LEGASI DAN ASPIRASI YANG TERTANGGUH TERTUNAI.
PAS MELANGKAH DIATAS PAKSI.
DARI KELAB PENYOKONG PAS (KPS)
KE MERTABAT DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP).
Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB - http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/
22 MEI 2010 - SABTU - 8 JAMADILAKHIR 1431
Aspirasi besar yang tertangguh kerana ketentuan keadaan dan masa ketika PAS diterajui oleh Almarhom Tuan Guru Haji Yusoff Abdullah Rawa menjawat Presiden PAS dan Murshidul Am PAS Pertama dan Almarhom YB Dato’ Fadzil Nor sebagai Presiden. Inshaallah legasi dan aspirasi besar yang murni itu yang di rindu oleh Almarhom berdua, ianya akan terubat jua tempoh kurang dari 24 jam ketika rencana ini dibuat. Kalau ianya diizinkan Allah besok 23 Mei 2010 bersamaan 9 Jamadilakhir 1431 hari Ahad, satu pengurbanan besar, satu tanggungjawab yang besar terhadap ummah dan rakyat negara yang berdaulat Malaysia ini. Dengan jiwa yang besar bersendikan keiklasan pembelaan untuk rakyat multi bangsa negara bersama-sama PAS dan PR bersama-sama komponan DAP, PKR dan SNAP akan terukir dan terpahat satu lagi sejarah negara dari PAS dizahirkan.
YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS di hadapan kepimpinan utama PR dan rakyat jelata dan kepengetahuan dunia, akan mengistiharkan secara resmi penubuhan DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP) yang mulanya dilahirkan dengan nama KELAB PENYOKONG PAS (KPS) pada 23 Mei 2010 hari Ahad bersamaan 9 Jamadilakhir 1430. Peristiharan dari YB Tuan Guru Presiden di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang, selangor Darul Ehsan (negeri maju yang berkerajaan PR) adalah ekoran dari penubuhan secara resmi, telah berlangsung di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada 17 Mei 2010 yang lepas, Alhamdulillah. Peristiharan ini UMno menjadi bertambah kalut dan menderita melihat perkembangan sejahtera dalam pembinaan PAS sebagai parti perengkat negara yang tarafnya nasional. Tidak seperti UMno di nafikan hak untuk hidup bertapak di Sarawak, UMno hakikatnya parti setengah bandar sekerat desa dalam negara bukan taraf nasional.
Pemimpin BN dari UMno dulu, kini dan seterusnya cuma sekadar pelakon tempelan yang sentiasa mengambil kesempatan, bergayut atas nama BN untuk membolehkan pemimpin UMno memijak ekor kucing dan menghidu tahinya di Sarawak. Ini tidak fitnah bagi mereka yang meneliti matamatik intipati politik. Deritanya pengembala dan penjinak kucing di Kucing TS TM diperingkat Sarawak dan 1Malaysia UMno di Putrajaya dan PWTC. Apabila PBB, SUPP, UMno-BN melihat pengundi PRK P212 Sibu telah membuka bukan sahaja pintu dan jendela dibuka, malahan laluan keluar sisik angin dan perabong juga pengundi-pengundi P212 Sibu telah menanggal sekeru dan bersekali pakunya. Diatas kejayaan PAS melahirkan dewan baru yang setaraf dewan-dewan yang sedia ada iaitu DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP) kini pasti rakyat dan cendiakawan ilmuan akan memperkatakan DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP) secara meluas.
Disaat UMno tidak bermaya dan semua kekuatannya telah pupus kecuali ada dan nampaknya UMno dibumi fana ini kerana UMno bergayut dan bergerak bertungkat dan berserandang dengan tenaga rasuah dalam semua pekara sejak zaman Tun Dr Mahathir Wawasan 2020, Tun Abdullah Ahmad Badawi Imam Islam Hadhari dan kini dizaman 1Malaysia. Hatta PWTC yang menjadi Pejabat Perdana UMno itupun adalah dikatakan hasil rasuah salah guna kuasa oleh Kerajaan BN dalam memperkasa dan memperkayakan UMno dan joki-jokinya. Sebagai parti nombor wahid, berjuang diatas assabiyah perkauman Melayu yang kembali diasah ditajam. Kini di kala UMno telah di tinggalkan oleh rakyat kecuali di kalangan peneroka-peneroka Felda yang di jadikan kuda tunggangan, ugutan pada setiap kali PRU dan PRK melalui janji rasuah macam-macam kecuali tak janji nak bagi bulan takut dekat PAS.
Disaat UMno tidak mampu menganjurkan program mendampingi dan menyelami denyut nadi rakyat, kecuali program kerajaan yang di lacurkan oleh pemimpin-pemimpin UMno secara tidak bertanggungjawab dan berakhlak. Prilaku yang lebih hina dari penghisap dadah dan pembunoh seperti Botak Chin kerana secara tidak sah dan batal memperalatkan semua kemudahan kerajaan dan harta rakyat, di semborono borong buta tuli dijadikan sebagai harta milik UMno tanpa takut pada laknat rakyat, sumpah rakyat dan dosa rasuah tersebut. Pemimpin UMno dulu, kini dan selama-lamanya pasti mereka kecoh, putarbelit manipulasi setiap program rakyat membayar pembiayaan perjalanan PM, TPM, Menteri-menteri termasuk makan minun dan berak kencing mereka. Diatas muka tebal dan minda mati itulah mereka rasuahkan program diserentakan 2 in 1 menjadi program UMno dan mereka memakai baju cap UMno keris telanjang. Itulah rasuahnya pemimpin UMno.
