Saturday, January 31, 2009

KERTAS DAN PLASTIK

Gelombang 8 Mac 2008 Sabtu.

Gelombang ulangan dan sunami politik negara dalam PRU Ke 12 pada 8 Mac 2008 tahun lepas, khususnya yang berlaku di Pulau Pinang, samalah sebagaimana taufan politik negara juga khususnya berlaku dan terukir di Pulau Pinang di PRU Ke3 selepas negara mencapai kemerdekaan pada 10 Mei 1969. Hasil tiupan taufan tersebut tersungkur dan rebahnya Perikatan cap Kapai Layar yang dipimpin oleh Almarhom Tunku Abdul Rahman di perengkat pusat dan Pulau Pinang oleh Tan Sri Ong Pau Nee (Mendiang Tun Ong Pau Nee) dari MCA sebagai Ketua Menterinya.

Perikatan ketika itu terdiri dari UMNO, MCA dan MIC. Parti mengetuai Kerajaan Perikatan Pulau Pinang adalah MCA dan rakannya adalah UMNO dan MIC. Ertinya ranap dan berkuburnya parti MCA disudut menguasai negeri. Maka nama-nama baru yang menang dalam PRU Ke3 selepas mencapai kemerdekaan pada !0 Mei 1969 itu, dijulang oleh rakyat negeri Pulau Pinang yangmana parti baru iaitu GERAKAN - Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah mencapai kemenangan besar dan mampu memerentah dengan majoriti 2/3 kalau tidak salah ingatan saya (maaf kalau berlaku kesilapan ingatan).

Mereka pemimpin baru dijulang ketika itu adalah Syed Hussein Al Atas, Mustapha Hussein, Lim Chong Eu dan beberapa nama besar lagi. Lim Chong Eu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dihadapan Gavenor ketika itu, iaitu Tun Tan Sri Syed Sheh Al Haj Bin Syed Hassan Barakbah. Kalau tidak salah ingatan saya (maaf) Mustapha Hussein sebagai Timbalan Ketua Menteri manakala Syed Hussein Al Atas menyandang jawatan Speaker DUN Pulau Pinang. Kerajaan persendirian Gerakan yang berketuamenterikan YAB Lim Chong Eu tidak dapat bertahan lama, kerana negara mengalami tercetusnya peristewa 13 Mei 1969.

Pulau Pinang merupakan pengkalan baru kepada komposisi kaum Cina di Malaysia yang berganti tempat dan penukaran parti dari MCA yang dominasinya kaum Cina kepada parti Gerakan yang bersifat multi racial hakikatnya juga adalah komposisi kaum Cina. Menjelang beberapa tahun anjakan Perikatan bertukar kepada Barisan Nasional (BN) cap Dacing dan keanggotaannya lebih banyak parti-parti politik menganggotainya. Parti Gerakan turut menjadi komponan kedalam gagasan parti Barisan Nasional yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak Hussein.
Maka kerajaan Gerakan Pulau Pinang pun seiring dengan itu bertukar kepada nama Kerajaan BN dengan parti Gerakan mengetuai kerajaan dan rombakan pembahagian perlantikan jawatan Exco dilakukan kepada MCA, UMNO, MIC. Walau apa-apa pun YAB Lim Chong Eu dari Gerakan terus menguasai dan mengetuai kerajaan baru Pulau Pinang dikenali Kerajaan BN Pulau Pinang untuk tempoh perlantekan dan perkhidmatan memegang Ketua Menteri beberapa dekad.

Disinilah wujudnya kekeliruan dan pertarongan pada zahirnya yang berpanjangan. Iaitu MCA sebagai parti utama ke2 dalam BN diperingkat nasional-pusat, tetapi tidak memiliki pengkalan negeri. Gerakan - Serpehan dari MCA pula memiliki pengkalan memerentah negeri di Pulau Pinang tetapi menjadi komponan tidak utama dalam BN negeri. Akhirnya jawatan Ketua Menteri bertukar tangan kepada Setiausaha Pilitik KM Tun Lim Chong Eu iaitu yang menggantikannya adalah TS Khoo Sho Kon.

