Sunday, May 2, 2010

BENARKAH BANGUNAN MRSM BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR TURUT KENA VIRUS WABAK H1N1?

BENARKAH BANGUNAN MRSM BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR TURUT KENA VIRUS WABAK H1N1?

POHON PENJELASAN

2 MEI 2010 - AHAD - 17 JAMADILAWAL 1431
Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB - http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/

Kalau dipenghujung tahun 2009, kita dikejutkan dengan berita yang mana komplek MRSM Bentong, Pahang Darul Makmur yang baru siapa dibina itu sebaik tahun pertama atau tahun kedua pembelajaran bermula. bermula. Mulanya sebaik kemalangan tanah runtuh yang menyebabkan sebahagian aksesori komplek MRSM Bentong rosak. Walau pun begitu pembelajaran diteruskan dengan pengambilan belajar sesi 2010 disamping pelajar terdahulu.

Saya telah mendapat info dari seorang teman yang sumbernya dapat diyakini kebenaran dan sahehnya. Beliau memaklumkan saya sekarang ini, perpindahan perdana menyeluruh sedang dilaksanakan di MRSM Bentong. Iaitu membuat pemindahan semua pelajar dan warga guru dan pentadbirannya, bersekali dengan bangku kerusi meja dan semua peralatan aksesorinya. Kini proses angkut pindah ke Pekan, iaitu MRSM Pekan yang siap dibina tahun lepas kalau tidak silap saya. Kenapa berpindah?

Pemindahan terpaksa dilakukan pantas kerana keseluurhan komplek MRSM Bentong telah tidak selamat untuk digunakan, merbahaya kepada semua mahluk sekiranya mendiami di bangunan-bangunan yang terdapat di komplek MRSM Bentong. Kerana pemantauan report terkini pergerakan tanah terus berlaku dari masa kesemasa. Ianya amat merbahaya kerana malapetaka, malang sentiasa mengundang pada bila-bila masa sahaja. Sebab itulah proses pemindahan kilat terpaksa disegerakan beriringan dengan beberapa pelajarnya mendapat musibah penyakit H1N1, barangkali masih dalam rawatan. Kenapa gejala ini boleh berlaku?

Disini, saya ingin mendapat penjelasan daripada pehak MARA Negeri Pahang, MARA Pusat dan Kementerian yang bertanggunjawab dengan MARA dan Bahagian Pendidikan MARA. Sekira ianya benar semua pehak yang terlibat dan terbabit dengan pengurusan pembinaan komplek MRSM Bentong (negeri PM 1Malaysia) baik yang terdahulu dan yang sekarang terlibat dengan membiar dan meneruskan ketirisan dan kebocoran menjadi jerlus. Mesti dipertanggungjawabkan dibuat siasat rapi dan terperinci serta berakhir dengan pendakwaan dan hukuman yang setimpal. Diatas kompirasi pembinaan bermula dan menjadi tergendala kerana kontraktor OKU, perunding OKU, pembekal bahan-bahan binaan OKU. Hatta jong luluskan projek itu juga cap OKU.

Disini semua badan kerajaan yang rakyat amanahkan kepada mereka, mesti turun ke semua komplek MRSM yang baru siap setahun dua ini, termasuklah yang sedang dalam pembinaan kini, semuanya komplek MRSM sedang menghadapi virus merbahaya H1N. Warga marhaen yang peka dan cakna kebetulan tinggal dan mendiami berhampiran dengan mana-mana MRSM yang telah siap setahun dua ini tidak digunakan, atau yang sedang pembinaan dan tergendala kerana masalah kurap panau menghinggapi. Maka saya telah membuka gelanggang ini, anda teruskan misi ini.

Amatlah saya harapkan berkaitan projek yang dikhabarkan menelan belanja mencecah RM100,000.000.00 itu, Cuma mampu bertahan 2 tahun selepas siap pembinaannya. Apakah mereka menggunakan batang nipah sebagai tetulang dan jerami sebagai pelantaian. Ingatlah berapa banyak MRSM yang dibina yang masing-masing tidak kurang dari RM50,000.000.00 hingga RM70,000.000.00 dikhabarkan kepada saya. Macam saya tak mau percahaya info yang teman sampaikan. Tetapi bila selak, bila aleh, bila lentang banyak benar disebbakan penyelewengan pembinaan bersabit teknikal dan sebagainya seperti di Terengganu dan di tempat-tempat lain. Makanya sampai tahap 89.99% saya mempercayai info teman sampaikan kepada saya sempena hari boroh 1 MEI 2010 hari Sabtu.

Katak Perkasa! Sila lompat mencari kebenaran, kerana MARA, MRSM adalah dihujung kelingking perjuangan anda, lompatlah, kelihlah apa yang UMno menerusi OKU melingkup harta rakyat. Jangan tak nampak kerana lompat terlalu tinggi dengan perkasa melangit keangkasa terbang macam angsa, gedebap jatuh dalam pinggan laksa.

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB -

http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/

2 MEI 2010 - AHAD - 17 JAMADILAWAL 1431