NILAI DAN IMPAK PRK P212 SIBU - UMno-BN, KINI DIJALAN SEHALA DIHUJONG NOKTAH GERTAK ROBOH.
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com
19 MEI 2010 - SELASA - 3 JAMADILAKHIR 1431
Dalam pengamatan dan penghematan saya, UMno-BN khususnya Pengerusi BN/Presiden UMno merangkap PM6 1Malaysia, dirasakan menerima impak dan kesan mendalam dan berpanjangan difikirkan. Kalau garu terlebih ianya boleh ganda bubiuh dan botak kepala memikirkannya. DS NTR dan TS MY sedang menilai, merenung dan menggeleng kepala pulas tengkok memikirkan kekalahan segugus UMno-BN-SUPP ditangan calun rakyat DAP dari PR dalam PRK P212 Sibu. Berjaya menambat dan menawan hati pengundi-pengundi dengan rempah ratus keadilan, telus dan rakyat pengundi, parti dan pemimpin bersekali menolak calun UMno-BN-SUPP. Kini kali ke2 dalam siri PRK perengkat parlimen UMno-BN tersungkur dikubu dan gelanggang sendiri selepas PRK Kuala Terengganu.
Sugul mahsul PM dan TPM menerima kekalahan dinegeri fix-deposit kepada BN selama lebih 50 tahun, yang mana fix-deposit itu telah ditunaikan. Bahaya sedang menunggu oleh BN-UMno dan BN Sarawak dan kerajaan 1Malaysia Putrajaya secara keseluruhannya. Seperti buaya lapar menunggu mangsa untuk dibedalnya. Mengenangkan, mampukah pula kawasan parlimen yang didalamnya terdapat peneroka Felda dan Felda sebagai fix-deposit kedua dapat diyakini di Semenanjung? Banyak pekara utama dan penting dapat diketengahkan untuk sama-sama melihat realiti yang meniti kini. Berani atau pengecut Pengerusi BN-Presiden UMno Malaysia merangkap PM6 1Malaysia, semua halangan terpaksa didepani dan mengharunginya. Malapetaka halalan juti dan tembak mati polis kepada beberapa mangsa budak belum siar lukanya, kini luka menjadi terperuak kerana PRK P212Sibu.
Luah mati mak, telah mati pak, mungkir bini mati tolak anak lari. Itulah dapat saya simpulkan dengan semuatan 2 kapal selam janji rasuah dibuat sendiri oleh DS NTR atas dirinya sebagai PM dan Menteri Kewangan seiring dengan timbalannya juga Jenderal Perang PRK BN P212 Sibu sebagai TPM dan Menteri Pendidikan turut menabur rasuah yang dikatakan jumlah semua rasuah yang sempat direkodkan secara resmi dijadikan sebagai umpan kepada pengundi untuk memangkah calun UMno-BN-SUPP bersama-sama pemimpin BN yang lain. Projek mega dan mewah, projek pembangunan sejumlah nilai RM5,155,000,000.00 walau pun janji rasuah, rakyat pengundi keseluruhan Sarawak sedang menunggu ianya dilaksanakan sebelum menjelang PRU Sarawak. Bukan seperti cerita lama diklonkan iaitu menipu dengan perletakkan batu asas menjelang dan ketika PRU Sarawak berlaku. Tetapi peruntukkan yang digazetkan sekarang, secara hitam putih bukan janji biru.
Saya tidak berhajat membuat perincian pembahagian projek-projek rasuah yang dijanjikan cukuplah dengan daya usaha teman-teman blogger cairkan janji projek rasuah PM dan TPM. Badi!!! Badi!!! Badi!!!! itulah sedang dihadapi UMno-BN-SUPP khususnya DS NTR dan pemimpin 1Malaysia dengannya. Kini kambing pandai mengaum macam harimau. Berani dalam takut, seperti kucing depan ikan bakar disemanggang buloh diatas para buluh. Suara-suara lama diputar semula. Kini wajarlah UMno masuk ke Sarawak seperti UMno masuk ke Sabah dah lebih 15 tahun. Kini musuh-musuh KM paling usang dalam Malaysia iaitu TS Taib Mahmud dah berani bersuara mesti lepaskan jawatan KM dan memikul tanggungjawab kekalahan di Sibu banyak sikit kerana KM dan famili.
Suara-suara sumbang bedok lalu kiambang bertaut, pemuka-pemuka yang terpinggir dalam PBB oleh regim TS TM berkira-kira untuk seberapa segera untuk membawa UMno ke Serawak menjelang PRU13 nanti. Untuk membolehkan cengkaman secara langsung Pengerusi BN dalam menentukan calun-calun. Parti pimpinan TS Taib Mahmud diilhamkan menjadi aruah sebagaimana berlakunya pembunuhan kepada USNO bila UMno mencemar dirinya ke Sabah. Selagi TS TM berkota di kediaman KM dan memimpin PBB, tidak mungkin UMno realistik ke Sabah. Jalan tunjuk untuk TS TM terjun adalah SPRM pergi menziarahinya bersekali dengan menziarahi anak-anak, keluarga dan kroninya. Kesan dari SPRM menziarahi TS TM dan keluarga, barangkali pintu keluar melangkah turun pasti berlaku, kalau-kalau penghuni di Putrajaya mempunyai keberanian dna kekuatan menghadapi cakaran Kucing.
Saya masih mempertahankan pendapat saya 25 tahun dahulu ketika saya bersama sahabat lama AK Alaudin (sekiranya anda membaca rencana ini, sila infokan saya Udin - (panggilan saya) untuk mendapat info dari anda) di kopi house Hotel Asia dekat Masjid Pakistan dan Pejabat Bomba Jalan Raja Bot. Bahawa UMno adalah parti Semenanjung dan UMno ditolak oleh rakyat Sabah dan Sarawak. PAS dan DAP telah mendului dan lama bertapak dan mempunyai keberanian dan kekuatan serta mendapat sambutan dari rakyat dan pengundi Sabah dan Sarawak. Sedangkan UMno baru sahaja ke Sabah dan masih ditolak oleh rakyat Sarawak. Dengan itu UMno tidak boleh membabik dada angkat telunjuk mengatakan mereka parti perengkat nasional. UMno buka parti peringkat Nasional. PAS, DAP dan PKR benar merupakan parti perengkat nasional negara kerana mendahului UMno bertapak disam.
Sedangkan UMno terkial-kial mencari pintu dan tingkap untuk menjejak kaki ke bumi Kenyalang tetapi masih malang di halang oleh banyak pehak dari banyak sebab dan halangan. Dengan kekalahan UMno-BN-SUPP dalam PRK P212 Sibu, menjadikan ianya tebuka kepada UMno untuk berlabuh di Sarawak kalau ada hulubalang yang sanggup menghunus keris telanjang jenamanya UMno oleh watan Sarawak sendiri yang berjiwa Putrajawa berumah di PWTC. Kalau peluang ini UMno tidak mempunyai keberanian untuk berlabuh dan bertanding di Sarawak, barangkali ikan keli bersisek, kambing terbang barulah UMno berpeluang ke Sarawak.
19 MEI 2010 - SELASA - 3 JAMADILAKHIR 1431
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com