HAYAT UMno PADA JUDI BERSEKALI TAUKEH DAN TAHINYA. PUNAHNYA AKHLAK SAHSIAH REMAJA LEKA HIBURAN MELAMPAU ADALAH FIX-DEPOSIT UMno TAGIH UNDI.
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com
18 MEI 2010 - SELASA - 5 JAMADILAKHIR 1431
Pelacuran dan judi merupakan haraman 2 beradik dalam negara kita sejak sebelum merdeka. Sektor pelacuran masih diharamkan UMno-BN sebagai sumber pendapatan rakyat. Tetapi judi telah menjadi agenda perdana kepada UMno-BN cap dacing, sebagai sumber pendapatan negara dan menjadi pekerjaan hakiki rakyat untuk mendapat sara hidup. Samada tahi dan kaki judi tersebut ianya akan menjadi kaya raya, ataupun silap-silap main, silap-silap tikam dan salah-salah nujum memberi jawapan, ianya akan menjadi papa kedana. Tahi dan kaki judi, akhirnya berkesudahan merempat dikaki lima atau ditepi-tepi longkang. Rumahtangga menjadi porak peranda, anak bini menjadi mangsa penangan judi. Padahnya ketagihan sebagaimana orang-orang tua kata; tahi judi - kaki judi ini sanggup menjual menggadai rumah, tanah dan bini pun sanggup kaki judi jual maruahnya.
Kini dihujong telunjuk PM6 DS Najib Tun Razak - NTR 1Malaysia ditahun ke2 menjadi PM6, dalam pelbagai rencah dalam aplikasi meningkatkan ekonomi negara. Barangkali telah mendapat nasehat hukum iktisas dari APCO yang diupah perkhidmatan nasehat dengah harga RM77,000,000.00 memberi lampu biru. Negara akan selamat dan bebas dari judi haram sebagaimana Allah tegas tegah didalam Al Quraan, hendaklah dihalalan sifatnya dengan mengeluarkan lesen halalan oleh Menteri Kewangan. Samalah seperti Jakim keluarkan jaminan pelekat HALAL apabila memenuhi tuntutan syarat. Maka halallah makanan, pakaian dan sebagainya. Para Tok Guru UMno 1Malaysia turut menghalalkan judi seperti kehendak DS NTR, bersetuju dengan keputusan. Boktinya sampai kini mereka membisu dan membuta sahaja bersabit judi dihalalkan dengan dilesen menjadi HALALAN.
Hakikat sebenarnya maksiat akbar judi ini, ianya bertunjang sejak dibawah panji-panji UMno-Perikatan cap kapal layar dikemudi oleh YBM Tengku Abdul Rahman Putra AlHaj. Dibantu oleh timbalannya iaitu Tun Abdul Razak Hussein. Judi cukup subur dan cair bermula dengan nama LOTERI KEBAJIKAN MASHARAKAT, 2.3.4 no ekor dan lumba kuda. Ketika itu terdapat sebilangan rakyat telah menentang menerusi macam-macam cara menghadapi halalan judi oleh UMno-Perikatan cap kapal layar ketika itu. Yang menentang judi halalan UMno-BN kini, yang tuntas konsistan menentangnya adalah anak cucu kepada penentang terdhulu. Anak cucu yang mewarisi perjuangan datuk ayah mereka terus bangkit menentang judi halalan UMno-BN terbaru yang dah dihalalkan UMno-BN sempena kehadiran fiesta perlawanan bola dunia di Afrika Selatan tidak lama lagi.
Dalam salur galor perjuangan dalam negara kita, selalunya kuah tumpah kenasi, jarang-jarang kuah yang terterap dan tumpah. Samalah kalau dulu datuk ayah mereka yang menentang judi dan kini terus ditentang oleh anak cucu mereka dalam menghadapi judi. Begitulah juga kalau dahulu ayah mereka yang berkuasa meluluskan judi, kini anak mereka pula dengan kelayakan sebagai PM6 1Malaysia dan Menteri Kewangan turut seperti kuah tumpah kenasi dengan meluluskan judi menjadi halalan. Ini adalah kenyatan hakiki yang telah tersurat dan ditinta dalam buku rekod Malaysia Guniess Stout. Ini bukan1fitnah tetapi kebenaran disahkan seperti anak ayam menetas dari ram ibunya. Itulah kebanggaan pemimpin UMno yang mempertahankan Agama Islam, ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
Sekarang ditahun ke2 DS NTR dengan semboyan 1Malaysia sebagai PM6 negara dari UMno-BN cap dacing. Dengan UMno sejak dulu kini dan selama-lamanya dengan wadah mempertahankan Melayu, mempertahankan kedulatan Raja-raja Melayu, menjaga martabat kesucian Islam. Makanya dalam merealisasikan impian kepada kenyataan 1Malaysia tersebut. Demi semangat 1Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Justeru, demi menjaga dan melindungi kesucian Agama Islam, maka kerajaan NTR 1Malaysia UMno-BN cap dacing terpaksa menambahkan lagi kuantiti lesen-lesen judi negara sedia ada, dengan melulus lesen judi baru menjadi halalan sempena perlawanan bola sepak dunia di Afrika? Hidup UMno hidup Islam.
