5.15 Petang: Jumaat 9 Oktober 2009
PRK N.31 BAGAN PINANG
UM no TOLAK PIAWAI STANDARD :
GUNA RAWAI DAN DAWAI KETIKA PILIH CALUN.
Sekian-sekian kali UM no memerangkap dan menguji keutuhan dan kesetiaan pengundi dalam menerima total calun dalam PRU maupun di PRK. Dalam PRU12 yang lepas termasuklah PRK-PRK selepas PRU12. Calun yang diputuskan adalah calun-calun kroni yang bermasalah serabut dan berlengkar dengan akhlak yang rendah dan pribadi yang punah untuk pengundi yang lebih baik daripadnya untuk diangkat menjadi Ahli Parlimen atau Adun.
Maka calun serbanika penyakit kronik tersebut berdepan dan juga menghadapi tolakkan pengundi dan kecundang mendapat menang. Sekalipun himpunan kekuatan UM no perengkat negara, memperkudakan sepenuhnya dengan pelehap menjalankan buat-buat tak sedar dan merasai dengan macam-macam. Bukan SATU penyelewengan, tetapi penuh dengan penyelewengan legkap UM no mengguna secara rasuah harta benda kerajaan macam harta pesaka milik UM no. Di luar perasaan malu dan usahlah soal tentang dosa pahalanya, dalam kamus UM no semuanya no.
Dan kali ini gilran PRK N.13 Bagan Pinang, Negeri Sembilan terpaksa SPR mengadakan PRK untuk memilih Adun yang baru. dalam mengisi ganti calun UM no untuk PRK N.31 Bagan Pinang dan beberapa PRK yang lepas UM no berdepan dengan masalah untuk mendapatkan pribadi, batang tubuh calun yang bersih, berakhlak mulia, berintegriti untuk di nobatkan sebagai calun. UM no dipenghujung hayatnya telah pupus hatta mandul melahirkan generasi pelapis di kalangan yang bersih, berakhlak mulia, berintegriti.
Ianya telah menjadi beban besar dan halangan tegar kepada UM no + BN untuk mendapatkan calun. Iktibar serta contoh panasnya calun loya buruk dan ketaranya calun cabuk lagi serabut diri dan keluarganya tersendiri dan melibatkan kerjayanya. Selayak itulah termampu yang SATU calun terbaik dimiliki UM no Permatang Pauh, UM no PP yang UM no letakkan untuk pengundi pangkah di PRK Permatang Pasir baru-baru ini, Mashaallah, Astafirullah awat UM no letak calun perangai macamtu?
Sampaikan tergamak mantan Presiden UM no, Mantan Pengerusi BN juga mantan PM4 22T, Tun Dir (Dr Mahathir Mohammed) menuduh femomina rasuah wang dan rasuah dalam politik UM no berkembang biak ketika mana berlaku diketika mana Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan dirinya menjadi Presiden UM no, Pengerusi BN dan menjawat jawatan PM5. Tun Dir mendakwa orang yang terlibat dengan najis babi rasuah mendapat tempat menjadi calun dan berpeluang duduk kipas kerap, ampu angguk dalam kabinet Islam Hadhari. Cukup berat dakwaan Tun Dir dan memang wujud kebenarannya, itulah puncanya UM no + BN merosot dan menemui kekalahan besar dan di tolak rkayat semasa keputusan 8 Mac 2008 di PRU12 dulu.
Cuma Tun Dir terlajak tegur, semangat berkobar-kobar orang tua dengan marah lebih dan terlepas memberi amaran, pandangan dan ingatan, hakikat sebenarnya tok ki segala tok wan yang menjalankan rasuah adalah sifunya adalah Dr Mahathir sendiri. Ini dia lupa, atau ingat-ingat lupa oleh Tun Dir yang lanjut usianya. Sedangkan Tun Lah menerima pusaka dan melunasi faraid sepenuhnya yang ditinggalkan oleh Tun Dir kepada Tun Lah yang semuanya telah menjadi tulah kepada UM no + BN . UM no + BN sedang berada dititik penamat yang penghujung dipinggir dan rubir liang lehat tempat kedamaian untuk bersama-sama dengan parti LDP di Jepun ketika usia 54 genap penghujung kuasanya, dan UM no + BN mengekori setengah inci jaraknya dengan makam LDP. Saya yakin ini akan berlaku bila-bila dengan kehendak dan izin Allah.
Um no + BN sedang dihinggapi jangkitan virus kembar penyakit dari luar dan membiak beranak dari dalam umpama JE Nipah kepada JE Pinang, serta pula virus babi H SATU (1) N SATU (1) kepada SATU MALAYSIA, berdepan SATU Saloran, SATU Pusat Mengundi dengan perolehi SATU UNDI pengundi. Kenapa? Pengundi dan rakyat N.31 Bagan Pinang merealisasi PRK dengan respon keramat dan respon positif SATU, SATU, SATU, SATU, SATU, SATU, SATU, SATU undi sahaja kepada calun rasuah kitar semuala ‘recycle’ yang UM no letakkan sebagai penghinaan kepada pengundi dan rakyat Batang Pinang.
