Sunday, October 4, 2009

JAMUAN AIDILFITRI BERSAMA EXCO

6.10 Petang : 15 Syawal 1430 AHAD 4 Oktober 2009 JAMUAN AIDILFITRI BERSAMA EXCO YB USTAZAH HAJJAH ASHAH BINTI HAJI GHAZALI Itulah satu-satunya saya menghadirkan diri dalam meraikan Syawal 1430 di pertengahannya di Majlis Jamuan Aidilfitri yang diadakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Ustazah Ashah Binti Haji Ghazali, juga merupakan Adun untuk Kadun Merbau Pulas. Hadirnya saya kerana bersungguhnya teman mengajak. Dan itulah pertama kali saya dimajlis seumpama itu. Kami sampai di Pekan Padang Serai dan tiba di dataran Masjid Jamek Al Najah Pekan Padang Serai tepat 2.20 petang. Saya berkesempatan bertemu sapa dengan teman-teman yang pernah memimpin PAS Cawangan Pekan Padang Serai dan diantaranya mereka yang melibatkan diri dalam PRK Lunas. Sambil berbincang dan bertukar maklumat, meninjau untuk mendapatkan info perkembangan diri mereka masing-masing. Di luar pengetahuan saya adakah majlis jamuan Aidilfitri yang diadakan di dataran Masjid Jamek Al Najah itu dibawah kendali PAS Kawasan Padang Serai dengan kerjasama PAS Cawangan Pekan Padang Serai atau atas nama Adun dan Exco. Walau apa-apa pun majlis Aidilfitri tersebut berjaya dan mendapat sambutan dari rakyat dan pengundi Dun Merbau Pulas dan Parlimen Padang Serai, Alhamdulillah. Ketika mana saya sampai dan memerhatikan kehadirannya ketika itu adalah puncak sehinggalah saya beredar untuk ke Sungai Petani saya anggarkan hampir 1500 pelbagai kaum hadir meraikan majlis Jamuan Aidil Fitri tersebut. Mungkin sehingga jam 5 petang kehadiran boleh mencecah antara 2000 hingga 3000 pengunjung. Saya sempat saksikan betapa bergembiranya anak-anak menerima sedekah wang raya Aidilfitri dari YB Ustazah Hajjah Aishah. Mungkin anak-anak yang menerimanya saya anggarkan diantara 400 hingga 600 kanak termasuklah pelajar dari Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Saya amat teruja melihat anak-anak bergembira sekali menerima sumbangan wang saku Aidilfitri dari wakil rakyat mereka. Kepada YB Ustazah terima kasih sesungguhnya. Saya yakin berjenis makan berat disediakan bersama-sama dengan kuih muih dan pelbagai jenis air minuman dan pembasuh mulut. Dengan pelbagai pantang saya tidak meninjau dikhemah-khemah makan, cukuplah untuk saya dengan air kosong yang mampu saya jamah. Maklumat teman dan kawan, sememangnya makanan yang diperuntukan memuaskan, sedap dan berkualiti. Saya hulurkan kalungan penghargaan tinggi kepada team yang kerjaselia makanan yang bertungkus lumus menyedia, menyiap untuk semua tetamu yang hadir, Alhamdulillah. Hasil kunjungan saya disamping sanjung dan puji yang wajib saya zahirkan seperti diatas maka kekurangan jua wajar diketengahkan agar tidak diulangi. Samada ianya terlepas pandang atau sengaja tidaklah saya nak pertikakan tetapi tempoh setengah jam (2.20 – 3.10 petang) DJ telah memperingatkan kepada yang hadir sebanyak 13 kali “Khemah yang tengah itu adalah dikhaskan untuk VVViP dan Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri”. Laungan ini amat jelik dan tidak sepatutnya dilaungkan beramaran begitu rupa. Apakah matlamat, roh dan falsafah Aidilfitri itu untuk dipisah dikastakan rakyat dan pengundi? Celoteh DJ tidak sesuai majlis di hadapan Masjid – Rumah Allah dan lagu rayu juga tidak sesuai dikumandangkan. Yang ketara sekali tertera nota “MAKANAN UNTUK NON MUSLIM”. Tentang ini saya keciwa terlepas pandangkah?. Apakah makan haram seperti babi atau jenis yang tidak disembeleh turut dihidangkan untuk tetamu yang tidak Islam? Sewajarnya hendaklah dinotakan dengan khemah ini makannya bebas dari sajian daging lembu yang menjadi larangan makan kepada sahabat kita dari India berugama Hindu. Saya tidak bertujuan rumah sudah pahat berbunyi. Walau apa-apa pun majlis tersebut adalah berjaya dan menyeluruh kehadirannya, Alhamdulillah. Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB 10.35 MALAM