Monday, May 24, 2010

KEMBAR SEIRAS RASUAH DAN JUDI - BATU NISAN UMno-BN DI PRU13
(TS Vinvent Tan diutamakan, rakyat merempat menjadi tahi kaki judi, rakyat 1Malaysia papa kedana)

24 MEI 2010 - AHAD - 9 JAMADILAKHIR 1431

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/


Rupa-rupanya PM6 1Malaysia YAB DS Najib Tun Razak - NTR (anak saya terjermahkan dengan berpegangan kepada penjenamaan calun BN di PRK Hulu Selangor oleh Menteri Pelajaran TS MY. Maka senonimlah dengan Najib Takutkan Rosnah) telah didalam keadaan sedar, tidak mamai dan tidak gila-gila isin. DS NTR berada dalam fizikal dan minda yang clear sejahtera dan bebas dari wayer shot atau putus. Dalam keadaan kesihatan sejahtera diluar fenomina mimpi itulah YAB DS NTR menemui ramuan ajaib ramuan purba warisan dalam UMno-BN sediakala yang dijenamakan semula bersesuaian dengan tuntutan dan pengisian retorit slogan 1Malaysia, dengan bergaya dan bangga perkasa 2 ramuan keramat ini menjadi pilihan utama 1Malaysia oleh YAB DS NTR.

Apakah ramuan tersebut? Kedua-dua ramuan tersebut, sememangnya Allah menyebut didalam Al Quraannya yang di terima Rasul Junjungan Muhammad Al amin melalui Jibrail kira-kira 1435 tahun yang lampau. Oleh kerana ramuan kembar tersebut terdapat didalam Al Quraanlah, barangkali DS NTR telah mendapat nasehat dari Alim Ulama’ UMno dan para Mufti Negara. Termasuklah dari Menteri Askar yang menjaga bidang Ugama, dan dari mantan menteri lebel agama termasuklah mantan Imam Besar Mesjid Negara Datuk Firdaus Ismail alHafiz dan saya tidak mau babitkan APCO kali ini dalam RASUAH dan JUDI. Makanya DS NTR memetiklah ramuan dari Al Quraan itu sebagai ramuan mujarab untuk menaikkan sokongan 1Malaysia yang dislogankan oleh DS NTR yang disahkan oleh timbalan Mknya dalam Dewan Negara ketika bersidang dan ketika PRK Hulu selangor dan Sibu.

Iaitu menjadikan RASUAH sebagai aset dan senjata dalam mendapat dan menawan hati rakyat dan pengundi ketika menghadapi PRU dan PRK. Ramuan keduanya adalah JUDI yang dihalalkan supaya manfaat langsung dari taukeh judi untuk kembali melantun menjadi dana untuk pembiayaan PRU13. Ketika negara mengalami merudum dan runtoh ekonomi diatas bijaklaksana, telusnya DS NTR sebagai Menteri Kewangan dalam bertanggungjawab dalam kewangan. Apa habaq Sime Darby? Saya jolok dan kaitkan Alim Ulama’ UMno dan para Mufti Negara, serta mantan menteri lebel agama termasuklah mantan Imam Besar Mesjid Negara Datuk Firdaus Ismail alHafiz, hingga saat ketika ini semuanya terus menjadi syaitan bisu menerima dan mengia tanpa mempunyai keupayaan integriti jati diri untuk menyanggah dan menentang RASUAH dan JUDI itu adalah HARAM yang dihalalkan oleh DS NTR yang mengheret sama rayat jelata menerima beban dosa ke api neraka.

Mereka menjadi syaitan bisu, kelu untuk menegur kesalahan jenayah besar keatas Islam agama Samawi Allah ini yang dileceh dipermainkan oleh seorang PM 1Malaysia yang mengakui dirinya Melayu titih Bugis Sulawesi berugama Islam, Ahli sunah Wal Jamad bermazhab Shafie. DS NTR telah membuka pintu tingkap dan kalau kapal menebuk lubang diperlantaiannya dengan mengundang langsung komuniti bukan Islam untuk terus menghina Islam dengan mereka berpegang dengan DS Najib menghalalkan RASUAH dan menghalalkan JUDI semata-mata untuk hidup dan suburkan UMno. Ramuan keramat, ramuan purba warisan pusaka dalam UMno-Bn inilah yang DS Najib TR amal halalkan, ianya menjadi satu mercutanda, penandaaras kepada setiap pengundi yang berugama Islam dan bukan Islam yang menentang RASUAH dan JUDI.

Pengundi yang marahkan RASUAH dan JUDI yang dihalalkan NTR ini, khususnya para pengundi dikalangan isteri suri rumah yang papa kedana hidup dan berantak kerana judi laki mereka. Rasuah dan judi akan menjadi bala dan beban perdana sebagai ramuan BATU NISAN kepada UMno-BN dalam menghadapi PRU13, kalau judi yang dihalalkan DS NTR kapasiti penguasaan sebagai Menteri Kewangan tidak ditarik balik dengan SEGERA. Saya yakin noktah penamat UMno-BN akan terjadi di PRU13 nanti ditemui untuk dikafan bernisankan dikepala adalah RASUAH dan nisan di kaki adalah JUDI di pacak kelakj. Sama-sama kita tengok, ya!!!!! Episod ini adakah rakyat akan terus turut sama dalam laknat Allah untuk menyokong UMno-BN.

Rakyat telah membuat bantahan, dan kalau bantahan awal ini menjadi pekak, tuli dan bisu mendengar bantahan pengundi rakyat sekarang. Rakyat pengundi akan hukum UMno-BN dalam peti undi di PRU13 untuk Kadun dan Kapar. Disinilah kita ingin melihat kesungguhan dan ketelusan SPRM menjalankan tugas mereka seperti diikrarkan ketika mengangkat sumpah jawatan dan tugas kerja. Sindrom saya tidak percaya kepada SPRM adalah tinggi berpandukan pengakuan Ketua BBBN dalam Parlimen memberi rasuah dengan sokongan okti terhadap Menteri Pengangkutan OTK, yang beri dan yang menerima kedua-duanya terlepas tiada kes, apalagi untuk memasang dan mengambil loceng dileher singa lapar. Ada berani ka? Ada kekuatan ka? Lu sapa mau siasat YAB DS NTR PM 1Malaysia? Lu timun tau, bukan durian. Omong-omong sifar saja saya rasa untuk melengkapkan tidak percaya berganda rakyat kepada SPRM.

24 MEI 2010 - AHAD - 9 JAMADILAKHIR 1431

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/