Lebih dari itu hakikat sebenarnya, PM6 DS Najib selaku kepala parti UM no dan kepala negara yang paling no wahid berkuasa mengeluar dan telah menjulurkan tajinya betapa ia berkuasa, ia perkasa memutuskan gerak kerja parti dan negara diluar bantu nasihat sesiapa, piiiii rrrraaahhhh hampa!!!. Justeru dalam tentu pilih calun di PRK N.31 Bagan Pinang, sememangnya Najib dah memperbodohkan rakyat sekali gus mendungukan pengundi jangan mempersoalkan calun yang dah aku tentu pilih di PRK N.31 Bagan Pinang.
Samada ia kaki rasuah, ia bekas banduan cap cabul betina, calun cap ayam Belanda atau cap kucing Monggolia, hampa pangkah, hampa sokong terima saja jangan sanggah keputusanku, taat kepada pemerentah Najib adalah wajib sabdanya, kira-kira begitu. Sapa hampa nak tegor ajar aku. Aku PM6 Presiden UM no; aku anak PM2 negara yang wibawa, Abuyaaaa!!! Abuyaaaa!!!
Saya mengulangi disini mengatakan Presiden UM no SATU negara Malaysia sedang membelakangkan tamaddun bangsa khususnya mengajak dan mengajar paksa pengundi Bagan Pinang untuk menghalal rasuah yang calun SATU putus pilihnya, telah dibersihkan kembali macam anak babi maaf anak bayi baru lahir bebas free dari semua salah dosa dan noda yang bernama TS Isa Samad walau usia menjangkau 60 tahun. Bersihnya dengan alat pembasuh dan alat pembersih dengan penyuci cair clorox dan pembersih powder cap drive dan omo ditaun 60han dulu. Isa dah bersih sebab aku presiden partinya UM no telah membuat penjelasan tentang ISA SUCI BEBAS RASUAH bukan Isa ibni Meriam. Sampai di Paris Peranchis aku pebetui ISA SATU, dia dah bersih dan terbatal dari SERIBU RASUAH Isa, pengundi Bagan Pinang kena percaya kata-kata aku PM6 hampa, pasai apa hampa tau mau percaya? Hampa tak percaya dekat PM ka?
Kankah spesis recycle SATU ISA berjasa lama, dan SATU-SATU jasanya kepada aku Najib PM6mu, dulu-dulu yang terlalu wahid dan akbarlah aku pilih ISA SATU saja calun, terima sajalah. ISA kali ni akan 100 kali Santa K menjelang Natal akan membawa pembangunan di Port Dickson termasuk Bagan Pinang dan akan kebas dan kukur vacium kitar semula peranannya dalam memperkasa diri dan kroni dan kembali memperbodohkan pengundi di PRK N.31 Bagan Pinang kali ini, faham-fahamlah angkatlah SATU KALI ISA ni untuk beri sempat dia baham. Awasilah pengundi.
Sebagai presiden UM no telah ku putuskan sama-sama menyokong rasuah dan terus bergelomang lonyai dengan rasuah tanpa menggunakan agama sebagai penimbang buruk baik melibat diri dan menyokong rasuah. Maka dengan itu wahai sekelian pengundi PRK N.31 Bagan Pinang, makanya saya merayu dan memohon SATU saja KALI ni pada 11 Oktober 2009 Ahad ni, SATU saja UNDI untuk ISA cap UM no dan 1000 UNDI PULA dekat PAS-PR ZULKIFLY MOHAMMAD OMAR. Inilah rayuan saya kepada anda pengundi yang bistari lagi bijaksana, sebagai setuju dengan calun rasuah SATU kami.
Itulah kehendak UM no, motof UM no kembali kitar semula SATU ISA kepersada untuk anda. Maukahkah anda dicop dicam sama bersekongkol perasuah menjadi WAKIL RAKYAR ANDA? Renung dan bermuhasabahlah diri jangan jadi biri-biri disembeleh. Kita insan bersih dan maukan pemimpin bersih.
Pilihlah, undilah dan pangkahlah CALUN BERSIH yang PAS-PR kemukkan kepada anda untuk diundi dalam PRK N. 31 Bagan Pinang iaitu Saudara ZULKIFLY MOHAMMAD OMAR. Fikir dengan minda bersih dan undilah calun terbaik dan tolakkanlah calun buruh yang berasuah.
Rencana oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB.
6.40 Petang : Jumaat 9 Oktober 2009