Sunday, October 4, 2009

KAPAL PECAH YU KENYANG

PRK N. 31 BAGAN PINANG
(Kita kupas, kita selinaq)

Satu Negara, Malaysia Satu menerusi bedilan semboyan yang acapkali berulang di media kurang lebih “Rakyat didahulukan rakyat diutamakan”. Lagenda UM no+BN yang disahkan dikalangan mantan pemimpin agung mereka dan veteran parti mereka sekian kali memperakui dengan dakwaan UM no yang mengamalkan rasuah dulu, kini dan seterusnya sedang berada dirubing titik akhir kemusnahan, pupus mandul dinafikan rakyat dan rakyat menolaknya 7 - 0. Fenomina ini bukanlah fitnah dari musuh lawan politik mereka tetapi disah diperiakan sendiri secara terbuka olehmantan presiden dan mantan PM dari UM no sendiri. Hinggakan tempoh 54 tahun menjadi ngeri dan takut dikalangan pemimpin UM no, yang mana UM no + BN akan menerima akibat dan nasib yang sama seperti parti LDP di negara matahari terbit Jepun, menjunam bungkus terbenam ditolak rakyat dan pengundi, bau-baru ini.

Lembu tidak beranakkan sapi, tetapi sapilah menjadi umang-umang memperalatkan lembu sebagai rakit dan banir penitiannya. Sebaik mendaki puncak menjadi pemimpin utama negara sebagai PM6 DS Najib pun bermadah sama tidak mau kebelang dan ketinggalan. Maka dari spesis baka dan benih yang sama, maka samalah seperti madah mantan-mantan Pesiden Um no + PM Tun Dir dengan semboyan Negara Maju 2020. Manakala disusuli mantan yang sama dengan beduk dan paluan gendang raya termasuk kong-kong gema ISLAM HADHARI oleh Tun Lah Badawi.

Kedua-duanya semboyan Negara Maju 2020 dan paluan gendang raya Islam Hadhari tersebut di era Malaysia Satu - Satu Malaysia telah mulai dilupai, tidak lagi menjadi sebutan dan terdapat unsur-unsur menafikan sekarang oleh pengembala pengendali baru, pengubah baru dan lirik baru serba satu untuk negaraku diatas dalam rumah usang yang penghuni kian melarikan diri, berentap berkeris dan sebagainya seolah-olah bertepatan dengan ramalan dan firasat TPM lanie TS MY yang memperakui tenatnya UM no yangberada dipenghujung titik terakir untuk sampai pupusnya menjelang PRK13 kurang dari 3 tahun dari sekarang.

Yang saya nampak dan pasti sampai kemati saya tak lupa, yang akur dan respon menyambut dan menyambar pantas terhadap seruan keramat PM6 DS Najib dengan ledakkan (tidak C4 yang kecaikan Altantuya gadis Monggolia) SATU MALAYSIA adalah sumber dari luar negara dan dijana subur dari sumber dari dalam sampai lanie, cukup menunjol sambutannya keatas SATU MALAYSIA dengan virus SELESMA BABI – H Satu (1) N Satu (1).

Diatas semboyan SATU MALAYSIA digazetkan oleh Presiden UM no dan Pengerusi BN sekarang iaitu YAB DS Najib. Makanya untuk menghadapi SATU pilihanraya kecil PRK di Negeri Sembilan yang PRK ini menjadi badi tegar ngeri dan ketakutan total UM no+ BN menghadapi dan berdepan dengannya dan terpaksa juga berdepan disebabkan kematian pemegang ADUNnya dari Umno + BN di N.31Bagan Pinang. Ini merupakan ujian getir kepada UM no + BN, silap-silap ditangani pasti ianya akan menjadi pandir dan lendir.

Seruan keramat, semboyan keramat SATU MALAYSIA, maka SATU CALUN, calun tunggal gerhana ganti yang seiras fael gawat bercawat yang serabur masalah cencaluk sebaldi akhlak pribadi. Yang sanya hanya SATU sahaja, satu-satunya yang terdapat dalam kabilah dan kamus UM No Bahagian Port Dikson, Negeri Sembilan dan Malaysia Satu yang sudah terhakis dan tidak terdapat selain dari calun ini malainkan SATU-SATU juga calun UM no terdapat di muka bumi Batang Pinang iaitu CALUN KITAR SEMULA yang umpama akar serabut mampu UM no + BN dipersadakan kepada sekelian pengundi dan rakyat bersih Bagan Pinang.

CALUN KITAR SEMULA ini adalah disah digazet diiktiraf bertaraf lima bintang pemimpin Top5 (sebutlah saja tupai) mengamalkan rasuah hinggakan mantan Presiden UM no, mantan Pengerusi BN jua mantan PM4 Tun Dir, sekali-kali jangan CALUN KITAR SEMULA dijadikan calun beban umpama Gunung Ledang untuk rakyat tolak kambus UM no di Bagan Pinang dibebani, akhirnya kesan bahannya UM no akan pupus dalam PRU13 nanti. Itu adalah kalimat dari Tun Dir, sentaro dunia kenai sungguh sapa Tun Dir ini hatta namanya mewangi setanggi di Zambawei Afrika sana.

UM no + BN yang sarat dengan sampah dari genetik rasuah, kes agen KM Sabah Musa Aman yang bergelora berombak bersekali badi usung kepala lembu oleh juak-juak Um no + BN di Shah Alam, kudeta di Perak, Ketua BB BN dengan menteri kanan BN dari MCA pasai rasuah RM10,000,000.00 tunai diantara tuduhan dan menerima dan sama-sama mengaamal rasuah dan berbohong di parlimen, penyelewengan rasuah terbesar dicatatkan negara oleh UM no + BN di PKFZ dengan modal dana negatif 7 – 0 tumbang menyungkur di PRK-PRK selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lepas. Itulah modal besar UM no + BN menemui pengundi di PRK N.31 Bagan Pasir pada 14 Oktober 2009 Ahad depan.

Hatta dengan kelebihan calun kitar semula yang pengamal rasuah dan tukang kempennya melalui lubang yang sama dari UM no + BN ini, modal inilah seruan dan deru PM6 DS Najib merayu pengundi calun terbaik, terutama, terpilih, ialah intan, ialah berlian ialah calun kitar semula untuk anda semua budiman pengundi bersih.

Jadi, saya berseru, janganlah menimbang pangkah anda tersebut dengan menggunakan timbang DACING yang menjadi simbul BN yang kerajaan Malaysia jaman PM Tun Dir haramkan guna DACING diganti guna timbangan KILO. Gunakanlah akal fikiran yang waras dengan fikiran bertanggunjawab menafikan untuk bersekongkol menolak parti dan calun RASUAH dari BN. Kerana calun alternatif dari PR diwakili PAS adalah calun yang bersih sama seperti anda, justeru fikir-fikirkanlah.

Rencana ditulis oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB

10.10 pagi - 15 Syawal 1430 Ahad
4 Oktober 2009