SELAMAT HARI GURU 2010
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com
12 MEI 2010 - RABU - 27 JAMADILAKHIR 1431
Tidak wajar sama sekali untuk seluruh warganegara, sekiranya dengan segala kedudukan yang dicapai dalam kehidupannya diizinkan olih Allah, ianya bermula dengan insan bernama guru - munsyi dilupai diabaikan. Kini kita menghadapi dan mengalami merudum budi dan penghargaan kepada semua guru-guru kita, yang berbudi dan berbakti. Kadang-kadang menjelang hari guru pun kita tidak menyedari pergi diluar menyedari. Macam kita mati hati, mati perasaan kehadrat mantan guru-guru kita. Bukan ertinya bila tiba sahaja setiap tarikh 16 Mei pada setiap tahun, maka kita baru teringat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU.
Sedangkan guru-guru setiap hari dihari sekolah selama 200 hari setahun (kadang-kadang dihari cuti terus berbakti mengadakan kelas tambahan) mengajar dan mendidik anak-anak kita. Para guru-guru termasuklah didalamnya tok-tok guru dan ustaz-ustaz, mereka mengajar di pra persekolahan, sekolah rendah, menengah, pondok-madrasah dan universiti walau dipanggil ‘pensyarah’ hakikatnya juga mereka adalah guru - munsyi. Merekalah yang menjana celek ilmu, celek minda pengetahuan dan pengalaman. Dari guru-guru dan ustazlah kita mengenali a, b, c, d dan seterusnya, kita mengenali alif, ba, ta, sad dan sampai lam alif hamzah ya.
Kita mengenali angka 1, 2, 3 dan sampai bilangan trillion, serta kita dapat menyebut hair, father, teacher, butterfly dan lelainnya adalah dari teacher juga guru. Tetapi kenapakah kita melupai mereka? Dengan kedudukan baik dan kehidupan yang sempurna, mampukah kita menafikan apa yang dicapai itu, ianya adalah bermula dari insan yang bernama guru mengajar kita? Lupakah anda dengan nama-nama guru anda? Masih hidupkah guru-guru anda, sehat sejahterakah mereka, dan pernahkah anda mengingati guru-guru anda dengan menghadiahkan sesuatu sebagai membalas dan mengenang budi mereka, setidak-tidaknya mendoakan mereka?
Maka saya tidak mau menjadi umpama ajaran ketam keatas anak-anaknya. Di sini dengan penuh kerdil dan pasrah, saya mengucapkan selamat hari guru kepada sekelian guru-guru saya yang rata-ratanya guru-guruku menjangkau usia 70 - 80 tahun sempena hari guru hari ini 16 Mei 2010 Ahad. Ilmu yang Cikgu janakan kepada saya tidak mampu saya membalasnya Cikgu. Halal dan redzakanlah ilmu cikgu untuk saya. Cuma yang mampu saya membalas budi jasa guru-guru sebesar Jabal Uhud itu ialah dengan baris-baris doa kehadzrat Allah saya panjatkan setiap kali selesai solat. Doa-doa yang saya panjatkan, itulah perjumpaan dan pertautan diantara guruku dengan diriku. Ampun maaf Cikgu.
Saya mengambil kesempatan disini, menyampaikan salam dan ucapan SELAMAT HARI GURU bagi pehak anak-anak saya yang belajar di SR, SMK-SMK - SMS dan di universiti-universiti, dengan ucapan SELAMAT HARI GURU, redzakanlah ilmu pelajaran - pengetahuan yang guru-guru mengajar kepada anak-anak saya. Halal dan rezakanlah ilmu yang anak-anak saya memperolehi dari lidah guru mereka bersumber hati nurani. Maafkanlah semua kesalahan anak-anak saya sekiranya ada dan pasti saya kata ada. Kasihanilah kepada anak-anak saya juga murid dan pelajar kepada guru-guru. Sesungguhnya saya amat menyakini, redza guru kepangkuan murid - pelajarnya adalah mercutanda, murid -pelajar tersebut berada dilandasan keberkatan ilmu, keberkatan pekerjaan bermula dengan redza, halal ilmu guru.
Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangan dan pengorbanan dari ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan terutamanya tanpa jemu yang bernama guru. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Disinilah saya meletakkan guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu - mentarbiah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan olej Anas bin Malik r.aا Bererti : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".
