Friday, January 9, 2009

KITA KAWAN; BUKAN LAWAN

Kawalan Minda.


"DIAlah yang menetapkan kamu menjadi khalifah di muka bumi ini, dan ditinggikanNya sesetengah beberapa derjat, sebagai mencubai-mu tentang apa yang telah di berikan NYA kepada kamu". - (Al- An'am : 165)


"Maka dengan rahmat Tuhan, engkau telah berlaku lembut terhadap mereka, andai kata egkau berbudi kasar, berhati kesat, nescahaya lari bercerai berailah mereka daripada kamu. Kerana itu maafkanlah mereka, dan mintakanlah ampunan bagi mereka, dan bermesyurahlah dengan mereka dalam urusan itu". - (Ali-emran : 159)


"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari gulongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu burok bagi kamu. tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakan. Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyebaran berita bohong itu baginya 'azab yang besar". - (Al-Nur : 11)


Sebuah bait yang diucapkannya terhadap Umar Ibnul-Khattab: - 'Engkau Imam yang oleh manusia dibeikan kepadanya pucok pimpinan, sesudah sahabatnya".



PAS, DAP dan PKR: Kita Kawan Bukan Lawan

Fitnah dan adu dumba yang dirancang, diprogrem sedang dan terus diusahacuba oleh UMNO-BN untuk melihat berkecai dan musnahnya Pakatan Rakyat-PR, sehingga sekarang telah gagal tetapi tidak dinafikan seculis kesan kejayaan mereka juga terhasil dikalangan beberapa persaorangan dikalangan komposisi. Tetapi ianya tidak menjadi virus besar yang membiak, menjurus memusnahkan PR, Inshaallah. Apalagi kemuncaknya di PRK P.36 Kuala Terengganu.
Justeru, saya mengambil pendekatan dengan proaktif bersekali dan bersama-sama dengan semua Pemimpin PR sentiasa setiap masa dikalangan kita setiap kali berjumpa sebaik selepas salam maka ungkapkanlah dikalangan kita dengan kata-kata, "KITA KAWAN BUKAN LAWAN". Hatta kalimat mudah ini yang didalamnya mempunyai pengertian dan falsafah yang amat besar dan menjana impak yang besar.
Kalimat Pengikat Sentuh Hatinurani
Pada hemat saya ungapan 'Kita kawan bukan lawan' amatlah serasi dan dapat memberi tambahnilai yang damai mengikat hati pengundi-pengundi di PRK Kuala Terengganu ini, sekiranya digunakan dengan meluas sebagai kata hikmat diantara ucapan-ucapan yang sampai sentuh hati nurani pengundi dan rakyat Kuala Terenggan. Setiap individu pengundi KT mendengar 'Kita kawan bukan lawan' dari setiap perayu undi PAS-PR dan setiap Penceramah-penceramah - samada ceramah berkelumpuk maupun ceramah Perdana.

Pasti ungapan mudah itu pengundi-pengundi merasai mereka amat diperlukan untuk lengkap melengkapi, perlu memerlukan untuk undi mereka yang keramat itu menjana kemenangan kepada calun yang dikemukakan oleh PAS-PR YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut untuk melangkah ke Parlimen menambah bilangan ke 83 kerusi Parlimen PR, Inshaallah.
Waktu Dzuha sebelum mengunjung anak di asrama SMK.
Ibn Abdullah Awab : http://tintaibnabdullahawab
9.10 pagi - 10 Januari 2009 / 13 Muharam 1430