Maka kepimpinan baru Gerakan meneruskan dominasi BN memerentah Pulau Pinang, didalam genggam tangan TS KSK sebagai Ketua Menteri Menteri Pulau Pinang yang baru ketika itu. Merangkap Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang juga Presiden Gerakan Malaysia. Satu perubahan dan mencipta rekog baru politik negeri Pulau Pinang, dimana dalam keputusan resmi PRU12 pada 8 Mac 2008 tahun lepas, BN - Gerakan, UMNO, MCA dan MIC tersungkur dan terteromos kebumi dalam PRU12.
Dari jumlah 40 kawasan kerusi DUN Pulau Pinang yang BN bertarong satu lawan satu maka kegemparan dan malapetaka menimpa BN Pulau Pinang. Keputusannya BN-UMNO mampu mempertahan 11 kawasan DUN dan BN cuma memenangi 2 Kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas YAB DS Abdullah Ahmad Badawi dan Tasek Gelugor YB Tan Sri Mohamen Nor Yaacob di bahagian Seberang Prai. Sejarah pantas pula merekodkan buat pertamakali dalam lipatan sejarah negara, yang Perdana Menteri datangnya dari negeri yang BN tidak menguasai negerinya.
Pas cuma mampu memenangi 1 Dun yang ditandingi, DAP mendapat 19 Dun dan PKR mendapat 9. Menjumlahkan kerusi dimenangi oleh PR - Pakatan Rakyat 29 kerusi DUN manakala BN 11 kerusi sahaja. Maka hilang dan berkuburlah untuk sementara kerajaan BN di Pulau Pinang. Maka satu anjakan dan penerimaan politik baru di Pulau Pinang telah dibuat oleh rakyatnya. Kalau dulu MCA mengetuai kerajaan atas nama Perikatan, diikuti Kerajaan Gerakan dengan penstrukturan semula Perikatan menjadi Barisan Nasional dan gerakan bersamanya, maka wujudlah Kerajaan BN Pulau Pinang yang Ketua Menterinya jua adalah kesinambungan dari kerajaan Gerakan dahulu.
Baik MCA mengetuai Kerajaan Perikatan Pulau Pinang dahulu, maupun Gerakan mengetuai kerajaan Negeri Pulau Pinang semasa dalam BN baik sebelum era BN. Kedua-dua YAB KM adalah komposisi kaum Cina dan menguasai Barisan Exco Kerajaan dari MCA pasti keturunan Cina dari Gerakan segelintir saja dari keturunan India. Kesinambungan tersebut terus berlaku didalam struktur kerajaan PR-Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP yang bersift dan berciri multi racial sebagaimana Gerakan juga, sekalipun Adunnya sejumlah besar datangnya keturunan Cina dan India.
Maka Kerajaan BN hilang kuasa dan hilang kerajaan. Kebijaksanaan komposisi kaum Cina mereka memberi sokongan dan memperakui kerajaan yang dipimpin oleh YAB Tuan Lim Guan Eng. Lainnya fael disudut politik orang-orang Mealyu khasnya UMNO yang tidak dapat menerima dan memperakui kerajaan yang di Ketua PAS dan PKR di 4 negeri yang lain selepas PRU 12 yang lalu. UMNO di Kedah, UMNO di Perak dan UMNO di Selangor terus menerus menolak kerajaan dinegeri-negeri tersebut, dengan macam-macam kecaman dan tuduhan fitnah yang dihalakan tanpa jemu, berusaha terus menerus. Dengan menabor fitnah dan tuduhan palsu dan mencipta isu tanpa pedoman berulangkali disemua media resmi kerajaan.
Sebilangan besar yang kalah di kawasan DUN dan Parlimen di Pulau Pinang. Natijahnya khususnya dikalangan UMNO terjadilah sekaligus mantan wakil-wakil rakyat, mantan Exco dan Mantan TKM dan lain-lain mantan. Mereka meratap dan menangis, gila talak dan sebagainya sehingga sekarang khususnya dikalangan UMNO. Kejutan realiti politik berlaku menjadi kenyataan dihadapan mata yang sukar diterima dan sulit mempercayai, kenapa?




