Monday, May 24, 2010

SELEPAS PRU12 UMno-BN MACAM CACING KEPANASAN DI NEGERI-NEGERI KALAH HILANGNYA CENGKAMAN. ADA UDANG DI SEBALIK BATU.

SELEPAS PRU12 UMno-BN MACAM CACING KEPANASAN DI NEGERI-NEGERI KALAH HILANGNYA CENGKAMAN. ADA UDANG DI SEBALIK BATU.

23 MEI 2010 - AHAD - 8 JAMADILAKHIR 1431

Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com


Kesan dari selesainya PRU12 pada 8 Mac 2008 kira-kira 2 tahun 2 bulan dah berlalu. UMno khususnya dan BN khasnya di negeri-negeri yang UMno-BN mengalami sindrom pupus kepercayaan rakyat dan penolakkan pengundi mengakibatkan UMno-Bn kalah dalam pilihanraya. Sahlah UMno kecundang serta hilang kerajaan-kerajaan negeri serta kepentingan cengkaman sewaktu dengannya, berputih mata dan capang telinga. Sejajar dengan itu mengakibatkan UMno-BN terlucut kuasa puaka yang mencekam rakyat yang berlawanan dengan politik UMno-BN. Kini ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMno termasuklah pemimpin mereka di perengkat akar serabut sampai kepada ketua-ketuaUMno semua peringkat negeri, juga perengkat pusat murung duka. Sekalipun dengan mekap dan kosmetik yang setiasa diampu dengan 1,000,000 gambaran indah tentang UMno, ianya sekadar sajian mendodoi serentak usaha-usaha membendung resah keluh ahli dan penyokong.

Walau UMno menjadi kelu down sindrom membisu umpama seperti ikan keli hidup di kelar. Kadang-kadang takut dan kadang separa berani keluar dari sindrom kalah menemui pengguna. Takut buah dan bunga tersilap sebut untuk bertikam lidah bertentangan hujah dengan lawan mereka PR. Tetapi rejim UMno cap keris - BN ini meletakkan dihadapannya sebagai perisai menyelamatkan mereka sejak awal merdeka sampai sekarang. Iaitu grombolan tentera bertaraf pecacai sebagai dinding keselamatan kepada UMno-BN tempat bergantung, begayut dan berlindung. Diantaranya adalah PDRM khususnya IG KPN, SPRM, SPR dan Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya, AG, KHN, RTM, Media Prima, Berjaya - TS VT, Petronas, KWSP dan macam-camam lagi jenamanya. Semua mereka saling lengkap melengkapi, perlu dan memerlukan diantara mereka dalam persediaan melanjutkan hayat hidup masing-masing.

Kadang-kadang askar pecacai upahan ini bertindak menghadapi rakyat dan lawan kepada Muno-BN lebih dari UMno-BN sendiri menghadapi PR terutamanya kepada kepimpinan penting dalan PR, samada dari PAS, DAP terutamanya PKR yang ramai mereka dulunya juga UMno yang mengerti gerak tari UMno. Berbekalkan usaha kerja askar pecacai untuk UMno-Bn. Namun ahli-ahli UMno disemua kedudukkan peringkat bersekali ahli dan penyokongnya tetap menghadapi badi, takut sesama sendiri. Mereka menjadi meracau dan tak ketahuan dalam melayan memujuk diri sendiri yang gobrah. Mereka juga terpaksa memujuk ahli-ahli dibawah yang macam tak percaya UMno-Bn telah bungkus dan kalah. Memikirkan macam mana nak hadapi hidup ni, kerana selama sebahagian besar dari mereka mendapat habuan bulanan dan berkala. Kerana mereka jadikan UMno pelengkap periuk nasi dan jamban mereka, bukan sebagai paksi wadah perjuangan yang hakiki.

