30 APRIL 2010 - JUMAAT - 15 JAMADIL AWAL 1431
SALAM SIMPATI
Saya mendapat info dari teman, memaklumkan anak beliau yang baru menjejak kaki belajar di Tingkatan 4 MRSM Bentong, Pahang telah mendapat penyakit pembawaan virus H1N1. Beliau terpaksa mengambil cuti selama 3 hari untuk menziarahi anaknya yang sakit itu di Hospital Bentung. Saya amat bersimpati dengan teman tersebut. Mengikutnya itulah anak bungsu lelaki tunggal dari 6 adik anak-anaknya. Sekembalinya dari menziarahi anaknya, menganjurkan masjid kami mengadakan bacaan Yaasin dan solat hajat, mudah-mudahan anak beliau dan 7 anak-anak yang lain kembali sehat sejahtera dan kembali dapat meneruskan pelajaran.
Secara pribadi saya amat peka dan cukup-cukup bersimpati dan mendoakan kehadzrat Allah Subhanahuwataala, agar semua pelajar-pelajar MRSM Bentong, Pahang Darul Makmur, agar segera sembuh seperti sediakala yang disahkan mendapat virus HINI dua tiga hari yang lepas. Saya mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada warden-warden yang bertindak bijak lagi bertanggungjawab membawa segera walau lewat malam, pelajar-pelajar yang terbabit ke hospital dan disahkan mengidap penyakit H1N1 seramai 8 pelajar, sebagaimana cerita teman saya itu. Kepada warden terima kasih.
Ibu bapa yang anak-anak yang anak mereka terlibat menghadapi penyakit H1Ni ini, saya berseru dan berpesan banyak-banyaklah bersabar dan bersama-samalah kita berdoa memohon pelajar-pelajat yang dihinggapi penyakit itu, agar tidak merebak. Saya merayu diluar sana masyarakat yang prihatin khususnya ibu bapa dan waris yang terlibat, banyaklah berdoa,dengan mendirikan solat hajat mengiringi pasukan doktor memberi rawatan dan perubatan dan kita bertawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan usaha ikhtiar perubatan dan rawatan serta doa dan solat hajat akan menjadi ramuan dan penawar kearah penyembuhan yang segera kepada anak-anak kita, Inshaallah.
Dalam masa yang sama untuk mengelak wabak H1N1 atau wabak yang lain, saya difahamkan pengurusan dan pentadbiran SMK Serdang, Kedah telah memberi kelonggaran kepada ramai pelajar penghuni asrama pulang kerumah sejak hari Selasa yang lepas dan akan kembali bersekolah dan keasrama pada hari Sabtu atau Ahad ini. Kemungkinan dalam mengelak wabak penyakit yang sama, anak jiran saya yang belajar di SM Sains Kubang Pasu, Kedah serta bersama pelajar yang lain, dengan bilangan yang agak ramai dibenarkan pulang bercuti. Walaubagaimana pun, anak jiran setelah mendapat rawatan di hospital, didapati deman panas biasa dan telah sembuh.
Secara pribadi saya menyeru dan berpesan kepada seluruh warga MRSM Bentong, bermula dengan Tuan Pengetua, PK-PK dan sekelian guru-guru di SM Sains Kubang Pasu dan SMK Serdang khususnya penyelia dan warden asrama. Hadapilah cabaran penyakit yang Allah berikan ini, sebagai ujian mental dan fizikal untuk anda semua, agar ianya mematangkan lagi disudut penghayatan komuniti, agar terjalin dan terbinalah ukhwah sejati diantara guru-guru dengan muridnya yang saling lengkap melengkapi, Inshaallah.
Sempena hari guru menjelang tiba 15 dari sekarang, terlebih dahulu saya UCAPKAN HARI GURU 2010 PADA 16 MEI INI. Dengan doa restu serta penghargaan yang tinggi diatas pengurbanan guru-guru mendidik anak bangsa menjadi manusia. Sesungguhnya semua kebaikan dan ketulusan guru-guru mengajar dengan peka, iklas dan telus, yakinlah ganjarannya menanti dihari akhirat nanti. SELAMAT HARI GURU.
Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB - http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/
30 APRIL 2010 - JUMAAT - 15 JAMADIL AWAL 1431