Monday, January 5, 2009

AKAI ANAK: 12 Tahun Asas ABC Alif Ba Ta Dah Tau

Selembar Info Selepas 5.00 17 .1 . 2009 Petang - PRK P.36 Kuala Terengganu.

Belum pernah saya lakarkan tinta secara pendek. Tetapi kerana mengingatkan kembali kata hikmat baru dari anak dipenghujung persekolahan rendahnya, nyatalah ia bingkas dan celek politik dan matang politik.
Ateh doakan semuga PAS-PR dapat memerentah dan bertahan lama di Kedah, Perak, dan DAP di Pulau Pinang serta PKR di Selangor. Tengok anak-anak Wa Din (Affifuddin) sepupu Ateh, umoq dia 24, 23, tahun keluar U dan 20 masih di U, depa besaq dan beranak di Kelantan.
Celek-celek mata depa tengok Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar depa kata depa seronak, Wa Din dan Wa Timah (Fatimah) kata seronak tak mau balik kampong asai di Ayer Itam. Wa kata dah PAS perentah Kedah Wa cadang taun 2010 nak balik dok Kedah, taun pencen 58 tahun umoq.
Abah tengok, kalau adik teriak (Abdullah Fahmi) sejak umoq adik 6 bulan, Ummi tunjuk "Tu Tok Wan, Abdullah Fahmi jangan teriak tau, nanti tok Wan marah, Ummi suroh Tok Wan doakan Abdullah Fahmi". Tahukah anda semua gambaq sapa Umminya tunjuk kepada anaknya yang kecil hampir 8 bulan itu, mendakwa kata 'Tok Wan itu?' Gambar ni berkat sunggoh. Ya! Gambar resmi YAB MB Kedah DS Ustaz Azizan. Sebaik anak nak teriak, ditunjuk gambaq Tok Wan. Abdullah Fahmi tak jadi teriak, Alhamdulillah.
Now! Abdullah Fahmi 1T 3B dia pula tunjuk dekat Umminya dan kakak-kakanya "Tu!!! Wan". Inshaallah umoqnyq 2-3 tahun saya bercadang nak bawa Abdullah Fahmi kepejabat MB. Nak tunjuk Tok Wan pinjam kerana dia tak ada tok wan kedua-dua pehak, dah meninggal dunia.
Ateh ni, pemain saya, ai!!! Kalau abah sehat macam 20 taun dulu Ummi kata tak selesai PRK dah tentu abah tak balek. Lanie abah jadi wira laptop. Abah Ateh bagi satu info baru dekat abah dan masukkan dalam blog abah pasai PRK di Terengganu.
Kalau jam 5.00 ptg 17 Januari ni BN kalah kepada calun PAS-PR lambat laung BN bertukaq jadi B ungkus N ajis. Ateh harap-harap Pas menang baru dapat Bungkus Najis dengan BN.
Ini adalah minda merdeka dari anak saya.
Wasallam.
5 Januari 2009 - 11.25 pagi