Wednesday, May 5, 2010

MUKA BERPUTAR WAJAH. MAKA KELUAR CAKAP TAK KETAHUAN.

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB - http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/


"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja. Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen." Percakapan dan ucapan siapakah itu? Kenapakah dia terlepas cakap? Lu kenai sapa? Lu tak caya sama gua ka IG KPN 1Malaysia. IG KPN kontrak sah sebab aku teror, aku bijak pandai sebab tulah kerajaan 1Malaysia nak kan aku, caya sama aku kenapa kini rakyat sampah ragu?. Aku dikehendaki diyakini kerajaan 1Malaysia tau? Pasai apa hampa nak pantau? Aku panjat sambung IG KPN bukan kerja macam PATI? Jaga mulut sikir lu sana luar jangan celupar nanti kena penampar tawar. Jangan sentuh semua anggota aku kerana kami bertaraf diRaja jangan sekelian menderhaka kepada Tuanku sekelian Raja-raja Melayu dan Agong, hampa jangan bengong.

Ianya adalah jawapan spontan bukan dari pondan, tetapi jawapan geram panas baran IG KPN 1 Malaysia. Rakyat pelbagai bangsa meratap duka mendengar ledak C4 dari IG KPN. Jasad yang cukup beharga yang disintuk limau berlanggir dibuang lendir, tetapi rakyat marhaen kata kerjanya macam Pandir. Dikitar semula untuk memutar meniti kehendak pencentus idea 1Malaysia PM6 DS NTR terpelihara seadaya. Sebaik sekelian wartawan media hala tanya kepada beliau, berhubung kait dengan kematian WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR 15 TAHUN PELAJAR SEKOLAH ditembak mati oleh Polis Peronda dari PDRM iaitu Allahyarham Aminulrasyid Amzah. Bukan setakat mati ditembak, tetapi anak ini ditohmah ditudoh sebagai penjenayah setaraf Botak Chin dan penjenayah sah yang lain. Oooooooiiiiiii!! Jangan kata dan tudoh macam tu. Dalam kereta budak tu masa polis tembak mati ada ka peledak C4, M16 dan senjata yang lain atau paling koman lastik dan kayu sehasta. Ada ka dalam kereta setelah digeledah?

Jawapan yang tidak sopan, jawapan selayaknya sekalipun dari konstabel bawah tidak wajar mengeluarkan kenyataan tersebut apalagi ianya telah terhambur keluar dari mulut IG KPN. Malang IG KPN kerajaan 1Malaysia ucapan anda wahai IG KPN sedang diteliti, dinilai oleh sebilangan besar rakyat negara dari kepelbagaian bangsa. Halatuju dan halangan anda mendepani rakyat dari semua keturunan sedang bersatu matlamat. Rakyat cermat menilai hasil kerja polis sejak akhir-akhir ini dalam menangani keselamatan rakyat. Natijah dari matinya pelajar tersebut ditembak polis peronda, rakyat kini menghulurkan bantuan dan menghulurkan sokongan besar kepada keluarga Allahyarham anak ini. Termasuklah dari parti politik PR serta NGO. Hatta UMno Selangor menerusi DS Noh Omar Timbalan Pengerusi BP UMno Selangor turut serta menawar tawaran membantu keluarga adik Allahyarham Aminulrasyid Amzah. Timbalan Menteri 1Malaysia dari MCA juga marah dan kesal dengan polis peronda yang menembak pelajar tersebut.

Kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, malah lebih memalangkan keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Bukan sahaja IG KPN telatah mengeluar kenyataan. Tetapi ianya umpama luka diperoi garam apabila KP Negeri Selangor pula memberi amran parti politik dan NGO jangan menganggu kerja-kerja polis dan siasatan polis. Siapa yang ganggu siasatan polis? Apakah PDRM itulah saja kerja wajib mereka? Bermula dengan kematian warganegara yang ianya dikaitkan rapat dengan polis penyebab kematiannya seperti A.Kugan (mati dalam lokap), A. Gnanapragasam (mati dalam lokap), Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis), A. Gnanapragasam (mati dalam lokap), Norizan Salleh (tersalah tembak).

Inilah padah celakanya kita semua dapat dan menerimanya. Apa? Ayam pencen beberapa kali,dinaikkan taraf pencen dikontrek kerjakan oleh PM6 1Malaysia kunun-kunun pendapat kuno, betapa TSM TSH ini adalah jenis mausia paling perdana istimewa kebolehannya menjadi IG KPN negara. Sebab itulah belia terus disambung tali hayat kerjanya walau telah luput. Cukup-cukup mendapat layanan dan perhatian penuh dari penguasa 1Malaysia. Musa berkhidmat sepenuhnya untuk melindungi dan mengelilingi kepimpinan 1Malaysia. Rakyat mampus tak pa. Aku orang betuah, orang kesayangan pemimpin UMno, pasai tulah aku sapa pun tak boleh celen, aku ada harga mahal disisi UMno-Bn bersama As Sidik KSN. Hampa sapa? Lu sapa nak pertikai aku?

Apa macam PM? Apa macam sepupu PM juga Menteri Dalam Negeri yang PDRM dalam genggamannya. PM dan MDN hepi akan apa yang terjadi? Kalau bijak sakan, perlu sakan IG KPN TS Musa TS Hassan ini, saya merayu tolonglah sambung kerjanya 10 tahun lagi, demi 1Malaysia rakyat jadi mangsa peduli apa. Asalkan kerajaan 1Malaysia UMno-BN terus berkuasa......

30 APRIL 2010 - JUMAAT - 15 JAMADIL AWAL 1431

Rencana oleh : IBN ABDULLAH AL AWAB - http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/