Sejak mutakhir ini, saya melihat fenomina yang melanda keatas guru-guru dalam menghadapi murid dan ibu bapa serta waris, kadang kala berlaku ketegangan hebat antara guru-guru dengan ibubapa yang nyata menjejaskan kualiti pendidikan di sesebuah sekolah. Sebagai langkah positif, maka ibubapa dan masyarakat hendaklah memberi penghormatan dan kepercayaan besar kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan pelajar-pelajar mereka masing-masing. Ramai ibu bapa bersama dengan anak-anak mereka dalam mempertahankan anak mereka, sekalipun anak mereka sememangnya sarat dengan masalah. Tetapi sanggup membela kesalahan anak nya dengan menuding salhkan guru pula dalam mengambil tindakan. Saya berpengalam dengan penyaksian, bahawa ramai pelajar yang mendapar pembelaan dari ibu bapa dalam menidakkan tindakan guru, akhirnya pelajar dan anak tersebut terjerumus dan berada dipinggir kegagalan pelajaran dan terus menggalas menjadi-menjadi liar dan terbiar dalam semua pekara. Bermasalah untuk dirinya dan mendatangkan malu hina kepada ibu bapa, banyak menjadi realiti.
Justeru ibu bapa dan waris, sebelum menuding jari dan bertindak keatas guru, pertamanya lakukanlah penyelidikan dengan mendapat maklumat benar dari guru-guru displin, pengetua, penolong-penolong kanan, guru tingkatan. Jangan bulat-bulat 120% menerima dan mempercayai bulat-bulat pernyataan dan dakyah anak kita terhadap gurunya. Keduanya ibu bapa dan waris, yang sememangnya dalam pengetahuan mereka yang sememangnya anak mereka bermasalah dalam semua pekara, janganlah bersikap menafikan realiti anak kita. Ingatlah! Guru juga manusia biasa dan kadang-kadang menjadi lemah semangat diatas sikap pelajar dan murid yang bermasalah mendapat pula sokongan dari ibu bapa. Jangan sampai peringkat guru menyumpah dan tidak menghalal dan redzakan ilmu kepada anak kita, lantaran keciwa penderhakaan pelajar kepadanya. Minta simpang minta jauh persepsi ini.
Oleh itu kita berharap khususnya ibubapa jangan mudah melenting, jangan hilang kewarasan dan hendaklah bersifat lapang dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin keras ke atas anak kita. Kita yakin tindakan tegas guru dalam mendisiplinkan pelajar adalah untuk memberi pengajaran dan memulihkan akhlak pelajar agar sedia berubah menjadi insan yang berguna.
Jika guru-guru bersikap sambil lewa dan tidak tegas dalam mengawal disiplin pelajar kerana takutkan ibu-bapa, maka ia akan merugikan ibu-bapa dan pelajar itu sendiri. Apa yang nyata, Islam memberi pengiktirafan yang besar terhadap peranan guru-guru kerana guru memberi sumbangan yang besar dalam penyebaran ilmu kepada setiap jenerasi. Rasululah menyifatkan mereka yang menyebarkan ilmu itu adalah orang yang mewarisi tugas-tugas kenabian. Rasulullah bersabda: Maksudnya: ”Para ulama itu adalah pewaris para Nabi.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi). Sirah Rasulullah s.a.w. juga memaparkan kepada kita bahawa disamping menjadi guru, baginda s.a.w. juga adalah merupakan pelajar yang sentiasa menerima didikan dan asuhan dari Allah s.w.t, lantaran itu guru adalah sebagai pendidik dan pada masa yang sama guru juga merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa.
Budaya menuntut ilmu sepanjang hayat seharusnya dihayati oleh setiap guru dan segenap lapisan masyarakat. Peranan dan tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat. Guru-guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah.
Sebagai ibu bapa dan waris, wajar kita beriring bersama dengan warga guru bagi menjayakan harapan jadikan anak-anak kita modal insan. Kita wajib mengembeling tenaga dalam tugas mendidik dan menangani gejala social. Disamping ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan persekitaran dengan memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan seharian anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah peka terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak seperti gejala merokok, suka membuang masa, sukakan hiburan yang melampau, penyalahan gunaan dadah, amalan pergaulan bebas dan sebagainya. Kita semua sedia maklum bahawa akhlak mulia merupakan teras kepada pembinaan modal insan kelas pertama.
Jangan kegagalan ibu bapa dan waris, jari telunjuk kita menghala kepada guru, gagal dalam mengajar dan mendidik. Jangan. Sesungguhnya amatlah kita berharap terdapat hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting agar usaha mengasuh dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Persatuan ibu bapa dan guru-guru seharusnya memainkan peranan penting demi membina kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu menjalin hubungan yang erat dan berterusan dengan pihak sekolah agar setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat diselesaikan secara muhibah. Pandangan negatif yang tidak berasas terhadap para guru perlu dikikis dan pada masa yang sama guru juga hendaklah sama-sama menilai diri jangan jadi seperti "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga”.
“TANPA GURU DIUFUK MUKA BUMI INI, DUNIA MEJADI GELAP PENGHUNINYA MENJADI JAHIL MERAKAP” - SELAMAT HARI GURU 2010
12 MEI 2010 - RABU - 27 JAMADILAKHIR 1431
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com