Sejajar penambahan kuantiti menghalalkan judi beropersi untuk halal beroperasi dalam negara. Ianya telah menjadi pelengkap yang sempurna oleh kerajaan 1Malaysia UMno-BN untuk memusnahkan minda merdeka rakyat gulungan muda mudi negara. Diatas keruntuhan musnah minda muda mudi yang menolak agama dan budaya, dari warga kelas inilah cukup mudah dan terjelera mereka untuk bersama-sama menyokong UMno-Bn kerana UMno-Bn memahami ispirasi sonsang muda mudi. Sekiranya, muda mudi yang perkasa dan kuat dengan pegangan Agamanya, rekod terkini pemuda dan pemudi yang imannya kuat dan perkasa, kebanyakkan mereka akan menjadi menyokong PAS dan PR atau melalui PKR. Ini adalah kenyataan yang menakutkan UMno-BN.
Tidak cukup dengan judi dihalalkan kini kuncu-kuncu yang bernaung dibawah kangkang UMno-Bn berusaha bersungguh-sungguh dalam pekara tidak bersungguh dengan istiqamah. Berusaha menitik peloh membawa masuk kumpulan penghibur yang mewakili syaitan, adakah ianya juga akai nasihat cadangan oleh APCO? Judi yang halalan UMno dan hiburan syaitan halalan UMno-BN diundang itiu, ianya menghadapi banyak persoalan dan pertanyaan sememangnya mempunyai jawapannya. UMno telah menggunakan semua kebijaksanaan dengan 1,000 manipulasi bukan 1manipulasi hujah-hujah yang bernas, mantap, dengan berpandukan kitab-kitab syaitan yang menyesatkan, demi 1Malaysia makanya jelaslah munafiq dan hipokritnya barisan kepimpinan UMno dalam menghadapi judi dan arak seperti dihebohkan menjadi prioriti modal kempen UMno-BN di dalam menemui pengundi di PRK Hulu Selangor baru-baru ini.
Tidak sampai sebulan kentut busuk UMno dan cirit kincitnya menembusi dalam Dewan Negara ketika mana persidangan DN berjalan. Disinilah sendiwara opera wayang Cina UMno dinyatakan dengan penuh tanggungjawab untuk pengetahuan rakyat negara bahawa judi menjadi halal dan halalan oleh UMno-BN. Maka ianya disahkan terserlah dengan penuh tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan secara hina dina oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Awang Adik (yang kandas menjadi Adun & tewas AP Bachuk, kempunan ngidam nak jadi MB Kelantan). Awang Adik bagi pehak PM6 1Malaysia DS NTR juga pemegang jawatan Menteri Kewangan, yang batang tubuhnya adalah DS NTR.
Awang Adik mewakili bagi pehak Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan, dengan lidahnya paseh bertasdik dihati nurani kalbunya menyatakan yang tersurat dan tersirat pada hakikatnya, memberi formula petua terkini halalan judi tolong menjawab soalan di persidangan Dewan Negara minggu lepas. Cukup puas TM Kewangan bertaraf Senator dari parti primitif perkauman Melayu berjenama UMno. Awang Adik menjati ufti dengan pandu kelih kitab muktabar biru usang UMno, lantas membuat ulasan dan petua dalam halalan judi untuk rakyat 1Malaysia, kenapa dan mengapa ianya akan menjadi halal, demi untuk negara 1Malaysia retorit PM6 DS NTR, berpaksi Islam Hadhari.
Disini perlulah mendapat sokongan mandat besar dari ahli-ahli UMno, selepas solat Jumaat 3X berturut mengadakan demonterasi besar-besar dengan pakai songkok sekaki tinggi memberi sokongan padu, sokongan tuntas diatas halalan judi parti UMno yang dianuti kepada setujunya halalan judi. Apa tunggu lagi. Ketua Pemuda UMno KJ, wajib sokong halalan judi secara anak jantan.
Kalau sebelum ini terdapat dipihak pemimpin dikalangan PR sentuh, tersentuh sadikit sahaja yang berkaitan dengan agama, Melayu dan Raja; makanya macam geruda tsunami keluar dari sarang betapa macam singa lapar menyanggah, menuduh dan macam-macam menghukum dan meminta sampai perengkat lucut kerayatan di pehak pemimpin PR. Sekali pun dengan tusukan syaitan macam harimau gila mendapat mangsa dibelantara Putrajaya dan PWTC. Kemana pergi menikus NGO cap keris bogel dalam menghadapi judi halalan dan hiburan syaitan haalan ini?