Sejak peralihan kuasa secara kudeta dalam UMno yang melonjakkan tempat bertukar dalam UMno-BN, turun imam Islam Hadhari dan naiknya DS NTR dan TS MY dengan retorit 1Malaysia. Gagah perkasa UMno-Bn adalah dilensa kamera TV dan didada akhbar perdana dari Utusan Meloya dan Derita Heran. Hakikatnya komponan-komponan asal BN bermula dengan Perikatan kapal layar, yang mana abang tua MCA, abang tengah MIC, adik tiri Gerakan dan PPP berentap dalam pucuk pimpinan masing-masing. Ramai ahli telah mencari tempat perlindungan baru dengan berhijrah ke PKR, DAP dan PAS, hatta lebih malang lagi kepada BN apabila UMno membuka pintu dan tingkap untuk keluarga asas ini keluar dari rumah. DS NTR sebagai Penghulu sekelian 1Malaysia cuba himpun semua bangsa kembali dalam BN tetapi ramai dikalangan UMno yang membuka gelanggang dengan masing-masing menghunus keris telanjang memperkuatkan sentimen Melayu, dengan harapan dapat tipu untuk kali sekian membantu elit UMno nak sambung hayat memerentah negara.

Justeru, dikalangan ahli-ahli dan penyokong UMno bersekali dengan pemimpinnya seolah-olah turut mengalami fenomina virus H1N1 disudut menghadapi mendepani penyesuaian perdana politik negeri-negeri UMno-BN kalah dan hilang cengkaman berkuasa. Fenomina hakisan dokongan rakyat kepada UMno kecuali di Felda sebagai bank memperagakan fix-deposit yakni simpanan tetap kepada UMno (undi puaka Kapar dan Kadun di negeri-negeri Semenanjung). UMno kemaskemin mengawasai dan menutup rapat untuk lawan politiknya untuk mengembangkan parti secara terbuka masuk ke Felda sebagaimana UMno mengkuda total harta kemudahan milik Felda sebagai boneka sejak Felda lahir seusia PM6 1Malaysia. Dah lama dah!!!!!!!!!!!! Itulah namanya jakun politik 1Malaysia.

Sejajar kemahuan perubahan sokongan rakyat menolak UMno sebagai komponan teras dalam BN sejak Perikatan. Kini komponan parti pengasas Perikatan - cap kapal layar Mca, Mic, Gerakan dan PPP mengalami ketandusan sokongan hatta pemimpin-pemimpin mereka bukan sekadar bercakaran tetapi lebih dari itu. Pemimpin bertarong untuk meneraju parti, berbalah dan sampai peringkat mahkamah. Ahli-ahli UMno telah tunjuk buka pintu presidennya keluar dan berganti. Mca lagi caca merba kepimpinannya, tidak terlepas Mic dan PPP. Bukan perpecahan dihadapi tetapi fenomina kewibawaan QUALITI pemimpin dipersoalkan oleh ahli dan ditunjuk jalan keluar oleh ahli-ahli. UMno, MCA, MIC, PPP dan semua pemimpin komponan ini, masing-masing mempunyai blok suku sakat pengikut setia masing-masing. Pasti keciciran, lepas pandang dan sengaja ditendang keluar dari padang permainan sebagai pemerhati, dari parti maupun dalam kerajaan. Yang ditendang dicicir inilah mendapat virus cirik. Kehulu kehilir mencari pengkalan baru sebagai sarang bergayut seperti umang-umang dipantai.

Spesis jenama UMno yang berkedudukan diperingkat bawah seperti menguasai kepimpinan UMno berbentuk anak pinak dan kroni dan genggam jawatan puaka JKKK. Kebanyakan mengabdikan diri dalam UMno adalah kerana mereka di didik ditambat untuk taat kepada pemimpin dengan senjata bernama rasuah. Serta halua santapan pelbagai jenis judi. Selama-lama pemimpin kerdil UMno kampong dan JKKK ketika mana negeri didalam tangan, banyaklah peluang yang dapat dipelehap kiri dan kanan masuk, apa-apa pun jadi asalkan duit masuk duit dapat. Hukumnya ditendang ketepi. Mereka di bayangi umpan berkail beruit dengan projek kecil yang disalorkan menerusi mereka sebagai talihayat. Kini dinegeri yang PR menguasai kerajaan, mereke-mereka ini merasai tertekan dalam meneruskan kehidupan. Kerana tiada projek, maka fulus pun melayang.