Wajah Baru.


Disinilah sebenarnya 'Allah subhanahuwataala menunjukkan kekuasaannya yang Agong, mantan banduan juga mantan tahanan dzolim ISA mengangkat sumpah dihadapan TYT Gavenor Pulau Pinang iaitu TUN DS Dr Haji Abdul Rahman Abbas selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Yang manisnya untuk Saudara Lim Guan Eng ini isteri kesayangan dan tercinta beliau juga adalah salah saorang ADUN di Melaka juga dari DAP yang dimenangani di Dun Melaka.
Shabash saudara Lim Guan Eng - YAB Tuan Lim Guan Eng. Yang mana partinya DAP, PKR berjaya mendapat memenangani kerusi kemenangan mencecah 2/3 didalam DUN Pulau Pinang dan menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang baru.


Gerakan, MCA dan MIC boleh dikatakan hampir bersih kawasan yang ditandingi mereka mencapai kekalahan. Maka lenyaplah kerajaan BN yang memerentah Pulau Pinang melebehi 50 tahun penguasaan dan cengkaman mereka. Diatas singahsana kekuasaan dan kekayaan yang mereka pemimpin-pemimpin Gerakan, UMNO, MCA, dan MIC mengaut setiap peluang ekomomi rakyat atas nama DEB dalam semua ruang dan bidang yang dapat wang. Sedangkan rakyat papa kedana.
Walapun begitu fenomina yang menimpa keatas pimpinan perengkat negeri di kalangan UMNO, amat ketara bahananya. Tindakan dalam menangani dan menghadapi isu rakyat dan orang-orang mereka selama ini. Mereka mericau gila talak dan menyalak tidak bernota dengan lagu irama yang tempang seolah-olah tidak berpedoman. Sampai kesannya menjalar kepada pimpinan UMNO di semua bahagian-bahagian tidak terlepas cawangan-cawangan. Selama ini hidup mereka sebagai dedalu dan umang-umang, disuap dan ditahig pembiayaan dana untuk membendung dalam merealisasi pergerakan pusingan putaran kuasa.


Termasuk UMNO sendiri di perengkat negeri cuma mampu mempertahan 10 kerusi dan Parlimen 2 kawasan iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugur. Semua kawasan yang dimenangi dengi undi yang lebih kecil majoritinya dari PRU 11 2004 yang lepas. disinilah tiba pointnya untuk saya memperkatakan tentang UMNO. Maka menyusul tajuk kecil tentang UMNO Pulau Pinang ini adalah UMNO......



Kertas dan Plastik.


