuba dibiakkan seluruh Dun Bagan Pinang. Calun yang serabut masalah pribadi
yang muflis disisi Allah tidak wajib disokong. Kalau pengundi Permatang Pasir dalam PRK baru-baru ini mereka kelongkangkan calun yang UM no sediakan dikalangan muflis pribadi dan akhlak, maka pengundi Bagan Pinang jejaklah seperti pengundi Permatang Pasir.

Kini, dulu dan sampai bila-bila, UM no telah tandus dan pupus pemimpin yang beretika dan berakhlak mulia, maka pemimpin dari jenis rosak luar dan dalamnya menjadi pilihan pucuk pimpinan UM no dikemukakan sebagai calun dalam PRK N.31 Bagan Pinang samalah seperti calun serabut pribadi di letakkan di PRK Permatang Pasir baru-baru ini. Rakyat dan pengundi UM no mengajak bersekongkol, bersama-sama bergelomang diri dengan menyokong rasuah dan menyokong pribadi buruk untuk memimpin orang-orang baik, jauh berakhlak baik dari calun yang sengaja disajikan kepada pengundi. Apakah erti semuanya ini?

Samada TS Isa Samad disahkan sebagai calun mewakili UM no + BN di PRK N.31 Bagan Pinang dipersetujui oleh YAB DS Najib kerana membalas budi baik satu masa dulu sebagaimana heboh diperkatakan dan kini kembali segar bugar disebut. Atau kerana Najib dari jenis pemimpin yang menjadi Presiden UM no + Pengerusi BN dari jenis kelas koro takut berdepanan dengan ugutan seperti mafia dari kuncu-kuncu TS Isa, kalau bukan aku (TS Isa) dinafikan calun dalam PRK N.31 Bagan Pinang untuk kembalikan aku di posisi asal di kerusi MB N9. Yang mana Isa dan kabilahnya akan pulaukan dan tidak akan memberi kerjasama dan hulurkan kerjasama kepada UM no + BN sekiranya calun bukannya Isa. Itulah delima batu beracun dihadapi Najib dalam memenuhi menangani calun Bagan Pinang ini.

Selain dari itu mungkin inilah jantan sebenar Najib menghadapi bertentangan dan berlawan dengan jaja Tun Dir, jangan sekali-kali TS Isa Samad yang rasuah dijadikan calun UM no di PRK N.31 Bagan Pinang kerana ianya menjadi umpama virus selesema babi H Satu (1) N Satu (1) atau virus babi juga selesema Nipah JE semasa Isa menjadi MB N9 dulu, bahawa TS Isa adalah PAHLAWAN TERBILANG, PENDEKAR IBU GELANGGANG, ianya masih gagah perkasa tari silatnya dan murid pengikutnya masih ramai setiakawan. Sememangnya barangkali niat Najib terbayang, bahawa TS Isa sajalah yang mampu dan terdaya menang di Bagan Pinang kerana TS Isa umpama hanturaya yang sentiasa menjamu juak-juak peliharaannya dan tidak makan tuan. Itu diantara mungkin difikirkan Najib untuk menyelamat dan kembalikan maruah UM no walau melalui titian najis rasuah. Eeeeeehhhhhhhhhh, macam tu kaaaaaa.

Apabila persepsi rakyat dan pengundi tidak berpehak kepada TS Isa dan UM no sebagai calun mampu mempertahankan N.31 Bagan Pinang, kerana bukan busuk rasuah membelit, tetapi satu demi satu musuh Isa dikalangan UM no telah membuka tempayan cencaluk dan guri budu tentang TS Isa, sama seperti Rohaizat calun UM no di Permatang Pasir. Sudah 4 hari kerja UM no adalah membersihkan Isa, melindungi Isa dan membetulkan Isa hatta Najib terpaksa menjawap soalan dari penuntup bertanya apakah kewajaran Isa yang rasuah itu dijadikan calun kitar semula di PRK N. 31 Bagan Pinang. Makanya Najib sendiri secara solo terpaksa menjawab macam guru dewasa di dewan orang ramai tahun awal 60han dulu berdepan dengan datuk nenek kita bersekolah ketika tinggal gusi dan haidnya telah putus.

Ertinya UM no sengaja meletakkan calun yang bermasalah, rasuah dan pelbagai masalah lagi, untuk dijadikan seruan pelengkap calun kalah kepada UM no + BN yang hakikatnya UM no + BN sebenarnya untuk melihat calun dari PAS yang mewakili PR untuk terus mencapai kemenangan. Itulah hakikatnya. PRK yang dilalui, untuk kesempatan pemimpin-pemimpin kecil dan JKKK, inilah peluang mereka untuk sauk dan mendapat peluang benda, upah dan songlap sebagaimana sering dikalangan mereka mengkhabarkan kepada kita, betapa peruntukkan ditelan di perengkat atas dan yang mengalir kebawah adalah yang basi dan bekas tapak kaki naga dan buaya sahaja.

Mahukah rakyat dan pengundi beretika dan pengundi bersih sanggupkah menjamah dan makan ketul daging lembu curi yang digulaikan oleh UM no + BN sbagai hidangan kepada pengundi khusus dan khasnya juga rakyat di N.31 Bagan Pinang sempena memenuhi dan meraikan PRK tersebut? Jadinya, kepada pengundi-pengundi fikir-fikirkanlah tergamakkah anda memakan bangkai dari lembu curi disedia, disajikan oleh UM no khususnya Najib kepada anda? Pengundi serta pemilih yang waras, yang berakhlak pasti tidak mau menjadikan sajian tersebut menjadi darah dagingnya dengan menafi dan tolak terus kenduri lembu curi dari UM no pada PRK N.31.

Maka alternatifnya adalah kita sama-sama meraikan meramaikan dengan muafakat bulat memilih untuk memakan khenduri yang lembunya dari yang sehat, bebas dari segala penyakit rasuah dan bebas dari penyakit yang kronik, yang kelak akan menjadi darah daging yang baik dengan mengundi calun PAS dari PR dengan memangkah memilih calun dikemuka disajikan PR dari calun PAS yakni Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan iaitu Saudara Zulkefly Mohamad Omar bukan calun kitar semula-recycle seperti TS Isa Samad.

Renung dan fikirkanlah.

Rencana disiapkan oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB

Siap 1.50 pagi – 6 Oktober 2009