Jenis-jenis inilah sekarang ini siang malam macam kelawar dan hantu raya, masuk kampong keluar kampong, menjaja fitnah sensasi, ditaborkan bersekali dengan kehadiran wartawan media cetak dan tv membuat liputan fitnah sakan. Mereka menuding jari, 2 tahun kerajaan PR memerentah hampa buat apa? Jenis spesis UMno desa maupun UMno pekan, mereka buta korap politik bersih dan muflis realiti. Hampa lupa ka hampa perentah lebih 50 tahun buat haram jadah apa? Yang menuding pertikai baru 2 tahun. Nilah yang dikatakan UMno dungu.UMno telah menyedari, bermacam-macam mereka buka gelanggang, rakyat tidak turut serta untuk bersilat berkuntau dengan mereka.

Rakyat faham dan menyedari mereka sebenarnya menyiapkan koleksi api dan duri. Dengan api dan duri itulah diharapkan rakyat dapat kembali kepada UMno-BN. Rakyat dan pengundi kata I’m sori kami dah reti. Makanya spesis UMno ini tidak terhenti dan keciwa. Jadinya untuk barisan depan dalam masyarakat mereka menggila menjadi umang-umang UMno cap keris bogel. Dihadapan mereka adalah secara haram atau batil, sekalipun rakyat tidak bersama mereka, macam domoi pendek mereka pakai baju cabuk NGO. NGO ini yang telah pupus semua isu yang terdapat dimuka bumi negara, maka isu-isu negara yang berbaki tetapi berpuaka. Diatas isu puaka inilah mereka bergerak dan mengertak sambil-sambil berak belarak, sebiji macam klon monyet-monyet berok-berok mat yeh kata YB KJ KP UMno capa rasuah.

Apakah isu puaka yang NGO cap keris cabuk kemuka? NGO-NGO ini mereka membuka tangki PETRONAS, SHELL dan ESSO untuk mendapat sokongan orang Melayu yang nyata lawan sakan, kontra dengan selogan retorit 1Malaysia oleh PM6 DS NTR. Pertamanya mereka berbuih bercakap tentang Ketuanan Melayu. Keduanya fasal Hak Istimewa orang-orang Melayu dan ketiganya Ketuanan Raja-raja Melayu.

UMno- Sekarang pema dan musim NGO spesis UMno, hatta UMno itu sendiri dan serpihan dan pecahan dari UMno, subur meratip dan merayap mempertahankan ketuanan Melayu dan Agama Islam dan Institusi Raja-raja Melayu. Hatta anak yatim yang membakar jamabatan dan kini berjalan diatas debu dan abu dengan bahasa ampu puitis cukup-cukup merpu mengampu disudut ulasan pasai Raja-raja Melayu. Sebenarnya kata-kata anak yatim yang menguasai RTM dan 20 jabatan dibawahnya, kalau dihalusi ditapis dengan penapis stokin kopitiam. Ianya umpama patukkan ular tedung, ular tadi pergi kembali kehutan. Tetapi kesan patukkannya ianya telah meninggalkan sekali dan bisanya kalau tidak pantas dirawat lama-lama akan mati kerana bisa yang menjalar, bukan kerana patukkan.

1Malaysia sedang mengira hari dalam membuat percaturan, sekali-kali menjadi pawang dan nujum, macam mana dan buah manakah APCO akan gunakan disudut menasehati cara dan bagaimana tindakan agar rakyat kembali kepangkuan UMno-Bn setelah PRK P212 Sibu cukup menjadi beban yang beban itu kian membesar, merebak tidak terdaya UMno-BN atas nama batang sendiri untuk mampu berhadapan dan berlawan dengan PR. Justeru sebab itulah dana tambah perlu, caranya luluskan judi dan hasilnya pasti kembai kepada UMno macam lontaran boomerang. Dana judi itulah baru pembiayaan rasuah dapat dicambah kepada pengundi PRU13 nanti yng tak lama lagi kira-kira 14 dari sekarang.

24 MEI 2010 - AHAD - 9 JAMADILAKHIR 1431

Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com