Semasa mereka berkuasa diatas nama BN semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Ahli PArlimen BN dari UMNO, kalimat sakti "Ketuanan Mealyu" terhapus dan terhakis didalam kamus politik mereka termasuklah pemimpin-pemimpin UMNO diperengkat Bahagian-bahagian untuk UMNO tua, Ibu UMNO, Pemuda UMNO, Putri UMNO dan Putra UMNO. Ketika itu perjuanga utama mereka adalah merompak melanun harta rakyat dan dibahagikan kepada kroni-kroni yang mengawasi dan menangani awak-awak akar serabut diperengkat bawah dengan rasuah kuasa dan rasuah duit, dibelai dan disantuni mengikut standrad harga individu terhadap kedudukan dan kepentingan dalam rakit UMNO.
Sebaik selepas 8 Mac 2009 yang lalu, maka tiupan dan mainan pemimpin-pemimpin UMNO kepangkuan orang-orang Melayu adalah negeri kita lanie Pulau Pinang di perentah oleh Cina. Cina telah menguasai dan memerentah Pulau Pinang. Itulah dakwaan dan lawak bodoh pemimpin-pemimpin UMNO kepangkuan rakyat. Mereka berkukuk dan meratek Melayu akan hilang dari bumi Pulau Pinang. Melayu akan hancur kerana DEB dinafikan. Itulah suara-suara tempang dan sumbang didendangkan UMNO sampai saah ini. UMNO lanie amat peka dan terlalu agong prihatinnya keatas Melayu dan Islam.
Saya kemukakan soalan cepumas terbuka kepada seluroh pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO Pulau Pinang khas dan khususnya dan amnya kepada pemimpin dan ahli UMNO luar dari Pulau Pinang. Sejak zaman Perikatan Ketua Menteri Tan Sri Ong Paw Nee dari MCA beliau dari keturunan Melayu dan berugama Islamkah beliau? Kerajaan Gerakan yang berketuamenterikan Dr Lim Chong Eu itu Melayukah beliau dan Islamkah beliau termasuk ketika beliau dizaman mengepalai kerajaan BN Pulau Pinang? Seterusnya kerajaan BN yang dilangsung ketuakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Dr Khoo Soh Kon yang tewas itu pada 8 Mac 2008, Islam dan Melayukah beliau?. Termasuk sebilangan utama saf Exconya Melayukah mereka dan Islamkah mereka?
Kecuali 2 tiga kerat dari UMNO menganggotai kerajaan tak ubah sepeti dedalu dan umang dan tukang kerja buat kepada Gerakan diatas nama keramat BN. Tugas utama pemimpin UMNO termasuk Adun/Exco dan MP, berperanan besar mencari tanah orang-orang Melayu termasuk tanah wakah, dipelahap mereka dengan bermacam-macam alasan dan dakyah atas nama pembangunan dan kemajuan.
Samada untuk kerajaan BN-Gerakan yang Cina dan bukan Islam Ketua Menterinya meratah tanah-tanah simpanan Melayu. Ataupun langsung mereka membawa pemaju perumahan dari keturunan Cina yang mendapat pembelaan usahasama kerjasama erat persefahaman dari pemuka-pemuka UMNO. Inilah kejayaan ulung cemerlang, gemilang dan terbilang yang dianugerahkan oleh UMNO kepada orang-orang Melayu selama mana mereka menjadi tandu dan boneka kepada dulunya MCA dan berganti kepada Gerakan diatas nama PErikatan dan BN. Itulah jasa dan realitinya pemimpin UMNO kepada Melayu dan Islam di Pulau Pinang.
Akhirnya ramai orang Melayu berpindah dan membawa diri ke Kulim, Kuala Ketil, Padang Serai hingga sampai ke Tawar di Kedah membeli rumah di taman-taman perumahan. Ini adalah realiti yang tidak dapat disangkalkan akan kejayaan besar UMNO selama mendempek jengket di Komtar atas nama boneka kerajaan dalam BN. Selepas tewas di PRU12 tiba-tiba seluroh pemimpin UMNO Pulau Pinang bertindak untuk menjadi pembela dan pahlawan syuhada untuk membela semua segala kepentingan Melayu, Islam pribumi dan sebagainya. Sedangkan hancurnya semua hak dan kepentingan Islam dan Melayu adalah angkara mereka pemimpin UMNO.
Realiti ini khutubkhanah dan ramai Profesor yang berkampng di USM Gelugur wajar membuka perpustakaan hasil kajian graduan siswa-siswi untuk ijazah pertama, sarjana dan perengkat falasafah agar semua kajian yang disimpan kemaskemin itu dibuka untuk bacaan dan maklumat yang benar ajan jasa-jasa besar dan petualang besar UMNO keatas Melayu, Bumiputra dan Islam.
Ambillah iktibar dari realiti sebenar perut pedal kita.
Ahad: 5 Safar 1430 / 1 Februari 2009 jam 12.12 tengahari