Rasuah yang menjadi darah daging secara genetik itu, mereka tidak mampu membezakan halal haram. Mereka buta atau sengaja buta, mudahan-mudahan buta segoti tidak dapat bezakan pengisian program UMno dengan program kepentingan kerajaan. Justeru sekalipun media perdana semua padu tenaga untuk memperkecilkan penubuhan DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP) tetapi rakyat multi pasti bersama-sama mempertahankan dewan yang telah ditubuhkan itu untuk diistiharkan, diwar-warkan kepengetahuan rakyat yang sememangnya rakyat pelbagai keturunan dan kaum yang memertabatkan dewan tersebut. Dengan pelancaran DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP) yang disahkan kelahiran penubuhannya oleh PAS kira-kira seminggu yang lepas. UMno melompong macam belon atau kelempong untuk meletup bersepai.
Setelah 50 tahun UMno-BN tanamkan peledak dan peletup, racun dan ranjau dalam ugutan dan amaran keras kepada kaum India dan Cina khususnya jangan dampingi PAS kerana merbahaya. Kini dalam era jalor lebar, berita seiirng pernafas diterima, fitnah dan pembohongan UMno-BN keatas PAS ditolak oleh rakyat baru negara dan menerima PAS sebagai wadah alternatif mereka berjuang. Bukan UMno-BN-SUPP dan PBB terbungkas di PRK P212 Sibu, tetapi lebih dari itu yang akan UMno-Bn hadapi.
Dalam rencana lepas saya sebutkan selalunya kuah tumpah kenasi. Justeru benarlah perumpamaan tersebut kalau dikaitkan diantara Almarhom TG Haji Yusoff Abdullah Rawa dengan puteranya iaitu YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang menerima amanah PAS selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional. anak muda yang berjiwa kental inilah yang berganding dengan tokoh-tokoh besar yang cintakan perpaduan dan persepakatan sejati secara telus bukan seperti menghunus keris telanjang sebagai simbolik perpaduan yang dihujungnya beracun getah ipoh bercampur cuka getah. tohok-tokoh besar seperti Saudara Hu Phang Chow, Saudara Balasubramaniam, Saudari Cik Kamutha, Saudara K Deepakaran dan ramai lagi. Besok mereka merasai perjuangan dan pengurbanan mereka selama ini, dilihat, didengar dan diiterima oleh Pemimpin-pemimpin PAS, perwakilan dan ahli-ahli PAS.
Pengurbanan PAS yang besar dan mencabar ini, mudah-mudahan ianya menjadi satu kekuatan dominasi politik baru negara dan UMno untuk tempoh terdekat ini, mustahil mampu mengekori kemajuan ahli-ahli PAS. Kerana perkauman sempit Melayu yang menjadi ubat pelali kepada UMno selama ini ditakuti silap-silap cepua UMno akan hilang macam Usno, PMS46 dan parti-parti lain. Dengan tebina dan termaktubnya dewan keramat DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP), sesuai dengan fitrah minda terbuka tetapi masih berjuang dan bertindak diatas paksinya berpandukan undang-undang tubuh PAS. Ahli-ahli PAS yang telah bebaskan perkauman yang bersarang dari dalam dada mereka. Inshaallah sekiranya Allah lanjutkan usia saya dipanjangkan, walau mengalami penyakit mini markit tegar. Saya ingin melihat ramai calun-calun dari India, Cina dan Bumiputra Sabah dan Serawak di kawasan Dun maupun Parlimen tertentu wajar PAS dan PR memberi peluang calun PAS dikalangan mereka, Inshaallah.
PRU13 nanti, ianya akan menemukan lubang kubur UMno-BN apalagi kesan besar, pertelagahan dan tuding menuduh antara pemilik Kucing dan pemilik Putrajaya, luka sibu mula membengkak dan menanah, sampai perengkat ditunjukan agar beberapa kerat joki di Kucing dan PWTC diantaranya mesti dikerat sampai kepaha, tangan kebahu kalau mau selamat, atau mati semua sekali. Inilah kejayaan besar PAS selepas PRU12 yang UMno geleng dan angguk bisanya PAS kini mendampingi rakyat Pelancaran penubuhan resmi, ianya akan meninggal jauh saingan parti politik lawannya UMno dalam memertabat dan pengiktirafan kumuniti bangsa bernaung dalam PAS dengan penuh keadilan dan pembelaan.
Kini UMno-BN akan kehabisan peluru dan keciciran untuk menempelak dan kehabisan modal usang untuk menyiangi PAS diperengkat politik negara secara menyeluruh. Sedangkan UMno masih tidak terdaya macam jantan mati pucuk untuk menikah dara jelita ke Serawak takutkan rejim TS TM dan PBB macam UN. Kecuali APCO yang glang ganti hantuk kepala mencari akai untuk melawan PR, PRR, PAS dan DAP. Judi dan rasuah kalaulah diibaratkan DS Najib kencing belari, ahli UMno kencing keliling PWTC mempertahankan rasuah dan judi adalah halal.
22 MEI 2010 - SABTU - 8 JAMADILAKHIR 1431
Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/