Barangkali batang berjuntai mereka dah terkulai dikerkah anjing kurap yang gila, menjadikan mereka pondan macam ubah jantina. Jadinya semua menjadi lembut lembai tidak berfungsi untuk bersuara. Kemana pergi dan betapanya lidah bercabang lagi berlapis Zulkifli Nordin selipar tamar? Raja katak dan raja kotak pi mana? Rakyat dah nampak hampa bejuang sekadar menjaga usus mengalatkan orang jadikan ladang tempat mencari mentah kedarah. Rakyat tidak halal didunia dan diakhirat, kerja lompat katak bawa kotak? Hampa hidup mendapat sesuap nasi kerana baut bendang diatas belakang orang, puuuuuiiiii punya laknat mengaku sebagai pemimpin. Pemimpin tahi anjing, tak lebih dari itu.
Seluruh ahli-ahli UMno, seluroh pemimpin-pemimpin UMno termasuklah katak, mawas, lutong kera monyet yang pi bersama-sama UMno-BN, mereka bukan sekadar mendapat 1pahala tetapi semuanya mereka yakin mendapat pahala perdana berganda bersama-sama PM6 1Malaysia DS NTR, yakni pahala percuma berjemaah 1Malaysia sebaik judi UMno-Bn halalkan mainlah siang malam jangan kira masa solat atau masa apa pun. UMno-Bn dah jamin semuanya akan dapat pahala berganda dengan main judi halal, pahala berganda jalan menuju syurga, jangan main jugi haram belangkas, pok, ham dibawah pokok ketapang dan dihutan nipah hutan kelapa sawit.
Itulah intipati dan saripari falsafah UMno-Bn halalkan judi untuk pengikut dan ahli-ahli UMno mereka. Kini aku fahamkan pemimpin-pemimpin UMno yang mengaku kata Melayu dan Islam, kini mereka kedepan demi 1Malaysia, peranan dan penguasaan mereka dah mengatasi Tuhan Allah kerana Allah muktamat kata judi haram, rasuah haram. UMno halalkan judi dan rasuah. Hah!!!! siapa tuhan kini dimuka bumi? Seluruh rakyat yang mengaku Melayu dan membabik dada kata berugama Islam memperakui dan setujui halalnya judi dan rasuah tajaan UMno, apa macam siapa paling berkuasa dibumi ini kalau dibandingkan UMno dengan Allah Ar Kabir. Hampa jawablah sendiri. Hampa pi tanya terompah tamar cap askar yang jaga agama untuk UMno 1Malaysia anak Yan tu.
Sebagai warganegara kelas pertama seperti pengundi-pengundi dan rakyat negara tercinta yang lain, saya memilih PAS sejak 1971 dan PRU1969 telah menempek poster dan pacak bendera bulan bintang diatas pucuk nyok dan di pucuk kabu,menyokong Almarhum Ustaz Abu Bakar Hamzah melawan Almarhum Penghulu Japaq dari UMno-Perikatan (Dato’ Jaafar Hassan - rumahnya di Pengkalan Asam - buka pejabat peguam di Alor Setar dengan Tun Zahir mantan Speaker DR) di Dun Sanglang dan Parlimen Perlis Selatan lawan dengan Almarhum Haji Mokhtar Ismail (rumahnya di Pengkalan Asam bersebelahan dengan rumah Haji Hussein Abdul Rahman mantan wakil rakyat PAS-Exco isterinya Cikgu Halimah - saya tidak pasti kedua-duanya msih ada atau dah meninggal dunia, maaf saya terlepas info dan rekod tentang ini).
Berkesudahan calun PAS Ustadz Abu Bakar tewas 5 undi, calun UMno-Perikatan Peguam Jaafar Hassan dilantik menjadi MB Perlis ganti Almarhum Tan Sri Datuk Sheikh Ahmad Sheikh Hashim ayahnda kepada Datuk Radzi mantan Menteri Dalam Negeri. Dulu, kini dan seterusnya Inshaallah meneruskan sisa hidu dan perjuangan dengan memilih PAS dalam PR. Dengan sumbangan khusus bertempur dimedan peperangan maya siber menghadapi musuh-musuh dan lawan PAS - PR tanpa sekepiang kelapaq kebuloq upah.
Makanya saya berhak mengulas dan pulas isu melesenkan judi menjadi halal disudut kerajaan 1Malaysia dan halal sah dalam kamus pegangan UMno selama-lamanya. Bersekali dengan memberi pandangan berkaitan hiburan syaitan yang diimpot setara dengan APCO memusnahkan anak bangsa asalkan nasehat ajarnya selamatkan kerajaan 1Malaysia UMno-BN diatas kemusnahan rakyat negara dan kehancuran memomok agama Islam yang kununnya seperti kuno mempertahankannya macam kucing berdepan ikan haruan tawar dipiring air asam.
18 MEI 2010 - SELASA - 5 JAMADILAKHIR 1431
Rencana Oleh: IBN ABDULLAH AL AWAB -
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com